KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

SUNTIKAN JIHAD DALAM PEPERANGAN BADAR

Posted by Pemuda PAS Paka 09 September 2009


Suntikan Jihad Dalam Peperangan Badar


Pada bulan Ramadan berlaku peristiwa penting iaitu Perang Badar yang menentukan kewujudan umat Islam dan kelangsungan dakwah Islamiah.

Perang Badar yang berlaku pada pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijriah itu adalah peristiwa jihad yang besar dalam sejarah umat Islam kerana peperangan tersebut merupakan pertembungan antara iman dan kufur. Dinamakan juga peperangan itu dengan Perang "Al Furqan" iaitu pemisah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:

" Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan." (Al Anfal: 41)

Umat Islam yang terdiri dari golongan Ansar dan Muhajirin telah bersatu mempertahankan Islam dalam satu kekuatan dan semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam hanya 313 orang sahaja sedangkan tentera Musyrikin berjumlah 1000 orang. Tambahan pula jumlah kelengkapan perang sedikit berbanding dengan kelengkapan yang dimiliki tentera Musyrikin.

Tentera Islam yang berkenderaan kuda 2 orang, berkenderaan unta 70 orang manakala selebihnya tidak berkenderan. Ada kalanya satu kenderaan dinaiki secara bergilir sampai 3 orang. Rasulullah SAW bergilir dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar yang lain.

Semua umat Islam terlibat dalam Perang Badar, iaitu dari golongan remaja hinggalah golongan dewasa. Rasulullah SAW memberikan bendera Islam kepada Mus'ab dan Umair manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Talib dan bendera kaum Ansar diberikan kepada Saad bin Muaz. Golongan remaja diwakili oleh Umair bin Abi Waqas, berusia hanya enam belas tahun tetapi memiliki semangat jihad yang sangat tinggi. Dia keluar dalam keadaan bersembunyi bimbang dihalang menyertai jihad kerana usia yang muda itu.

Ketika Rasulullah SAW mengetahui kejadian itu baginda hampir-hampir menahan Umair menyertai jihad, tetapi baginda megizinkannya menyertai Perang Badar itu kerana Umair menangis mahu juga ikut serta dan dia bercita-cita untuk mati pada jalan Allah. Cita-citanya tercapai apabila dia gugur syahid di medan Badar.

Berpuasa pada siang hari tidak melemahkan umat Islam menghadapi musuh yang serba lengkap itu. Ibadat puasa itu sendiri menyuntikkan semangat jihad dan jatidiri umat Islam. Mereka tidak lemah berhadapan dengan musuh kerana mereka tidak takutkan mati, malah mereka meletakkan syahid sebagai cita-cita yang tertinggi.

Sedangkan golongan musyrikin takutkan mati dan tidak bersedia untuk mengurbankan jiwa raga mereka di medan perang. Ucapan Rasulullah SAW dan kata-kata para sahabat menjadi motivasi menyuntikkan semangat jihad umat Islam. Nabi SAW bersabda:

لَرِبَاطُ يَوْمٍ فِيْ سَبِيْلِ الله اَفْضَلُ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَمَنْ مَاتَ وَهُوَ مُرَابِطٌ اَجِيْرُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وِنَمَالُهُ كُلَّ عَمَلٍ كَاَحْسَنِ مَا كَانَ يَعْمَلُ اِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya : "Ribaath menjaga barisan depan fisabilillah sehari lebih afdal daripada puasa dan sembahyang malam sebulan, dan siapa yang mati ketika sedang menjaga maka dilindungi dari ujian kubur, dan dihidupkan terus amal yang biasa dikerjakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya hingga hari kiamat."

Kata-kata seperti itu meransang semangat untuk berjihad mempertahankan Islam. Sebab itulah mereka yang terlibat dalam Perang Badar mengorbankan apa sahaja yang dikasihi dan mereka membayar jihad dengan harga yang mahal. Perang tersebut memperlihatkan keimanan para sahabat RA yang tidak boleh dijual beli. Mereka meletakkan kecintaan kepada Allah SAW lebih tinggi dari saudara sendiri. Abu Ubaidah membunuh bapanya, Abu Bakar bersedia membunuh anaknya, Mus'ab bin Umair membunuh saudaranya Ubaid bin Umair. Umar, Hamzah, Ali dan lain-lain lagi membunuh sanak saudara mereka masing-masing.

Semua sahabat Rasulullah SAW sayangkan keluarga masing-masing kerana Islam mengajar menghubungkan silaturrahim dengan kaum keluarga walaupun mereka masih menganut agama musyrik. Bagaimanapun bila berlaku pertembungan antara iman dan kufur, mereka memilih iman dan menolak kekufuran.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !