Strategi Jihad Badar al-Kubra
Tiada peperangan tanpa strategi kerana peperangan tanpa strategi adalah satu kebodohan. Dalam Perang Badar Rasulullah SAW mendengar pandangan sahabat selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
Ketika tentera Islam sampai di Lembah Badar Khabab bin Munzir bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun, ataukah hanya tempat yang engkau pilih menurut pendapatmu sendiri dan taktikmu?" Jawab Nabi: "Tempat ini kupilih menurut fikiranku." Jawab Khabab: "Tempat ini tidak strategi untuk berperang." Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategi. Anjuran Khabab itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh Khabab bin Munzir.
Tempat yang ditunjukkan oleh Khabab itu adalah tempat yang lebih dekat dari sumber air yang dapat memberi banyak manafaat kepada tentera muslimin. Rasulullah SAW bersama pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air itu di tengah malam. Kemudian kaum muslimin membuat kolam-kolam air dan Rasulullah SAW mengizinkan kaum musyrikin mengambil air minuman di situ.
Pengurusan dan perancangan strategi sangat penting dalam menghadapi musuh. Banyak perkara yang berlaku dalam proses perancangan strategik memerlukan keputusan dibuat berdasarkan keutamaan agar keputusan itu menepati sasaran. Panduan yang digunakan banyak berbentuk ilmu, pengalaman, perbincangan dan pertukaran pendapat dalam kalangan ahli.

Dalam Islam faktor keutamaan dirujukkan kepada hukum agama agar keputusan tidak bercanggah dengannya. Membuat keputusan strategik dan memberikan keutamaan memerlukan panduan agama. Jika keputusan tersebut mendatangkan kebaikan kepada perjuangan umat Islam dan tidak bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, maka ianya perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Sebaliknya jika bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam maka ia mestilah ditolak.
Pada malam hari Allah SWT menurunkan hujan di sekitar daerah Badar itu. Hujan itu menyulitkan kaum musyrikin bergerak kerana tempat mereka berkumpul menjadi banjir, sedangkan bagi kaum muslimin merupakan rahmat. Hujan itu memadatkan pasir dan memudahkan mereka berpijak serta bergerak maju. Bagi kaum muslimin hujan itu adalah satu bentuk pertolongan Allah SWT kepada mereka. Sehubungan dengan itu Allah SWT menurunkan ayat yang maksudnya :

"Dan Dia (Allah SWT) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan Syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguhkan tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya." ( Al Anfal:11 )
Allah SWT juga menurunkan sejumlah pasukan Malaikat ikut berperang membantu kaum muslimin. Walaupun jumlah tentera Islam kecil dan kelengkapan perang mereka tidak mencukupi berbanding dengan pihak musuh tetapi dengan pertolongan Allah SWT , mereka mencapai kemenangan. Umat Islam diajar supaya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan bertaqwa kepadaNya sepanjang masa. Dalam Al Quran Allah SWT berfirman yang maksudnya :
“ Dan Dia (Allah SWT) telah menolong kamu dalam (perang) Badar sedangkan jumlah kamu sedikit. Kerana itu takutlah kamu kepada Allah, agar kamu bersyukur." ( Ali Imran: 123 )
0 comments