KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

Kembara Tarbawi 4W4 Bersama Tuan Guru Presiden PAS 2011

| edit post

PEMUDA PERLU PERKUAT MINDA

Posted by Pemuda PAS Paka 26 April 2011 0 comments


Pemuda Perlu Perkuat Minda Bawa Perubahan

PERMATANG PAUH, 25 April: Selain mempamerkan kekuatan tenaga para pemuda PAS juga perlu mempunyai kegigihan otak berfikir bagaimana mahu membawa pemuda Malaysia ke satu tahap yang membanggakan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.

Barisan Nasional (BN) tambahnya, tidak ada kekuatan untuk memimpin pemuda ke arah itu kerana kepimpinanya terdedah dengan rasuah, suka menyeleweng, tidak tahan dugaan bahkan menjadi Pak Turut ketika memperkatakan sesuatu itu yang ada kepentingan BN.

Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda KeAdilan (AMK) dan Dapsy dari DAP adalah pilihan tepat untuk anak muda sekiranya mahu memilih parti mana sebagai wadah perjuangan tidak lagi Umno atau pemuda BN yang dilihat amat penat dan memerlukan rehat.

"Kekuatan tenaga sememangnya perlu pada pemuda. Selain itu kita juga perlukan otak yang cerdik untuk mencari bagaimana untuk meranapkan Umno dan BN sebab keupayaan mereka untuk mendidik anak muda agak kontang sekarang ini, " tegasnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 31 di Dewan Komplek An Nadhoh, Penanti semalam.

Umno dan BN sudah kehilangan taji untuk berentap di arena politik tanah air secara sihat maka untuk memastikan kekuasaan terus berada digengaman mereka terpaksa gunakan bahan lain yang boleh melukakan pihak lawan.

Bagi mereka luka sudah cukup untuk merencatkan perjuangan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kepimpinan pemuda di semua peringkat wajar mendahului isu yang melanda negara agar rakyat dapat merasai peranan yang dimainkan.

Sikap curi tulang dalam perjuangan katanya, tetap berdosa kerana membiarkan orang lain ke medan bertempur manakala diri sendiri berpeluk tubuh menonton TV di rumah bersama anak dan isteri.

"Curi tulang dalam perjuangan jangan dijadikan amalan. Ada sesetengah orang bila kalah dalam pemilihan dah berpeluk tubuh di rumah, boikot program padahal mereka yang tewas boleh berperanan dengan cara lain untuk membantu mengatasi kelemahan yang sedia ada, " tambah beliau pada muktamar bertemakan 'Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan'.

Pandangan pemuda juga mesti tajam membaca politik pihak musuh tambahan lagi pemuda BN cuba melaksanakan plan pembaharuan menjelang tarikh pilhanraya umum akan datang.

Muktamar yang berlangsung itu akhirnya mengekalkan dua muka lama iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan timbalanya, Helmi Haron manakala Nor Azman Ishak yang turut menang tanpa bertanding sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Amal Negeri.

| edit post

SEHARI BERSAMA SELEBRITI

Posted by Pemuda PAS Paka 22 April 2011 0 comments

Sehari Bersama Selebriti

| edit post

TAUJIHAT DAN MUNAJAT PERDANA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Taujihat dan Munajat Perdana

| edit post

SOLAT HAJAT PERDANA SELURUH NEGARA

Posted by Pemuda PAS Paka 14 April 2011 0 comments


Solat Hajat Perdana Seluruh Negara

Parti Islam Semalaysia Pas mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 Khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah. Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

IDRIS BIN AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

TAIB MAHMUD BAYAR RM250 UNTUK SEHEKTAR TANAH

Posted by Pemuda PAS Paka 11 April 2011 0 comments


Kerajaan Taib Ambil Tanah Kaum Iban, Bayar RM250 Sehektar

KOTA SAMARAHAN - Sekiranya Taib Mahmud membuat jala raya dengan baik di sesuatu kawasan, yakinlah, ada sesuatu perkara yang akan diambilnya dari rakyat.

Demikian dimaklumankan oleg seorang penyokong Pakatan Rakyat dari kaum Iban, Munan anak Sigan, 47, yang tinggal di Kampung Merang Lama, dalam daerah mengundi Semarang, DUN Muara Tuang di sini, 9 April.

Beliau berkata demikian kerana sebatang jalan baru yang dibina oleh Ketua Menteri Sarawak palig lama itu sebenarnya bertujuan untuk mengambil tanah adat (NCR) kaum Iban dekat dengan kampungnya.

(Gambar atas - Kaum Iban penduduk di beberapa rumah panjang meyambut baik kehadiran PAS dlam kempen PRN Sarawak kali ini)

Rakannya, Che Bawi mendakwa, beribu-ribu hektar akan diambil oleh kerajaan BN Sarawak untuk dijadikan pelupusan sampah.

Menurutnya, Taib Mahmud hanya membayar wang pampasan sebanyak RM250 bagi setiap hektar tanah.

"Belah ini semuanya kena ambil ini, untuk dijadikan tempat buang sampah,"kata Che Bawi sambil menunjuk kawasan sekeliling rumah panjang Kampung Raeh.

"Tanah itu adalah tanah NCR tapi belum ada kepala (belum ada hak milik), dia bayar murah satu hektar baru RM250, (nilainya) tak sampai RM100 bagi satu ekar,"jelas Che Bawi yang juga bekas Ketua Pemuda PBB.

Che Bawi telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti komponen Baroisan Nasional itu kerana tindakan-tindakan zalim yang telah dilakukan oleh kerajaan BN Srawak keatas penduduk dan rakyat Sarawak.

Sehubungan itu, Munan yang telah bergiat aktif menentang Taib Mahmud sejak pilihanraya umum tahun 2008 adalah kerana menentang kerajaan Taib Mahmud yang tidak mempedulikan kehidupan rakyat, terutamanya kaum Iban disitu.

Menurutnya selain masalah tanah, Kampung Merang Lama dan Merang Baru tidak mempunyai bekalan air, walau ada paip air.

"Tiap-tiap bulan kena bayar bil air, tapi bukan air yang datang, cuma angin,"jelasnya.

Katanya, penduduk di dua kampung terbabit bergantung kepada air hujan dan dari anak air di lemabh kampung tersebut untuk kegunaan harian, makan minum, mandi serta mencuci pakaian.

Tinjauan Buletinonline yang mengikuti rombongan kempen Kontingen PAS Terengganu menerima aduan dari 20 orang kampung Betong Kanawit yang masih belum dinekalkan dengan elektrik.

Manakala lebih dari lima orang penduduk dari rumah panjang Kampung Terong, tidak boleh mengundi kerana mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Mereka tidak layak mendaftar sebagai pengundi kerana masih belum memiliki kad pengenalan.

| edit post

BN SARAWAK DI PERSIMPANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


BN Sarawak di Persimpangan

1. Berkampung di DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjung Datu serta beberapa tinjauan dibuat sekitar DUN Muara Tuang bermula sehari sebelum tarikh penamaan calon sehingga kelmarin [9 hb April] memberi pengalaman baru dan sangat bernilai dalam mencongak masa depan PAS khasnya pemuda PAS di Sarawak.

Insyaallah 14 hb - 16 hb April ini, saya dan rakan - rakan exco DPP Malaysia akan ke DUN Beting Maro sebagai DUN yang paling berpotensi untuk dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Sarawak bagi edisi ke 10 ini.

2. Masih saya ingat sekitar lebih 10 tahun yang lalu, bersama YB Datuk Wan Rahim dan rakan - rakan yang lain memulakan gerakan dakwah dan membawa risalah perjuangan Islam dengan wadah Parti Islam Se Malaysia [PAS] ke Beting Maro, kini benih yang telah ditanam telah mula berbunga dan dijangka tidak lama lagi akan membuahkan hasilnya Insyaallah.

Begitu juga beberapa kawasan lain seperti Sadong Jaya dan Sebuyau. Jika sesuai dengan iklimnya, saya percaya benih yang ditanam kian subur dan bakal membuahkan hasil pada suatu masa kelak. Handsome Boy adalah antara bunga yang sedang mekar di Beting Maro.

3. Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak. Wajar diinsafi bahawa perjuangan PAS tidak sekadar menatang perubahan politik dan mengapung isu semasa sebaliknya PAS hadhir dengan cita - cita perjuangan Islam untuk :

* membetulkan aqidah,
* memurnikan akhlak dan

* menjernihkan pemikiran ummat manusia .


4. Kekuatan PAS terletak kepada sejauh mana anggota dan penyokongnya memahami dasar perjuangannya iaitu Islam. Tanpa memahami Islam, agak sukar untuk mereka menyertai dan mendokong perjuangan PAS. Keadaan ini hanya memungkinkan PAS meraih simpati dari mereka yang mengikuti jatuh bangun dan suka duka perjuangan PAS lalu dinyatakan kebersamaan mereka dengan penuh simpati sementara mereka juga turut menentang musuh yang sama.

5. Justeru itu, agar PAS tidak hanya disertai oleh simpatisan maka pemimpin dan anggota PAS selayaknya bekerja keras untuk menyampaikan risalah Islam dan memahamkan masyarakat kenapa mereka wajar menerima perjuangan Islam. Menyedari kemajmukan masyarakat di Sarawak yang tentunya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, pemimpin dan anggota PAS sekali lagi mesti hadhir dengan :

* Hikmah yang tinggi,
* pendekatan yang unik dan

* kegigihan yang maksimum.


6. Bermula dengan kebajikan, menyantuni kemajmukan mereka serta memperjuangkan hak mereka seperti hak pemilikan tanah yang sememangnya menjadi sebahagian dari agenda Islam, mungkin menjadi pintu masuk utama ke laman hati nurani mereka agar mereka sedia menerima perjuangan PAS.

Sementara penyertaan PAS di beberapa DUN dalam pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak, [sekalipun berdepan dengan kekalahan teruk] lebih memperkenalkan PAS kepada masyarakat tempatan mengenai simbol, lambang, bendera, pemimpin, pejuang, aktivis, budaya kerja dan segalanya berkait dengan PAS.

7. Sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, mereka sinis dengan lambang PAS. Ada yang kata PAS adalah parti ping pong dengan menganggap lambang bulan purnama itu adalah bola ping pong. Malah ada yang mengatakan PAS adalah parti Jepang Hijau sehingga mereka benci untuk menjulangnya. Tidak kurang juga pemimpin kita dikejar dengan parang, diherdik dan dimaki hamun.

Jika lambang PAS pun mereka keliru, bagaimana mereka mahu memahami prinsip dan dasar perjuangan PAS. Begitulah realiti sebuah pengalaman yang dilalui oleh PAS di Sarawak. Namun keadaan kini semakin baik dan memberangsangkan.

8. Saya tidak jangka secepat itu masyarakat Sarawak menerima PAS memandangkan sejarah panjang dan getir yang dilalui oleh PAS di semenanjung dan juga Gerakan Islam di seluruh dunia sememangnya menjadi bukti bahawa tabiat perjuangan Islam ini terhenti sekurang - kurang di atas 5 nokhtah :

* jauh destinasi
* sukar pergerakkan

* diancam penjara

* dibunuh syahid

* dibuang daerah


9. Nokhtah - nokhtah inilah yang terpaksa ditempuh oleh pejuang - pejuang Islam sebagai tribulasi disepanjang jalan sebelum mereka benar - benar teruji dan layak menerima anugerah kemenangan. Tiada short cut untuk menggapai kemenangan sebagaimana tiada jalan mudah untuk meraihkan kejayaan. Kesabaran yang mantap, keyakinan yang tinggi dan munajat yang berterusan akan mendorong nusrah [pertolongan] dari Allah Azza wa Jalla.

10. Sarawak kini dipersimpangan. Ke kanan adalah jalan yang lurus dan benar. Menuju perubahan yang total melibatkan dasar dan sistem. Bukan sahaja berkait dasar dan sistem pentadbiran atau pemerintahan, tetapi jauh lebih penting ialah dasar dan sistem kehidupan sebagai hamba Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta segala makhlukNya.

Sementara ke kiri adalah jalan buntu dan keliru. Menjerumuskan rakyat ke lembah yang serba mundur. Bukan sahaja mundur dari sudut taraf hidup dan sosio budaya tetapi juga mundur perkembangan spiritual dan minda. Situasi ini dinilai setelah lebih 40 tahun rakyat memberi mandat kepada BN di Sarawak. Kini Masa Untuk Berubah.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

| edit post

CADANGAN PINDAAAN UNDI POS BUKTI ADA KEPINCANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 05 April 2011 0 comments


Cadangan Pindaan Undi Pos Bukti Ada Kepincangan

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ingin memberi maklumbalas berhubung dengan pindaan dalam sistem undi pos yang bakal dibentangkan di parlimen pada tahun ini. SPR bercadang membuat pengundian awal (Advance Voting) bagi membolehkan kumpulan pemilih tertentu pengundi pos menunaikan tanggungjawab sama dengan pengundi awam seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang telah disiarkan akhbar sinar harian pada sabtu 2 April 2011 di muka surat 8.

Seperti kenyataan-kenyataan Dewan Pemuda PAS sebelum ini bahawa sistem pengundian undi pos sangat terdedah kepada manipulasi dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Contoh yang paling jelas adalah kertas undi boleh di bawa pulang ke rumah masing-masing oleh pengundi selama 4 hari. Dalam tempoh masa ini kertas undi sangat terdedah kepada manipulasi. Keduanya kedudukan tempat mengundi di dalam Kem menyebabkan masalah birokrasi yang serius antara SPR, pengurusan kem dan parti-parti yang bertanding. Contoh jelas berlaku di Bagan Pinang dan Sibu apabila petugas parti bertanding, khususnya daripada Pakatan Rakyat dihadkan pergerakkan di tempat mengundi dalam kem bagi mengawasi proses pengundian. Alasan yang sangat membosankan oleh pegawai tentera yang bertugas adalah arahan daripada pihak atasan.

Ketiganya adalah berkenaan masalah kempen. Hanya parti pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh pihak kem untuk berkempen dalam kem. Atas alasan menjalankan tugas seperti Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Besar boleh berkempen dalam kem . Dewan Pemuda PAS mempunyai bukti yang jelas Menteri Pertahanan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamed Hasan secara jelas telah berkempen dalam Kem di Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil yang telah lalu. Ini adalah tindakan double standard pihak kem kepada parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat. Dewan Pemuda PAS sangat kuatir pengundi pos tidak mendapat maklumat yang jelas daripada parti yang bertanding.

Dewan Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara bagi menjadikan usaha SPR ini serius dan menampakkan kesungguhan SPR membuat penambahbaikan di dalam undi pos. Bukan hanya "pindaan celah gigi" yang tidak membetulkan pun ketempangan proses pilihan raya tersebut khususnya yang berkaitan dengan undi pos.

Pertama, SPR akan membuat pindaan agar diberi peluang membuat pengundian awal secara beramai-ramai. Mereka tidak perlu mengisi borang 2. Ini bermaksud bahawa mereka adalah seperti pengundi awam tetapi yang membezakan adalah mereka mengundi awal dan diberi tempoh masa yang mencukupi. Dewan Pemuda PAS ingin mencadangkan bahawa pindaan ini hendaklah mengambil kira persoalan masalah biokrasi dalam proses pengundian. Pindaan ini perlu dengan jelas menyatakan bahawa pihak SPR mempunyai kuasa penuh menguruskan proses pengundian di tempat yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan campurtangan daripada pihak pengurusan Kem atau balai polis yang boleh memberi ruang kapada manipulator mencatur manipulasinya.

Keduanya, SPR hendaklah membuat pindaan berkenaan keadah kempen di dalam Kem atau Balai Polis. Contohnya memberi ruang kepada parti bertanding bertemu dengan pengundi ditempat yang disediakan di dalam kem atau balai polis. Pihak pemerintah pernah menolak cadangan ini atas alasan bahawa anggota tentera dan polis tidak boleh terlibat dalam politik. Saya kira ini kenyataan yang dangkal kerana parti-parti yang bertanding bukan mahu anggota tentera dan polis menjawat jawatan dalam parti politik tetapi hanya mahu menyampaikan maklumat parti kepada pengundi pos. Maklumat yang jelas ini sangat perlu bagi pengundi pos membuat keputusan yang jelas semasa mengundi dan mengelakan perasaan takut untuk membuat keputusan. Dalam kes pilihanraya kecil Bagan Pinang, bahan kempen PAS menjadi bahan terlarang seumpama dadah untuk masuk dalam kem. Ini adalah tidak adil kepada parti yang bertanding.

Ketiganya, bagi mereka yang berada di luar negara mereka seharusnya boleh mengundi di kedutaan Malaysia di luar negara. Contohnya pelajar kita di Mesir yang jumlahnya lebih kurang 7,000 orang boleh mengundi di kedutaan Mesir. Amalan ini telah dilaksanakan oleh rakyat Indonesia yang bekerja di negara kita. Mereka mengundi di kedutaan Indonesia di negara kita. SPR dan petugas parti yang bertanding boleh mengawasai pengundian yang berjalan. Dewan Pemuda PAS membantah cadangan SPR untuk menjadikan pelajar kita diluar negara sebagai pengundi pos.

Kempatnya, hanya mereka yang mempunyai tugas kritikal pada hari mengundi sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengundian secara pos. Contohnya anggota tentera yang yang bertugas dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) di negara bergolak. Mereka tidak boleh mengundi di kedutaan kerana masalah keselamatan. Walaupun begitu proses pos hendaklah telus. SPR hendaklah mempunyai keupayaan mengawal kertas undi sepenuhnya. Bukan diserahkan kepada pihak ketiga yang diraguai kemampuannya seperti yang berlaku sekarang. Suatu mekanisma yang lebih berkesan juga harus di usahakan oleh SPR bagaimana agar pungutan dan penghantaran kertas undi dapat dibuat dengan lebih efektif dan tidak terlalu terdedah kepada manipulasi sebagaimana proses yang sedia ada.

Kelimanya, Parti-parti yang bertanding adalah client atau pengguna kepada SPR. Maka sudah sewajarnya parti-parti bertanding ini dilibatkan dalam membuat pindaan terhadap undi pos. Ini bagi mendapatkan keadilan dalam perlaksanaan undi pos. Setakat ini belum ada lagi pembentangan yang dibuat oleh SPR kepada parti-parti yang bertanding sedangkan pindaan akan dibuat pada bulan Jun tahun ini.

Cadangan pindaan undi pos yang dicadangkan oleh SPR membuktikan bahawa terdapatnya kepincangan serius dalam pengundian pos seperti yang telah saya dedahkan sebelum ini. Persoalannya bagaimana pilihanraya Sarawak yang akan berlansung pada 6hb hingga 16 hb April 2011? Pilihanraya ini berlaku sebelum pindaan terhadap undi pos dilaksanakan. Oleh itu manipulasi undi pos boleh berlaku dalam pilihanraya umum negeri Sarawak. Maknanya pilihanraya Negeri Sarawak dilaksanakan dalam tempoh kepincangan undi pos. Keadilan tidak dapat ditegakkan dalam pilihanraya ini kerana adanya undi pos. Persoalannya adakah rakyat negeri Sarawak mendapat keadilan untuk menentukan pemerintah di negeri mereka sedangkan kepincangan undi pos masih berlaku dalam pilihanraya ini? Jika pilihanraya Umum berlaku pada bulan Jun 2011 maka sekali lagi negara kita menghadpi pilihanraya Umum ke-13 dalam kepincangan undi pos. Kerajaan Malaysia bertanggungjawab terhadap kepincangan ini.

Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post


PAS Selesaikan 'Masalah 20 Tahun' Bekas Ahli Umno

KEMAMAN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai meneruskan agenda kebajikannya telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang bekas ahli Umno sejak 20 tahun lalu.

Bersama jentera Pemuda, MTD Chukai telah membaikpulih rumah Encik Rosli Harun, 53, dari Kampung Pengkalan Pandang Luar dekat sini pada Sabtu 2 April.

Beliau ketika ditemui, menarik nafas lega apabila MTD Chukai bermurah hati membina baru bahagian dapur serta tandas di rumahnya.

Dengan rasa syukur dan terharu beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat kebajikan yang dihulurkan oleh PAS meski pun keluarganya pernah menjadi ahli Umno.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PAS. Saya sendiri terharu dengan bantuan ini meski pun pernah menjadi ahli Umno.

“Masalah lebih 20 tahun kami dapat diselesaikan oleh PAS khususnya, kepada bekas calon PAS di Dun Chukai ini, Haji Hanafiah Mat. Terima Kasih,” ujarnya dengan nada sebak.

Katanya beliau tidak mampu untuk membaiki rumah tanpa bantuan kerana pendapatannya sebagai pemandu lori hanya RM900 sebulan, hanya cukup untuk saradiri keluarga sahaja.

Isterinya, Puan Rohmah Hasan, 47, mendakwa merasa malu kerana puluhan tahun hidupnya menumpang guna tandas surau berhampiran dengan rumah.

“Malu hendak cakap sebenarnya, selama lebih 20 tahun kami anak-beranak tumpang guna tandas surau di sebelah rumah ini.

“Rumah ini pun dibina hasil dari sumbangan kayu seorang hamba Allah dan sebahagian atapnya adalah pemberian kerajaan apabila rumah ditimpa pokok tumbang beberapa tahun lalu,” jelasnya

Menurutnya, walaupun beliau pernah beberapa kali memohon bantuan kerajaan, tetapi tidak diluluskan, atas ‘pandangan’ pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.

Beliau mendakwa, JKKK hanya mengutamakan kroni dan suku sakat, walaupun suaminya mempunyai pertalian keluarga dengan isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.

Anaknya, Noorhayati Rusli, 27, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PAS yang prihatin terhadap keluarga ‘Pok Li’ (Rusli).

Katanya, sejak dari kecil hingga dewasa ini cukup merasai kesusahan keluarga yang serba dhaif.

“Kami anak-beranak orang susah dan terpaksa menumpang kegunaan tandas surau yang kebetulan berada bersebelahan rumah ini.

“Saya ucap terima kasihlah kepada PAS dan sukarelawan yang membaikpulih bahagian dapur, bilik air dan tandas,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada para dermawan bagi menjayakan program al-Falah Dun Chukai ini.

Katanya, pihak MTD telah membelanjakan hampir RM4000 membina sebuah dapur, bilik air dan tandas bagi keluarga Encik Rusli.

Menurutnya, seramai 30 orang sukarelawan PAS bergotong-royong selama empat hari bagi menyiapkan projek ini.

“Saya ucap terima kasih kepada para dermawan kita yang menyumbang kewangan, barang keperluan dan tenaga sukarelawan.

“Kita (MTD) belanja hampir RM4000 yang sepatutnya keluarga ini mendapat perhatian kerajaan negeri tetapi tidak dipedulikan.

“Secara peribadi, kesusahan rakyat menjadi sebahagian dari perjuangan serta denyut nadi saya dalam wadah PAS ini,” ujarnya.

Oleh kerana, katanya keluarga ‘Pok Li’ (Rusli) ini bukan dari kalangan kroni JKKK menjadi punca sebarang bentuk bantuan dinafikan.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !