KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PERUTUSAN SEMPENA MAULUD NABI SAW

Posted by Pemuda PAS Paka 26 February 2010 0 comments


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

| edit post

PEMUDA UMNO TIDAK ADA KEJANTANAN

Posted by Pemuda PAS Paka 25 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - Belum pun sampai tempoh tujuh (07) hari yang diberikan, Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin telah menolak cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa.

Menurut Fariz, penolakan itu membuktikan, Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk untuk berbincang secara professional berkaitan Halatuju Dan Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu Terengganu .

"Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap "baling batu sembunyi tangan" dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah,

"Ia adalah bukti nyata beliau dan Pemuda UMNO bimbang, segala pekung dan nanah mereka akan terbongkar, dan sesungguhnya benarlah, mereka mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu Terengganu,”ujar Fariz ketika dihubungi Buletin Online.

Katanya, telah terang lagi jelas, Saiful Bahari dan Pemuda UMNO bukan sahaja tidak mempunyai halatuju, malah telah hilang jatidiri, menjadikan mereka tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak muda negeri Terengganu .

"Saiful dan ‘awak-awak’ Pemudanya hanya dilihat ‘gah’ menggunakan media tapi ‘kurang jantan’ untuk berpencak, berdepan di gelanggang.”katanya lagi.

Oleh kerana itu, Fariz mencadangkan agar Saiful Bahari ‘mengunci mulutnya’ dan duduk berdiam diri kerana beliau telah hilang kelayakan untuk memimpin pemuda UMNO Terengganu.

Katanya, terbukti Pemuda UMNO adalah golongan ‘kurang upaya’ yang hanya mampu berdiri bertongkatkan wang ringgit, dan menyuap ‘gula-gula rasuah’ kedalam mulut anak-anak muda negeri Terengganu dengan Dana Bakti Remaja atau Wang Ehsan.

Justeru, beliau berkata, adalah wajar Saiful Bahari meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu.

Katanya, Saiful juga gagal menjawab beberapa persoalan berkaitan halatuju Pemuda UMNO yang penuh palitan kehitaman akibat gejala penyelewengan , rasuah dan salahguna kuasa kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu, termasuk kegagalan, ketidakadilan, pilih kasih, penganiayaan serta kezaliman dalam melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu Darul Iman.

"Beliau gagal memberikan penjelasan, keterlibatan beliau dalam syarikat multi-jutaan MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang beroleh projek runding terus, pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. To’ Kong bernilai RM226 juta,

“Saiful juga gagal menjelaskan kezaliman Umno dan BN Terengganu dalam perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan perobohan 14 buah rumah rakyat di Kampung Banggol Donas,”jelas Fariz

Beliau menambah, Saiful juga gagal, menafikan penjualan projek tersebut kepada seorang Kontraktor bukan Melayu, lalu menelan sendiri air liur dan ludah dari tempikan slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO.

”Kasihan ahli–ahli pemuda UMNO di cawangan-cawangan, yang hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sedang pemimpin pemuda UMNO seperti Saiful, meraih laba, melonggok harta dan kaya-raya dengan keuntungan atas angin, cari projek dan jual projek,

”malang bagi rakyat yang terus teraniaya, ditindas dan dizalimi, secara halus dan jelas, Pemuda Umno bukan lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ‘membela dan menyembelih’ rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Fariz menyeru dan mempersilakan, ahli-ahli Pemuda UMNO agar keluar dan meninggalkan parti ‘racist’ itu.

“Saya mengalu-alukan mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat atau sebarang parti dalam Pakatan Rakyat yang telah membuktikan membawa perubahan ‘cakna’ dan menjaga kebajikan sepertimana yang dilaksanakan di negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang,” tambahnya.

| edit post

BN : BAHTERA YG HAMPIR TENGGELAM

Posted by Pemuda PAS Paka 22 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - PAS menegaskan, tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya, lebih selesa menjadi pembangkang, daripada bersama dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno/ BN umpama sebuah bahtera yang sedang ‘bocor’.

“Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya.

“Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, beliau berkata, PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain untuk kepentingan rakyat seperti isu ekonomi dan sosial

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu.

“Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.

| edit post

XPDC EDARAN RISALAH DAKWAH

Posted by Pemuda PAS Paka 17 February 2010 0 comments


XPDC Edaran Risalah Dakwah

PAKA: Bertempat di Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, bermula jam 06.40 petang, yang tidak memakan masa yang lama, sekitar 10 minit, XPDC Edaran Risalah Dakwah Pemuda PAS Dun Paka, berjaya diadakan.

Permintaan terhadap risalah tersebut amatlah memberangsangkan. Dianggarkan kali ini, adalah tidak mencukupi, insyaAllah di masa akan datang, akan di top up dari sudut bilangan cetakan risalah tersebut.

Turut hadir dalam edaran tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Paka, Saudara Ramzi Abdullah. Risalah yang diedarkan berbentuk Isu Semasa dan juga Dakwah.

| edit post

1 MALAYSIA CANDU MASYARAKAT

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


- supaya rakyat lali dan lupa terhadap masalah hidup yang dihadapi

DUNGUN - Akibat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah pada hari ini adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan rakyat menderita dan hidup dalam keaadaan yang tidak selesa.

”Oleh itu, maka mereka (kerajaan BN) tahu rakyat perlu diberikan candu, maka candunya sekarang ini adalah slogan 1Malaysia,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah bertujuan untuk menjadikan rakyat leka dan lupa dengan masalah yang dihadapi.

”1Malaysia adalah satu (slogan) supaya rakyat lali dan rakyat lupa terhadap penderitaan yang dialami,

”supaya rakyat tidak nampak tentang penyelewengan dan pengkhianatan amanah yang mereka (kerajaan BN) lakukan kepada rakyat,” katanya dalam majlis Penerangan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan, apakah faedah yang rakyat perolehi dengan moto ‘Rakyat Didahulukan’.

”Dia (kerajaan BN) bagi kita minyak untuk pakai, minyak yang murah minyak (RON) 95, minyak itu bila kita bawa (kenderaan) macam kita bawa ‘buldozer’, mana ada ‘pick-up’,” kata Ustaz Idris yang menambah, sebab itu kenderaan yang kita bawa tidak larat untuk mendaki bukit,

”Itulah yang rakyat pakai (gunakan), ini rakyat didahulukan, pakai minyak yang tidak ada kualiti,” tegasnya.

Jelas Ustaz Idris, sebenarnya kerajaan baru-baru ini telah menaikkan harga minyak (petrol) sebanyak 30 sen daripada RM1.75 kepada RM2.05, dan minyak RON 97 adalah minyak lama yang telah dinaikkan harga.

Katanya dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, kerajaan BN telah menipu rakyat satu Malaysia.

Justeru, Oleh yang demikian, katanya, kerajaan BN tidak boleh diharap lagi untuk membela kehidupan rakyat.

Beliau turut mendakwa kerajaan BN akan menaikkan pula tarif elektrik dan air tidak lama lagi.

”Apa yang kita nak harap kalau macam inilah kerajaan yang ada, nak harap apa untuk mereka bela (hidup) kita,

”lepas ini, (tariff) elektrik pula naik dan (harga) air juga naik, yang turun adalah hujan!,” katanya.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1547:1malaysia-adalah-candu-masyarakat&catid=36:berita-nasional&Itemid=84

| edit post





Orang Melayu Menadah Tangan Di Depan To’ Kong

KUALA TERENGGANU – Setelah dua tahun Kuala Terengganu diisytihar sebagai Bandaraya, tidak banyak perubahan yang dapat mewarnai kehidupan warga ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.

Ramai yang terus hidup miskin lagi dhaif , sehingga terpaksa ‘melupakan’ perasaan malu dan ‘tidak kesah’ tentang maruah dan harga diri akibat kehidupan yang semakin tersepit.

Satu sketsa ‘kesempitan hidup’ yang menyedihkan khususnya kepada orang Melayu, pernah hangat diperkatakan berlaku pada tahun 2006, berulang kembali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, 13 Februari, 2010.

Malangnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang awal ke Kuala Lumpur selepas merasmikan dua proram ‘Umno Juara Rakyat’ di Besut dan Kuala Terenggan.

Sekiranya Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia bermalam di Kuala Terengganu, nescaya beliau boleh melihat senario kehidupan yang pasti mempersoalkan, apakah Umno benar-benar juara kepada orang-orang Melayu.

Pada 31 Januari, 2006, sebuah akhbar media perdana dipetik, memaparkan kesah sekumpulan ibu tunggal sanggup ‘berselepoh’ dari pagi hingga malam sambil menadah tangan di depan sebuah To’kong di Kampung Cina, Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun itu.

Kejadian yang sama berlaku pada malam Tahun Baru Cina dua hari yang lalu, di To’ Kong yang sama dan Kampung Cina yang juga sama.

Kamera wartawan Buletin merakamkan beberapa foto, betapa ketika orang ramai lalu lalang, ‘orang Melayu’ berkenaan duduk atas jalanraya menunggu-nunggu umpama ‘peminta sedekah’.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1542:sketsa-menyedihkan-tahun-2006-berulang-kembali&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

| edit post



Ahmad Said Tidak Mahu Menerima Memo Anak Felda !

Akhlak Setiausaha Politik MB Terengganu







| edit post

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

Posted by Pemuda PAS Paka 14 February 2010 0 comments


Utuhkan Perpaduan, Katakan Tidak Kepada Racist

1. Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010, saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan "semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Tiong Hua [ Chinese ] di negara ini.

2. Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini. Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt. Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :

Yang maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

3. Perjuangan Parti Islam se Malaysia [ PAS ] pula melandasi firman Allah swt tersebut, bilamana PAS menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa. Politik baru PAS dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan PAS For All sekaligus meletakkan perjuangan PAS dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan.

4. Perkauman sempit sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam negara ini. PAS konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta.

5. Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum-kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN.

6. Terbaru laporan dari Malaysianinsider bahawa setiausaha kerja UMNO menyebut di dalam satu ceramah beliau bersama kelab UMNO di United Kingdom bahawa Cina adalah kaum yang merempat di negara ini. Sebelum ini kenyataan Nasir Safar turut mendapat sokongan dari sebahagian kalangan pemimpin UMNO dan BN.

7. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kenyataan-kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara.

8. Selayaknya UMNO dan BN menghormati hak-hak orang Cina dan India di dalam negara ini dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN pada hari ini atau sememangnya konsep 1 Malaysia itu hanyalah retorik semata-mata.

9. Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa kami Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist. Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain. Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini.

10. Islam menjadi dasar perjuangan PAS. Justeru itu, apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah apa yang diajar oleh Islam. Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling menghormati antara kaum, bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera, harmoni, aman dan damai. Sementara semua suasana-suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .

Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

| edit post

KES SMS UGUT BUNUH

Posted by Pemuda PAS Paka 10 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - Sembilan telefon bimbit adalah antara 20 barang bukti yang diterima Mahkamah Sesyen di sini untuk perbicaraan kes menggugut tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu.

Selain itu empat komputer riba turut dijadikan bahan bukti dalam kes Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang didakwa membuat ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Adun Barisan Nasional Terengganu pada April tahun lepas.

(Gambar - lakonan dua ADUN BN tak menjadi !)

Tertuduh turut didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan kepada tiga Adun itu iaitu Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Ajil Datuk Rosol Wahid dan Adun Permasuri Abdul Halim Jusoh dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Saksi pertama kes Koperal Zulbahari Abdul Manan, 43, dari Cawangan Jenayah dan Stor Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkata 20 daripada 36 jenis barangan yang diambil daripada tertuduh telah dijadikan bahan bukti dalam kes ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz @ Juned berkata seramai 22 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Terdahulu, ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid, Ahmad Ramzi meminta mahkamah supaya kesnya dibicarakan.

Pada pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya pada pukul 11.21 malam 13 April tahun lepas di E726, Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini Untuk pertuduhan kedua, Ahmad Ramzi didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, pada tarikh, tempat dan waktu sama, dan juga terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh sama.

Menurut Bernama, ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat iaitu pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web (ownsmsbiz.com/v1) dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Sabit kesalahan dalam pertuduhan ini, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Shahidani dibantu Nor Azimon Azumi dan Ooi Chooi Geok dan tertuduh diwakili peguam bela Datuk Hazman Ahmad, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud.

Perbicaraan disambung esok.


IMBASAN

Kes SMS Ugut Bunuh adalah satu konspirasi yang dirancang antara kumpulan yang bermusuhan dalam Umno Terengganu. Kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, menganggap Wan Ahamad adalah pengatur strategi Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.

Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk memfitnah Wan Ahamad dengan mereka satu SMS yang dihantar kepada beberapa ADUN, kononnya Wan Ahamad mengugut untuk membunuh.

Pada hari kejadian, ADUN BN yang mendapat SMS ugut bunuh itu telah terus membuat tuduhan bahawa Wah Ahamad yang telah menghantar SMS kepada mereka.

Buletinonline berada di lokasi dan melaporkan lakonan ADUN Permaisuri Halim Jusoh yang menuduh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar menghantar SMS ugut Bunuh – ADUN BN.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1524:kes-sms-ugut-bunuh-ramzi-boleh-dipenjara-sehingga-empat-tahun&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

| edit post

UCAPAN NASIR = TEKS NAJIB

Posted by Pemuda PAS Paka 07 February 2010 0 comments


Chukai, KEMAMAN – Ucapan perkauman yang dilafazkan oleh Pegawai Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Nasir Safar sebenarnya adalah teks ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. (update - video)

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cikgu Badrul Hisham mendedahkan demikian ketika berucap dalam majlis makan malam pra Tahun Baru Cina yang diadakan disini, mala mini, 6 Februari.

Menurutnya, Majlis Juara Rakyat yang diadakan di Pusat Dagangan Melaka itu sepatutnya dihadiri oleh Najib, namun oleh kerana beliau tidak hadir, teks ucapannya telah dibacakan oleh Datuk Nasir.

Dalam ucapan tersebut Datuk Nasir terang-terangan telah menghina kaum India dan Cina di Malaysia dengan mengatakan bahawa kaum India adalah dating ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan kaum Cina, terutamanya perempuan bekerja sebagai pelacur.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1515:ucapan-datuk-nasir-sebenarnya-teks-najib-cikgu-bard&catid=36:berita-nasional&Itemid=84

| edit post

AIR MATA (BUAYA) BERNILAI JUTAAN

Posted by Pemuda PAS Paka 04 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong dilaporkan sedih dan tidak dapat menahan perasaannya, lalu menangis. Beliau sebak dan tidak dapat meneruskan ucapan

dihadapan para pegawai dan kakitangan kerajaan negeri pada satu majlis meraikan persaraannya di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Kononnya, pada majlis itu, 13 Januari 2010 lalu, ketika berdiri kali terakhir di atas pentas, sebelum meninggalkan Wisma DarulIman, beliau teringatkan pesanan ibunya.

Justeru itu, dilaporkan media, beliau tidak mampu menahan hiba hatinya, dan menyebabkan ucapannya tersekat-sekat.

Akhirnya, Mokhtar terpaksa berhenti serta-merta dan tidak dapat meneruskan ucapan yang dianggap sebagai pesanan terakhir darinya.

Namun begitu, disebalik segala ‘kesedihan’ itu rupa-rupanya ada laba yang menunggu, ‘udang di sebalik batu’, yang bakal dinikmatinya.

Sumber buletin memaklumkan, Dato’ Mokhtar dijangka menerima ‘habuan’ berupa gratuiti perkhidmatan berjumlah lebih kurang RM800,000.00.

Selain itu, Mokhtar juga dilaporkan telah mendapat ‘anugerahkan kawasan balak’ yang bernilai RM6 juta.

Berikutan itu, terdapat ‘cakap-cakap’ di kalangan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri menyifatkan ‘tangisan’ bekas SUK tersebut berupa ‘air mata buaya’ sahaja.

Ia adalah kerana, dengan sekelip mata, sebaik sahaja melangkah keluar dari Wisma Darul Iman dan meninggalkan perkhidmatan kerajaan, beliau akan menjadi ‘Jutawan Segera’!

Mokhtar bakal bersara penuh pada 15 April 2010 yang kini sedang bercuti selama tiga bulan berkuatkuasa 15 Januari 2010 lalu.

Menurut sumber Mokhtar telah ‘dipaksa’ menandatangani Surat Persaraan Awal tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan penganugerahan kawasan balak berkenaan.

Kawasan balak bernilai jutaan ringgit tersebut dipercayai telah diperolehinya ketika di bawah pemerintahan mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mokhtar dilantik sebagai SUK pada zaman Idris, walaupun ramai mempertikaikannya, namun beliau amat sesuai menjadi ‘yes man’ kepada semua projek-projek Idris.

Bahkan, tindakan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengeluarkan beliau lebh awal dari perkhidmatan kerajaan negeri dianggap tepat kerana bekas SUK tersebut masih setia berwala’kan Idris Jusoh.

| edit post

BANNER TRG DARUL RUNTUH

Posted by Pemuda PAS Paka 1 comments

| edit post

1 MALAYSIA HANYA SANDIWARA

Posted by Pemuda PAS Paka 03 February 2010 0 comments


UMNO Tidak Akan Berubah – Tetap Menjadi Sebuah Parti Racist ! 1 Malaysia hanya sandiwara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/nasir.jpg - Kenyataan Pegawai Khas Najib melampau

Kenyataan Datuk Nasir bin Safar, (Gambar) Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membuktikan slogan 1Malaysia Najib hanyalah satu sandiwara semata-mata.

Beliau berkata, orang India di Negara ini yang mendesak 12 matapelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai ‘pelampau’.

"Orang India di Malaysia melampau sangat….. mereka mendesak kerajaan untuk 12 mata pelajaran dalam SPM.. jangan desak kerajaan,”katanya ketika berucap dihadapan pegawai-pegawai kerajaan dan politik dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, (JASA) di Pusat Dagangan Melaka hari ini, 2 Februari.

Lebih mengejutkan, Nasir telah membuat ugutan untuk melucutkan kerakyatan kaum India di Malaysia dan menuduh mereka datang ke Malaysia sebagai ‘peminta sedekah’.

Beliau turut menggelar kaum Cina (Tionghua) khususnya perempuan-perempuan Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu sebagai ‘pelacur’.

”Anytime kita boleh melucutkan kewarganegaraan orang India dimalaysia... Indians came to Malaysia as beggers and chinese especially ladies untuk jual badan melacur,"kata Nasir.

Tindakan Pegawai Khas Bahagian Komunikasi yang duduk ‘dibawah dagu’ Najib dilihat sebagai satu kenyataan yang menghasut.

”Jasa org Cina dan India dalam pembangunan, dan pembentukan modal insan di Negara ini sebelum merdeka,

”dan penjuangan bila (ketika) zaman konfrontasi, tidak dikenang langsung, faktor sejarah diputar-belit, 1Malaysia konon,”kata seorang pengamal media.

| edit post

ORANG MUDE GENG KITE; ZON UTARA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Berikut adalah sebilangan kecil gambar-gambar sepanjang program Orang Mude Geng Kite - Zon Utara (Besut & Setiu) pada 29 Januari 2010 lalu. Secara umumnya program ini berjaya walaupun perjalanan program sedikit kurang lancar. Dianggarkan kira-kira 2000 pemuda berjaya dikumpulkan dalam program tersebut. Program yang diadakan sehari di kampung Bari Besar, Setiu di akhiri dengan Ceramah pada malamnya.









| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !