KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

SALAM EIDUL ADHA 1430 H

Posted by Pemuda PAS Paka 26 November 2009 0 comments


Salam EdulAdha 1430H


Sempena Eidul Adha 1430 H ini, saya selaku Ketua Majlis Tindakan Dun (MTD) Pemuda PAS Paka, mewakili seluruh saf kepimpinan pemuda Dun Paka, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qorban (Eidul Adha) kepada semua pemuda, muslimin dan muslimat yang berada di seluruh Paka khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

Mudah-mudahan roh pengorbanan yang dimiliki oleh para Anbiya' alahimussolatu wassalam, para sahabat radhiallau 'anhum yang berjihad fi sabilillah, para syuhada', para solehin dapat sama-sama kecapi dan realisasikan dalam kehidupan kita seharian demi melihat Islam yang berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias tertegak di bumi Malaysia ini amnya dan Paka khususnya. InsyaAllah...

Wassalam.
"ORANG MUDE GENG KITE"


Saudara Ramzi bin Abdullah,
Ketua MTD Pemuda PAS Paka.

09 Zulhijjah 1430H / 26 November 2009

| edit post

PERBEZAAN ANTARA PAS DENGAN UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 24 November 2009 0 comments

Perbezaan Antara PAS dengan UMNO

Oleh Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib

ImageMasalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH di dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku di negara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menghayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin di negara Barat dan Timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang Islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah di dalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulama' PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat

| edit post

KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1430 H

Posted by Pemuda PAS Paka 22 November 2009 0 comments



Khutbah KHAS Eidul Adha 1430 H


Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk mendapatkan Khutbah Khas ini,

Sila Dapatkannya Di Laman Blog Dewan Ulama' Terengganu

Klik DI SINI ;

Syukran Jazilan

Wassalam.

| edit post

TEAM BUILDING MTD PEMUDA PAS PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 13 November 2009 0 comments


Team Building MTD Pemuda PAS Paka


PINANG MERAH; 13 November; Bermula dengan mendengar Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Syeikh Hanafi, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Masjid Pinang Merah yang bersempena dengan Program Team Building MTD Pemuda PAS Paka telah disambut dengan ketegasan "Bersama-sama Dengan Jemaah Islam dan Kepimpinannya Adalah WAJIB'.

Kemudian disusuli pula dengan makan tengahari, iaitulah Nasi Ayam al-Mukarramah. Program yang dipengarahkan oleh Saudara Abu Nurul Yadaini bin Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda Dun 2, yang diadakan adalah semata-mata untuk memantapkan lagi organisasi kepimpinan pemuda di peringkat cawangan serta merapatkan lagi ukhuwah di kalangan pemuda. Bertepatan dengan tema program ini iaitu "Orang Mude Geng Kite ; Memahami Organisasi PAS".

Program dimulakan dengan pendedahan hala tuju pemuda PAS Dungun yang disampaikan oleh Saudara Mohas bin Salleh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun. Seterusnya diteruskan dengan bengkel, pembentangan dan akhirnya dengan ucapan taujihat yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin bin Jusoh.

Acara kemuncak selepas berakhir program tersebut, jam 06.15 petang, program "Orang Mude Geng Kite" iaitu Sumbangan Kebajikan kepada pemuda-pemuda yang dalam kesusahan. Sumbangan ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan memandangkan bukan seorang pemuda yang menerimanya. Kumpulan Pertama diketuai oleh Saudara Ramzi bin Abdullah, Ketua Pemuda Dun. Kumpulan Kedua pula diketuai oleh Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli, Timbalan Ketua Pemuda 1, dan Kumpulan Ketiga diketuai oleh Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi, Ketua Lajnah Tarbiyyah Pemuda Dun.

Jam 06.40 petang, program berakhir dan semua pemuda bersurai dengan harapan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

| edit post

MUSUH ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Musuh Islam


Lama tak menulis. Tak kesempatan masa. Banyak hal yang nak diselesaikan. Lepas ni, nampak gaya kene cari 'Assistent' untuk tolong update Blog Shamatun ini. Jangan salah anggap pulak pasal assistent tu, kan tak pasal-pasal Ummu Mus'ab melatah kan. Hehehe...

Baik, dengan kesempatan masa yang ada pada malam Jumaat ni, sejak akhir-akhir ni, serangan, tujahan, lontaran, panahan, serapan dakyah-dakyah yang keji telah dimainkan dengan bermaksud untuk melemahkan kepimpinan Islam di kalangan Ulama' yang ada sekarang. Khusus dalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Budaya menghina ulama PAS sekarang dah semakin membuak-buak di kalangan mereka yang jahil, bodoh, bebal dan bengong. Khusus puak UMNO yang bercakap tanpa sekatan.

Saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, serta khususnya buat penyokong dan pendokong UMNO yang jahil atau sengaja buat-buat jahil dalam hal agama, merenung sejenak dengan Firman Allah taala dalam Surah al-Ahzab, ayat 58 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh dan membuat dosa yang amat nyata."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: “Diriwayatkan dari Nabi saw: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman: ’Sesiapa yang mengganggu wali-Ku, maka Aku telah menyatakan perang kepadanya.” (Riwayat Bukhari)

Imam Al-Hafiz Abu Qasim Ibnu Asakir rahimahullah berkata: “Ketahuilah wahai saudaraku - mudah-mudahan Allah swt memberikan keredhaan-Nya kepada kita dan menjadikan kita termasuk di kalangan orang yang takut dan bertaqwa kepada-Nya dengan taqwa yang sebenarnya. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun. Kebiasaan yang Allah swt lakukan terhadap sesiapa yang memperkecil-kecilkan para ulama' adalah satu perkara yang dimaklumi, iaitu dengan mencarik-carikkan tempat pergantungan mereka. Sesiapa yang melepaskan lidahnya untuk mencela para ulama, maka Allah akan mematikan hatinya sebelum kematian (jasad) nya.

Oleh itu, orang-orang yang menyalahi perintah-perintah Allah hendaklah merasa gerun terhadap fitnah dan azab pedih yang akan menimpa mereka.

Saya nak memberi nasihat kepada penyokong, pendokong UMNO, dan juga orang yang jahil dalam urusan agama terutama kepada saya sendiri, Jadikanlah peringatan di atas sebagai panduan. Jangan disebabkan kerana mengejar kemewahan, keselesaan dan kekayaan dunia, sanggup anda ketepikan, menghina, mencerca Ulama'. Terutama Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Ingat pesanan ini.

Apa guna hidup atas muka bumi ini jika tiada keberkatan dan kerahmatan. Kehidupan macam ini samalah kehidupan binatang ternakan yang melata di atas muka bumi ini. Tiada aqal, dan tiada pegangan agama. Sanggup mengikut telunjuk tali barut Yahudi laknatullah dengan menjadikan 'Persepsi' sebagai kata utama yang mesti dipercayai. Pandangan tidak semestinya betul ! Tetapi al-Quran dan al-Hadis sememangnya Benar dan Betul...

Masih ada masa untuk sama-sama beristighfar dan bertaubat. Mana kita hendak, samada hidup dengan keberkatan atau tanpa keberkatan? Fikir-fikirkanlah...

Ehsan Dari Blog Timbalan Ketua Pemuda Dun Paka

| edit post

KHUTBAH KHAS INTIFADA

Posted by Pemuda PAS Paka 12 November 2009 0 comments


Khutbah KHAS Intifada Palestin


Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk mendapatkan Khutbah Khas ini, anda bolehlah teruslah membuka di url ini ;

Syukran Jazilan

Wassalam.

Sisipan Dari Blog DUPNT

| edit post

KENAPA PERUBAHAN ISLAM ?

Posted by Pemuda PAS Paka 04 November 2009 0 comments


Kenapa Perubahan Islam?


Sesungguhnya perubahan yang mengikut ciri-ciri yang telah disebutkan itu merupakan suatu kefardhuan dari segi syara’ dan penting dari segi kemanusiaan.

Adapun dari segi syara’, dengan sebabkan terbengkalainya 'hakimiyah Allah' di muka bumi dan berkuatkuasanya sistem dan perundangan ciptaan manusia ke atas masyarakat umat manusia, wajib setiap orang Islam mengambil inisiatif melakukan perubahan dan memulakan cara hidup Islam sebagai memenuhi tuntutan Islam. Firman Allah swt yang bermaksud:

" Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. " (An-Nisa' : 64 )

"Tentang apapun kamu berselisih, maka putusannya terserah kepada Allah. Itulah Allah tuhanku. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali." ( As-Syura : 10 )

Usaha bagi mewujudkan sebuah masyarakat Islam tidak akan tercapai tanpa perubahan. Hukum-hukum dan kewajipan syara' tidak mungkin dilaksanakan tanpa negara, dan mengikut satu kaedah syara':

'Sesuatu yang tidak menyempurnakan satu kewajipan yang lain melainkan dengannya, maka ia juga wajib hukumnya.'

Perubahan Islam dianggap menjadi suatu perkara penting bagi umat manusia kerana banyak sebab dan alasan yang boleh kita simpulkan adalah seperti berikut:-

* Melepaskan umat manusia dari kehinaan dan kecelakaan yang diakibatkan oleh peradaban barat.

* Bankrapnya tamadun negara barat menjadikan perubahan Islam itu suatu keperluan yang mendesak kepada umat manusia.

* Hancur leburnya 'kayan-kayan' (bentuk) aqidah di dunia memerlukan kepada perubahan secara Islam dan penyelesaian Islam.

* Pandangan yang mendalam dan teliti terhadap kedudukan dunia Islam kini memerlukan perubahan Islam ini iaitu.

Ada negara-negara yang mendakwa sebagai negara Islam, dalam waktu yang sama memburukkan wajah Islam dan hakikat Islam dengan melakukan apa yang sebenarnya jauh dari Islam!

Ada negara-negara Islam lain yang mengadu bahawa ia dikuasai oleh parti-parti kiri atau kanan yang rakyatnya diperintah di bawah besi dan api, dan Islam diperangi tanpa ada tolak ansur lagi.

Ada negara Islam yang menjual diri dan maruah kepada blok timur mahupun blok barat, menjadikan rakyat dan hasil negaranya hanya bagi kepentingan penjajahan.

Kenyataan yang pahit ini sedang dialami oleh umat manusia dan dunia memerlukan perubahan itu hinggakan ia sampai ke peringkat wajib. Adalah penting untuk melepaskan dunia Islam dari keadaan yang ada, supaya Islam dapat mengambil pimpinan bagi menunjuk dunia kepada hidayah dan seterusnya melepaskan manusia dari kehilangan pegangan dan terkapai-kapai. Seperti Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (al-Baqarah : 143 )

Ada segolongan orang pula berpendapat bahawa perubahan Islam tidak ada faedahnya selain dari mendapat keredhaan Allah di akhirat dan terlepas dari siksaanNya. Tanpa menafikan pentingnya sudut akhirat, Perubahan Islam memberi keuntungan di dunia sebelum di akhirat. Antara lainnya:-

- Tercapainya keimanan kaum muslimin, kewujudan mereka, aqidah dan juga akhlak mereka.

- Tercapainya wahdah (Penyatuan) muslim dan kekuatan mereka yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan mereka.

- Tercapainya keadilan dan kecukupan dalam kehidupan berekonomi.

- Tercapainya kewujudan individu soleh, usrah solehah, masyarakat baik dan negara yang baik.

- Tercapainya gambaran dari prinsip perundangan dan sistem Islam dalam realiti bukan sahaja sebagai suatu ideal.

- Terbangunnya suatu kuasa ketiga antara dua blok yang sering bertentangan (timur/barat). Ini mengujudkan perimbangan di dunia dan menghentikan pertentangan antara kuasa timur dan kuasa barat serta pencabulan mereka yang berterusan ke atas keselamatan dan keamanan bangsa-bangsa yang lemah serta hak mereka untuk hidup merdeka sepenuhnya.

- Tercapainya kepimpinan Pemikiran Islam dan penguasaan 'manhaj' Islam selepas bankrapnya tamadun barat dan runtuhnya ideologi-ideologi taghut di dunia.

al-Marhum Syeikh Fathi Yakan

| edit post

PEMUDA PAS OBOR PERJUANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 02 November 2009 0 comments


HIMPIT 10K


GELIGA : Suatu suasana yang amat merangsangkan kepada para pemuda Islam yang berada di Terengganu ini, dengan himpunan sejumlah hampir 10 000 orang, memperhebatkan lagi serta mengizzahkan lagi PAS, gerakan Islam yang selari dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Kontijen Dungun dengan jumlah pemuda hampir 800 orang, telah menempah nama sebagai Kontijen Terbaik dalam HIMPIT 10K ini. Pemuda Paka dengan jumlah pemuda yang menyertai HIMPIT ini seramai 210 orang, membuktikan pemuda Islam di Paka ini bersama dengan perjuangan Islam PAS. Syabas Pemuda Paka !

Walaupun berada di bawah payungan hujan yang turun renyai-renyai, tidak mematahkan semangat perjuangan Islam yang ada dalam pemuda Paka khususnya dan semua pemuda Terengganu amnya. Sanggup bernaung di bawah hujan, yang sedikitpun tidak memudaratkan diri selaku seorang pemuda Islam yang gagah berani, kental, bahkan sanggup menyahut cabaran untuk menentang pemuda dan putera UMNO.

Islam mengharapkan pengorbanan, bukan setakat sumbangan. Pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dibayar dengan keberkatan, kerahmatan dan pahala Allah taala. Inilah janji yang dijanjikan oleh Allah taala kepada pemuda yang memperjuangkan agamaNya.


[“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,”

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini... Tegas Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.]





















| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !