KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PAS SELESAIKAN MASALAH 20 TAHUN BEKAS AHLI UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 05 April 2011


PAS Selesaikan 'Masalah 20 Tahun' Bekas Ahli Umno

KEMAMAN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai meneruskan agenda kebajikannya telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang bekas ahli Umno sejak 20 tahun lalu.

Bersama jentera Pemuda, MTD Chukai telah membaikpulih rumah Encik Rosli Harun, 53, dari Kampung Pengkalan Pandang Luar dekat sini pada Sabtu 2 April.

Beliau ketika ditemui, menarik nafas lega apabila MTD Chukai bermurah hati membina baru bahagian dapur serta tandas di rumahnya.

Dengan rasa syukur dan terharu beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat kebajikan yang dihulurkan oleh PAS meski pun keluarganya pernah menjadi ahli Umno.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PAS. Saya sendiri terharu dengan bantuan ini meski pun pernah menjadi ahli Umno.

“Masalah lebih 20 tahun kami dapat diselesaikan oleh PAS khususnya, kepada bekas calon PAS di Dun Chukai ini, Haji Hanafiah Mat. Terima Kasih,” ujarnya dengan nada sebak.

Katanya beliau tidak mampu untuk membaiki rumah tanpa bantuan kerana pendapatannya sebagai pemandu lori hanya RM900 sebulan, hanya cukup untuk saradiri keluarga sahaja.

Isterinya, Puan Rohmah Hasan, 47, mendakwa merasa malu kerana puluhan tahun hidupnya menumpang guna tandas surau berhampiran dengan rumah.

“Malu hendak cakap sebenarnya, selama lebih 20 tahun kami anak-beranak tumpang guna tandas surau di sebelah rumah ini.

“Rumah ini pun dibina hasil dari sumbangan kayu seorang hamba Allah dan sebahagian atapnya adalah pemberian kerajaan apabila rumah ditimpa pokok tumbang beberapa tahun lalu,” jelasnya

Menurutnya, walaupun beliau pernah beberapa kali memohon bantuan kerajaan, tetapi tidak diluluskan, atas ‘pandangan’ pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.

Beliau mendakwa, JKKK hanya mengutamakan kroni dan suku sakat, walaupun suaminya mempunyai pertalian keluarga dengan isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.

Anaknya, Noorhayati Rusli, 27, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PAS yang prihatin terhadap keluarga ‘Pok Li’ (Rusli).

Katanya, sejak dari kecil hingga dewasa ini cukup merasai kesusahan keluarga yang serba dhaif.

“Kami anak-beranak orang susah dan terpaksa menumpang kegunaan tandas surau yang kebetulan berada bersebelahan rumah ini.

“Saya ucap terima kasihlah kepada PAS dan sukarelawan yang membaikpulih bahagian dapur, bilik air dan tandas,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada para dermawan bagi menjayakan program al-Falah Dun Chukai ini.

Katanya, pihak MTD telah membelanjakan hampir RM4000 membina sebuah dapur, bilik air dan tandas bagi keluarga Encik Rusli.

Menurutnya, seramai 30 orang sukarelawan PAS bergotong-royong selama empat hari bagi menyiapkan projek ini.

“Saya ucap terima kasih kepada para dermawan kita yang menyumbang kewangan, barang keperluan dan tenaga sukarelawan.

“Kita (MTD) belanja hampir RM4000 yang sepatutnya keluarga ini mendapat perhatian kerajaan negeri tetapi tidak dipedulikan.

“Secara peribadi, kesusahan rakyat menjadi sebahagian dari perjuangan serta denyut nadi saya dalam wadah PAS ini,” ujarnya.

Oleh kerana, katanya keluarga ‘Pok Li’ (Rusli) ini bukan dari kalangan kroni JKKK menjadi punca sebarang bentuk bantuan dinafikan.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !