Peringatan Untuk Pemuda Islam
Wahai pemuda Islam, sahutlah seruan Allah SWT supaya kembalikan Islam di tempat yang paling tinggi. Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah tugas utama yang mesti dipikul di bahu pemuda-pemudi Islam sebagai generasi penggerak gerakan Islam. Pemuda tidak boleh leka dalam suasana musuh sedang merancang untuk meruntuhkan umat Islam kini. Binalah semangat baru yang berteraskan kepada semangat kerjasama mendaulatkan Islam dan perjuangan yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Berpeganglah kepada perintah Allah SWT yang maksudnya:
"... dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." ( Al Maidah : 2 )
FirmanNya lagi yang bermaksud;
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda (ak-Kahf) yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." ( Al Kahfi : 13 )
Pemuda Islam yang sebenar adalah mereka yang sentiasa berada di atas perjuangan melaksanakan amalan dan khidmat kepada masyarakat secara benar. Mereka juga bertanggungjawab menghalang dari berlakunya sebarang amalan dan tindakan yang bertentangan dengan syariat Islam. Mereka adalah golongan yang mempertahankan kebenaran Islam.

Oleh itu marilah pemuda-pemudi Islam bersatu tenaga dan bekerjasama menegakkan ajaran Islam. Pemuda juga bertanggungjawab meninggalkan segala amalan dosa dan permusuhan khususnya amalan maksiat yang akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral.
Zaman sekarang kita dikelilingi oleh budaya hiburan, kemaksiatan, jenayah dan kemungkaran yang kian meruncing, mungkin di hari esok seluruh kehidupan tidak aman lagi, maka ayuh kita segera hindarkannya dari terus merebak. Bersatu mencegahnya dan berwaspada dalam tindakan seharian. Sekiranya pemuda tidak sanggup mempertahankan jiwa bangsa dan tanah air dari amalan buruk ini, maka nantilah suatu masa nanti ia akan menghancurkan seluruh jiwa muslim termasuk pemuda itu sendiri.
Apa gunanya kita berpuasa dan apa gunanya kita mengingatkan mereka tentang puasa, berbuka, sahur dan beribadat di malam hari, sedangkan kita sendiri tidak mampu mengubah diri dan membentuk persekitaran baru menjelang ramadan yang banyak memberikan keberkatan. Sedarlah bahawa masa untuk memperjuangkan Islam sudah suntuk dan suasana kehidupan telah banyak hilang dari pertimbangan nilai mulia. Sekiranya kita masih memandang remeh terhadap perkara ini sudah pasti pemuda tidak akan mendapat peluang untuk hidup tenteram bahkan gejala sosial akan terus menimpa kehidupan dan sumber rezeki akan beransur-ansur ditutup oleh Allah SWT.
Justeru itu ayuh bangkit menegakkan kebenaran yang dibawa oleh Islam. Masa masih belum terlambat selagi ulama masih bebas bersuara dan menyampaikan ilmu serta pengajaran agama untuk seluruh masyarakat. Jangan tunggu ulama mati, sama ada terbunuh atau dibunuh maka baru mahu memulakan semangat juang sedangkan pada ketika itu sudah tidak ada lagi golongan ulama yang berani tampil untuk melaungkan suara mengajak berjuang menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

0 comments