Ziarah ke JPC Tebing Tembah
Jam 09.45 malam, 14 Mei 2009 bersamaan 19 Jamadil Awal, terlaksanalah satu lagi agenda yang wajib bagi Majlis Tindakan Pemuda Dun Paka. Iaitulah mengadakan Lawatan Rasmi ke JPC Tebing Tembah. Lawatan ini merupakan lawatan yang ke-5 setelah 4 JPC telah dilawati sebelum ini.
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi bin Abdullah. Turut dihadiri oleh anggota Dewan Harian Pemuda Dun. Manakala bagi pihak tuan rumah pula diketuai oleh Saudara Zailani (Timbalan Ketua JPC).
Alhamdulillah, selepas perbincangan demi perbincangan dibuat untuk memastikan PAS menang dalam PRU 13 di UPU Tebing Tembah, akhirnya lawatan ini berakhir jam 11 malam dengan diakhiri dengan jamuan ringan.
0 comments