KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

JAULAH KE JPC FELDA KERTIH 1 & KETENGAH JAYA

Posted by Pemuda PAS Paka 31 May 2009


Ziarah Rasmi Ke JPC Felda Kertih 1 & Ketengah Jaya


Apabila seseorang itu ingin memenangi sesuatu pertandingan, maka ia akan melakukan apa sahaja untuk memenanginya. Dengan syarat selagi mana perkara itu tidak bertentangan dengan hukum syara'.

Begitulah yang berlaku kepada pemuda Cawangan Ketengah Jaya dan Felda Kertih 1. Kehadiran dan kesanggup tungguan hampir sejam menandakan bahawa mereka benar-benar inginkan kemenangan pada PRU 13 akan datang.

Jadual yang sepatutnya Kepimpinan Pemuda Dun sampai ke Surau Blok 9 adalah jam 09.30 malam. Tetapi kerana masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, maka setengah jam selepas itu baru sampai. Alhamdulillah...

Seperti biasa, kehadiran bagi pihak Pemuda Dun adalah diketuai oleh Ketua Pemuda Dun sendiri bersama 3 orang timbalannya. Manakala bagi pihak Pemuda Cawangan Felda Kertih 1 diketuai oleh saudara Jaafar bersama 3 orang ahli jawatankuasanya. Dan bagi Pemuda Cawangan Ketengah Jaya diketuai oleh saudara Hainafiah bersama 7 orang ahli jawatankuasanya.

Setelah hasrat dan perbincangan dikemukakan, perjumpaan ini berakhir jam 11.15 malam dengan diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan Surah al-Asr.

1 Responses to JAULAH KE JPC FELDA KERTIH 1 & KETENGAH JAYA

  1. Abahnya Faez Says:
  2. terima kasih... kita hanya buat apa yang termampu.. yg lain2 serah pada ALLAH..

    kalah atau menang..semua kerja ALLAH..

    takbir!!!!

     

BUKU JINGGA : KLIK !