KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

UMNO DAH KEHABISAN PELAPIS

Posted by Pemuda PAS Paka 01 January 2011


Antara Shahidan Kassim vs Yahaya Khatib

Kononnya nak gambarkan UMNO Perlis bersatu kot! Dengan meletakkan Shahidan Kassim sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis di bawah MB Isa Sabu. Ianya bukan mengelokkan bahkan bagi orang-ramai, ianya sebagai penghinaan kecuali Shahidan jenis burung balam… angguk aje.

Dengar khabar beliau menolak perlantikkannya untuk bekerjasama dengan MB Isa Sabu. Dengan alasan kepimpinannya lemah dan tua. Syabas kepada Shahidan. Menyuarakan dengan tegas dan berani. Sikap pemimpin yang bagus.. tetapi malangnya sudah habis musim.

Sesama Umno dan pimpinan mereka juga hairan. Yang mengumumkan hanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan. Kenapa PM Najib tidak umumkan selaku Pengerusi Umno. Sibuk sangat ke? Atau isu itu terlalu lekeh. Tak perlu libatkan Presiden? Tindakan itu dikritik oleh pimpinan Umno sendiri. Tetapi kita maklumlah Umno… berani cakap belakang ajelah.. Salah buat sepenggal je kan.. harap itu aje periuk nasik mereka.

Isu di Perlis ini sama juga di Terengganu. Shahidan dengan Isa Sabu ini umpama Ahmad Said dan Idris Jusoh. Kalau Ahmad Said dilantik Pengerusi perhubungan UMNO Terengganu buat apa dilantik Idris Jusoh. Bukan makin rapat tetapi permusuhan semakin ketat dan perpecahan semakin retak.

Kini dilantik Yahaya Khatib Mohamed. Ish layak ke? Bukankah pergeseran MB Mat Said dengan Yahaya tajam sekali. Kecualilah Yahaya jenis Pokke… tukang angguk aje. Yahya telah derhaka apabila menentang Ketua Bahagian Marang. Ketika nak dilantik sebagai EXCO mewakili kawasan Marang, tiada pilihan terpaksa jugak dilantiknya Yahaya Khatib.

Kalau nak dilantik Alias lagi parah. Lagi tajam pertembungannya dengan MB Mat Said. Selepas diberi Exco Infra akhirnya diturunkan pangkat untuk jaga Hal Ehwal Pelancongan. YB Za’aba yang sekufu dengan Pok Rosli, orang bawah kepak Mat Said, mengambil alih tempat Yahaya. Beliau tetap diam membisu. Takut nak protes.

Ketika dalam sidang DUN, Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, menjawab isu kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa. Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, 23 Disember, 2009 ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Sekadar itulah mentaliti Yahaya Khatib yang dilantik sebagai Timbalan Perhubungan UMNO sekarang. Mungkin dah puas pilih, hanya itu yang terbaik kot! Apakah Umno menghadapi pelapis kepimpinan? Kalau dilihat team Ahmad Said, semuanya merupakan kumpulan muka lama berbanding team Idris Jusoh. Tapi kalaulah Yahya Khatib pulak yang ditonjolkan… entahlah.. dok ingat ke YB Ahmad Razif ke.. Datuk Mohd Nasir Fikri ke…

Sekarang ni orang Umno dok tunggu pulak siapakah bakal Setiusaha Agung Umno. Team Idris dok galak mencanangkan bahawa Idris Jusoh bakal dinobatkan menggantikan Tengku Adnan. Kalau benar.. ish 3X lagi seronok tengok gelombang biru politik Terengganu. Kalau nak pecah kapal pun boleh le tengok…

Apapun diharapkan selepas ini Anak Pak Khatib bersuara. Kalau Shahidan lantang, takkan anak Pak Khatib diam membisu… takkan nak tukar Shahidan Khatib vs Yahaya Kassim...

PAS Wajib Ganti Umno

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !