KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

LAMAN WEB RASMI MB TERENGGANU 'DOK ROK CETONG'

Posted by Pemuda PAS Paka 02 January 2011


Laman Web Rasmi MB Terengganu 'Dok Rok Cetong'

Bila setiap peringkat pentadbiran kerajaan berebut menggunakan teknologi maklumat untuk merakyatkan pentadbiran agar masyarakat dapat mengakses pelbagai perkhidmatan melalui media elektronik, nampaknya Laman Web Rasmi Menteri Besar Terengganu** amat ketinggalan semacam tidak berminat untuk mengguna teknologi terkini begini.

Sebelum ini pernah saya menulis perihal “Laman Web Rasmi Terengganu 11 Tahun Terkebelakang?” namun ianya dengan cepat ditiadakan paparan yang disebut dalam posting saya itu. Bagus dalam satu segi. Tetapi alangkah baiknya fakta tersebut diperbetulkan dari ditiadakan langsung.

Terbaru, dalam melungsuri di pagi tahun baru 2011, saya perhatikan bahawa Laman Web Rasmi MB Mat Said teramat dhaif. Apakah ianya pertanda keikhlasan minatnya dalam ICT berbanding ucapan-ucapannya (e-book lah dll). Apabila diklikkan butang akses portal beliau “Pejabat Menteri Besar” di sebelah kiri laman portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu kita akan perolehi paparan sebelah ini.

Jika diperhatikan, tiada apa yang terbaru kecuali satu pengumuman Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran yang berlangsung 9 Oktober 2010 (3 bulan yang lalu).

Kemudian, apabila kita klik pula pada “Sudut YAB” dan “Perkhidmatan” kita akan perolehi paparan yang lagi mengejutkan – “Tiada Rekod Pengumuman”. Tidak ada apa-apa langsung untuk kedua-dua “page” tersebut? Takkan pejabat MB tidak ada apa-apa yang diumumkan? Di mana slogan merakyatkan pentadbiran. Ni rakyat nak tahu … ceritalah sikit program-program YAB, aktiviti ke, dan sebagainya.

Dan apabila diklik pada kolum sebelah kanan di bawah “Artikel” – pada item pertama – iatu “Majlis Pelancaran Sultan’s Cup …”, rupa-rupanya ia adalah teks ucapan beliau pada majlis tersebut. Takkanlah teks ucapan tu jadi artikel pulak. Buatlah satu butang lain untuk kumpulkan semua teks-teks ucapan YAB kita. Dan takkanlah itu sahaja atau itu yang terbaru. MB kita ni dah tak berucapkah selepas Oktober tu?

Sekali pandang macam YAB kita ni sibuk sungguh pada 9hb Oktober tu. Dan itulah sahaja hari beliau ada program/aktiviti!

Pasal ucapan beliau itu sebenarnya ada butang lain di sebelah kolum kiri – “Koleksi Ucapan”. Tetapi saya tidak hendak komenlah apabila diklik padanya kita akan dapati seperti paparan (kanan) ini. Giliran anda pulak untuk komen.

Berbalik pasal kolum sebelah kanan “Artikel”, di bawah “Majlis Perasmian …” artikel tersebut – “Projek Baru”, akan timbul lagi persoalannya. Apakah projek-projek baru yang MB rancang dan sedang laksanakan. Apakah “tanaman padi secara besar-besaran” itu sahaja?

MB Mat Said kita memang tidak sunyi dari kritikan – baik dari parti lawan mahupun di kalangan orang partinya sendiri. Bukan niat saya untuk sahaja-sahaja hendak kritik kecuali agar ianya menjadi satu titik mula untuk MB benar-benar “merakyatkan pentadbiran” dan jangan gemar “Meninggalkan Rakyat Dalam Pentadbiran” [kalau dulu pernah saya menegur agar jangan sampai slogan kerajaan Terengganu menukar slogan “Where Nature Embraces Heritage” menjadi ”The Government Embarrasses Nature and Heritage”!!!!]

Yang paling mengejutkan pagi ini, apabila melungsuri pelbagai laman rasmi agensi negeri ialah paparan berikut. Pada laman utama portal MB, klik pada “Pengumuman” di baris kuning di atas, kemudian klik pada “Bank Idea” di kolum kiri. Pastinya apa yang ingin disampaikan oleh Laman Web Rasmi MB di sini mengejutkan. Apakah itu gambaran sebenar bagi sesuatu untuk YAB MB Terengganu?


** Pastikan anda lakukan segala “klik” yang saya sebut di atas tadi segera. Mungkin nanti akan ditiadakan lagi apabila “mereka” terjaga dari tidur mereka.

1 Responses to LAMAN WEB RASMI MB TERENGGANU 'DOK ROK CETONG'

  1. Anonymous Says:
  2. MUNG HOK DOK ROK CHETTONG....KALU UMNO DOK ROK CHETTONG...PAS TADOH CETONG!!!

     

BUKU JINGGA : KLIK !