KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KALAM TERAKHIR MANTAN KETUA PEMUDA

Posted by Pemuda PAS Paka 07 June 2009


Jangan Merasa Cukup Dan Jangan Jadikan Alasan Tiada Duit - Salahudin


GOMBAK, 5 Jun - Mantan ketua pemuda, Salahuddin Ayub berpesan kepada barisan kepimpinan baru Pemuda PAS dan seluruh perwakilan supaya tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan menjadikan alasan tiada duit untuk terus berada di dalam perjuangan.

Semalam, beliau berucap buat kali yang terakhir sebagai Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

Beliau mengimbas kembali sebelum terlibat secara langsung bersama pemuda, beliau hanyalah orang kampung yang bekerja sebagai penjual ikan dan penjual kuih. Selepas itu beliau ditaklifkan menjadi Ketua Penerangan Pemuda PAS dengan gaji hanya RM 500.00 sebulan dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda menggantikan Tuan hj Mahfuz pada tahun 2003.

Isteri beliau pula terpaksa belajar menjahit bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah beliau dapat menjadi ahli parlimen Kubang Kerian, barulah hidup beliau bersama Isteri dan anak-anak agak selesa sedikit.

Walaupun telah mendapat kehidupan yang selesa beliau dan keluarga telah berjanji, tidak akan mengubah gaya hidup.

Mengulas mengenai kritikan orang-orang luar kepada Ketua Pemuda yang baru, beliau berkata: "Walaupun dengan imej jubah dan serban, ataupun dengan memakai kot dan tali leher sebesar sejadah, orang tidak menilai semua itu. Tetapi insyaAllah orang dan masyarakat di luar akan menilai pemikiran dan gagasan kita sebagai pemimpin."

Beliau menasihatkan kepada Ustaz Nasrudin dan barisan kepimpinan yang baru supaya tidak merasa gundah gulana dalam berjuang kerana dengan Islam yang diperjuangkan, mereka berada di tempat yang sangat tinggi.

"Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada" kata beliau.

Mengimbau kembali ketika mula-mula diangkat menggantikan Tuan Hj Mahfuz sebagai ketua pemuda dahulu, ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan beliau dan akhbar-akhbar memberikan kritikan yang sangat pedas kepada beliau.

Walaubagaimanapun beliau telah berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk berbuat yang terbaik.

Beliau turut berpesan supaya tidak menjadikan akhbar-akhbar ini sebagai musuh tetapi jadikan ia sebagai kawan yang mengkritik kita dan membina diri kita sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS dan budi dewan pemuda pemuda tidak mampu untuk beliau balas.

Beliau berjanji, di mana pun beliau berada tetap akan mempertaruhkan nyawa untuk perjuangan suci ini.

Akhir sekali, beliau turut berterima kasih kepada individu-individu yang membantu beliau sejak beliau memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PAS.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !