KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

MAKAN MALAM BERSAMA PENGUNDI MUDA DI KG SURA

Posted by Pemuda PAS Paka 25 June 2011 0 comments



Makan Malam Bersama Pengundi Muda Kg Sura

23 Jun 2011, 9.30 malam. Program makan malam bersama Pengundi Muda UPU Kg Sura telah berlangsung di Kedai Makan berhampiran Sek Keb Kg Sura, merupakan salah satu usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun untuk mendekati seramai mungkin pengundi menjelang Piliharan Raya Umum yang akan datang.



Seramai sekitar 20 pemuda di dalam UPU ini telah dijemput hadir untuk makan bersama dengan AJK Pemuda UPU Kg Sura, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun berserta Pengarah DUN Paka, Ustaz Saiful Bahari Mamat yang beliau juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Makan malam dimula dengan ucapan ringkas alu-aluan oleh Ketua Pemuda UPU, diikuti terus dengan jamuan makan malam. Setelah selesai menjamu selera, Ustaz Saiful Bahari telah menyampaikan sedikit ucapan yang menyentuh tentang kepentingan penglibatan pemuda dalam membentuk landskap politik negara seperti mana yang telah ditunjukkan oleh para pemuda Timur Tengah.

Sebelum majlis bersurai, Ustaz Saiful telah sudi menyampaikan cenderahati kepada pemuda yang hadir pada majlis tersebut.


| edit post

JOM KITA KUNINGKAN NEGARA PADA 02 JULAI INI

Posted by Pemuda PAS Paka 23 June 2011 0 comments


Kuningkan Seluruh Negara Pada 2 Julai

Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai ‘warm up’ (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Rasional seruan saya ini adalah sebagai ‘warm up’ (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.

Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

| edit post

ISA : PEMUDA PAS TIDAK AKAN BERUNDUR

Posted by Pemuda PAS Paka 19 June 2011 0 comments


ISA : Pemuda Tidak Akan Undur Walaupun Setapak

1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.

3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini.

4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.

5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.

6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.

7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.

8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.

9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.

10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

| edit post

UMNO YANG HALANG HUKUM HUDUD, BUKAN DAP

Posted by Pemuda PAS Paka 11 June 2011 0 comments


'Mahathir Yang Halang Hukum Hudud Bukan Karpal'

- Nik Aziz; Mantan PM hantar surat amaran kepada Kelantan

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Encik Karpal Singh seperti yang didakwa oleh mantan perdana menteri Malaysia itu.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir mungkin sudah lupa bahawa beliau yang telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud, lapor laman berita The Malaysian Insider.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS akan melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun, hasrat melaksanakan hukum hudud itu tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya melalui satu surat amaran yang dihantar kepada Datuk Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan.

'Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

'Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, sebagai mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,' kata Datuk Nik Abdul Aziz dalam laman Facebook beliau, kelmarin.

Selasa lalu, Dr Mahathir mendakwa pihak yang menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS, khususnya Encik Karpal.

Dengan nada menyindir, Dr Mahathir mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Karpal kerana 'akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam PAS sudah berjaya'.

Menurut Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama, manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, atau penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau juga berkata perjuangan Encik Karpal, selaku Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin merestui kerjasama DAP, khususnya dengan Encik Karpal. - Berita Harian Singapura

| edit post

UMNO AKUI TAKUT DENGAN DASAR ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 09 June 2011 0 comments


Rupanya Umno Yang Takut Dengan Dasar Islam, Bukan DAP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umnolah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu.

Namun kenyataan Nazri yang mengatakan "Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul." sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangan sekarang ini adalah betul, selaras dengan sunnah Rasulullah saw. Beranikah Umno mengatakan PAS ini sesat? Hanya orang yang takutkan Islam sahaja yang layak dipanggil sesat.

DAP kini sudah tidak takut pada dasar negara Islam kerana hukum-hukum Islam yang terkandung di dalam dasar itu hanya untuk orang Islam dan bukan Islam masih bebas mengamalkan undang-undang sivil. Selain itu mereka juga memahami bahawa dasar negara Islam itu adalah negara yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengangkat definisi hubungan manusia dengan tuhan sebagai kiblat kehidupan.

Orang Melayu memang menerima dasar itu kerana Islam begitu sebati dengan diri mereka. Slogan Negara Berkebajikan yang dibawa sejak Pilihanraya 2008 lalu adalah sebahagian dari huraian kepada dasar negara Islam. Ianya adalah dasar yang begitu dekat kepada rakyat yang Umno amat takuti dan risau.

Rakyat kini semakin bijak untuk memilih. Orang Melayu, Cina, India dan kaum lain kini semakin terbuka menerima PAS. Parti ini semakin progreasif dan kini bersedia mengantikan Umno. Jelas, misi PAS ganti Umno semakin menjadi realiti.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

| edit post

BERSIH 2.0: Jom ramai-ramai pakat bersih!

Posted by AdminGraphic 23 May 2011 1 comments

| edit post

USRAH OUTDOOR MTD PAKA

Posted by AdminGraphic 17 May 2011 0 comments

Usrah Outdoor MTD Paka

Bukit Bauk, 17.5.2011
- Alhamdulillah, Usrah Outdoor Gabungan PAS MTD Paka telah berjaya diadakan di Taman Rimba Bukit Bauk pagi tadi walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai turun sejak awal pagi.

Usrah Outdoor ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dihadiri oleh seluruh ahli keluarga pendokong PAS Paka. Dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengerusi MTD Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat. Seterusnya sedikit riadah dilakukan bagi muslimin. Muslimat pula menunjukkan skill masing-masing dalam permainan congkak. Anak-anak kecil dimeriahkan dengan acara mewarna lukisan.

Semoga program sebegini dapat merapatkan kali ukhuwwah serta dapat menyihatkan fizikal para pejuang sekalian.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !