KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

POLIS DAN SPR STILL PEKAKAS UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 30 January 2011 0 comments


Jentera PAS dan Pakatan Rakyat Terus Mengasak di Hari Akhir

LABIS - Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran, sehingga ke saat-saat akhir, jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat terus mengasak BN yang menggunakan 'segala-galanya' dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Tenang.

Pelbagai usaha kempen terus dilaksanakan oleh jentera di setiap peti undi, bagi meraih sokongan daripada para pengundi, walaupun cukup diketahui bahawa, pilihanraya akan terus berlangsung secara tidak telus dan adil.

Di Felda Cemplak, misalnya, jentera Pakatan Rakyat khususnya ANAK dengan kerjasama kontinjen Terengganu dan SAMM, berjaya menganjurkan sukan rakyat di Padang Awam Felda terbabit.

(Gambar - Sukan Rakyat di Felda Cemplak anjuran jentera PAS, walaupun mereka hadir, basikal mereka berlogo dacing???)

Selain itu, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang terus bergerak menemui pengundi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sekitar jam 3.00 petang Cikgu Mala di lihat di Pekan Labis, terus mengunjungi peniaga-peniaga dan bertemu dengan orang ramai.

Pada sebelah malamnya, sebanyak 7 program ceramah telah diadakan di Felda Tenang, Felda Cempelak, Cemplak Barat, Dataran Wayang Pacak, Kampung Sawah Baru, Redong dan Bukit Mambai.

Di sebalik kempen rancak PAS dan Pakatan Rakyat iru, sehingga saat akhir juga, Umno dan BN terus menggunakan 'taktir kotor' mengugut dan menyalahgunakan kuasa.

Halangan kepada jentera PAS dari Wilayah Persekutuan untuk masuk berkempen di Ladang Labis Utara, milik anak syarikat berkepentingan kerajaan Sime Darby adalah contoh 'perangai buruk' BN.

Apabila dikemukakan pertanyaan kepada petugas Ladang tersebut, terus terang beliau berkata ia adalah arahan 'orang atasan'.

Katanya, "kita orang kerja kan, apa majikan cakap kita kena ikut" ketika dipersoalkan mengapa 'biru' boleh memasang poster di ladang tersebut dan 'Hijau' tidak boleh.

Penoreh Getah dijemput Pulang Dengan Bas

Presiden Parti Makkal Sakti, R.Kannan memberitahu, perbuatan ugut dan sogokan amat berleluasa di kalangan pengundi kaum India.

Menurutnya, tidak pernah dalam sejarah kaum India yang menoreh getah dijemput pulang dengan bas.

Tetapi, katanya, bas-bas menunggu para penoreh getah kaum India di ladang-ladang pada jam sekitar 11 hingga 12 tengahari, untuk menjemput mereka pulang.

Bukan setakat disediakan pengangkutan, mereka kemudiannya di berikan 'sogokan' berbentuk barangan keperluan seperti susu dan gula.

Polis dan SPR 'perkakas' Umno

Polis dan Suruhanjaya Pilihanraya terus menjadi 'perkakas' Umno dan Barisan Nasional.

Kejadian jentera Umno/BN yang menganggu program kempen PAS dan Pakatan Rakyat terang-terangan tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis dan SPR.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar, bukan hanya ahli-ahli umno dibawah yang terlibat menganggu ceramah PAS, malah Menteri Umno/BN turut mempamerkan perangai hodoh, melanggar undang-undang.

Ketika berceramah di Kampung Redong pada 27hb januari, beliau berkata, Umno telah mengadakan ceramah ditempat yang sama, terlalu hampir dengan ceramah PAS.

"Ketika saya sedang berceramah, saya diganggu oleh bunyi ceramah Umno/BN yang diadakan terlalu dekat, ditempat yang sama,

"apabila selesai ceramah, saya hampiri program Umno itu, saya dengan Othman Abdul (Dato') sedang berceramah,"ujarnya kepada Buletinonline.

Apabila beliau memberitahu para petugas Umno, beliau mahu berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab, tiba-tiba Dato' Ahmad Maslan yang turut berada di majlis itu, muncul.

Walaupun telah diberitahu pihak polis, ceramah Umno tersebut tidak mempunyai permit, namun polis bukan sahaja tidak bertindak, bahkan hadir ke majlis ceramah PAS dan menanyakan samada program tersebut mempunyai permit atau tidak...

PAS Wajib Ganti Umno...

| edit post


Pegawai Kerajaan 'Dedalu'??

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengingatkan penjawat awam di negeri ini tidak menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang mahu menjatuhkan institusi kerajaan.

Menurut Ahmad, mereka yang berkhidmat dengan sektor tersebut tidak patut memburukkan kerajaan atau membocorkan rahsia sulit hanya semata-mata menjadi penyokong parti pembangkang.

“Patut mereka melihat yang memerintah sekarang ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN), dia tidak boleh hentam kerajaan. Dia (sokong) politik lain, dia nak sabotaj kita pula.

“Buat kerja tidak betul, bocorkan rahsia kerajaan. Macam laporan audit, macam mana pembangkang dapat laporan awal. Laporan awal kita tidak boleh sahkan lagi..saya dapat yang sudah dibukukan, ini tidak betul,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas Bicara Eksekutif bersama beliau di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad bertegas, sekiranya mana-mana pihak merasakan sudah tidak sesuai bekerja di institusi kerajaan, mereka dinasihatkan meletak jawatan.

“Ada pegawai kerajaan yang bocor maklumat pada pembangkang, itu tidak betul, jadi macam dedalu, mula-mula tumpang sahaja. Kalau dia rasa tidak sesuai dengan jiwa dia, dia berhentilah.

“Kita tidak boleh ada orang berasingan. Jika kayuh satu perahu, orang lain kayuh ke depan, dia kayuh ke belakang, maknanya berpusing di situ sahajalah.

“Kakitangan kerajaan tidak boleh bersikap demikian, (lebih baik) letak jawatan (dan) jangan jadi macam anai-anai yang merosakkan dan mahu meruntuhkan bangunan,” katanya - Sinar Harian

| edit post

PELAJAR CEDERA AKIBAT SIBUK KEMPEN E-BOOK

Posted by Pemuda PAS Paka 27 January 2011 0 comments


Sibuk kempen 'E-Book', Tak Sedar Sekolah Reput!

KUALA NERUS - Dua buah bilik darjah sebuah sekolah kebangsaan dekat sini terpaksa ditutup berikutan kejadian kipas syiling terjatuh di dalam kelas berkenaan.

Sumber Buletin memberitahu, setelah kejadian yang dilaporkan berlaku pada minggu lalu, pihak pentadbiran sekolah berkenaan telah memeriksa keadaan syiling tempat kipas yang jatuh itu bergantung.

Apabila pemeriksaan dilakukan keatas bangunan Blok 'E' itu, didapati bukan sahaja kayu syiling kelas terbabit telah reput, bahkan kayu syiling bilik darjah bersebelahan turut rosak.

(Gambar - dua bilik darjah bangunan 'Blok E' telah ditutup untuk pembaikian)

Bagaimana pun kejadian yang telah menyebabkan seorang murid tahun 4 dalam kelas berkenaan mengalami kecederaan itu, tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ia adalah kerana, murid yang ditimpa kipas itu, difahamkan, adalah anak salah seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Dr. Alias Razak menyelar kerajaan dan Exco berkenaan yang sibuk berkempen E-Book sehingga tidak sedar sekolah reput.

Katanya kejadian kipas terjatuh semasa murid sedang belajar adalah satu contoh yang membuktikan kerajaan tidak fokus dan tidak memberi keutamaan,

"Kerajaan negeri Terengganu gagal dalam soal pentadbiran dan pembangunanan, slogan kerajaan hanyalah kosong semata-mata, sibuk berkempen 'E-Book' sehingga tidak sedar sekolah reput," tegasnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata belanja besar sebagaimana dibentangkan dalam bajet negeri tiap-tiap tahun gagal meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Katanya, sepatutnya kejadian yang membahayakan keselamatan dan nyawa pelajar sekolah dapat dielakkan sekiranya pemeriksaan berterusan dibuat ke atas bangunan-bangunan yang telah sampai tempohnya.

Justeru beliau mendesak pihak yang berkenaan memeriksa semua bangunan-bangunan sekolah baik yang telah berusia, atau pun yang baru, supaya kejadian yang sama tidak berulang.

"Saya harap tindakan segera dapat diambil supaya pihak kerajaan negeri, jabatan dan agensi yang terbabit memberikan tumpuan bagi membuat pemeriksaan keatas semua bangunan-bangunan sekolah, tidak kira yang lama atau pun yang baru dibina," ujarnya.

Menurutnya banyak kejadian runtuh yang telah berlaku bukan menimpa bangunan-bangunan yang lama, tetapi bangunan yang baru dibina dan ada yang tidak sampai setahun umurnya.

| edit post

HABIS ELAUN UTK BERKHIDMAT KPD MASYARAKAT

Posted by Pemuda PAS Paka 25 January 2011 0 comments


Habis Elaun Untuk Berkhidmat Kepada Masyarakat

- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi

KUALA DUNGUN - Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

"termasuk sumbangan Tahun Baru Cina, sumbangan persekolahan, sumbangan menghadapi Ramadhan, Hari Raya Eidul Fitri, Edidul Adha, masjid, surau dan lain-lain," katanya ketika ditemui selepas program jelajah memberikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Dungun, sempena Tahun Baru Cina di sini semalam.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kaum Tionghua di Kuala Dungun semalam, sempena sambutan Tahun baru Cina)

Menurutnya, beliau terpaksa berhati-hati di dalam membelanjakan elaun yang diterimanya, kerana keperluan rakyat adalah menjadi keutamaannya.

Katanya, beliau memang sentiasa dalam kesempitan kewangan, namun bantuan dari kawan-kawan, pihak Majlis Tindakan DUN PAS, dan sumbangan orang perseorangan yang muhsinun, dapat menampung pergerakan beliau.

"Setakat ini memang (saya) terpaksa berbelanja dengan berhati-hati kerana keperluan untuk rakyat perlu diutamakan, dalam keadaan kesempitan kewangan,

"bantuan daripada orang perseorangan, daripada DUN (MTD) sendiri, ahli-ahli jawatankuasa dan orang-orang yang tidak mahu disebut namanya (membantu saya)," jelasnya apabila diminta menerangkan bagaimana beliau mengurus perjalanannya sebagai wakil rakyat,

Oleh itu, kata beliau, itulah perbezaan di antara perjuangan Islam, di mana dalam Islam pemimpin hidup secara sederhana bersama masyarakat berbanding perjuangan kepentingan diri, yang hidup mewah tanpa mempedulikan rakyat.

"Di sinilah beza bila kita berjuang di atas nama perjuangan Islam (berbanding) perjuangan kepentingan (diri), perjuangan Islam ini ialah, hidup secara sederhana bersama dengan rakyat,

"kerana Yang berhormat dalam Pakatan Rakyat ini adalah yang berkhidmat, rakyat menjadi fokus dan keutamaan," tegasnya,

Beliau mengambil kata-kata Sayyidina Omar menjadi panduannya, "apabila rakyat aku kenyang, aku yang paling akhir kenyang, apabila rakyat lapar, akulah yang mula-mula lapar".

Mengulas peruntukkan RM3 juta untuk wakil rakyat BN yang diumumkan oleh Menteri Besar, baru-baru ini beliau berkata hanya RM1 juta yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan negeri Disember lalu.

Katanya, peruntukkan RM3 juta tersebut adalah peruntukkan pilihanraya,

| edit post

GENERASI KEDUA FELDA PAKA BILA BOLEH TANAH?

Posted by Pemuda PAS Paka 20 January 2011 0 comments


Hasil Perjuangan ANAK, Generasi Kedua Dapat 500 Lot Tanah

Kenyataan Media Oleh Utaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor

PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.

PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. PAS mengharapkan Datuk Seri Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.

Walau bagaimana pun PAS yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka dinafikan oleh kerajaan BN. Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian PAS.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda Paka: Generasi Kedua Felda DUN Paka, bila pulak boleh dapat Tanah tu? Ker nak tunggu Wakil Rakyat Umno Paka ni meninggal dunia? Atau, tunggu PRU nanti? Atau tunggu Najib datang Paka, buat pengumuman tersebut?

| edit post

30 RIBU JAYAKAN PAS GANTI UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 18 January 2011 0 comments























| edit post

UMNO SEMAKIN TERTEKAN & DALAM KETAKUTAN

Posted by Pemuda PAS Paka 14 January 2011 0 comments


MPK Buang Bendera PAS

KEMAMAN: 14 Jan: Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini cukup bimbang dengan strategi 'gelombang' Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Peringkat Negeri yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini, esok.

Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Harakahdaily mendapati operasi selama satu jam itu berjalan lancar dengan kawalan sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).
Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !