KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

CALON BN TIDAK FAHAM PERJUANGAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 03 March 2011


Calon BN Kerdau tidak faham Perjuangan Islam

KUALA TERENGGANUKetua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menjadikan golongan agama dan ulama' untuk mengumpan rakyat dengan tujuan mengekalkan sokongan politik terhadap parti mereka.

Menurutnya, golongan itu tidak diberi kedudukan tertinggi untuk menentukan hala tuju parti sebagaimana tuntutan agama.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka hanya diberi peluang dalam politik dan diberi peranan tertentu sahaja dengan kuasa yang terhad.

“Keadaan ini telah berlaku kepada ilmuwan seperti Profesor Datuk Dr Abdullah Md Zain, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Tan Seri Wan Mukhtar Ahmad dan Tan Sri Yusof Noor.

“Ulama' dalam UMNO tidak diberi kedudukan tinggi untuk tentu hala tuju parti dan mereka tetap dipimpin dari kalangan bukan ilmuwan atau golongan agama,” katanya mengulas kenyataannya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, situasi itu berbeza dengan Pas apabila golongan agama dan ilmuwan diberi tempat tertinggi dalam parti bagi menentukan dasar dan perjalanan parti berteraskan agama.

“Dalam PAS, Ulama' menjadi pemimpin dan diberi kedudukan tertinggi dalam kepimpinan untuk memimpin mengikut tuntutan al-Quran dan hadis,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Bukit Payung, berkata, keadaan sama akan berlaku kepada calon Umno-Barisan Nasional (BN) di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Mohd Nor turut menganggap calon BN lulusan Bahasa Arab itu lebih berminat kepada parti Umno-Barisan Nasional disebabkan tidak faham mengenai perjuangan Islam yang dibawa PAS, memandangkan beliau bukan dalam bidang Usuluddin.

“Dia tiada pengkhususan dan asas dalam Usuluddin dan sangat jauh daripada Ulama' Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang jelas menyatakan sekular terpinggir dan perlu ditinggalkan,” katanya.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !