KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

ASLIM TASLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 23 July 2010 0 comments


Aslim Taslam : Terima Islam Kamu Selamat

1. Nabi saw ketika dihantar atau diutus oleh Allah swt berdepan dengan masyarakat Jahiliyyah kuno yang keras menentang Islam . Malah ummat manusia dalam keadaan berpecah antara satu sama lain . Mereka bertelagah dan bersengketa malah berbunuh - bunuhan antara satu sama lain . Dunia waktu itu porak peranda .

2. Nabi saw menghantar surat kepada semua pemuka - pemuka kaum dan pihak berkuasa negara supaya menerima Islam untuk menyelamatkan mereka dan generasi yang akan datang . Ummat manusia disatukan dengan Islam . Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

3. Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu . Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .

4. Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa . Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .

5. Ringkasnya , dunia hari ini khasnya negara kita juga perlukan surat atau risalah Rasulullah saw ini iaitu Aslim Taslam . Ianya sesuai dihantar sewaktu UMNO dan BN ghairah mengajak PAS bersatu . Saya kata : Pelan Damai untuk ummat ini ialah Islam atau dalam erti kata lain ialah Aslim Taslam . Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Pastinya ia merupakan seruan kepada semua bukan terhenti antara PAS dan UMNO tetapi kepada seluruh rakyat dalam negara ini dan juga semua parti dan NGO .

Dengan itu , saya berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan kepada seluruh ummat Manusia dalam negara ini . Pelan saya mudah : Aslim Taslam : Islamlah nescaya kamu selamat . selebihnya : No Islam No Talk .

Ust Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post

JAMBORI ARC 2010

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments
| edit post

MELAYU : MARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH

Posted by Pemuda PAS Paka 14 July 2010 0 comments

Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

"dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya."

"dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan ."

"dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar ."

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

"dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana ."

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

"Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ."

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post

SILING SURAU DEWAN TTI RUNTUH

Posted by Pemuda PAS Paka 12 July 2010 1 comments


KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu benar-benar telah terkena sumpahan apabila satu demi satu bangunan yang baru siap didirikan mengalami kerosakan dan 'keruntuhan'

Yang terbaru adalah syiling surau dewan konvensyen di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini.

Menurut laman blog Terengganukini, gambar dewan konvensyen Taman Tamadun Islam itu diambil Khamis 8 Julai 2010 tersebut.

Kejadian syiling runtuh itu tidak disedari oleh orang awam kerana surau tersebut tidak menjadi tumpuan pengunjung TTI un tuk menunaikan solat.

Kebanyakkan pengunjung TTI akan menunaikan solat di Masjid Kristal yang terletak 50 meter dari dewan konvensyen tersebut.

Ia baru disedari apabila gambar-gambar yang diambil pada 8 Julai lalu, disiarkan dalam ruang sosial facebook, kerana hal tersebut tidak menjadi tumpuan untuk sehingga tidak dijadikan tempat untuk melakukan solat.

Sebelum ini, sebanyak 10 kejadian bangunan baru dibina telah runtuh di negeri Terengganu sebagaimana perincian dibawah;

Senarai Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu
________________________________________

1.Dewan Sek Men Bukit Besi
Tarikh :
Harga :

2.Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

3.Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

4.Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

5.Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

6.Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

7.Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

8.Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

9.Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

10.Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor
______________________________

1. Bazaar Warisan

2. Masjid Kristal
Tarikh : 22 November, 2008

3. Masji Kg Lingai
Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4. Masjid An Naim Dungun

5. Binjai Souq

| edit post

GELAGAT KAKI JUDI

Posted by Pemuda PAS Paka 05 July 2010 0 comments


Gelagat Kaki Judi

Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group.

Dewan Pemuda PAS (DPPP) tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara. Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.

Apa yang menghairankan DPPP ialah alasan Dato’ Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Dato’ Najib memberi beberapa alasan , antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama , pandangan rakyat dan kepentingan politik.

| edit post