KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

GELAGAT KAKI JUDI

Posted by Pemuda PAS Paka 05 July 2010


Gelagat Kaki Judi

Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group.

Dewan Pemuda PAS (DPPP) tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara. Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.

Apa yang menghairankan DPPP ialah alasan Dato’ Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Dato’ Najib memberi beberapa alasan , antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama , pandangan rakyat dan kepentingan politik.

0 comments