KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PERUBAHAN DALAM IDEALOGI YANG LAIN

Posted by Pemuda PAS Paka 05 October 2009





Perubahan Dalam Kefahaman Aliran-aliran Lain


Kalau demikian kefahaman perubahan cara Islam, bagaimana pula 'mafhum' perubahan aliran-aliran lain?

A) Dalam Fahaman Komunis

Dalam fahaman Komunis, perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan pekerja buruh dan prolitariat (golongan kelas bawah). Ia merupakan hembusan semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat. Inilah apa yang diucapkan oleh Marx kepada golongan pekerja buruh, "Akan datang kepada kamu lima belas atau dua puluh atau lima puluh peperangan saudara di antara bangsa-bangsa untuk kamu menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik."

Telah berkata Babun: "Sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta jutawan." Berkata pula Bordon: "Dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain bagi melawan golongan aristokrat (atasan) selain daripada menghapuskan mereka."

Puak Komunis, dalam kefahaman mereka tentang Perubahan akan menggunakan 8 segala cara dan jalan (wasilah) yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya sebuah masyarakat Komunis.

Lenin pernah berkata, "Semestinya bagi para pejuang Komunis boleh menggunakan semua cara penipuan, tipu-helah dan penyesatan. Perjuangan demi untuk Komunisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan dapat menyebabkan tercapainya Komunisme. Mesti difahami bahwa Komunisme adalah suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala dituntut menggunakan jalan-jalan yang tidak suci. Oleh itu Kominisme memberkati semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu tercapainya matlamat kita iaitu Komunisme."

B)Dalam Fahaman Revolusi Perancis

Revolusi Perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan politik diktator juga telah mengikuti jalan dan wasilah yang tidak mulia serta menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya.

Kata Mare,"Apakah kezaliman ini? Siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku memotong kepala-kepala demi melepaskan manusia ramai?" Luther pula, yang menggesa untuk memadamkan revolusi berkata, "Siapa yang mampu hendaklah membunuh, mencekik, dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terangterangan. Oleh itu, bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani yang memberontak."

C)Dalam Protokol Zionis Yahudi

Kefahaman Perubahan dalam Zionisme pula ialah mengharuskan segala perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan Kerajaan Yahuza.

Dalam Protokol (Zionis) Pertama: "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya."

Dalam Protokol Ketiga: "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita."
D)Dalam Dunia Arab

Negara-negara Arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usaha-usaha dan gerakan-gerakan perubahan, paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah, tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan.

Usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada Patriotisme, Nasionalisme, Kepuakan, Sosialisme, Komunisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan pembunuhan atau mencabul kehormatan, dengan mencincang mayat dan segala bentuk balas dendam.

Aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng. Ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang menggerunkan, sedangkan umat dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan dan kestabilan, manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan, kegelisahan dan ketakutan. Ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan Islam.

Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !