KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

BAJET TERENGGANU MENINGKAT KEPADA RM2.2 BILION

Posted by Pemuda PAS Paka 04 August 2010


Bajet 2010 Terengganu Meningkat Kepada RM2.2 Bilion

-Menjadi Negeri Mempunyai Bajet Terbesar di Semenanjung

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh Umno akan Mesyuarat Yang Kedua Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Sidang DUN) yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos ini akan mencadangkan usul membuat ketetapan bersetuju meluluskan tambahan peruntukan.

Usul tersebut yang akan akan dikemukakan oleh wakil Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan peruntukan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM157, 096,700.00.

Selain usul tersebut, Menteri Besar Dato' Ahmad Said berdasarkan Tertib Pekerjaan Sidang DUN akan membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan Pelbagai Perkhidmatan yang menokok bajet mengurus negeri sebanyak RM63, 220,000.00.

Kedua-dua tambahan kewangan yang akan dikemukakan adalah bagi menambahan bajet negeri pada tahun ini, berjumlah RM220, 316, 700.00

Pada sidang DUN hujung tahun lalu, sebanyak RM1.88 bilion telah diluluskan bagi bajet negeri Terengganu bagi tahun 2010

Dengan peruntukan tambahan yang akan dicadangkan dalam sidang DUN 8 dan 9 Ogos ini, negeri Terengganu menjadi sebuah negeri di Semanjung yang meluluskan bajet terbesar bagi 2010 iaitu sebanyak RM2.2 bilion.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Pra-Sidang DUN di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam, Selasa 3 Ogos.

Beliau yang juga wakil Wakaf Mempelam berkata ia suatu bajet negeri yang amat besar jumlahnya sedangkan hasil negeri tidak meningkat.

"Bajet 2010 yang dibentangkan pada Disember lalu jelas menunjukkan kerajaan negeri bergantung dengan Dana Khas dimana 92% bersamaan RM1.731 bilion adalah datang dari sumber itu, dan hanya 8% bersamaan RM163 juta sahaja dari sumber kerajaan negeri," ujarnya.

Menurut Haji Wahid, tidak dinyatakan sumber dari mana peruntukan tambahan yang akan dikemukakan pada sidag DUN 8 dan 9 Ogos ini.

Namun, katanya, kerajaan Umno Terengganu akan meneruskan 'tradisi meminta-minta' dari kerajaan persekutuan menerusi Dana Khas, sedang isu wang royalti petroleum belum diselesaikan.

Mengulas perkara yang sama, wakil Sura, Ustaz Wan Hassan Ramly berkata, ia adalah satu langkah tindakan Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

"Sebahagian besar peruntukan tambahan adalah untuk pembangunan, iaitu membina rumah melebihi dari apa yang telah dirancang iaitu sebanyak 10,000 sebelum ini,

"dengan itu, kontrak-kontrak pembinaan rumah itu akan diagih-agihkan kepada 'kontraktor kroni', yang akan menjadi penyumbang semula kepada dana pilihanraya Umno/BN," jelas Wan Hassan.

Menyentuh perincian peruntukan tambahan berkenaan, wakil Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kerajaan Umno/BN Terengganu terus melaksanakan pembangunan rakyat dalam keadaan 'teraba-raba' dan tidak menurut kajian.

Menurutnya, sebagaimana dinyatakan, tambahan peruntukan yang diperlukan adalah untuk membiayai keperluan perlaksanaan pengagihan komputer 'E-Book' kepada murid tahun 4, sedangkan belum ada kajian dibuat terhadap keberkesanan penggunaannya dalam pembelajaran.

"Exco (pelajaran negeri) mengakui pada sidang DUN lepas, tidak ada kajian dibuat tentang program 'E-book', tapi kerajaan terus melaksanakannya,

"ini menunjukkan kerajaan masih 'meraba-meraba' dalam melaksanakan pembangunan,"katanya.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !