KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

USUL "MAT REMPIT"

Posted by Pemuda PAS Paka 08 April 2010


Cadangan Di bawah Fasal 30 Peraturan -Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai

Dato’ Yang Dipertua,

Saya memohon izin dan mencadangkan untuk mengemukakan satu usul di bawah fasal 30 supaya persidangan Dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.

Perkara : Usul agar dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya Kerajaan Negeri Terengganu menyegerakan langkah-langkah pro aktif dan pelan bertindak bersepadu untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit” yang berlaku dalam negeri ini.

Kesyukuran kepada Allah dengan taufiq dan hidayatnya, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri membahas dan mendesak Kerajaan Negeri Terengganu agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit”.

Dato’ Yang Dipertua,

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.

Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mengikut kajian dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail baru-baru ini didapati pembabitan remaja Melayu mencapai 95 peratus daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.

Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas yang kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Masalah “Mat Rempit” juga membimbangkan di Negeri Terengganu. Permasalahan boleh diperhatikan di jalan-jalan, khususnya pada waktu malam-malam minggu. Tangkapan yang dibuatkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia terhadap kesalahan “Mat Rempit” yang terpapar di akhbar-akhbar menambahkan kebimbangan ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu perlu melakukan tindakan segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Terima Kasih.

MOHD NOR BIN HAMZAH
ADUN BUKIT PAYONG

06 April 2010 bersamaan 21 Rabiulakhir 1431

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !