KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

SYABAS ! JPC KUALA PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 06 July 2009


Mukhayyam Pemuda Cawangan Kuala Paka


HULU PAKA: Pada 02 Julai 2009, Khamis, bertempat di Lubuk Air Menangis di Jeram Satu, Hulu Paka. Pemuda Cawangan Kuala Paka telah mengadakan Program Tahunan mereka iaitulah Mukhayyam Tarbawi.

Dengan kehadiran seramai 09 orang termasuk Naqib Usrah Cawangan tersebut, Ust Mohd Azizul Hisham. Ketua Pemuda Cawangan tersebut yang juga Ketua Pemuda Dun Paka, Saudara Ramzi Abdullah menyatakan: "Mukhayyam kali ini yang hadir semuanya adalah ajk, sebelum ini, kehadiran adalah bercampur".

Dengan bertolak dari rumah Ramzi jam 09.15 pagi, sampai di Lubuk tersebut pada jam 12.15 tengahari. Seperti biasa antara pengisian yang dilakukan adalah Kuliah Maghrib, Qiyamullail dan Kuliah Subuh.

Program diakhiri dengan kurniaan rezeki dari Allah taala Ikan Sebarau. Mudah-mudahan diharapkan agar Cawangan ini dapat bekerja keras untuk mendapat seramai mungkin pelapis baru di masa yang akan datang, dan menarik seberapa ramai mungkin pemuda-pemuda di cawangan tersebut untuk memberi kemenangan yang selesa dalam Dun Paka dalam PRU 13. Lihat Foto di bawah ...


























1 Responses to SYABAS ! JPC KUALA PAKA

  1. KAMILIMO Says:
  2. Comelnye tempat tu, berapa jauh dari pekan paka ya?
    Boleh sampai terus dengan kenderaan biasa ke?

     

BUKU JINGGA : KLIK !