


Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah takde isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.
Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.
Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat diqariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.
Ketika Pas memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan Pas seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan diatas.
Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu rasulullah saw mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah Saw maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah saw masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.
Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas-hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (Calon Pas 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya Masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di Masjid yang dibina oleh orang Pas sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka kampung Sura itu sendiri.
Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai masjid kg. Pinang Merah,masjid Kg.Nyor dan masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada 3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaik-pulih dan diperbaharui.
Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan dikalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang dimasjid mereka.
Begitu juga masjid di felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.
Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau deseluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan Imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.
Jika Imam itu dikatakan penyokong Pas nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian Imam & Bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin Pas dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Di harap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.
Sisipan Dari Blog Pengerusi MTD PAS Dun Paka




1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik persetujuan pihak syarikat telekomunikasi untuk menangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% secara terus kepada pengguna. Malah DPPM menggesa supaya ianya dibatalkan terus demi kepentingan rakyat khasnya warga muda negara dan berharap pihak kerajaan sebagai penerima hasil cukai tersebut dapat mempertimbangkan mekanisma percukaian yang lebih efektif kepada pengeluar dan pengguna.
2. Mengikut pengumuman asal pada 8 September, pihak syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% secara terus (passed-through) kepada pengguna bagi setiap transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan, bermula 15 September ini. Kadar 6% ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semenjak tahun 1998 dan telah dikenakan secara terus kepada pengguna sistem pasca-bayar dan diserap (absorbed) oleh syarikat telekomunikasi bagi penggunaan sistem pra-bayar bagi memastikan kadar pakej yang kompetitif dan mampu milik.
3. Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat. DPPM juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.
4. DPPM berpendapat, impak penyerapan cukai ini kepada syarikat telekomunikasi adalah minima, sebagaimana yang dianggarkan oleh Maybank Investment di dalam nota kajian bertarikh 9 September yang menganggarkan penurunan pendapatan sekitar 1% - 4% oleh syarikat telekomunikasi terbabit dan AmReseach pula menganggarkan impak kepada EBITDA (keuntungan operasi) adalah sekitar 2% sahaja.
5. Justeru, pihak DPPM menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini.
Jika pihak kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan, pihak DPPM begitu yakin pihak kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya jika diberi mandat oleh rakyat bersesuaian dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.
Nasrudin Hassan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
- DUN Kijal paling ramai pengundi Myanmar yang diberi kad pengenalan
DUNGUN - Pada 21 Julai lalu, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Setiu, PAS telah mendedahkan 44 nama pengundi tempatan yang berkemungkinan mengundi lebih dari sekali.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, nama-nama 44 orang tersebut terdapat dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR pada lebih dari saru pusat mengundi.
Wahid berkata, ekoran pendedahan tersebut, pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Terengganu menafikan dakwaan PAS dan menyatakan hanya ada dua orang dalam rekod SPR yang memiliki dua kad pengenalan.
"Saya nak tegaskan, kita tak kata seorang ada dua kad pengenalan, satu orang ada satu kad pengenalan tetapi mengundi lebih dari sekali,
"dan ini sampai sekarang dia (SPR) tidak jawab, apa kedudukan 44 orang (tersebut),"jelasnya dalam sidang media disini, Selasa 9 Julai.
Beliau berkata, PAS Terengganu akan meneruskan carian bagi membuktikan bahawa daftar pemilih yang digunapakai oleh SPR sekarang adalah tidak BERSIH.
Sehubungan itu, beliau mendedahkan pula, terdapat kes warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan menggunakan kod 02 iaitu kod bagi negeri Kedah.
"(terdapat) warganegara asing yang telah diberi kad pengenalan, kod 02, negeri Kedah, pusat transitnya di Langkawi,
"orang Myanmar (atau) Burma, (yang) transit di Langkawi di proses kad pengenalan kod 02 lepas itu dihantar untuk mengundi di Trengganu dan di Pahang,"kata Wahid.
Menurutnya, jumlah keseluruhan warga Myanmar yang diberi kad pengenalan untuk mengundi di negeri Terengganu adalah sebanyak 5,006 orang.
Katanya, paling ramai pengundi tersebut terdapat dalam DUN Menteri Besar Terengganu, DUN Kijal dengan tumpuan di Peti Undi Seri Bandi.
Perhatian Buat Seluruh Warga Dewan Pemuda PAS khasnya dan seluruh pemuda muslim amnya.
1. Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan justeru itu, muliakan diri kita dengan menyertai Amal Islami lantas memperjuangkannya agar ia tegak di dalam diri kita dan tegak juga di atas tanahair kita, serta hiasi diri dengan akhlak Islami seperti tawadhu', ikhlas dan ramah.
2. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, justeru itu hindarkan diri kita dari kancah maksiat dan mungkar yang menghakis keberkatan sebaliknya meriahkan hari - hai kita bersama Ramadhan dengan pesta ibadah. Banyakkan Ibadah, kurangkan juadah dan lazimkan bersedekah.
3. Ramadhan adalah bulan yang penuh keampunan, justeru itu dekatkan diri kepada Allah, munajat dan beristighfar memohon keampunan sehingga diri kita tenang dan optimis untuk menggalas amanah perjuangan ini tanpa dihambat oleh bayang dosa dan noda.
4. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan, justeru itu bina kasih sayang berteraskan ukhuwwah Fillah sesama kita, hargai mereka yang tidak bernasib baik, santuni mereka yang jahil, didik mereka yang liar, bimbing mereka yang tersasar dari jalan kebenaran. Jangan banyakkan musuh sebaliknya kita adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang.
5. Ramadhan adalah bulan Jihad atau bulan perjuangan. Justeru itu, jangan biarkan diri terus dikongkong nafsu. Bebaskan diri dari lingkaran syahwah dan bangkit dengan semangat Badar al Kubra untuk terus menjulang panji perjuangan Islam ini dengan tabah, yakin dan istiqamah.
6. Ramadhan adalah bulan Al Quran. Justeru itu, marilah kita membaca al Quran dan mengkhatamkannya di bulan Ramadhan ini serta dalam masa yang sama, kita fahami, hayati dan laksanakan kandungan al Quranul Karim sehingga politik kita, ekonomi kita, sosial kita berada di antara helaian - helaian al Quran sebagai kitab petunjuk dari Allah Azza wa Jalla.
7. Ramadhan adalah bulan Takaaful. Justeru itu, jangan dilupa pada yang miskin juga pada yang tiada memiliki apa - apa. Banyakkan menganjur majlis berbuka puasa [ Maaidatur Rahman ] untuk mengundang fakir miskin, anak - anak yatim dan insan yang memerlukan berbuka puasa.
8. Ramadhan adalah bulan zikir [ mengingati Allah ]. Justeru itu, jangan kering bibir melainkan banyak berselawat, bertasbih dan bertahmid mengingati Allah dan banyakkan solat sunnat di waktu malam seperti Terawih dan witir, demikian juga melazimi majlis -majlis ilmu untuk mengingatkan kita kepada amanah beragama dan tanggungjawab memperjuangkannya.
9.Ramadhan adalah bulan Puasa. Justeru itu, tahan diri dari makan dan minum di siang hari. Jua tahan diri dari melakukan perkara yang keji dan dicela syara'. Jaga kesihatan dengan baik dan amalkan gaya hidup sihat. Syukuri segala nikmat kurniaan Allah, jangan tamak dan rakus menjamu nafsu.
10. Ramadhan adalah bulan Taqwa. Justeru itu, tunduk dan patuhlah kepada semua perintah Allah dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt. Taqwa senjata yang paling berkesan untuk menghadapi apa jua bentuk konspirasi musuh yang menentang Islam. Tanpa taqwa, objektif ramadhan gagal dicapai dan ramadhan kita tahun ini sia - sia. Taqwa adalah KPI kepada Madrasah Ramadhan yang kita sertai ini.
Nasrudin bin Hassan
Airport Antarabangsa Kuwait.
2.0 Ramadhan 1432
KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.
“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.
Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.
Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.
Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.
Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.
Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.
“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.
Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.
Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.
“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.
Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.
Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.
Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.
Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.
Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.
"Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menggunakan Sistem Biometrik (sistem cap jari) untuk mengatasi isu pengundi hantu. PRU13 bakal menggunakan sistem cap jari. Peralatan untuk sistem biometrik dijangkan berharga puluhan juta ringgit. Dianggarkan kerajaan BN/UMNOapco membelanjakan sebanyak RM15 hingga RM20 juta.
Siapa pula atau kroni atau syarikat yang berjaya membekal sistem biometrik kepada SPR?. Mungkin kroni PM Najib dan Rosmah Mansor @ Imelda Rosmah atau kroni TPM Mahyuddin Yassin atau Sepupu Najib yang bernama Hisyamuddin. Hanya yang ada jawapan ialah PM Najib Razak.
Sistem biometrik tidak dapat menyelesaikan pengundi hantu atau pengundi yang mengundi dua kali. Jelas satu TINDAKAN YANG PALING BODOH DIAMBIL OLEH KERAJAAN BN/UMNO.
Kedua, kerajaan BN/UMNO mahu wang untuk kroni dan OKU (orang kuat umno) dengan kata lain kocek orang orang tertentu dipenuhi wang rasuah atau komisen pembelian sistem biometrik. Ingat UMNO/BN dan kroninya, malah PM Najib sendiri teramat suka kepada wang komisen.
Ketiga, mengapa teramat bodoh kerajaan menghabiskan duit rakyat untuk hampir RM20 juta untuk membeli sistem biometrik. Untuk REKOD JIKA KERAJAAN ATAU SPR MENGGUNAKAN DAKWAT SEPERTI DINEGARA INDIA, IRAN LEBIH SELAMAT DAN LEBIH MURAH. MUNGKIN TIDAK SAMPAI RM2 JUTA.
MUNGKIN kerajaan BN/UMNO ada muslihat disebalik menggunakan sistem biometrik. Semua pengklan data berada dipehak SPR. Perli diingat SPR adalah cawangan UMNO dan pak turut UMNO/BN. Sistem biometrik memudahkan pengundi mengundi lebih satu dan boleh mengundi dimana mana peti undi yang bakal diarakkan olen brua UMNO melalui SPR.
BERSIH tetap mahukan dakwat. MENGAPA KERAJAAN BN/UMNO TIDAK MAHU MENGGUNAKAN DAKWAT? SISTEM DAKWAT LEBIH MURAH DAN LEBIH BAIK KEBERKESANANNYA UNTUK MENGATASI PENGUNDI HANTU ATAU PENGUNDI MENGUNDI DUA KALI DITEMPAT ATAU PETI UNDI YANG LAIN.
JIKA KERAJAAN BN/UMNO SETUJU BELI SISTEM BIOMETRIK UNTUK SPR ADALH SATU TINDAKKAN YANG PALING BODOH DAN HANYA UNTUK MEMENUHI POKEK KRONI DENGAN KOMISEN BERJUTA JUTA. MEMANG DASAR UMNO/BN PENIPU, PEMBOHONG, PENGKHIANAT DAN HIDUP DENGAN RASUAH ATAU KOMISEN .
DUNGUN - 5 Julai 2011, Kegigihan seorang pemuda yang ditimpa musibah apabila tidak dapat menggerakkan kedua kakinya akibat kemalangan mendapat perhatian Ustaz Azman Shapawi. Pemuda yang bernama Syafiq, 20 tahun yang tinggal di Balai Besar tidak dapat melupai detik yang mencemaskan apabila motosikalnya terbabas pada Oktober 2010 yang lalu.

Syafiq yang juga pelajar Pondok Pasir Tumbuh terpaksa menjalani hidup yang getir apabila beliau tidak mampu lagi menggerakkan kedua kakinya yang dipercayai kesan kecederaan pada tulang belakang. Beliau terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk melakukan kerja harian.
Dalam tempoh ziarah yang memakan masa 45 minit itu, Ustaz Azman sedaya upaya memberi galakan serta motivasi kepada Syafiq. Ustaz Azman turut memberi sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
ngun – 1 Julai 2011, Kesempitan seorang yang diuji dengan kebakaran kediamannya pada rabu lalu mendapat perhatian oleh Ustaz Azman Shapawi. Setelah selesai mejayakan Pra Bersih di Masjid Pulau Serai semalam, Ustaz Azman sempat meluangkan masa untuk menziarahi mangsa kebakaran, Omran Zakaria, 48 yang lebih dikenali sebagai “mie singa”. Ahli jawatankuasa PAS Rantau Abang turut hadir bersama Ustaz semalam.

Kejadian malang yang berlaku pada 29 Julai 2011 di Kampung Pak Sabah dipercayai berpunca dengan lintas pintas yang berlaku di sebuah cyber café pada pukul 4.45 petang ketika jemaah masih menunaikan solat Asar. Difahamkan pihak bomba yang bertugas mengambil masa sehingga 30 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Lebih malang belum sempat pihak bomba sampai, api yang marak tersebut terus menjilat rumah kediaman Omran Zakaria yang terletak bersebelahan dengan cyber café tersebut. Keadaan yang cemas tersebut menyebabkan Omran tidak mampu menyelamatkan assetnya kecuali hanya sebuah kereta.



Dikesempatan itu, Ustaz Azman yang bersimpati dengan kejadian malang itu telah memberi sedikit sumbangan kepada Omran bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Namun Ustaz Azman tidak mempunyai kesempatan untuk menyumbang kepada pemilik cyber café tersebut kerana beliau telah menumpang berteduh di rumah saudaranya di Pulau Serai semalam.Malah PAS Rantau Abang turut menyediakan tabung di masjid dan surau-surau bagi membantu mereka.

DUNGUN - PAS menyifatkan ketakutan pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin memuncak terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan Polis.
Malah, sehelai ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul Aziz, 38, menjadi punca pihak polis menahannya kira-kira jam 6.30 petang.
Kejadian berlaku di hadapan rumahnya ketika Ketua Polis Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor bersama beberapa pegawainya ‘merampas’ banner tersebut.
Menurut Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, sebelum tangkapan terhadap Hanafi dibuat, pihak polis berpakaian preman melakukan provokasi kononnya Pemuda PAS mahu memukul pihak polis.
“Masa Ketua Polis Dungun, Dahlan datang dan mahu menurunkan ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang di hadapan rumah Hanafi, dia (Dahlan) tanya kami kenapa mahu memukul pihak polis?
“Pemuda (yang ada disitu) jawab tidak ada niat dan apa-apa tindakan pun yang dilakukan sebagaimana yang dituduh itu.
“Ketika Dahlan dan Hanafi sedang berbincang, tiba-tiba datang ‘SB’ (special branch) ambil gambar depan muka Hanafi hingga tercetus sedikit ketegangan,” jelasnnya yang berada diperkarangan Balai Polis Dungun ketika dihubungi
Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, kira-kira seramai 15 orang pemuda berada ditempat kejadian ketika 'soal-jawab' tersebut berlaku.
Berikutan itu, katanya Ketua Polis terbabit terus menarik Hanafi masuk ke dalam kereta polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dungun.
Menurutnya, motif utama penangkapan tersebut mungkin berhubung-kait dengan rancangan Pemuda PAS Dungun mahu mengadakan pra-Bersih 2.0 selepas solat Jumaat, esok.
Ini kerana, kata beliau sehari sebelumnya seramai lima orang Pemuda PAS Dungun telah ditahan Polis ketika sedang menampal poster program pra-Bersih 2.0 yang akan diadakan di perkarangan Masjid Pulau Serai, Rantau Abang, Dungun, 1 Julai ini.
“Mereka (para pemuda) melihat kejadian tangkapan terhadap Syeikh Hanafi dan lima yang lain sebelum ini (dalam keadaan) sangat biadap dengan (punca) provokasi polis,” ujarnya.
26 JUN 2011
MARANG – Kemeriahan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011 terasa apabila temasya itu mendapat sambutan hangat daripada kontinjen-kontinjen dari pelusuk negeri di Malaysia. Temasya Sukan PASTI Malaysia tahun ini yang diadakan di negeri Terengganu mempertandingkan dua acara iaitu Bola Sepak dan Bola Jaring. Temasya penuh bermakna ini telah dirasmikan Ustaz Mohd Nor bin Hamzah selaku Ketua Pemuda Dewan PAS Negeri Terengganu dan diperasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Bagi acara Bola Sepak, Pasukan-pasukan yang melepasi peringkat liga dan melangkah ke peringkat suku akhir ialah pasukan tuan rumah iaitu Pasukan Negeri Terengganu, Pulau Pinang, Kedah,Kelantan, Johor, Perak, Selangor dan Melaka.
PERINGKAT SUKU AKHIR
Terengganu VS Pulau Pinang
Harapan Pasukan Tuan Rumah untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi terhalang setelah ditewaskan oleh pasukan Pulau Pinang. Perlawanan yang terikat seri 0-0 hingga tamat perlawanan di tentukan dengan sepakan penalti namun nasib tidak menyebelahi Pasukan Terengganu setelah sepakannya dinafikan oleh Penjaga Gol Pasukan Pulau Pinang.
Kedah VS Kelantan (1-0)
Pasukan Negeri Kelantan selaku juara tahun lalu terpaksa akur dengan kekelahan 0-1. Gol yang dihasilkan dari sepakan percuma oleh pasukan Kedah mengelirukan penjaga gol pasukan Kelantan justeru membawa pasukan kedah dihadapan. Kedudukan Kedah (1) Kelantan (0) kekal ke akhir perlawanan.
Johor VS Perak
Perlawanan Psukan Johor menentang Perak ditentukan dengan sepakan penalty setelah berakhir dengan kedudukan seri. Pasukan Perak melangkah keperingkat seterusnya setelah menyempurkan sepakan penalty.
Selangor VS Melaka (1-0)
Pasukan Selangor melangkah ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Melaka dengan 1-0.
SEPARUH AKHIR
Kedah VS Selangor (0-1)
Perlawanan sengit di peringkat separuh akhir membuktikan pasukan Selagor lebih handal setelah Berjaya menewaskan kedah dengan 1-0. Gol yang dihasilkan di separuh masa ke-2 itu jelas menghalang kedah untuk ke peringkat final.
ukan Se� � o 8ܻ 0� ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Melaka dengan 1-0.Perak VS Pulau Pinang (2-1)
Kegagalan Pulau Pinang untuk bangkit setelah ketinggalan 1-2 kepada Perak memberikan laluan kepada Perak untuk ke Final.
PERLAWANAN AKHIR
Selangor VS Perak (0-1)
Perlawanan akhir untuk acara bola sepak sempena pesta sukan PASTI Malaysia 2011 menyaksikan pasukan Selangor menentang Perak. Namun, Selangor terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib johan setelah keinginnya untuk merangkul juara tahun ini dinafikan dengan jaringan oleh pasukan Perak seterusnya meletakan perak mendahulu 1-0. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan justeru Perak dinobatkan sebagai Juara Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011 bagi acara bola sepak.