KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

MANGSA SIMBAH ASID DIBERI JANJI PALSU

Posted by Pemuda PAS Paka 03 January 2011


SEDIH DAN AIB! MANGSA SIMBAH ASID DIBERI JANJI PALSU!

SATU negara tahu dan semua rakyat faham. Mereka mendengar sendiri pelancaran Tabung Kebajikan Nurul Dahyatul Fazlinda, mangsa simbahan asid di Terengganu, bulan lalu.

Tabung itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zakarsi. Pada pelancaran itu yang turut disiarkan oleh RTM yang diketuai Rais Yatim, Puad berkata kerajaan negeri telah bersedia menanggung kos pembedahan plastik bagi Nurul, ibunya Che Ku Zaimah Che Ku Awang dan adiknya.

Exco kerajaan negeri Terengganu pimpinan BN juga bersungguh-sungguh memberi jaminan mereka akan menanggung kos pembedahan itu.

Nak tahu apa berlaku semalam? Nurul dan ibunya membawa segunung harapan ke Hospital Kuala Terengganu. Kemudian mereka keluar selepas beberapa ketika berjumpa doktor. Sabarlah Nurul. Memang begini bangsa kita selalu diperlakukan.,,

Nak tahu selanjutnya? Kata ibu Nurul, doktor yang merawatnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana sehingga KINI TIADA ARAHAN DITERIMA UNTUK MERUJUK NURUL DAN KELUARGANYA KEPADA PAKAR UNTUK MENJALANKAN PEMBEDAHAN PLASTIK!

Inilah kerajaan yang diagung-agungkan. Bagi RM1 tapi heboh sekampung. Janji menggunung tapi semua cakap kosong. Sebuah kerajaan yang cekap selepas 53 tahun tidak akan begini menjalankan kerjanya! Kerajaan yang cekap tidak akan menghampakan rakyatnya yang melarat dan sengsara!

Wake uplah woi! Jangan nak main politik tapi kerja tak reti nak buat. Mustahil doktor itu mahu melaksanakan tugasnya kalau tiada arahan diterima! Salah siapa? Tuhankah yang salah?

PAS Wajib Ganti Umno

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !