SPR digesa BERSIH kan senarai pemilih negeri Terengganu
- DUN Kijal paling ramai pengundi Myanmar yang diberi kad pengenalan
DUNGUN - Pada 21 Julai lalu, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Setiu, PAS telah mendedahkan 44 nama pengundi tempatan yang berkemungkinan mengundi lebih dari sekali.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, nama-nama 44 orang tersebut terdapat dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR pada lebih dari saru pusat mengundi.
Wahid berkata, ekoran pendedahan tersebut, pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Terengganu menafikan dakwaan PAS dan menyatakan hanya ada dua orang dalam rekod SPR yang memiliki dua kad pengenalan.
"Saya nak tegaskan, kita tak kata seorang ada dua kad pengenalan, satu orang ada satu kad pengenalan tetapi mengundi lebih dari sekali,
"dan ini sampai sekarang dia (SPR) tidak jawab, apa kedudukan 44 orang (tersebut),"jelasnya dalam sidang media disini, Selasa 9 Julai.
Beliau berkata, PAS Terengganu akan meneruskan carian bagi membuktikan bahawa daftar pemilih yang digunapakai oleh SPR sekarang adalah tidak BERSIH.
Sehubungan itu, beliau mendedahkan pula, terdapat kes warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan menggunakan kod 02 iaitu kod bagi negeri Kedah.
"(terdapat) warganegara asing yang telah diberi kad pengenalan, kod 02, negeri Kedah, pusat transitnya di Langkawi,
"orang Myanmar (atau) Burma, (yang) transit di Langkawi di proses kad pengenalan kod 02 lepas itu dihantar untuk mengundi di Trengganu dan di Pahang,"kata Wahid.
Menurutnya, jumlah keseluruhan warga Myanmar yang diberi kad pengenalan untuk mengundi di negeri Terengganu adalah sebanyak 5,006 orang.
Katanya, paling ramai pengundi tersebut terdapat dalam DUN Menteri Besar Terengganu, DUN Kijal dengan tumpuan di Peti Undi Seri Bandi.
0 comments