KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

UMNO YANG HALANG HUKUM HUDUD, BUKAN DAP

Posted by Pemuda PAS Paka 11 June 2011


'Mahathir Yang Halang Hukum Hudud Bukan Karpal'

- Nik Aziz; Mantan PM hantar surat amaran kepada Kelantan

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Encik Karpal Singh seperti yang didakwa oleh mantan perdana menteri Malaysia itu.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir mungkin sudah lupa bahawa beliau yang telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud, lapor laman berita The Malaysian Insider.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS akan melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun, hasrat melaksanakan hukum hudud itu tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya melalui satu surat amaran yang dihantar kepada Datuk Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan.

'Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

'Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, sebagai mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,' kata Datuk Nik Abdul Aziz dalam laman Facebook beliau, kelmarin.

Selasa lalu, Dr Mahathir mendakwa pihak yang menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS, khususnya Encik Karpal.

Dengan nada menyindir, Dr Mahathir mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Karpal kerana 'akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam PAS sudah berjaya'.

Menurut Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama, manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, atau penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau juga berkata perjuangan Encik Karpal, selaku Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin merestui kerjasama DAP, khususnya dengan Encik Karpal. - Berita Harian Singapura

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !