'Bala Allah' mengiringi kemenangan BN?
KUALA TERENGGANU - Berita kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ditenggelamkan oleh tragedi banjir buruk yang melanda negeri Johor
Menurut Timbalan Pengarah Kontinjen Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat, orang ramai tidak lagi bercakap tentang kemenangan BN, tetapi rata-ratanya bercerita tentang banjir yang melanda.
Beliau menghubungi Buletinonline sebaik tiba di Cherating Pahang, setelah mengambil jalan jauh, berpatah balik melalui Yong Peng ke Kuala Lumpur, setelah jalan Segamat di tutup kepada semua lalu lintas
(Gambar - banjir melanda rumah seorang penyokong Umno-BN; apabila bala Allah tiba mampukah Umno-BN menghalangnya?)
Katanya, beliau dan rombongan terpaksa mengambil laluan Lebuhraya Pantai Timur, setelah terperangkap di Labis, pada hari pengundian PRK Tenang, Ahad, 30 Januari
Beliau berkata, mungkin Allah menurunkan 'bala', walaupun memberikan kemenangan kepada Umno-BN, kerana tindak tanduk pemimpin Umno-BN selama kempen pilihanraya berlangsung.
Sebagaimana dilaporkan media, banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.
Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.
Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.
Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.
Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas.
0 comments