KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PERUTUSAN MAAL HIJRAH KETUA DPPP

Posted by Pemuda PAS Paka 09 December 2010


Perutusan Maal Hijrah Ketua DPPP : Hendak Menang Wajib Berjuang !

1. Menjelang 1 Muharram 1432 , bukan sahaja ia membuka lembaran baru bagi tahun hijriyah tetapi juga menjadi garis pemula untuk ummat Islam membuat perubahan yang lebih baik dari catatan diari kehidupan di hari-hari semalam. Sifat orang beriman yang berjuang untuk agamanya senantiasa peka dengan perubahan dalam rutin aktiviti hariannya supaya dari satu detik ke satu detik yang lain menjadi lebih baik dan bermanafaat .

2. Tidak ketinggalan pemuda-pemuda PAS dan seluruh aanggota PAS pastinya bercita-cita untuk mencapai tahap terbaik dalam penglibatan dan gerakkerja amal Islami yang digerakkan sepanjang penglibatan bersama dengan jamaah ini. Kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai meskipun sedikit sebanyak kejayaan diraih dan prestasi meningkat.

3. Bersama jamaah ini kita mendokong perjuangan Islam. Rebah bangun lintang tiarap kita pertahan dan perjuangkan Islam agar ia tegak sebagai sebuah syariat yang berdaulat di atas bumi bertuah ini. Siap merentasi segala halangan dan rintangan serta sedia mendepani cabaran dan ujian walau getir dan perit . Prinsip yang dipegang ialah "Samaada Menang atau Syahid, menyerah kalah tidak sekali-kali " .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan tahun ini sebagai Masa Untuk Berubah dengan membawa PAS sedia Ganti UMNO dan bertekad meletakkan 63 Parlimen PAS ke Putrajaya . Namun suka saya tegaskan di sini ,[ sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada 20 Muharram 1432 bersamaan 26 December 2010 di Dewan MBSA Shah Alam dalam Ijtimak' Jentera Pemuda mendepani PRU 13 ] bahawa kemenangan yang dicita sekali-kali tidak akan datang bergolek . Kita juga tidak ada tongkat sakti dan lampu ajaib aladin untuk menentukan kemenangan tersebut melainkan ia dianugerahkan oleh Allah swt.

5. Justeru , kita wajib berjuang bersungguh-sungguh dengan semangat jihad yang tinggi serta semangat pengorbanan yang tiada taranya demi melihat Islam ini tegak di atas tanahair kita .Ini sahajalah ramuan untuk mencipta kemenangan. Benar bahawa "Berjuang tidak syarat Menang " namun " Menang syaratnya mestilah Berjuang ". Semoga tahun baru ini membekalkan energy yang tinggi kepada setiap pejuang-pejuang Islam khasnya pemuda-pemuda PAS untuk menjulang panji perjuangan Islam ini Insyaallah.

Salam Maal Hijrah 1432

Dari saya Nasrudin Hassan
dan seluruh EXCO DPP Malaysia

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !