KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KABINET BARU MALAYSIA : KETUA PEMUDA UMNO DISISIHKAN

Posted by Pemuda PAS Paka 15 June 2010


KABINET BARU MALAYSIA-KE MANA ARAH KHAIRY JAMALUDDIN?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato’ Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya. Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri. Jadi jelaslah ada sesuatu yang tidak kena apabila KJ tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan menang dalam pemilihan PEMUDA UMNO yang lepas.

Persoalannya, mengapa KJ diketepikan oleh PM sementara Dato’ Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedangkan beliau kalah dalam pemilihan yang lepas. Mungkinkah KJ dilihat sebagai ‘liability’ kepada UMNO itu sendiri? Apakah KJ tidak layak dimata PM? Cukupkah sekadar meletakkan KJ di parlimen tanpa ada ‘portfolio’ yang lain sehinggakan beliau mempunyai banyak masa untuk menyertai latihan Askar Wataniah selama sebulan?

DPPP mengharapkan agar PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat ‘relevan’ dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di’tukun’kan oleh PM?

Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !