KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

GOLONGAN YANG TIDAK MENDAPAT RAHMAT

Posted by Pemuda PAS Paka 24 September 2009


Golongan Yang Tidak Mendapat Rahmat


Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini untuk kita semua menghayatinya dan mengambil pengajaran. Firman Allah yang bermaksud;

"……Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir" ( Ali Imran : 13 )

Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap 'sombong' seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu sujud kepada Adam lalu berkata yang bermaksud:
"Allah berfirman, Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orang lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehingga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''

Sebagai contoh, negara akan kacau-bilau jika pemimpinnya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika pemimpin berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu kepada saranan dan kritikan, maka sikap inilah yang membinasakan. Pemimpin yang sombong dan zalim, di mulutnya undang-undang dan di telunjuknya hukuman. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada pemimpin yang zalim. Sehinggalah pemimpin yang tidak melaksanakan perintah Allah ini dihancurkan lantaran perbuatan diri mereka sendiri.

Di dalam surah Al Nahl Allah berfirman yang bermaksud:
“Sebenarnya, Bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; Sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
( An Nahl : 23 )

Sifat perosak kedua ialah 'Tamak haloba' . Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah SWT telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di Syurga kecuali janganlah mereka memakan buah khuldi. Larangan ini dilanggarnya dan mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi sifat tamak yang mengheret Adam dan Hawa dari syurga.

Sifat ketiga 'hasad'. Di dalam al Quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik dari yang dimilikinya.

Ketiga-tiga sifat ini amatlah perlu dijauhi oleh mereka yang beriman. Sifat-sifat ini akan menghancurkan kebahagian hidup manusia. Mereka yang berusaha menjauhkan sifat ini dan menjaga dirinya dari terjebak dengan penyakit ini akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan selamat di akhirat.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !