KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

ADUN MANIK MURAI MENINGGAL DUNIA

Posted by Pemuda PAS Paka 22 May 2009


ADUN Manik Murai Meninggal Dunia

ADUN Manik Urai, Kelantan diberitakan telah meniggal dunia pagi tadi.

YB Ismail Yaacob,60 (PAS) telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan. Nampak gaya Pemuda Paka kene ke Manik Murai pulak lepas ni...

Al Fatihah.....

1 Responses to ADUN MANIK MURAI MENINGGAL DUNIA

  1. Abahnya Faez Says:
  2. "Nampak gaya Pemuda Paka kene ke Manik Murai pulak lepas ni..."

    insyaALLAH.. takbir!!

    http://pemudapaka.blogspot.com/

     

BUKU JINGGA : KLIK !