KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PEMUDA PERLU BERANI BERUBAH

Posted by Pemuda PAS Paka 02 March 2010 0 comments


SHAH ALAM, 27 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda"
katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar"
katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di sebuah hotel, di sini semalam.

Program selama dua hari itu dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda di bawah dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Program, Ahmad Sabki Yusuf menyatakan bahawa latihan ini bertujuan untuk menyediakan barisan kepimpinan di dalam PAS.

Menurutnya, setiap pemuda PAS mesti menjadi seorang yang kompiten, melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan selain menjadi orang yang beramanah dan berintegriti.

"Kita tidak boleh menjadi orang yang baik semata-mata tetapi tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Adalah menjadi suatu fitnah pada agama kita, sekiranya kita mendokong perjuangan agama ini tetapi diri kita tidak diterapkan dengan 'al-qawiyy' dan 'al-amin'." kata beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program tersebut dihadiri oleh 200 Pemuda PAS yang merupakan pelapis kepimpinan pemuda yang mewakili setiap negeri.

Turut hadir dalam program semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, bersama exconya Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Ir Hj Mohd Khairil Nizam dan Zuraidin Abdullah.

| edit post

PERUTUSAN SEMPENA MAULUD NABI SAW

Posted by Pemuda PAS Paka 26 February 2010 0 comments


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

| edit post

PEMUDA UMNO TIDAK ADA KEJANTANAN

Posted by Pemuda PAS Paka 25 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - Belum pun sampai tempoh tujuh (07) hari yang diberikan, Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin telah menolak cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa.

Menurut Fariz, penolakan itu membuktikan, Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk untuk berbincang secara professional berkaitan Halatuju Dan Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu Terengganu .

"Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap "baling batu sembunyi tangan" dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah,

"Ia adalah bukti nyata beliau dan Pemuda UMNO bimbang, segala pekung dan nanah mereka akan terbongkar, dan sesungguhnya benarlah, mereka mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu Terengganu,”ujar Fariz ketika dihubungi Buletin Online.

Katanya, telah terang lagi jelas, Saiful Bahari dan Pemuda UMNO bukan sahaja tidak mempunyai halatuju, malah telah hilang jatidiri, menjadikan mereka tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak muda negeri Terengganu .

"Saiful dan ‘awak-awak’ Pemudanya hanya dilihat ‘gah’ menggunakan media tapi ‘kurang jantan’ untuk berpencak, berdepan di gelanggang.”katanya lagi.

Oleh kerana itu, Fariz mencadangkan agar Saiful Bahari ‘mengunci mulutnya’ dan duduk berdiam diri kerana beliau telah hilang kelayakan untuk memimpin pemuda UMNO Terengganu.

Katanya, terbukti Pemuda UMNO adalah golongan ‘kurang upaya’ yang hanya mampu berdiri bertongkatkan wang ringgit, dan menyuap ‘gula-gula rasuah’ kedalam mulut anak-anak muda negeri Terengganu dengan Dana Bakti Remaja atau Wang Ehsan.

Justeru, beliau berkata, adalah wajar Saiful Bahari meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu.

Katanya, Saiful juga gagal menjawab beberapa persoalan berkaitan halatuju Pemuda UMNO yang penuh palitan kehitaman akibat gejala penyelewengan , rasuah dan salahguna kuasa kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu, termasuk kegagalan, ketidakadilan, pilih kasih, penganiayaan serta kezaliman dalam melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu Darul Iman.

"Beliau gagal memberikan penjelasan, keterlibatan beliau dalam syarikat multi-jutaan MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang beroleh projek runding terus, pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. To’ Kong bernilai RM226 juta,

“Saiful juga gagal menjelaskan kezaliman Umno dan BN Terengganu dalam perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan perobohan 14 buah rumah rakyat di Kampung Banggol Donas,”jelas Fariz

Beliau menambah, Saiful juga gagal, menafikan penjualan projek tersebut kepada seorang Kontraktor bukan Melayu, lalu menelan sendiri air liur dan ludah dari tempikan slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO.

”Kasihan ahli–ahli pemuda UMNO di cawangan-cawangan, yang hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sedang pemimpin pemuda UMNO seperti Saiful, meraih laba, melonggok harta dan kaya-raya dengan keuntungan atas angin, cari projek dan jual projek,

”malang bagi rakyat yang terus teraniaya, ditindas dan dizalimi, secara halus dan jelas, Pemuda Umno bukan lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ‘membela dan menyembelih’ rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Fariz menyeru dan mempersilakan, ahli-ahli Pemuda UMNO agar keluar dan meninggalkan parti ‘racist’ itu.

“Saya mengalu-alukan mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat atau sebarang parti dalam Pakatan Rakyat yang telah membuktikan membawa perubahan ‘cakna’ dan menjaga kebajikan sepertimana yang dilaksanakan di negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang,” tambahnya.

| edit post

BN : BAHTERA YG HAMPIR TENGGELAM

Posted by Pemuda PAS Paka 22 February 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - PAS menegaskan, tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya, lebih selesa menjadi pembangkang, daripada bersama dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno/ BN umpama sebuah bahtera yang sedang ‘bocor’.

“Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya.

“Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, beliau berkata, PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain untuk kepentingan rakyat seperti isu ekonomi dan sosial

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu.

“Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.

| edit post

XPDC EDARAN RISALAH DAKWAH

Posted by Pemuda PAS Paka 17 February 2010 0 comments


XPDC Edaran Risalah Dakwah

PAKA: Bertempat di Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, bermula jam 06.40 petang, yang tidak memakan masa yang lama, sekitar 10 minit, XPDC Edaran Risalah Dakwah Pemuda PAS Dun Paka, berjaya diadakan.

Permintaan terhadap risalah tersebut amatlah memberangsangkan. Dianggarkan kali ini, adalah tidak mencukupi, insyaAllah di masa akan datang, akan di top up dari sudut bilangan cetakan risalah tersebut.

Turut hadir dalam edaran tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Paka, Saudara Ramzi Abdullah. Risalah yang diedarkan berbentuk Isu Semasa dan juga Dakwah.

| edit post

1 MALAYSIA CANDU MASYARAKAT

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


- supaya rakyat lali dan lupa terhadap masalah hidup yang dihadapi

DUNGUN - Akibat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah pada hari ini adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan rakyat menderita dan hidup dalam keaadaan yang tidak selesa.

”Oleh itu, maka mereka (kerajaan BN) tahu rakyat perlu diberikan candu, maka candunya sekarang ini adalah slogan 1Malaysia,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah bertujuan untuk menjadikan rakyat leka dan lupa dengan masalah yang dihadapi.

”1Malaysia adalah satu (slogan) supaya rakyat lali dan rakyat lupa terhadap penderitaan yang dialami,

”supaya rakyat tidak nampak tentang penyelewengan dan pengkhianatan amanah yang mereka (kerajaan BN) lakukan kepada rakyat,” katanya dalam majlis Penerangan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan, apakah faedah yang rakyat perolehi dengan moto ‘Rakyat Didahulukan’.

”Dia (kerajaan BN) bagi kita minyak untuk pakai, minyak yang murah minyak (RON) 95, minyak itu bila kita bawa (kenderaan) macam kita bawa ‘buldozer’, mana ada ‘pick-up’,” kata Ustaz Idris yang menambah, sebab itu kenderaan yang kita bawa tidak larat untuk mendaki bukit,

”Itulah yang rakyat pakai (gunakan), ini rakyat didahulukan, pakai minyak yang tidak ada kualiti,” tegasnya.

Jelas Ustaz Idris, sebenarnya kerajaan baru-baru ini telah menaikkan harga minyak (petrol) sebanyak 30 sen daripada RM1.75 kepada RM2.05, dan minyak RON 97 adalah minyak lama yang telah dinaikkan harga.

Katanya dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, kerajaan BN telah menipu rakyat satu Malaysia.

Justeru, Oleh yang demikian, katanya, kerajaan BN tidak boleh diharap lagi untuk membela kehidupan rakyat.

Beliau turut mendakwa kerajaan BN akan menaikkan pula tarif elektrik dan air tidak lama lagi.

”Apa yang kita nak harap kalau macam inilah kerajaan yang ada, nak harap apa untuk mereka bela (hidup) kita,

”lepas ini, (tariff) elektrik pula naik dan (harga) air juga naik, yang turun adalah hujan!,” katanya.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1547:1malaysia-adalah-candu-masyarakat&catid=36:berita-nasional&Itemid=84

| edit post





Orang Melayu Menadah Tangan Di Depan To’ Kong

KUALA TERENGGANU – Setelah dua tahun Kuala Terengganu diisytihar sebagai Bandaraya, tidak banyak perubahan yang dapat mewarnai kehidupan warga ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.

Ramai yang terus hidup miskin lagi dhaif , sehingga terpaksa ‘melupakan’ perasaan malu dan ‘tidak kesah’ tentang maruah dan harga diri akibat kehidupan yang semakin tersepit.

Satu sketsa ‘kesempitan hidup’ yang menyedihkan khususnya kepada orang Melayu, pernah hangat diperkatakan berlaku pada tahun 2006, berulang kembali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, 13 Februari, 2010.

Malangnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang awal ke Kuala Lumpur selepas merasmikan dua proram ‘Umno Juara Rakyat’ di Besut dan Kuala Terenggan.

Sekiranya Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia bermalam di Kuala Terengganu, nescaya beliau boleh melihat senario kehidupan yang pasti mempersoalkan, apakah Umno benar-benar juara kepada orang-orang Melayu.

Pada 31 Januari, 2006, sebuah akhbar media perdana dipetik, memaparkan kesah sekumpulan ibu tunggal sanggup ‘berselepoh’ dari pagi hingga malam sambil menadah tangan di depan sebuah To’kong di Kampung Cina, Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun itu.

Kejadian yang sama berlaku pada malam Tahun Baru Cina dua hari yang lalu, di To’ Kong yang sama dan Kampung Cina yang juga sama.

Kamera wartawan Buletin merakamkan beberapa foto, betapa ketika orang ramai lalu lalang, ‘orang Melayu’ berkenaan duduk atas jalanraya menunggu-nunggu umpama ‘peminta sedekah’.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1542:sketsa-menyedihkan-tahun-2006-berulang-kembali&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !