MEDIA BARU & ORANG MUDA MENGHANTUI BN

Posted by Pemuda PAS Paka 23 November 2011 1 comments

Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN

Ustaz Idris Ahmad
21/11/11

Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada BN dalam PRU 13 akan datang. Kebimbangan ini disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN. Beliau sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda, mereka anggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja.

Sepatutnya beliau tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat. Pemimpin PR tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka. Orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.

Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog. Walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi. Kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru.

Ini dapat dilihat diruang komen Malaysia Kini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN. Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN.

| edit post

FAQIR MISKIN YANG ALLAH UTAMAKAN UNTUK DIBERI SEDEQAH

Posted by Pemuda PAS Paka 22 November 2011 0 comments


Faqir Miskin Yang DiUtamakan Oleh Allah Mendapat Sedeqah

Sesungguhnya manusia ini Allah taala ciptakan dalam keadaan penuh kelemahan. Ditambah pula manusia turut dicipta dalam keadaan yang serabut. Tetapi Allah taala dengan Rahmat-Nya dan Penyayang-Nya, meletakkan pengecualian ke atas hamba-Nya. Baik manusia itu disudutkan dengan pelbagai latar belakang dan status. Semuanya, jika tidak mengikut acuan Allah taala, memang takkan hidup tenang dan selamat. Lebih-lebih lagi kita selaku pilihan Allah taala untuk memikul bebanan ayat-ayat Allah taala yang wajib kita realisasikannya dalam kehidupan kita seharian, kene ikut acuan Allah taala melalui agama-Nya, ISLAM yang bukan setakat agama anutan, tetapi menjadikan Islam sebagai CARA HIDUP dalam kehidupan seharian.

Amat malang dan rugi besar, bagi sesetengah golongan yang bergelar Huffazul Quran, mempraktikkan ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, dengan separuh-separuh. Beriman Separuh, dan Kufur Separuh. Tidak ada kesungguhan dan keyakinan untuk beramal dengan keseluruhan ayat-ayat yang telah dihafalnya. Alasan yang diberikan, tak sampai masa lagi, tunggu masa yang sesuai, tengok keadaan la, semuanya dalam hati, tunggu dulu. Yang paling malang, ada sesetengah Huffazul Quran kini, sanggup menyembunyikan kebenaran, merelakan kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku, tidak berani menyuarakan kebenaran, dek kerana TAKUT kepada Manusia. Jika dibelek dalam kitab Aqidah, ini SYIRIK namanya. Apabila syirik, Haram Syurga ke atasnya. Neraka, kekal di dalamnya. Astaghfirullah al-Azim..

Menghurai tentang golongan faqir miskin yang Allah taala utamakan untuk diberi sedeqah ataupun bantuan serta pertolongan. Menarik sungguh panduan Allah taala ini. Ialah, selama ini, ayat-ayat al-Quran hanya untuk dihafal, dan diketahui maknanya sahaja. Bukan untuk difahami dan dicernakan dalam kehidupan seharian. Sungguh merugikan...

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah, ayat 273 yang bermaksud: "(Sedeqah itu) bagi orang-orang faqir miskin yang mengurung (diri mereka) pada jalan Allah dan tidak berupaya berjalan di muka bumi (mencari mata pencarian). Menurut sangkaan orang yang jahil (tidak mengetahui) bahawa mereka itu kaya kerana tidak mahu meminta-minta. Engkau dapat mengetahuinya dengan adanya tanda-tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada orang bertalu-talu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan dari jenis kebaikan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."

Dalam ayat ini, sesungguhnya faqir miskin yang mendapat perhatian daripada Allah, dan dianjurkan oleh Allah supaya mereka itu diberi bantuan berupa sedeqah, PADA MASA ITU, ialah:

1- Faqir miskin yang berada di negeri Madinah, yang dijumlahkan kira-kira 400 orang. Kebanyakkan mereka itu dari kaum Muhajirin. Mereka tidak ada tempat untuk mereka tinggal, dan tidak ada ada pula kaum kerabat mereka. Mereka telah dibenarkan tinggal oleh Nabi saw di pondok-pondok di kawasan Masjid Madinah. Mereka ini lebih dikenali dengan ahli Suffah.

2- Pekerjaan ahli Suffah ini adalah BERIBADAT. Malamnya mereka mempelajari al-Quran, dengan memahami ayat-ayat al-Quran. Apabila siang, mereka mengambil upah menumbuk biji-biji kurma untuk makanan binatang, dan apabila tiba masa BERJIHAD, mereka dihantar oleh Rasulullah saw ke medan perang.

3- Mereka itu terkurung oleh kepapaan dan kemiskinan kerana kehidupan mereka ditumpukan semata-mata untuk berjuang pada jalan Allah, tidak dapat merebut kekayaan dengan berniaga, makan gaji atau seumpamanya.

4- Mereka juga dikatakan daripada golongan orang-orang yang luka atau tercedera dalam medan perang, yang bertempur bersama-sama Nabi saw sehingga kerana cacat anggotanya tidak dapat mencari sara hidupnya.

5- Mereka yang telah dinyatakan keadaannya itu, telah disangkakan pula orang-orang yang jahil, yang tidak tahu keadaan mereka yang sebenar, bahawa mereka itu orang kaya kerana mereka tidak mahu meminta-minta.

6- Lebih jauh, tanda-tanda yang ada pada mereka bermacam-macam, di antaranya; bersifat tawaduk (merendah diri), kelihatan bekas teruk kerana sangat berhajat dan papa, kelihatan pucat dan berpakaian yang tidak sempurna. Namun demikian, tiadalah mereka meminta bertalu-talu. Sungguhpun mereka ada meminta-minta tetapi dengan lembut.

7- Jika mereka mempunyai sesuap pagi, tidaklah mereka meminta-minta untuk sesuap petang. Manakala telah ada sesuap petang, tidaklah meminta-minta untuk sesuap pagi. Dilawannya batinnya yang hendak meminta-minta itu, bahkan selagi mereka berdaya, mereka tetap memada. Dengan demikian, orang yang jahil menyangka mereka itu kaya.

Demikianlah tafsiran berkenaan golongan faqir miskin yang patut diutamakan untuk diberikan sedeqah. Ayat ini bukanlah bermaksud, faqir miskin yang tidak ada ciri-ciri di atas, tidak patut diberi sedeqah. Tengok keadaan la. Sesungguhnya kita ini diberi aqal fikiran. Maka berfikirlah dengan sebaik-baiknya. Buatlah perhitungan berdasarkan Keutamaan. Lebih-lebih lagi keutamaan itu Allah yang tetapkan.

Akhirnya, perlu di INGAT !!! Satu kaedah, yang biasa kita dengar dan pernah kita pelajari satu masa dulu, iaitulah: "Satu Kenyataan Itu Sebenarnya Berkehendak Kepada Yang Umum, Bukanlah Kepada Satu Sebab Yang Khusus." Harap-harapnya kita dapat realisasikan dan aplikasikan ayat di atas dalam kehidupan kita pada hari ini dan di masa yang akan mendatang..

Pengisian Rohani dari Blog Ustaz Mohd Azizul

| edit post

ANTARA 1.11.11 ATAU 11.11.11 ?

Posted by Pemuda PAS Paka 03 November 2011 0 comments


Minum Petang Bersama 2 Selebriti

Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang memberangsangkan, MTD Dun Paka berjaya menganjurkan program dakwah bersama selebriti yang diundang khas untuk bersama dengan masyarakat sekitar Paka.

Program bertarikh 1.11.11 itu bermula selepas asar di Pekan Ketengah Jaya kawasan Felda. Meskipun hanya tempat yang kecil dan sempit dan hujan yang rintik-rintik, tetapi itulah ruang yang ada dan dibenarkan buat Pas sebagai sebuah parti pembangkang di Terengganu meskipun berada dinegara Malaysia yang melaungkan sistem demokrasi.

Diwarung Mak Siti dan disitulah medan untuk mengadakan program santai sambil minum petang bersama dengan selebriti Iwan Syahman & Bob Lokman. Sambutan amat menggalakkan apatah lagi kawasan felda adalah kawasan cagaran bagi Umno-BN.

Bob Lokman juga mengulas tentang waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh pihak Jais setelah ensiden larangan Bob Lokman selepas memberi ceramah di Masjid hulu Selangor. Hari yang sama juga seorang selebriti veteran iaitu Datuk Ahmad Jais juga meninggal. Yelah setiap manusia akan meninggal samada Bob sendiri mahupun pegawai Jais sendiri. Sama seperti Datuk Ahmad Jais… persoalannya apakah kita semua lepas daripada pertanggungjawaban dihadapan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Pelik jugak pihak Jais sibuk dok nak tangkap orang yang membuat kerja dakwah tetapi yang bertentangan dengan Islam dibiarkan macam tu aje. Nampak sangat Jais kini menjadi terompah kepada Umno-BN. Di Terengganu dahulu pun kita ada pengalaman sebab ramai kakitangan yang diambil dari kalangan anak-beranak mahupun kerana penyokong Umno-BN. Cuma di Terengganu mereka tidak dapat menggunakan isntitusi diraja.

Selepas magrib Bob memberi ucapan di Surau Taman Rakyat di Dungun manakala Iwan berbual dan berkongsi pengalaman ‘hijrah’ beliau di Surau Felda Kerteh 3. Sedikit sebanyak pengalaman, perjalanan dan catatan diari kehidupan dapat menyuntik keinsafan agar kita memanfaatkan sisa-sisa kehidupan yang ada untuk berbakti dijalan Allah Swt.

Dengan cuaca yang terang, hembusan angin segar di pesisiran Pantai Paka, diadakan Konsert Dakwah alternatif serta Talk show bersama dengan Iwan dan Bob. Selingan tazkirah oleh Ust Azman Syapawi memantapkan lagi program yang berlainan dengan konsert-konsert lain yang pernah dianjurkan.

Kehadiran ramai para pengunjung bersama keluarga maupun anak-anak muda yang terhibur serta terisi minda mereka dengan hiburan dan tazkirah meskipun persiapan, maupun persekitaran yang semampu disediakan dengan kapasiti persendirian. Apapun diucapkan tahniah kepada petugas yang memberikan yang terbaik.

Ditarikh yang sama, PM & Kak Rosmah nampaknya dan mendarat di Tanah Haram untuk memulakan ibadah haji beliau. Meskipun PM masih lagi bersongkok dan Kak rosmah dengan rambut jambulnya, semoga pulang nanti… kok2 Najib boleh berkopiah maupun berserban. Kalau takpun paling kurang ada perubahan dengan Kak Rosmah mula berjilbab dan menutup aurat yang sempurna.

Cuma semasa ditanah haram, akan turunkah ilham buat PM tentang tarikh pilihanraya? Dengan semua pihak SPR, pihak polis serta jabatan kerajaan yang telah siap sedia untuk mengadakan pilihanraya, adakah pulang dari haji nanti tarikh 11.11.11 akan diumumkan sebagai tarikh pilihanraya? Tarikh yang cukup rahsia yang sentiasa menjadi teka-teki dan tarikh kaki judi berjudi. Yelah… Malaysia sebagai Negara maju, yang tarikh pilihanraya masih lagi menjadi milik parti pemerintah.

Dengan bulan November & Desember, musim raya korban, musim pelajar yang menghadapi peperiksaan, musim tengkujuh yang mula nak bermula, musim hujan dan mungkin banjir yang akan melanda, musim PM nak buat kenduri kahwin, musim Krismas nak beraye, musim perhimpunan agung Umno, musim cuti yang masing2 sibuk kenduri-kendara, musim sibuk nak masuk sekolah, musim nak raye cina lagi… apakah dengan kepadatan waktu begini PM akan mengumumkan tarikh pilihanraya? Atau selepas raye cina diawal February lebih selesa dan tarikh cantik dengan 11.11.11 akan berlalu begitu sahaja…!!!

*** Penulis adalah Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Terengganu, merangkap Pengerusi MTD PAS Paka.

| edit post

BOB LOKMAN AJAK ANAK-ANAK MUDA LANGGAR KEBIASAAN

Posted by Pemuda PAS Paka 02 November 2011 0 comments




Bob Lokman Ajak Anak-anak Muda Langgar Kebiasaan


DUNGUN - Bekas selebriti terkenal dengan 'lagu hantu' Isabela, Bob Lokman mengajak anak-anak muda 'melanggar kebiasaan' dan mengubah persepsi masyarakat.Beliau berkata, anak-anak muda kena bangun dan tunjukkan kebanggaan bahawa mereka adalah generasi yang menyokong Islam kerana menurutnya hanya cara hidup Islam yang akan menyelamatkan dihari kemudian."Jangan kita terpengaruh (dengan keduniaan) hari kita mati, yang menyelamatkan kita (ialah) Islam dan cara hidup Islam,


"bukan zink, bukan jalanraya baru (yang diberi dan dibina oleh BN) ini anak-anak muda hari ini yang kena berubah (mengubah) persepsi masyaakat,"ujarnya dalam sesi 'talk show'' pada Konsert Dakwah Alternatif, di bandar Paka, dekat sini, Selasa, 1 November, 2011. Oleh itu, beliau menyeru anak-anak muda bangun bersama PAS kerana PAS adalah satu pergerakan yang mempertahankan Islam di negara ini. Menurutnya, anak-anak muda perlu memberi penerangan kepada golongan yang masih mengatakan politik dan Islam tidak boleh bercampur (politik suku agama suku). Katanya, politik adalah cara atau kenderaan yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.


Manakala Islam adalah agama yang menjadi alat iaitu cara hidup yang mengajar kita menyembah Allah."Satu lagi kata-kata (yang sering) datang dari orang (cerdik) pandai, dia kata, jangan peralatkan agama untuk kepentingan politik,"dia dah salah, beritahu dia segera, agama memang alat, agama bukan sembahan kita, agama adalah alat yang mengajar kita macamana untuk menyembah Allah, agama adalah alat untuk membuka pintu akhirat,"tegasnya.Justeru, menurutnya, jangan rasa bersalah sekiranya anak-anak muda hari ini melanggar kebiasaan menyanggah dakwaan yang salah tentang Islam.


"kalau kita berani dengan kurang sopan dengan kebiasaan dengan pembesaran kita (ketika kita membesar), kita juga harus berani kurang sopan menentang perkara-perkara yang merosakkan Islam,"tambahnya. Turut menghiburkan para hadirin dalam program seni Islam itu adalah Iwan Syahman atau yang dulunya dikenali sebagai Iwan Dangdut. Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Timbalan Ketua Penerangan negeri Terengganu, Ustaz sazman Shapawi Abdul Rani

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !