BERSIH 2.0: Jom ramai-ramai pakat bersih!

Posted by AdminGraphic 23 May 2011 2 comments

| edit post

USRAH OUTDOOR MTD PAKA

Posted by AdminGraphic 17 May 2011 1 comments

Usrah Outdoor MTD Paka

Bukit Bauk, 17.5.2011
- Alhamdulillah, Usrah Outdoor Gabungan PAS MTD Paka telah berjaya diadakan di Taman Rimba Bukit Bauk pagi tadi walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai turun sejak awal pagi.

Usrah Outdoor ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dihadiri oleh seluruh ahli keluarga pendokong PAS Paka. Dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengerusi MTD Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat. Seterusnya sedikit riadah dilakukan bagi muslimin. Muslimat pula menunjukkan skill masing-masing dalam permainan congkak. Anak-anak kecil dimeriahkan dengan acara mewarna lukisan.

Semoga program sebegini dapat merapatkan kali ukhuwwah serta dapat menyihatkan fizikal para pejuang sekalian.

| edit post

UMNO INGIN AGAMA KRISTIAN DIJADIKAN AGAMA RASMI

Posted by Pemuda PAS Paka 11 May 2011 0 comments


Umno Yang Agama Kristian Dijadikan Agama Rasmi

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog, kononnya ada majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.

Soalnya, bolehkah Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub?

Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan apatah lagi ianya berkaitan agama Islam.

Apa sahaja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat kepada keseluruhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu pada (4) dinyatakan tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Ini telah menjadikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu peruntukan yang tunggal dan tidak boleh mempengaruhi apa-apa Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penafsiran sekarang terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sekadar amal ibadat dan upacara sahaja.

Bagi kita sebagai muslim adalah berhak untuk menganut dan mengamalkan agama dengan sepenuhnya sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah.

Oleh kerana itu tafsiran yang sempit itu perlu diubah kerana Islam telah dianuti dan diamalkan di Tanah Melayu ini lama sebelum Perlembagaan Persekutuan wujud lagi. Sebagai contoh Batu Bersurat Terengganu yang mencatatkan hukum hudud yang telah diamalkan oleh penduduk tempatan beratus tahun dahulu.

Justeru, kami melihat isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan provokasi Umno Barisan Nasional semata-mata. Pakatan Rakyat sendiri telah meletakkan asas yang dipersetujui bersama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010), iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

| edit post

Umno-BN parah; peluang terbaik Pakatan

Posted by AdminGraphic 09 May 2011 1 comments





DUNGUN - Dengan pelbagai isu yang berlaku, PAS Terengganu menyifatkan parti Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam situasi politiknya yang semakin “parah”.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata hubungan diantara parti-parti dalam komponen Barisan Nasional khususnya BN dengan MCA, juga semakin rapuh.

“Kerajaan Umno-BN kini berada dalam satu keadaan politiknya yang makin ‘parah’. Mereka semakin rapuh dalam perpaduan antara BN-MCA,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka dan Majlis Pecah Tanah Asrama Muslimat di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Pinang Merah, Paka disini Sabtu, 7 Mei. 

 [Gambar - Haji Yahya dengan ditemani Ustaz Satiful, melakukan uapacara pecah tanah]
Sebaliknya, beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang mendakwa PAS dan Pakatan Rakyat kini berada dalam keadaan peluang 'politik' yang sangat baik.

Inilah masanya, menurut Yahya, peluang terbaik kepada rakyat untuk melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi menggantikan kerajaan BN.

“Kita sekarang dalam keadaan peluang yang sangat baik untuk rakyat membuat perubahan dalam PRU ke-13 ini,” ujarnya.

Menurutnya, perubahan perlu dilakukan bagi menggantikan Umno dan kerajaan BN yang lemah itu.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat.


Buletin Online 

| edit post

YB UST MOHD NOR HAMZAH KEKAL SBG KP DPPNT

Posted by Pemuda PAS Paka 02 May 2011 1 comments


YB Ust Mohd Nor Hamzah Kekal Sebagai KP DPPNT sesi 2011/2013

30 April – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Muktamar Agung ke 42 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Sebelum itu, YB Ustaz Nasharudin telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke Markaz Tarbiyyah yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang tetamu jemputan.

Ustaz Nasharudin mempersoalkan tentang pihak yang meminta Presiden PAS berundur kerana ketewasan PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak, walhal Presiden PAS yang sama juga yang mengetuai parti mendapat kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum itu seperti di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.

Semangat perubahan di dunia arab juga turut disentuh oleh Timbalan Presiden PAS itu, bagi memberi motivasi kepada para pemuda PAS di tanahair untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat lagi.

Usul daripada DPP Kawasan Marang untuk menjadikan ARC sebagai sebuah Lajnah atau Jabatan dalam DPPNT telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan setelah dibahaskan.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Soud dan Ustaz Saiful Anbiya’ tidak lagi bertanding dalam pemilihan pada kali ini kerana faktor umur.

Jawatankuasa baru Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru dipilih, sekali lagi menyandarkan amanah kepimpinan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim selaku Timbalan Ketua, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai Naib Ketua.

Sementara Ustaz Wan Faizul Wan Abbas dan Saudara Saufi Chik mengekalkan jawatan sebagai setiausaha dan bendahari.

Muktamar dihadiri oleh lebih 400 orang perwakilan dan pemerhati.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !