UMNO PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU

Posted by Pemuda PAS Paka 24 February 2011 0 comments


UMNO Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini:

1- Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar?

2- Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?

3- Siapa yang khianat tulisan Jawi?

4- Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris?

5- Ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap? Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.

6- Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh?

7- Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang?

Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa PAS yang khianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. PAS akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini. Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. PAS mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.

| edit post

AMANAH HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS

Posted by Pemuda PAS Paka 22 February 2011 0 comments


Amanah Himpunan 30k Oleh Ketua Pemuda PAS Pusat


Nasrudin Hassan at-Tantawi
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit

Surah At-Taubah : 38

Para Pemuda Ansoorullah sekelian

1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.

2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.

Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Surah An-Nisa’ : 96

3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.

4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.

5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.

6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.

7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,

Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus”

Surah Al-Haj : 67

8. bMenurut Imam An-Nawawi, “Tanggungjawab melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya”

Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari’at Allah SWT itu mesti didaulatkan.

9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya’, tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan. Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);

Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah”

Surah Yunus : 72

10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.

Mengapakah perkara ini boleh berlaku?

11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.

12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari’ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.

13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.

14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.

15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.

16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!

17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,

“Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,

Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,

Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi

Kerja asal-asalan,

Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,

Kini saatnya Revolusi Kebangsaan”

18. Revolusi, reformasi dan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir’aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,

Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”

– Surah Ali-‘Imran : 26

19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam’. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.

Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia

Surah Ali-‘Imran : 140

Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh

– Surah Al-Anbiya’ : 105

20. Inilah motivasi (taghrib ‘aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.

Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,

Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!”

Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;

a) Misi “PAS Ganti UMNO”

b) Misi persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13

21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!

22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!

Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia

23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.

a. Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.

b. Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.

c. Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.

24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura’ (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.

25. Piagam kemenangan kita adalah :

  • keadilan yang digariskan oleh Islam,
  • membimbing dan menyelamat rakyat,
  • berkasih sayang,
  • tidak berdendam,
  • keamanan dan
  • mengangkat kemerdekaan yang sebenar.

Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.

Takbir! ALLAHU AKBAR!

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

| edit post

MB MAT SAID; OTAK 'BOLOX WOK'

Posted by Pemuda PAS Paka 16 February 2011 0 comments


MB Mat Said; Otak 'Bolox Wok'??

Samada berfikir diluar kotak atau memang otak keluar dari kotak? Kepimpinan UMNO BN ini kekadang kita tak tahu dimana satu kepentingan dan keutamaannya. Dengan slogan Rakyat didahulukan dan Prestasi diutamakan, berapa skala yang layal diberikan kepada MB Terengganu, Datuk Mat Said? Beliau ni MB Terengganu ke MB Negeri Kijal? Atau memeang itulah kepompong daya kepimpinan yang mampu dilahirkan oleh UMNO Terengganu. Munasabahlah apabila Bekas PM, Dr Mahathir sendiri mengatakan UMNO Terengganu terlalu bodoh (sila rujuk hansard dewan, ucapan Datuk Senara Muda, SUK Negeri Terengganu)

Sudahlah kekayaan negeri Terengganu dengan hasil minyaknya, yang banyak menanggung kerajaan Pusat & Putrajaya? Yang dapat kilang Penapisan adalah Melaka, yang dapat Universiti Petronas adalah Perak, yang dapat Fertilizer adalah Kedah dan banyak lagi yang taak terbilang dah… dapat Menteri pun menteri tersepak, Menteri kasihan belas. Takde Political wheel! Sebab itu selagi kepimpinan Umno sekarang yang mentadbir Terengganu… nescaya kekallah sebagai negeri yang tercorot kemiskinannya. Apatah lagi exco yang dilantik semua adalah yang dah reject dari team Deris. Jadi Pok Kea Angguk ajelah.

Kemaman Dapat Hospital Baru, RM10j Menaiktaraf Hospital Sedia Ada

Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru. “Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar,” kata MB kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, semalam.

Menteri berkenaan mengumumkan, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu. Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU. Kelulusan serta-merta itu dilakukan selepas Menteri Kesihatan meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.


Selain Menteri Besar, turut serta dalam lawatan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.


“Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan,” ujar Liow.


Apabila hospital baru siap digunakan, hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik.


Apa ke benda sesak Hospital kemaman tu? Kalau dah nak dijadikan poliklinik, buat apa dinaik-taraf lagi? Peruntukan yang ada tu pi tambun kat Kijal je lah. Atau pergi baiki permasalahan bilik bedah hospital yang sedia ada.

Kedudukan Kijal yang hanya sejengkal dari Hospital Chukai kini diluluskan sebuah hospital lagi. Bab berjanji, bab buat tu tak tahu lagi bila! Tetapi Kijal dengan penduduk 4,000 orang kini sudah dibekalkan Bandar baru Paya Kijal, Zoo Mat Said, Pusat IKBN, Pasaraya Giant, TATI.

Walaupun asalnya perkampungan nelayan yang mundur yang hanya terkenal dengan leman yang lurus dikawasan jalan Kijal seperti ular kena palu itu telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27 juta. Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut. Berapa juta pulak kroni yang dapat itu, tak tahu lagi. daripada sebuah Resort yang dah mampus nak ditukar menjadi IJN... ish3X.. memang berfikir diluar kotak! Sepatutnya buat lah kat Kuala Terengganu. Lebih sesuai dan lebih memerlukan. Sudah ada sebahagian kepakaran kat Hospital KT tu. Ni pergi buat kat hutan Jin tendang tu apasal???

Semua dok tambun kat Kijal. Seolah-olah Umno-BN dah semput nak mati. Macam tiada hari esok dah buat Umno. Semua perlu disegerakan ke Kijal! Ye Lah… masa nil ah nak tunjuk power pun. Masa Menteri dan Pegawai boleh ditonyoh kepala. Dang hilang kuasa kang… cakap pun tak guna.

Semasa Idris Jusoh dulu.. ia memerintah bagaikan Ia sebagai MB Jerteh. Semua diusung wat balik ke Besut. Kini Mat Said pulak berpenyakit begitu. Sepatutnya keutamaan keperluan kesihatan ini, Daerah Dungun lebih memerlukan. Jerteh, Setiu, Hulu Terengganu dan Chukai memiliki Hospital yang besar dan gah. Tinggal lagi Dungun yang berpenduduk 160,000 orang dengan persekitaran kawasan yang mudah berkemalangan dengan industry oil & Gas, tetapi amat malang dari segi persediaan kesihatan.

Walaupun 20 Hektar tanah telah diluluskan tetapi Hospital Dungun tiada dalam RMK 9 dan diharapkan kepada RMK 10. Habis kalau RMK 10, Hospital Kijal diluluskan??? Takkan 2 hospital setahun di Terengganu?

Rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an. Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu. Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.

Sudahlah tiada bilik bedah, tiada doktor pakar dan setiap hari ambulan terpaksa berkejar ke hospital KT sejauh 100KM untuk kes kecemasan khususnya melibatkan kelahiran. Ramai kakitangan Petronas, TNB, YTL.. kalau nak melahirkan bayi, mereka terpaksa pergi ke Kt atau ke Kuantan. Tiada kemudahan terbaik di daerah Dungun ini.

Habis, Apa wakil rakyat Dungun ni buat? Mana ahli Parlimen Dungun ni? Projek apa yang dibawak balik ke Dungun? Takkan isu hospital tidak tak leh selesai? Atau ikut Liow Tiong Lai dan keputusan Mat Said je??? Betapa long lai nya wakil-wakil yang dipilih rakyat? Dok Rox Cetong lagu ni… di harap rakyat Dungun boleh membuat perubahan PRU-13 nanti. Supaya PR pulak memerintah Terengganu & Putrajaya... untuk melihat satu perubahan. Berubahlah sekarang sebelum terlambat!!!

| edit post

HIMPUNAN PEMUDA PAS 30 RIBU

Posted by Pemuda PAS Paka 14 February 2011 0 comments

Himpunan Pemuda PAS 30 Ribu

| edit post

RISALAH HARI VALENTINE

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Risalah Valentine Day

| edit post

HIMPIT 2011

Posted by Pemuda PAS Paka 08 February 2011 0 comments



Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2011

- Masa Untuk Berubah, PAS Ganti Umno (PGU)

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Bola Pekan Batu Enam.

Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO.

DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman.

Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.

Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.

Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi.

Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas pemain gitar kumpulan Visa, Ustaz Zul.

Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.

Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas.

Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club (ARC).

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT

| edit post

TENANG BANJIR DISEBABKAN OLEH UMNO ZALIM

Posted by Pemuda PAS Paka 01 February 2011 0 comments


'Bala Allah' mengiringi kemenangan BN?

KUALA TERENGGANU - Berita kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ditenggelamkan oleh tragedi banjir buruk yang melanda negeri Johor

Menurut Timbalan Pengarah Kontinjen Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat, orang ramai tidak lagi bercakap tentang kemenangan BN, tetapi rata-ratanya bercerita tentang banjir yang melanda.

Beliau menghubungi Buletinonline sebaik tiba di Cherating Pahang, setelah mengambil jalan jauh, berpatah balik melalui Yong Peng ke Kuala Lumpur, setelah jalan Segamat di tutup kepada semua lalu lintas

(Gambar - banjir melanda rumah seorang penyokong Umno-BN; apabila bala Allah tiba mampukah Umno-BN menghalangnya?)

Katanya, beliau dan rombongan terpaksa mengambil laluan Lebuhraya Pantai Timur, setelah terperangkap di Labis, pada hari pengundian PRK Tenang, Ahad, 30 Januari

Beliau berkata, mungkin Allah menurunkan 'bala', walaupun memberikan kemenangan kepada Umno-BN, kerana tindak tanduk pemimpin Umno-BN selama kempen pilihanraya berlangsung.

Sebagaimana dilaporkan media, banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.

Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !