KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

INGAT UMNO, INGAT MENTERI ROGOL AMAH

Posted by Pemuda PAS Paka 29 December 2010 0 comments


Nampaknya Ada VCD Baru Dalam UMNO

Selepas isu VCD Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang No 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat Cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral.

Seperti iklan produk Susu Carnation.. Ingat Bunga, Ingat Carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor selaku bekas naib presiden UMNO penuh dengan kisah VCD. Paling sensasi melibatkan kahwin lari pada tahun 1987, bercerai dan bayar wang mut’ah RM16 juta pada tahun 1993. Akhirnya berundur dan tutup cerita.

Apabila Dr Mahathir menobatkan orang yang dikatakan paling bersih dan suci sebagai Menteri Besar Selangor ke 12 menggantikan Mike Tyson iaitu Datuk Seri Abu Hassan Omar. Malang!, akhirnya timbul isu VCD jugak. Tak bersih mana jugak dan terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor pada tahun 2000 atas alasan kesihatan dan keluarga.

Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… "Jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket". Kena kenduri le jawabnya!

Bukan setakat lelaki aje. Wanita pun tumpang semulut. Isu Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD ang terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

PAS Wajib Ganti Umno !

| edit post

UMNO MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU

Posted by Pemuda PAS Paka 28 December 2010 0 comments


Bohong Dan Pelawok Semata-mata!

KUALA TERENGGANU - Apa yang ditanamkan dalam pemikiran sesetengah orang Melayu oleh Umno tentang fakta pilihanraya dalam sistem demokrasi yang ada di negara kita sekarang, adalah 'pelawok' dan 'bohong' semata-mata.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata adalah mustahil orang bukan Islam, bukan Melayu menguasai negara kerana keseluruhan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk mereka hanyalah 91 sahaja berbanding 131 kerusi Melayu, Islam.

"Jumlah kerusi parlimen semasa adalah 222. Jumlah kerusi Melayu seluruhnya termasuk Umno (PAS dan PKR) serta (termasuk yang ada ) di Sabah Sarawak adalah (berjumlah) 131, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh bukan Islam semuanya (termasuk) Cina, India, bumiputera (bukan Islam) di Sabah dan Sarawak termasuk dayak dan sebagainya, ini (berjumlah) 91,"katanya ketika memberi penjelasan tentang kedudukan politik semasa dalam seminar PAS Ganti Umno (PGU) di Kuala Ibai, Jumaat, 24 Disember .

Beliau berkata demikian dalam menolak pemikiran yang ditanam oleh Umno, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, orang bukan Melayu dan bukan Islam akan memerintah negara.

Sehubungan itu, beliau yakin Pakatan Rakyat boleh menguasai Putrajaya sekiranya PAS dan PKR berjaya memenangi 70 kerusi orang-orang Melayu dalam pilihanraya akan datang.

PAS Wajib Ganti Umno..

| edit post


Pengerusi UMNO: Tahniah Wa Ta'ziah

Hisyamuddin telah gagal untuk menyatukan UMNO Terengganu. Akhirnya terpaksa melepaskan kerusi panas selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan diserahkan kembali kepada Pengerusi sebelum ini iaitu Datuk Ahmad Said. Wal hasil balik Asal. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga.

Ye lah. Kalu tak serah, Nampak sangat macam orang UMNO Terengganu ni takde kepimpinan sehingga terpaksa mengimport orang luar untuk dicatak menjadi Ketua di Terengganu. Nak biarkan di kalangan pemimpin UMNO Terengganu membuat keputusan, perang tak berkesudahan. Semenjak rampasan kuasa Datuk Mat Said dari tangan Idris Jusoh, maka semenjak itulah perang gerila antara Team Utara dan Team Selatan ini tak berkesudahan. Sehingga sidang DUN terakhir baru-baru ini nampaknya perang itu masih berterusan. Bahkan Geng Mat Said dengan penguasaan kerajaannya terus menerus meminggirkan musuh beliau.

Tapi heran jugak. Penulis hari ini tertunggu-tunggu apakah strategi geng Idris Jusoh ini? Setelah ugutan dan desakan mereka gagal. Pilihanranraya kecil di dun-dun 10 budak hitam pun tak terjadi kerana tiadanya upacara meletak jawatan. Habis, takkan menanti begitu sahaja untuk disembelih dek Mat Said. Mananya semangat keperwiraan dan kejantanan Geng 10 ini? Takkan selepas tunggu disembelih, tunggu dicincang pulak? Bagi Idris Jusoh mungkin menanti-nanti kot-kot dilantik menjadi Setiausaha agung UMNO Pusat, atau berkira-kira bertanding parlimen dan bakal dilantik menteri. Itupun belum tentu.. nanti menanti, kot-kot tinggal gusi.

Selamatlah karier Idris Jusoh sorang. Habis geng-geng yang lain macamana? Takkan menanti buah yang tak gugur? Takkan menunggu macam tunggul kayu. Apabila Mat Said dan jadi Pengerusi Perhubungan… memang konpem le Rasol, Din Adam, Pok Ya, Alias & Pehimi tak naik nama. Habis takkan nak tunggu habis penggal macam tu aje. Hanya ada sekali aje lagi sidang dun terakhir. Apa salahnya team Idrisnya tunjuk batu sekali. Buat undi tak percaya sekali kepada kepimpinan Datuk Ahmad Said. Cakap belakang pun tak guna. Cuba tengok siapa sokong , siapa bangkang dan siapa membisu wal ketam batuu. PAS sedia untuk menyokong mana-mana undi tak percaya yang dicadangkan.

Tapi macam tikus mesyuarat ambil keputusan untuk letak loceng ke tengkok kucing le. Siapa nak letak? Rasol ke? Alias ke Din Adam. Keh! Keh! Keh!

Apapun tahniah kepada Datuk Ahmad Said dan teamnya dan Takziah buat Idris Jusoh and the geng. Usah bersedih. Lain Kali usaha lagi…. Usaha Tangga Kejayaan.

| edit post

ANGSA AJAIB DITEMUI DI TASIK KENYIR

Posted by Pemuda PAS Paka 26 December 2010 0 comments


Ini dia Angsa Ajaib ditemui di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Ianya merupakan kerugian besar buat rakyat Terengganu dengan pelbagai hasil yang ditenggelami dengan pelbagai mineral yang belum diterokai kini ditenggelami air.

Apa manfaat buat kerajaan negeri Terengganu? Kecuali kerajaan Terengganu membeli TNB Kenyir ini seperti kerajaan Sarawak yang ingin member Projek Bakun.

Kini kerajaan berbelanja besar untuk projek-projek mega di Tasik Kenyir. Kononnya untuk pelancongan tetapi hakikatnya adalah untuk projek kroni-kroni yang jelas membazir. MB Mat Said nampaknya nak berlawan dengan pembangunan Pulau Wan Man dengan 249.7 juta termasuk Projek Masjid Kristalnya, Projek Monsun Cupnya kini beliau pula membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek. Termasuk Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan pembinaan Taman Burung.

Selain burung-burung terdapat binatang pelik didapati di sini iaitu itik dan angsa. Bukannya ia bertelur emas tetapi nilai harganya. Seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta. Inilah angsa cap UMNO. Inilah sebenarnya projek-projek ikut terlintas di kepala pemimpin UMNO. Tanpa kajian mendalam.

Rakyat Terengganu yang masih lagi tahap dibawah kemiskinan mereka tidak dipedulikan. Keperluan rumah rakyat diabaikan. Peluang pekerjaan semakin susut. Tapi apa pemimpin UMNO peduli?

Sekarang ini Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas kering kantung kewangannya bahkan Laporan Audit Negeri mengatakan hutang kerajaan negeri RM1.01 Billion. Sudahlah wang kerajaan kering disapunya kini Simpanan Tetap (fix deposit) kerajaan negeri dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.


Ini belum dikira nak buat pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang akan menelan banyak wang rakyat dimana RM40 Juta. Apa kepentingan rakyat di situ? Barang-barang mewah yang dikecualikan cukai sedangkan rakyat di Hulu Terengganu termasuk kebanyakan rakyat negeri Terengganu hanyu mampu membeli-belah di Pasaraya Mydin. Pasaraya Giant seebelah Mydin pun tak laku. Inikan pula Pulau Bebas Cukai barangan mewah?

Kalau dibiarkan semakin kemaruk pemimpin UMNO ni. Rakyat perlu segera gantikan UMNO. Pru terdekat inilah masanya. Masa untuk berubah!

| edit post

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BANGKRAP ??

Posted by Pemuda PAS Paka 25 December 2010 0 comments


Kerajaan Negeri Terengganu Bangkrap ??

KUALA TERENGGANU – Banyak penyelewengan yang telah di lakukan oleh Umno dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, politik, dan undang-undang.

Ahli-ahli dan penyokong PAS digesa menggunakan isu penyelewengan tersebut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa, sudah tiba masanya PAS menggantikan Umno sebagai pemerintah.

”Penyelewengan-penyelewengan Umno dalam banyak bidang. Bidang ekonomi, bidang politik, bidang undang-undang dan sebagainya,

“maka, kita guna itu semua untuk membuktikan betapa PAS mesti ganti Umno. Sama ada disukai oleh Umno atau tidak disukai oleh Umno,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ (PGU), di Kuala Ibai, disini, semalam.

Menurut Ustaz Harun, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan negeri Terengganu ‘hampir bankrap’ kerana telah membelanjakan wang dengan begitu banyak.

“Negeri Terengganu ini duit banyak tapi belanja tidak cukup. Terengganu ini hampir bankrap dan boleh kata bankrap lah.

”dalam (pembentangan) Bajet 2011 (di Sidang DUN) baru-baru ini habis pitis (wang) tinggal RM200,000 sahaja,” jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.

Ustaz Harun mendakwa, Umno Terengganu bukan sahaja membelanjakan wang royalti petroleum, bahkan wang dari sumber ‘Kumpulan Wang Disatukan’ juga habis.

“Habis pitis (wang) dia buat belanja belaka. Pasal apa pitis itu bukan pitis dia, pitis orang dia buat belanja juga…sebab itu, saya kata kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu ini ‘kemaruk’.

”Pitis royalti (petroleum), pitis itu, pitis ini dia buat belanja belaka, dia panggil pitis Kumpulan Wang Yang Disatukan. Duit ini habis dia belanja tidak ada ‘skepeng habuk’,

”selepas itu belanja lagi dia ambil pitis mana, Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan. Wang kita bayar deposit, bayar api, bayar air macam-macamlah. Habis dia ambil dia buat belanja,” tegasnya.

Beliau mendedahkan, baki akaun kewangan kerajaan Terengganu sebenarnya tidak ada dan nilai RM200,000 itu wujud apabila dicampur dengan wang dari Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan.

| edit post

YDP MAJLIS PERBANDARAN DARUL BONGGOL AKHIRNYA DITUKARKAN

Posted by Pemuda PAS Paka 24 December 2010 0 comments


YDP Majlis Perbandaran Darul Bonggol Akhirnya Ditukarkan

Bandar Dungun yang kini terlalu banyak bongol-bongol yang dibina dijalan utama di kawasan Bandar Dungun. Penulis dimaklumkan ada 97 bonggol yang baru dibina setelah diluluskan dan binaan tersebut diperolehi oleh sebuah syarikat sahaja yang bernilai Rm3K setiap bongol. Itu belum dikira bonggol-bongol yang sedia ada. Layaklah Dungun dikenali sebagai Darul bangol.

Setelah diangkat menjadi Majlis Perbandaran Dungun, macam-macam perubahan yang menyebabkan penduduk menjadi semakin rimas dan resah. Kononnya untuk mengangkat martabat sebagai perbandaran… akhirnya menyusah dan membebankan rakyat.

Pelbagai desakan, perbincangan bahkan ianya disuarakan ke dalam Sidang DUN tetapi nampaknya YDP nya masih tidak mengambarkan ia seorang yang peka dan mesra rakyat. Tahap kesabaran orang ramai memuncak dan akhirnya mereka berarak melakukan bantahan dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Dungun pada 30 Nov 2010.

Orang-ramai menghantar memorandum yang melibatkan YDP Majlis yang dikatakan mengamalkan sikap tidak telus, salah-urus, penyalah-guaan kuasa dan tidak prihatin kepada penduduk kawasan Dungun.

Penulis juga masih ingat pada 12 Februari 2009, bagaimana YDP Majlis telah mensabotaj program "Rayuan Gaza, Palestine:Bantulah Mereka". Program anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine. Kelulusan yang telah diberikan tetapi di saat akhir ianya ditarik balik secara tergesa-gesa. Seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun. Meskipun program tersebut berlangsung di perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternative yang dirasmikan oleh YM Tengku Paduka Raja tetapi tindakan tersebut amat mengecewakan.

Banyak tindakan dan pembahagian projek-projek dikuasai sepenuhnya oleh pimpinan UMNO Bahagian Dungun yang dikuasai oleh Pak Rosli bahkan ianya lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan maupun Wakil Rakyat sendiri. Pak Rosli yang dikatakan kroni MB Mat Said telah menafikan hak-hak dan peruntukan YB sendiri yang bersama dengan team Idris Jusoh. Khususnya melibatkan peruntukan Dun Paka, Bukit Besi, Sura maupun parlimen Dungun sendiri. Wakil rakyat yang ada dah jadi macam tunggul buruk kepala. Tanpa kuasa.

Apapun mulai 1 Jan tahun hadapan ini YDP Majlis perbandaran Dungun akan bertukar keluar dan akan digantikan denga Harun Mohamed, YDP majlis Daerah Setiu sempena rombakan 15 pegawai tadbir Kerajaan Negeri Terengganu.

Adakah ia akan menyebabkan rakyat menarik nafas lega? Jangan Nampak gelap dilangit lalu air ditempayang dicurahkan… Ingatlah, tanda biru gelap dilangit itu adalah hujan lebat dan mungkin banjir. Entah-entah musibah tsunami yang terjadi… Selagi Gelombang Biru memerintah… selagi itulah beban rakyat tak berkesudahan. Semoga Pru akan datang mendung biru akan berlalu… biru muda tanda langit cerah akan muncul.. warna hijau segar akan menyinar sebagai harapan baru kepada rakyat Darul iman, InsyaAllah.

| edit post

RIYAPADU LANGGAR PERJANJIAN KONTRAK

Posted by Pemuda PAS Paka 14 December 2010 0 comments


Riyapadu Sdn. Bhd Langgar Perjanjian Kontrak

Saman RM1 Bilion: PAS Pertahankan Hak Rakyat

KUALA TERENGGANU: PAS mempertahankan tindakannya menamatkan kontrak konsesi pembalakan yang diberikan kepada Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd ketika memerintah kerajaan Terengganu.

Tindakan tersebut kerana mahu mempertahankan hak dan harta rakyat dari diceroboh kerana tanggungjawab PAS terhadap rakyat serta amanah kepada Allah SWT.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mendakwa telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat Riyapadu Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat berkenaan gagal membayar premium pembalakan mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

“Kita hendak mempertahankan harta rakyat, balak ini harta rakyat. Kita tidak boleh membiarkan dia (Riyapadu) mengerjakan balak dengan premium tidak dibayar mengikut jadual.

“Ini akan merugikan rakyat, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat, amanah kita dengan Allah SWT kita tidak boleh buat main-main.

“Keputusan itu dibuat dengan pandangan Penasihat Undang-undang Negeri. Ini kerana, telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, 13 Disember lalu.

Menurutnya, pada tahun 2003 kerajaan negeri membuka satu tender terbuka bagi kawasan pembalakan seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Katanya, syarikat Riyapadu terbabit telah terpilih serta diluluskan oleh jawatankuasa tender dari enam buah syarikat yang memohon.

Menurutnya, selepas ditawarkan sudah tentu terdapat terma-terma perjanjian yang ditetapkan serta perlu dipatuhi.

Dato’ Mustafa yang juga bekas Ahli Exco Kerajaan PAS Terengganu ketika itu menjelaskan syarikat Riyapadu berkenaan gagal membayar premium ditetapkan dalam perjanjian meski pun kerja pembalakan diteruskan.

“Selepas ditawarkan ada penjanjian. Bayaran premium kena bayar ikut jadual yang dipersetujui dan ditetapkan dalam perjanjian itu. Selepas itu, diberi lesen dan balak dikeluarkan.

“Kita ikut perjanjian dan sampai suatu masa yang sepatutnya Riyapadu ini membayar premium mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Dia gagal, dia tidak bayar. Premium itu tidak dibayar tetapi balak dikerjakan,” ujarnya.

Mengulas dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said kononnya menjadi mangsa tuntutan saman RM1 bilion oleh Riyapadu kerana terpaksa menanggung beban dan natijah kepincangan kerajaan pimpinan PAS.

Beliau menyifatkan Mat (Ahmad) Said seorang Menteri Besar yang tidak cerdik serta tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti.

“Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, Mat (Ahmad) Said tidak reti sebenarnya beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab, kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

“Dulu saya dengar ‘Mat Said’ ini orang Umno kata, bukan saya kata ini, bodoh ‘Mat Said’ ini. Saya tidak mahulah guna istilah itu tetapi saya kata dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak cerdik Mat Said ini,” ujarnya.

Menurutnya, tujuan kenyataan tersebut dibuat untuk mendapat ‘political mailers’ tetapi boleh menimbulkan subjudis kerana kes masih dalam proses mahkamah.

Katanya, kes mahkamah belum selesai tetapi telah diberi gambaran oleh akhbar seolah-olah kerajaan terpaksa menanggung beban RM1 bilion itu.

“Saya faham sebenarnya untuk dapat ‘political mailers’ tetapi kena faham sebab kes mahkamah ini boleh menimbulkan subjudis kerana proses mahkamah belum selesai.

“Tetapi, gambaran yang diberi oleh akhbar-akhbar ini seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion. Ini satu persepsi yang salah dan dari segi proses mahkamah pun dia boleh menimbulkan subjudis,” tegasnya.

Malah, menurutnya tidak pernah seorang pun di kalangan pimpinan bekas kerajaan PAS Terengganu dipanggil memberi keterangan atau sebagai saksi di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Dato’ Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun termasuk baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak sebanyak RM166,432.86 dibayar kepada plaintif.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

| edit post

PERUTUSAN MAAL HIJRAH KETUA DPPP

Posted by Pemuda PAS Paka 09 December 2010 0 comments


Perutusan Maal Hijrah Ketua DPPP : Hendak Menang Wajib Berjuang !

1. Menjelang 1 Muharram 1432 , bukan sahaja ia membuka lembaran baru bagi tahun hijriyah tetapi juga menjadi garis pemula untuk ummat Islam membuat perubahan yang lebih baik dari catatan diari kehidupan di hari-hari semalam. Sifat orang beriman yang berjuang untuk agamanya senantiasa peka dengan perubahan dalam rutin aktiviti hariannya supaya dari satu detik ke satu detik yang lain menjadi lebih baik dan bermanafaat .

2. Tidak ketinggalan pemuda-pemuda PAS dan seluruh aanggota PAS pastinya bercita-cita untuk mencapai tahap terbaik dalam penglibatan dan gerakkerja amal Islami yang digerakkan sepanjang penglibatan bersama dengan jamaah ini. Kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai meskipun sedikit sebanyak kejayaan diraih dan prestasi meningkat.

3. Bersama jamaah ini kita mendokong perjuangan Islam. Rebah bangun lintang tiarap kita pertahan dan perjuangkan Islam agar ia tegak sebagai sebuah syariat yang berdaulat di atas bumi bertuah ini. Siap merentasi segala halangan dan rintangan serta sedia mendepani cabaran dan ujian walau getir dan perit . Prinsip yang dipegang ialah "Samaada Menang atau Syahid, menyerah kalah tidak sekali-kali " .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan tahun ini sebagai Masa Untuk Berubah dengan membawa PAS sedia Ganti UMNO dan bertekad meletakkan 63 Parlimen PAS ke Putrajaya . Namun suka saya tegaskan di sini ,[ sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada 20 Muharram 1432 bersamaan 26 December 2010 di Dewan MBSA Shah Alam dalam Ijtimak' Jentera Pemuda mendepani PRU 13 ] bahawa kemenangan yang dicita sekali-kali tidak akan datang bergolek . Kita juga tidak ada tongkat sakti dan lampu ajaib aladin untuk menentukan kemenangan tersebut melainkan ia dianugerahkan oleh Allah swt.

5. Justeru , kita wajib berjuang bersungguh-sungguh dengan semangat jihad yang tinggi serta semangat pengorbanan yang tiada taranya demi melihat Islam ini tegak di atas tanahair kita .Ini sahajalah ramuan untuk mencipta kemenangan. Benar bahawa "Berjuang tidak syarat Menang " namun " Menang syaratnya mestilah Berjuang ". Semoga tahun baru ini membekalkan energy yang tinggi kepada setiap pejuang-pejuang Islam khasnya pemuda-pemuda PAS untuk menjulang panji perjuangan Islam ini Insyaallah.

Salam Maal Hijrah 1432

Dari saya Nasrudin Hassan
dan seluruh EXCO DPP Malaysia

| edit post

MASA BERBULAN MADU SUDAH BERLALU

Posted by Pemuda PAS Paka 06 December 2010 0 comments


Masa Berbulan Madu Sudah Berlalu

Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat. Media Umno BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din & Datuk Ishak Baharom.

PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukkan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat. Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.

Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk menerang atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja. Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.

Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember 2010, maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulama', muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.

Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu" "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu" "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008. Kain ini mesti ditukar dalam masa dua minggu, dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media Umno.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

ISU TPM : KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM

Posted by Pemuda PAS Paka 02 December 2010 1 comments


Isu TPM : Kenyataan Media
Al Mursyidul Am Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”.

Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu.

Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara?

Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu, jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 1 Disember 2010 / 24 Zulhijjah 1431

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !