KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PAS PERLU SIMPLE MAJORITI UNTUK TAWAN TERENGGANU

Posted by Pemuda PAS Paka 30 November 2010 0 comments


KEMAMAN: Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk kembali memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Katanya, secara mudah PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dun bagi mencapai cita-cita tersebut.

Menurutnya, dengan 17 kerusi Dun PAS Terengganu sudah boleh kembali memerintah negeri dan Dun Kemasik antara sasaran parti.

“Secara mudahnya, ‘simple’ majoriti kita hendak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sudah boleh memerintah negeri Terengganu.

“Dun Kemasik ini, duduk di kalangan orang yang boleh eksas dengan internet, golongan intelektual dan berpendidikan.

“Kita di Dun Kemasik juga ada cukup kekuatan jentera pilihan raya parti yang perlu disusun dengan strategi, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Peringkat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kampung Gelogor, Kertih, Kemaman paad 24 November lalu.

Katanya, PAS perlu meraih undi di kalangan pengundi atas pagar, pengundi muda serta pengundi yang protes terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah, menurutnya jika PAS berjaya mendapat tiga peratus undi dari kalangan pengundi yang pernah mengundi Barisan Nasional sudah dikira boleh menang.

“Kita dalam PAS ada tanggungjawab politik untuk menang pilihan raya. Kita mahu mengembalikan syariat Allah SWT.

“Jika tiga peratus sahaja pengundi Umno-BN datang kepada PAS, kita sudah boleh menang di Terengganu ini,” tegasnya.

Menurutnya, menjadi kewajipan PAS Terengganu menebus semula kekalahan parti sejak tahun 2004 untuk kembali memerintah negeri.

Pelancaran gerak kerja tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan lebih 300 ahli parti dari 10 Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kemasik.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Arifin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dan Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

| edit post

APABILA ULAMA' MUDA UMNO PILIH TEGUR SECARA SIRR

Posted by Pemuda PAS Paka 24 November 2010 0 comments


Apabila Ulama' Muda UMNO Memilih Teguran Secara Sirr

ULAMA muda Umno yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menengur pimpinan Umno dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam.

Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang.

Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda Umno. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir.

Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum.

Pandangan ulama tentang hub hiburan, baik ia dijalankan atau tidak dijalankan, diketahui umum sebagai bercanggah dengan ajaran Islam. Baik sir atau terbuka, ia salah.

Tetapi apabila Perdana Menteri bercadang untuk melaksanakannya, apa sikap Islam? Islam mesti menyatakan sikapnya iaitu menentang baik dengan tangan atau dengan lidah atau membantah dalam hati. Yang terkemudian itu adalah selemah-lemah iman.

Orang yang lemah iman langsung tidak bersuara apabila raja atau pemerintah melakukan suatu yang tidak betul. Ia hanya memberontak dalam hati.

Ulama muda memilih berbisik dengan raja atau kerajaan.

Ulama muda adalah ulama. Mereka berbuat begitu bagi menjaga nama baik raja dan kerajaan. Bila mereka berbisik ia dikira baik sikit dari yang memendam rasa dalam hati. Mereka menggunakan lidah tetapi tidak didengar oleh orang luar.

Tetapi apa yang mereka kata sebenarnya tidak diketahui di luar. Apa jadi dengan teguran mereka tidak diketahui.

Betulkah mereka ada menegur? Kerana mereka ulama sekali pun muda tentulah mereka tidak berbohong. Tetapi itu tentang isu yang dibangkitkan. Bagaimana dengan isu-isu yang orang tidak bangkit tentang sikap mereka? Adakah setiap kali mereka mesti ditanya?

Peranan ulama adalah memberitahu apa saja yang salah, yang berbangkit dan yang tidak berbangkit, kerana hendak memberitahu apa yang mereka buat, tetapi supaya orang tahu sesuatu yang salah yang berlaku.

Memberitahu orang besar tentang kesalahannya bagi membetulkan orang besar itu dan sekali gus orang ramai lagi awam tahu sesuatu itu salah.

Kalau mereka sesudah memberitahu secara sir, diam saja, maka yang tahu salah ialah orang yang ditegur. Tetapi orang lain tak tahu yang dibuat itu salah.

Cara yang diguna oleh ulama muda Umno rasanya tidak berapa kena dengan kemahuan Khalifah Umar al-Khatab yang ketika menerima jawatan khalifah minta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebut secara sir.

Maka bangun seorang pemuda, mungkin bukan ulama dan mungkin ulama, menghulur pedang sambil berkata, jika Umar menyeleweng, maka mata pedangnya nescaya singgah di lehernya.

Saidina Umar tidak kata kaedahnya tidak betul atau tidak sopan, bahkan beliau memuji tindakan pemuda itu sebagai tanda adanya rakyat jelatanya yang jujur dan berkata benar.

Pernah Sayyidina Umar bercakap tentang penentuan emas kahwin bagi perempuan. Perempuan yang tidak setuju dengan pandangan Umar, menegur dan bertanya sejak bila Umar mahu menentukan hak yang sudah ditentukan ada pada tangan wanita?

Khalifah menarik balik pandangannya. Dan orang ramai pun tahu tentang kedudukan perkara itu.

Teguran mengenai sesuatu tentang Islam adalah dakwah. Komen Mufti Perak tentang hub hiburan itu adalah dakwah. Apa lagilah dengan komen Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Logiknya teguran berbisik ulama muda Umno itu tentulah bertujuan dakwah. Dakwah berbisik yang masyhur ialah peringkat awal kenabian Rasulullah SAW. Nabi terpaksa guna kaedah sir kerana keadaan belum mengizinkan. Tetapi selepas itu baginda diperintahkan berdakwah secara terbuka.

Selepas kejadian Saidina Umar berdepan dengan cabaran pemuda yang menghulur pedang jika dia menyeleweng, maka ia menggambarkan suasana keterbukaan kritik antara massa dan pemerintah. Contoh keterbukaan Islam melalui sikap Umar itu menjadi tiruan masyarakat barat menyampaikan teguran kepada pemimpin dan kerajaan.

Dalam suasana di luar dakwah berjalan secara terbuka, ulama muda Umno menggunakan kaedah sir untuk berdakwah di kalangan Umno dan pemimpinnya. Adakah Umno berada para peringkat awal kenabian Rasulullah?

| edit post

KETUA PEMUDA PAS PECAH TRADISI, AMBIL CARA ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 23 November 2010 0 comments


Ketua Pemuda PAS Mempergunakan Lembing Semasa Khutbahnya

Dataran Imam Nawawi adalah satu gelaran yang di ilhamkan oleh para jamaah musholla ar raudhah yang diketuai oleh Ust.Nasaruddin Tantawi yg juga selaku Ketua Pemuda PAS pusat. Lokasi dataran itu berhampiran juga dengan Musholla atau surau Ar Raudhah di Taman Pelindung Perdana, Beserah Kuantan.

Dataran Imam Nawawi ini juga pernah menerima kunjungan Syeikh Mahmod Siyam, seorang ulamak dari Plalestin ramadhan lalu.

Surau ini yg menempatkan ‘Dataran Imam Nawawi’ itu, cukup imarah dengan pelbagai aktivi sepanjang tahun, antaranya pihak surau tersebut menjemput hampir 30 orang ulamak sepanjang ramadhan lalu, yg mengelolakan kuliah/tazkirah tiap tiap hari dibulan puasa di surau itu.

Pada 17hb lalu, iaitu hari raya iduladha 1431H pihak surau Ar Raudhah telah mengadakan majlis sembahyang sunat aidil adha di lokasi khusus nya ‘Dataran Imam Nawawi’. Imam yang mengambil tempat dimajlis sembahyang sunat itu di trajui oleh Ust.Mohd Azli dan manakala pembaca khutbah nya disampaikan pula oleh Ust. Nasaruddin Tantawi.

Majlis sembahyang sunat hariraya pada hari itu bolehlah dikategorikan sebagai satu “kejutan budaya” bagi masyarakat setempat dan pada para jamaah yg hadir pada hari itu.

Ramai kepada mereka yg menunaikan sembahyang itu merasakan agak kelainan seperti sembahyang sunat hariraya yg pernah mereka lakukan sebelum ini.

Bayangkanlah Ust.Nasaruddin melaungkan takbir pada hari itu dengan nada alunan yg amat berbeza dari yg pernah didengar oleh ramai masyarakat di Negara kita. Umpama nya yg sering didengar oleh kita di radio dan TV 1Malaysia kita ini.

Kepada mereka yg pernah berhariraya di tanah Arab mungkin dapat membezakan irama takbir nya itu. Sesuailah dengan semangat juang kepada para pejuang Islam, alunan takbir yg agk ‘keras’ dan lebih k e arah ‘rentak march’ yang tidak mendayu dayu sebagaimana kebiasaan nya. Itulah pembawaan takbir oleh Ketua Pemuda Pas, hari itu.

Semasa membaca khutbah hariraya, keadaan dataran Imam Nawawi semakin ‘tegang’ dan semua para makmum agak ‘kaget’ apabila melihat Ust.Nasaruddin mencapai sebatang lembing panjang yg sebelum itu tidak kelihatan dimata ramai, lalu memegangnya dengan kemas dan berjalan menuju mimbar untuk menyampaikan khutbah.

Nada pembacaan khutbah nya agak ‘memuncak’ dan sesuailah di baca ditanah lapang yg luas, berhampiran dengan rurau itu.

Se orang AJK surau memaklumkan kepada saya, masa berlalu dengan pantas katanya. Beliau sama sekali tidak sempat untuk merakamkan gambar ‘tok imam memegang lembing’ untuk di abadikan dalam artikel ini. Kerana tidak pasti yg kamera kepunyaan Ust. Nasaruddin berada dalam bag yg diletakan berhampiran dengan tempatnya menyampaikan khutbah itu.

Kalau dirancang lebih awal, ada can kita berpeluang melihat gambar itu, kata nya. Saya pun masih ‘menanti’ jika mendapat rakaman dari handset rakan rakan yg lain bolehlah di siarkan dalam artikel berikut nya.

Mungkin kedua peristiwa itu dapat menggambarkan ‘kekuatan’ ketua pemuda Pas yg dipegang oleh beliau sekarang dan semangat juang terus dituntut bagi meng-iyakan hari kemenangan kita.

“Aku tetap berjuwang walaupun anjing menyalak di sepanjang jalan” Allahu akbar!

Ihsan: Mengejar Cahaya

| edit post

McDonald's DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH MPD

Posted by Pemuda PAS Paka 18 November 2010 0 comments


Produk Yahudi Diberi Layanan Istimewa
Majlis Perbandaran Dungun


Awal November baru-baru ini, warga Dungun berpusu-pusu memenuhi hari pembukaan restoran makanan segera, McDonald's bertempat di Jalan Baru,Dungun.Tapak asal pembinaan restoran ini adalah deretan kedai peniaga-peniaga Melayu antaranya kedai makan yang menjadi tumpuan siang dan malam.

Sebelum itu dinaikkan kain rentang 'countdown' ke hari pembukaan bagi mewar-warkan ke rakyat Dungun yang mungkin ternanti-nanti sudah sekian lama pembukaan restoran terkenal ini.Pembinaan yang nampak seolah-olah terkejar-kejar 'due date' itu menambahkan lagi kesibukan dan kerancakan suasana di sekitar premis tersebut.

Hasil tinjauan yang dibuat, kerja-kerja terakhir pembinaan premis tersebut masih lagi diteruskan di tingkat atas dan pada masa yang sama di tingkat bawah telah dibuka kaunter jualan makanan segera itu.

Difahamkan premis bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Sudah tentulah kebenaran beroperasi restoran ini datangnya dari pihak MPD sendiri yang sememangnya lebih arif tentang syarat-syarat yang perlu ada bagi memulakan sebarang operasi perniagaan di bangunan yang baru.

Sebagaimana yang diketahui umum,MPD memang terkenal dengan ketegasannya menyita premis yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPD bagi pembinaan bangunan baru.Apakah premis restoran McDonald's ini sudah mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) dari pihak MPD?

Apakah betul cakap-cakap dari sumber MPD sendiri yang mengatakan pihak MPD terpaksa mengizinkan premis ini beroperasi bagi mengelakkan saman dari pihak pengurusan Restoran McDonald's atas kelewatan menyiapkan bangunan seperti yang dijadualkan.Mungkin dengan sebab itulah syarat-syarat CF dibakulsampahkan dan dipejam mata buat sementara.

Apabila panggilan telefon dibuat bagi mencari persoalan ini,mereka teragak-agak menjawabnya dan mengatakan ini kerja orang atasan.Adakah semua ini melibatkan campur tangan orang atasan atau politik yang sememangnya sebelum ini terkenal dalam campurtangan dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan ini.

Adakah sekadar ingin mencari nama agar Dungun terkenal dengan pembukaan restoran ini.
Pada masa yang sama tidak berlaku adil atas syarat-syarat yang ditetapkan.Peniaga-peniaga kecil terutama peniaga melayu ditekan dengan pelbagai syarat yang kononnya memenuhi syarat Majlis Perbandaran yang baru dikurniakan 2 tahun lepas itu.

Justeru itu tidak pelik bilamana warga Dungun baru-baru ini dikejutkan dengan contengan di sekitar Dungun yang menyatakan Yang Dipertua MPD menindas dan menzalimi peniaga-peniaga Melayu.Difahamkan contengan-contengan dengan semburan cat tin itu berjaya dipadamkan dengan segera sebelum tengahari.

ADUN Sura,YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli juga menerima senarai panjang tandatangan dari peniaga-peniaga Melayu yang mendesak agar YDP MPD meletak jawatan dan perkara ini sudah pun dipanjangkan ke Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu sebelum ini.

Persoalan yang ditimbulkan disini bukan sekadar mempersoalkan kredibiliti MPD yang bersikap double standard tetapi juga memberi peringatan kepada warga Dungun agar berfikir dua kali bila mengunjungi Restoran McD ini.

INGATLAH!! Setiap ringgit yang kita salurkan kepada mereka akan akan menjadi peluru buat anak-anak Palestine. Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.

Ihsan :
http://pemudabersamamu.blogspot.com/2010/11/produk-yahudi-diberi-layanan-istimewa.html

| edit post

PEMUDA ISLAM PERLU SENSITIF

Posted by Pemuda PAS Paka 11 November 2010 0 comments


BATU RAKIT : Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengingatkan agar pemuda PAS perlu sensitif jika berlaku penghinaan terhadap Islam.

Ini kerana, katanya sebarang cubaan menghina Nabi dan ugama Islam merupakan penghinaan terhadap Allah SWT.

“Orang muda mesti ada sifat sensitif dengan sebarang unsur yang menghina Islam. Orang yang menghina kita kemungkinan kita manusia biasa, menghina bumi kemungkinan bumi adalah makhluk.

“Tetapi menghina Rasulullah kekasih Allah, menghina Rasulullah bermakna menghina Allah, menghina Islam bermakna menghina Allah SWT,” tegasnya ketika merasmikan Pelancaran Program Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS Setiu, di Kampung Tanjung Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung menyifatkan golongan yang menghina Allah SWT tidak layak hidup melainkan kembali bertaubat.

Bahkan, katanya lebih mendukacitakan jika yang menghina Rasulullah SAW serta ajaran Islam adalah di kalangan orang Islam sendiri.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiuasaha Pemuad PAS Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas, Ketua ARC Terengganu, Yusuf Embong dan Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti memancing, bola sepak pantai, pertandingan mewarna kanak-kanak dan gubahan bagi kaum wanita sempena program tersebut.

| edit post

ORANG ASLI DAPAT ZAKAT, UMNO JAHIL KATA RASUAH

Posted by Pemuda PAS Paka 03 November 2010 0 comments


GUA MUSANG, 3 Nov: Umno benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asli yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya.

Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asli yang menganut Islam.

Pemberian duit zakat kepada tiga Orang Aslitersebut disumbang Tabung Amanah Tok Kenali sebagai bantuan awal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru selepas menganut Islam.

Bagaimanapun bagi Umno pemberian zakat seolah-olah hina bagi mereka. Ini secara tidak langsung menggambarkan Umno benar-benar memperjuangkan kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Mungkin dalam diari Umno langsung tidak ada soal dakwah bagi menarik lebih ramai masyarakat Orang Asli menganut Islam sebagaimana dilakukan pemimpin PAS dan NGO Islam.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.

“Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.

“Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya.

Laman berita Umno semalam menganggap PAS terdesak apabila merasuah wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi Orang Asli di perkampungan Sendrop.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, Umno cuba menyembunyikan perkara sebenar pemberian zakat disampaikan Menteri Besar kepada tiga Orang Asli yang menganut Islam.

Katanya, segala strategi Umno bagi memburukkan PAS ternyata menyimpang jauh termasuk juga isu khalwat yang dijaja mereka terkena kepada batang hidung pemimpin Umno sendiri.

| edit post


Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.

Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:

- Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.

- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.

- Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.

- Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

- Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.

- Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.

- Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.

- Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !