KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

2000 PEMUDA TERENGGANU DI SAF HADAPAN

Posted by Pemuda PAS Paka 30 September 2010 0 comments


Ijtima' Program Paling 'Berprestij'- Kehadiran lebih 10 tokoh Tarbiyah dan Perkaderan PAS termasuk Mursyidul Am

KUALA TERENGGANU - Seramai 2000 Pemuda PAS Terengganu akan digerakkan menjadi tenaga utama 'Saf Hadapan' dalam Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Pusat yang akan di adakan di masjid Rusila Marang, pada 1, 2 dan 3 Oktober depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata 2000 orang akan menjalani latihan akhir bagi menjadi petugas pemuda 'Saf Hadapan' menghadapi pilihanraya umum yang ke -13 akan datang.

"kita akan mengambil peluang yang besar yang diadakan oleh (Dewan) Pemuda PAS Pusat untuk menggerakkan anak-anak muda (Terengganu) khususnya petugas-petugas pemuda (PAS Terengganu),

"kita akan menjangkakan petugas 'hardcore' pemuda (PAS) (daripada) seluruh negeri, kita akan kumpulkan 2000 (orang),"ujarnya ketika ditemui Buletinonline

Menurutnya, jumlah tersebut adalah separuh daripada anggaran kehadiran para pemuda seluruh negara yang disasarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 orang.yang akan menjadi 'murabitun', iaitu petugas utama Ijtimak tersebut

"daripada seluruh peserta dianggarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 (orang) lima puluh peratus, dari pada pemuda yang menjadi petugas utama murabitun adalah dikalangan pemuda pas negeri Terengganu, 2000 (orang) itulah yang menjadi petugas pemuda pas (saf hadapan) dalam pilihanraya umum akan datang,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2010 disifatkan sebagai program tarbiyah paling 'berprestij' dari siri-siri program yang dilaksanakan sebelumnya.

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abbas berkata, Ijtima' yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan lebih sepuluh tokoh-tokoh utama tarbiyah dan perkaderan dalam PAS.

"Daripada Dato' Seri Presiden PAS, Timbalan Presiden, Naib Presiden, hinggalah kepada Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, akan hadir dan mencurahkan ilmu serta pengalaman harakiah mereka kepada peserta Ijtimak.

"tidak ketinggalan, tokoh PAS yang mendapat tarbiyah langsung dari Ikhwan, Dato' Ustaz Haji Yahya Othman, mantan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan,"terang Wan Faizul.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pemuda mengambil kesempatan dan manfaat dari program Ijtimak ini untuk memantapkan ilmu perjuangan Islam, terutamanya sudut Fiqh al-Haraki, yang tidak diajar di mana-mana universiti

Tambah menarik lagi, kata Wan Faizul, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun memberi pengesahan untuk hadir merasmikan penutup Ijtimak pada malam 3 Oktober.

| edit post

UMNO ADALAH TAHI JUDI

Posted by Pemuda PAS Paka 28 September 2010 0 comments


Sedang Hasil Judilah Yang Membayar Gaji & Elaun Penjawat Awam???

Ini adalah fakta-fakta asas. Malaysia memiliki kasino, telah mengeluarkan lesen perjudian kepada Pengendali Nombor Ramalan (numbers forecast operators - NFOs) dan juga lesen untuk mesin judi 'jackpot' di pelbagai kelab. Ada juga kelab lumba kuda (turf club) yang menawarkan pertaruhan.

Pendapatan dari kegiatan perjudian dimasukkan ke dalam Dana Konsolidasi (Consiladated Fund) yang ditadbir oleh Jabatan Perbendaharaan.

Malaysia juga merupakan negara Islam, menurut kerajaan campuran yang berkuasa, Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2008, Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan dan orang-orang di belakang Magnum 4D membuat sumbangan politik untuk ahli politik UMNO untuk Pilihanraya 2008.

Para ahli politik UMNO gembira menerima wang itu dan mengagih-agihkannya kepada para pekerja politik dan para pengundi dengan cara upah dan cenderahati.

Hari ini para ahli politik yang sama cuba untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Pulau Pinang kerana dipercayai menggunakan dana dari lumba kuda untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan, yang memberikan RM100 tahunan untuk warga emas di negeri itu.

Kemunafikan ini memuakkan dan memualkan!

Para ahli politik UMNO cukup senang menerima berjuta-juta ringgit wang perjudian, cukup senang menerima percutian berbayar di Mediterranean, memperolehi peruntukan saham, namun terus memberitakan dan meuar-uarkan tentang menggunakan pendapatan 'tidak bersih' tersebut untuk tujuan amal.

Ini bermula dengan Ketua Penarangan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tuntutan yang dibuat di Blog Pisau.net, yang mendakwa bahawa bayaran tahunan RM100 bagi warga negara emas kononya, dibiayai melalui pendapatan hasil pertaruhan.

Reezal juga mendakwa 'khabar angin' mencetuskan ketidakselesaan kepada beberapa penerima wang, terutama mereka yang Muslim.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyertai keributan tersebut kemarin, beliau mengatakan bahawa umat Islam tidak mahu dikaitkan jika wang judi digunakan untuk program terbabit

"Kami ingin jawapan dari Lim. Jika wang tersebut hasil dari sumber yang dilarang, umat Islam tidak boleh mengambil bahagian, "katanya kepada wartawan di Pagoh.

Halus kata-kata dari pemimpin BN. Namun fakta cabaran mereka dilemparkan pada kerajaan Pulai Pinang.

Pengerusi Jawtankuasa Agama Pualau Pinang Abdul Malik Abul Kassim mendakwa bahawa tuduhan yang dibuat dalam blog dan oleh Pemuda UMNO, adalah "khayalan", tidak berdasarkan fakta dan dibuat dengan niat buruk.

Dana tersebut, katanya, adalah hasil langsung dari tindakan berjimat cermat pentadbiran negeri Pulau Pinang dan pematuhan terhadap prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan transparansi (competency, accountability and transparency-CAT), yang membolehkan Pulau Pinang menjimatkan RM20 juta untuk program kesejahteraan.

"Dari peruntukan itu, kita telah menghabiskan sebanyak RM10.7 juta dan kita masih memiliki jumlah tambahan RM9.3 juta untuk meneruskan program untuk warga emas di negeri Pulau Pinang.

"Hal ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa 'wang ihsan' (Pulau Pinang) tidak dari sumber perjudian. Ia datang dari hasil pendapatan dari simpanan kami, juga kutipan dari sumber-sumbe lain - bukan dari judi.

"Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen perjudian. Hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk melakukannya, "kata Malik.

Mungkin BN dan rakyat Malaysia seluruhnya perlu diberi peringatan kepada pihak yang telah menaja aktiviti sukan negara, olahragawan dan olahragawti bertahun-tahun lamanya, ia bukan dari pengurus aset negara Khazanah Nasional Berhad atau UEM tetapi dari syarikat-syarikat judi seperti Bejaya Sports Toto Berjaya dan Empat Nombor Ekor (Magnum 4D).

Empat Nombor Ekor (4D Magnum) menyokong dan membiayai Alex Yoong di tiga perlumbaan Formula Satu tahun 2001 untuk pasukan Minardi, memulai kempennya di GP Itali, menjadikan Alex Yoong sebagai pemandu F1 pertama Malaysia.

Untuk menambah fakta penghinaan keatas hasil perjudian yang diperkatakan, ketahuilah, Jabatan Perbendaharaan telah menaikkan duti (cukai) pertaruhan (pool betting duty) untuk pengendali judi nombor ramalan (numbers forecast operators-NFO) dari 6% menjadi 8% berkuatkuasa pada Jun 2010 (duti judi adalah berdasarkan hasil jualan kasar selepas ditolak cukai pertaruhan 8%).

Menjadikan Dana pendapatan kerajaan Malaysia meningkat dan hasil itulah yang membantu untuk membayar gaji dan elaun para penjawat perkhidmatan awam negara ini serta anggota Kabinet.

Inilah cara terbaik untuk memberi ingatan kerajaan BN ketika menuduh musuh politiknya menggunakan hasil judi untuk kebajikan, sedang BN sudah lama melakukan hal yang sama. Jangan berjudi dengan kebodohan rakyat.

Kerana Rakyat kini tidak lagi sebodoh kerajaan BN!

| edit post

IJTIMA' TARBAWI : 8 HARI LAGI

Posted by Pemuda PAS Paka 22 September 2010 0 comments


1. Setelah sekian lama menanti , kini saat dan detik yang ditunggu - tunggu semakin hampir tiba. Hanya 8 hari sahaja lagi . Para pencinta Amal Tarbawi tentunya tidak sabar menanti saat tersebut [ Ijtima' Tarbawi ] yang telah dijadualkan berlangsung pada 1, 2 dan 3 Oktober 2010 di Perkarangan Masjid Rusila.

2. Insyaallah , seluruh EXCO DPP Pusat , Negeri dan Kawasan termasuk Jawatan Kuasa Pemuda Cawangan telah bersedia untuk hadhir memberikan komitmen yang tinggi . Bukan sahaja untuk menjayakan Ijtimak tersebut tetapi untuk menimba segala khazanah Amal Tarbawi yang akan disediakan sepanjang Ijtima' Tarbawi ini.

3. Tidak perlu saya ulangi objektif ijtimak dan apakah keperluan mendesak [ kerana asasnya telah saya nyatakan dalam posting yang terdahulu - posted 1 dan posted 2 ] yang mewajarkan seluruh anggota atau organ Dewan Pemuda PAS hadir kerana saya sangat yakin , semua telah menyedari dan menginsafi keperluan Amal tarbawi dalam perjuangan kita yang semakin mencabar mendepani halangan dan rintangan semasa.

4. Saya mengharapkan Ijtimak Tarbawi ini akan melonjakkan tahap keupayaan dalaman atau spiritual dan mental setiap anggota Pemuda\i PAS sebelum kita mengerahkan semaksima mungkin kekuatan fizikal guna memacu perjuangan sukar ini mencapai kemenangan yang berkualiti dan hakiki .

5. Ada sedikit persoalan yang timbul berikutan jadual Ijtimak ini sama tarikh dengan Jamuan Hari Raya PAS Pusat iaitu pada 3 hb Oktober 2010 . Apa boleh buat , kita tidak punya banyak ruang untuk mengelakkan pertindanan jadual kerja dan program dengan agensi - agensi lain dalam parti biarpun sedaya mungkin telah dibuat penyelarasan . Namun jadual Ijtima' pada 1, 2 dan 3 oktober kelak telah pun didokumenkan sejak julai lalu .

6. Saya telah berbincang perkara ini dengan Setiausaha Agong PAS dan secara asasnya DPP diberi kelonggaran untuk tidak menghadhiri Majlis Jamuan PAS Pusat kecuali beberapa DPP Kawasan yang terpaksa ditugaskan untuk penyelenggaraan majlis jamuan tersebut sementara yang lain memberi keutamaan kepada Ijtimak Tarbawi yang telah dirancang awal.

7. Saya juga mengharapkan kepada semua peserta agar hadhir dengan segala pengorbanan nescaya kita akan merasai kemanisannya lantaran menuai hasil dari keringat dan penat lelah sendiri . Susah sukar ditempoh dengan semangat untuk menjayakan Ijtima' ini sekaligus memantapkan Amal Tarbawi kita.

8. Menariknya , peserta atau DPP Kawasan sangat digalakkan membawa khemah masing - masing sementara pihak penganjur akan menyediakan buluh untuk memasang khemah . Insyaallah , penginapan kita di Ijtima' Tarbawi ini dalam bentuk perkhemahan [ mukhayyam ] di sepanjang pantai Rusila. Sementara masjid dan perkarangannya dijadikan tempat pengisian program dan mereka yang mahu beriktikaf sepanjang malam .

9. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua untuk menjayakan Ijtima' bersejarah ini . Abadikan hidup kita bersama perjuangan bersejarah ini . Mudah - mudahan kita termasuk dari kalangan pejuang yang istiqamah dan hebat .

10. Antara rahsia kenapa saya maklumkan sejak Julai lalu mengenai Ijtima' yang akan dilangsungkan pada bulan oktober ini ialah supaya semua peserta dapat membuat persiapan awal . Persiapan kewangan , mohon cuti dan sebagainya sehingga meminimakan ruang alasan untuk tidak hadhir kecuali hanya alasan yang benar - benar syarie . Semoga kita bertemu di Ijtima' Tarbawi di Rusila kelak insyaallah .

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post

HOSPITAL BARU DUNGUN, BILA AKAN DIBUAT?

Posted by Pemuda PAS Paka 21 September 2010 0 comments

DUNGUN- Rakyat mahu jawapan yang meyakinkan daripada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkaitan pembinaan HospitalDungun yang telah tertunda sekian lama.


Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, pembinaan sebuah hospital baru untuk warga Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak.

"Pembinaan hospital baru untuk warga daerah Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Ia satu janji kerajaan Umno/BN yang sudah lama ditunggu oleh rakyat,"ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, hospital sedia ada yang dibina sejak tahun 1936 bukan sahaja tidak praktikal, bahkan sudah tidak relevan dengan kemudahan dan infrastruktur masa kini.

Gambar - Ustaz Wan Hassan sibuk melayan dan memberikan duit raya kepada 'tetamu muda' pada Majlis Rumah Terbuka sempena Aidul Fitri baru-baru ini

Katanya, kedudukan dan penempatan hospital tersebut bukan dibina untuk keperluan tahun 1960an sebagaimana didakwa oleh Exco Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahman.

"Oleh kerana ia mula dibina atas tapak tersebut sejak 1936, kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dan sudah tak mampu tampung keperluan semasa,"jelasnya ketika mengulas kenyataan Exco berkenaan yang mengesahkan pembinaan hospital Dungun ditangguh daripada Rancangan Malahysia ke 9 (RMK 9) kepada RMK 10

Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun turut mendakwa ruangan menunggu di bahagian farmasi dan di bahagian Unit Pesakit Luar Hospital Dungun adalah terlalu sempit dan merimaskan pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat,

Beliau mengesyakki ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dasar kerajaan yang telah diputuskan dalam usaha membangunkan sebuah hospital di Dungun.

Walaupun menurutnya, Dr. Abdul Rahman, membuiat kenyataan rasmi berkenaan pembinaan hosp[ital itu, sehingga kini, katanya, beliau belum mendengar mana-mana pimpinan utama kerajaan pusat yang bercakap tentangnya.

"Ada sesuatu yang tak kena, Dr. Abdul Rahman memang bertanggungjawab di peringkat negeri, tapi tak ada apa-apa kenyataan oleh Menteri Kesihatan atau pimpinan Umno dan BN yang peringkat pusat,

"apakah hospital Dungun akan dibina melalui Dana Khas iaitu duit royalti sebagaimana Hospital Sultanah Nur Zahirah, atau ia hanya cakap-cakap kosong, janji politik semasa,"tegasnya.

Katanya, kerajaan sudah berkali-kali menabur janii, kemudian memberikan pelbagai alasan apabila tidak dapat dilaksanakan, bukannya jawapan sebenar.

"Sudah layak kerajaan ini ditukar, kepada kerajaan Pakatan Rakyat, pada pilihanraya umum akan datang,"tambahnya

| edit post

TOLONGLAH BAIKI PAGAR LONGKANG

Posted by Pemuda PAS Paka 16 September 2010 0 comments


DUNGUN - Penduduk di sekitar Flet Bijangga di sini, mahu pihak berkuasa membaiki pagar sisi longkang besar di depan kawasan perumahan mereka yang rosak sejak lima tahun lalu.

Longkang besar sedalam 2 meter dan selebar 4 meter itu bermanfaat kepada penduduk terutama untuk mengawal banjir tetapi dengan ketiadaan pagar sisi, ia membentangkan bahaya kepada pengguna kenderaan dan kanak-kanak terutama ketika berselisih di jalan itu yang sempit.

Sebelum itu, longkang itu sudah dilengkapi dengan pagar sisi, namun, ia dicuri sehingga menyebabkan longkang itu terdedah kepada sesiapa saja.

Tinjauan mendapati hanya sebahagian pagar sisi yang masih ada manakala sebahagian besar lagi yang berdepan pula dengan rumah penduduk sudah hilang dan tidak berganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Flet Bijangga, Mohd Almi Othman, berkata tindakan segera perlu diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya berharap pihak berkenaan segera memasang besi penghadang atau meninggikan sedikit tembok penghadang demi keselamatan orang ramai yang melalui jalan ini.

"Masalah ini sudah dihadapi pengguna sejak lebih lima tahun lalu kerana besi penghadang yang rosak itu sudah hilang sejak lima tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Penduduk yang mahu dikenali Ayah Ngah, 61, berkata ketiadaan besi penghadang menyebabkan sudah banyak kenderaan yang melalui jalan itu terjunam ke longkang itu apabila berselisih dengan kenderaan lain - BHarian Online

| edit post

PERUTUSAN EIDULFITRI PRESIDEN PAS

Posted by Pemuda PAS Paka 08 September 2010 0 comments


Assalamu'alaikum. Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

| edit post


Bismillahirrahmanirrahim;

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada seluruh petugas-petugas parti, kepada semua ahli-ahli parti dan kepada semua orang-orang Islam, muslimin dan muslimat di seluruh negara.

Saya berdoa supaya Ramadan ini menjadikan saudara-saudara sekalian lebih baik dari Ramadan yang lepas. Dan saudara-saudara menyambut hari raya tahun ini dengan lebih baik, lebih berkat dan lebih ceria,

Insya’Allah. Dan dengan semangat Ramadan dan semangat raya baru ini menambahkan lagi semangat perjuangan yang telah sedia ada pada diri saudara-saudari.

Kepada yang belum menyertai PAS, diharapkan tidak lama lagi akan dapat bersama-sama dengan parti PAS untuk memperjuangkan Islam.

Kepada yang telah bersama-sama saya harap dia dapat mempergigihkan serta memperteguhkan imam, bersabar bersama dengan perjuangan Islam ini sehingga mereka mati syahid atau diberi kemenangan oleh Allah SWT

Dan saya doakan masa depan yang lebih baik kepada saudara-saudara sekalian sama ada keimanan, keceriaan hidup, kemudahan hidup dan lain-lain lagi. Semoga Allah Ta’ala memberi keberkatan kepada saudara-saudara sekalian dari apa yang telah diberi kepada saudara-saudari. Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri.

Ustaz Dato’ Harun Taib
Ketua Dewan Ulama' Merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu

| edit post

RAMADHAN TIDAK MENGHALANG UMNO BERBOHONG

Posted by Pemuda PAS Paka 06 September 2010 0 comments


Ramadhan Tidak Menghalang UMNO Berbohong

Berikut adalah bukti yang menunjukkan Umno sangat terdesak sehingga sanggup berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS menyertai Umno :

1) Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran Bagan Baru, didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman dan isteri sahaja. Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir sebahagian besar 756 yang menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar sama sekali.

2) Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum mempunyai jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak dakwaan Mat Arop Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Bagan Baru selama 22 tahun.

3) Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009 setelah membuat permohonan pada tahun 2008 ketika PR memerintah negeri Perak. Fakta ini menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut mencabar Umno Bahagian Larut supaya mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh jenerasi akan datang sebagai tokoh pembohongan.

AKMAL KAMARUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
0195452471

| edit post


Ketua Pemuda UMNO Negeri Cabar Pemuda PAS dan AMK

KUALA TERENGGANU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharauddin mencabar Pemuda PAS dan AMK menyatakan pendirian atas isu wakil rakyat DAP Teo Nie Ching yang masuk ke dalam surau al-Huda di Kajang Selangor tanpa menutup aurat

Saiful yang dipercayai seorang 'jutawan' berdasarkan syarikat miliknya M.Z.Hakujaya memperolehi ratusan juta projek kerajaan, menududuh DAP sebagai parti melampau kerana Teo menyampaikan tazkirah dalam ruang solat utama.

Beliau berkata DAP semakin terdesak kerana menggunakan seorang wanita bukan Islam berada di tempat suci orang Islam semata-mata menarik sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Surau dan masjid satu tempat suci, pemimpin DAP harus peka terhadap hal ini dengan berpakaian menutup aurat, oleh itu kita minta Pemuda Pas dan AMK berikan kenyataan mengenai perkara ini.

“Malah, pakatan pembangkang juga harus memberi penjelasan kepada rakyat kerana tindakan Nie Ching itu memberi kesan negatif,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

| edit post

KHUTBAH KHAS EIDUL FITRI 1431 H

Posted by Pemuda PAS Paka 03 September 2010 0 comments


Khutbah KHAS Eidul Fitri 1431 H : Tuan Guru Presiden PAS


...Hanya Allah taala yang menentukan pahalanya dan mencapai matlamat puasa dengan menjadi orang-orang yang bertaqwa dengan bukti menegakkan al-Quran menjadi petunjuk seluruh perjalanan hidup kita, dari dunia sehingga hari akhirat...


Sila KLIK Di Sini Untuk Dapatkan Khutbah KHAS ini.


SALAM EIDUL FITRI


KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR

| edit post

PEMUDA BERSAMAMU

Posted by Pemuda PAS Paka 02 September 2010 0 comments

Pemuda Bersamamu

PAKA, 31 Ogos: Terlaksanalah satu agenda berkala yang kali ini dilakukan dalam bulan yang mulia, Ramadhan al-Karim, iaitu Program Pemuda Bersamamu. Program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pemuda PAS Dun Paka, yang melibatkan semua ahli jawatankuasa untuk menjayakannya di sekitar Dun Paka.

Bagi menjimatkan masa dan keadaan, Pemuda Bersamamu ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang diketuai oleh Ust Jamaluddin bin Jusoh, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun. Dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Saudara Ramzi bin Abdullah, Ketua Pemuda PAS Dun Paka.






| edit post

BERIKAN KEPERCAYAAN PENUH KEPADA PAS

Posted by Pemuda PAS Paka 01 September 2010 0 comments


Berikan kepercayaan penuh kepada PAS - Abdul Hadi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga, menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !