TAK SALAH ORANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID

Posted by Pemuda PAS Paka 28 August 2010 0 comments


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, sebagaimana dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

| edit post

PEMUDA BERSAMAMU

Posted by Pemuda PAS Paka 25 August 2010 0 comments

Ziarah Pemuda DUN

Pada hari Rabu 28 Julai 2010 yang lalu, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Majlis Tindakan (Pemuda) PAS DUN Paka telah mengadakan lawatan ke Cawangan Ketengah Jaya. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS DUN Paka, saudara Ramzi diiringi oleh Ketua Lajnah Kebajikan serta Ketua Pemuda Cawangan Ketengah Jaya, saudara Alfiza.

Lawatan adalah berobjektifkan ziarah ke rumah Timbalan Ketua Pemuda PAS JPC Ketengah Jaya, saudara Alfira yang diserang penyakit misteri semenjak setahun yang lalu.

Meski pun kelihatan penat, rombongan disambut dengan ceria orang saudara Alfira yang secara kebetulannya baru melangsungkan pernikahannya pada hari Jumaat 23 Julai 2010 di Kampung Bukit Bading, Ajil.

Beliau turut menceritakan serba sedikit berkaitan dengan perkembangan kesihatan beliau kepada ahli rombongan. Kaedah rawatan Islam dipilih setelah pakar kesihatan moden gagal mengesan penyakit beliau yang sebenar, malah beliau diisytiharkan sihat berdasarkan perubatan moden.

Kegigihan beliau terhadap kerja-kerja jemaah terbukti apabila pihak Jawatan kuasa Pemuda Cawangan Ketengah Jaya memilih untuk bermesyuarat di rumah beliau memandangkan keadaannya yang uzur. Malah beliau pernah rebah semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu.

Beliau yang kini tidak bekerja tetap positif dan sabar serta sentiasa berikhtiar untuk sembuh. Sedikit sumbangan diberikan oleh pihak Pemuda DUN kepada saudara Alfira. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin memberikan sumbangan serta nasihat atau rawatan kesihatan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi pihak Lujnah Kebajikan Pemuda DUN Paka (Muhammad Fauzan – 014 8244650 dan saudara Alfiza – 017 9121312).

Selain daripada itu, rombongan turut menziarah keluarga kepada anggota Pemuda Pas Kerteh 4 yang meniggal dunia beberapa bulan yang lalu serta ke rumah balu Allahyarham Ketua Cawangan PAS Ketengah Jaya, Allahyarham Muhammad bin Abd Ghani.

| edit post

IFTOR PERDANA PEMUDA PAS DUN PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Iftor Perdana Pemuda PAS Dun Paka

KUALA PAKA, Selasa/ 14 Ramadhan 1431 H : Bertempat di Pusat Asuhan Tunas-tunas ISLAM (PASTI) Kuala Paka, telah berlangsungnya Iftor Perdana Pemuda PAS Dun Paka. Yang kehadirannya lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan seluruh Dun Paka. Iftor yang diadakan untuk mengambil keberkatan Ramadhan yang berada di dalam fatrah yang kedua.

Iftor dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan Ustaz Hanafi bin Abd Aziz, yang lebih dikenali dengan 'Syeikh Hanafi', yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Dalam tazkirahnya, menekankan bahawa penampilan, perwatakan, serta amalan pemuda PAS hendaklah berbeza dengan pemuda yang lain, terutama pemuda UMNO. Jangan samakan dengan pemuda yang bukan ahli PAS, dan pemuda yang tidak ditarbiyyah.

Beliau juga turut menekankan pemuda PAS hendaklah berubah minda, gaya kerja dan pemahaman bersempena Ramadhan kali ini. Semarakkan semangat jihad dalam diri masing-masing. Yang semua itu akan diaplikasikan dalam menentang Rejim UMNO laknatullah dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Juga ditekankan kepada pemuda PAS, agar merenung ke dalam diri sendiri. Jadikan Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka sebagai "Penggalak dan Perisai" untuk menjaga diri daripada jatuh ke lembah kemurkaan Allah taala, yang akhirnya akan membantutkan kemenangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ust Jamaluddin Jusoh, juga rombongan ahli jawatankuasa pemuda PAS Kawasan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mendatangkan manfaat yang besar dalam diri pemuda masing-masing. Ramadhan adalah bulan Jihad dan Tarbiyyah...




| edit post

PUASA YANG SIA-SIA

Posted by Pemuda PAS Paka 22 August 2010 0 comments


Peluang Memperolehi Keampunan Yang Melimpah Ruah

Alhamdulillah, hari ini kita berada pada malam yang ke-13 Ramadhan, menandakan kita telah berada di dalam fatrah yang ke-dua, iaitulah sepertimana yang Nabi Muhammad saw sebutkan iaitu "Pertengahannya adalah Keampunan". Bermakna, kita telah melalui 12 hari Ramadhan dengan tanpa kita sedari. Sungguh cepat masa berlalu. Inilah antara tanda hari Qiamat, yang pastinya kita akan merasainya, kalu tidak di dunia pun, kita akan merasainya di alam barzakh.

Dalam liku-liku meredah 12 hari Ramadhan yang lalu, banyak kenangan dan peristiwa serta pelbagai kesulitan dan ujian dilalui dan ditempuhi. Pelbagai ragam dilihat. Bermacam-macam jenis orang dipandang. Ramai orang yang masih meraba-raba mencari hakikat kebenaran yang Allah taala redhai. Berbetulan dengan doa yang selalu dimunajatkan di dalam solat terawih: Ya Allah, aku mohon padamu Keredhaan Mu untuk memperolehi Syurga, dan jauhkan kami dari azab api neraka Mu Ya Allah". Doa yang diaminkan oleh setiap orang Islam dan orang yang beriman. Turut diaminkan oleh orang yang fasiq dan munafik. Apa-apapun, kita mengharapkan dengan baki 17 hari yang akan mendatang ni, mudah-mudahan mendapat pengampunan dari Allah taala serta pembebasan dari azab api neraka Allah.

Memandang kepada sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Memberi makna yang cukup luas untuk kita sama-sama renungi dan muhasabahkan. Ramadhan adalah bulan Tarbiyyah, yang merupakan 'Madrasah' ataupun 'Universiti' yang berfungsi untuk membentuk, membimbing dan mendidik umat Islam agar memperbetulkan keadaan dan sifat serta sikap seseorang. Bulan yang membuka peluang yang amat terbuka kepada mereka yang menyedari akan keistimewaannya serta kemuliaannya dan keberkatannya, untuk dipestakan serta diperhebatkan segala amalan kebajikan di dalamnya.

Perlu kita sedari, di samping kita berpuasa iaitu kita menahan hawa nafsu lapar dan dahaga serta hawa nafsu bersenggama di siang hari, perlu diingatkan juga, berpuasalah dengan menahan hawa nafsu yang melibatkan mata, telinga, lidah, tangan, kaki, diri sendiri, hati dan pemikiran kita sendiri. Senario hari ini, ramai umat Islam, yang diperlihatkan oleh Allah taala berada di dalam keadaan taraf puasa setakat menahan lapar dan dahaga sahaja. Amat malang orang macam ini. Apa tidaknya, dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran serta kejahatan yang dijelmakan, seolah-olah tindak tanduk dan tingkah laku, sama sahaja sebelum Ramadhan. Dianggapnya Puasa Ramadhan hanya setakat menahan lapar dan dahaga serta bersenggama di siang hari. Yang tidak berpuasa langsung pun apa kurangnya. Bermaharaja lela. Sungguh malang orang macam ini...

Apabila menyentuh hal berpuasa yang melibatkan pemikiran, iaitulah pemahaman, pegangan, idealogi, kebersamaan dan penyatuan. Perlu diingat, Allah taala adalah Tuhan kita semesta alam, Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah taala, al-Quran merupakan panduan yang UTAMA dalam sebarang urusan keduniaan dan keakhiratan, Jihad adalah jalan yang sebetulnya, dan mati Syahid adalah cita-cita utama.

Hari ini, pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain sedang dipraktikkan dan digilakan oleh parti sekular, yang juga parti liberal, parti kebangsaan, iaitulah parti UMNO kebiruan kegilaan. Macam-macam perancangan bodoh dan jahanam diusahakan oleh mereka, yang semata-mata untuk meraih sokongan undi orang Melayu dalam pilihanraya umum yang ke-13 yang sudah tidak lama lagi. Kononnya, parti yang memperjuangakan keadilan, membela bangsa Melayu dan membela Islam. Kononnya...Hakikatnya, jauh sama sekali. Hanya orang yang bodoh, buta hati, serta jahil sahaja yang berpandangan UMNO itu betul..

Suasana yang menampakkan UMNO bersama dengan masyarakat, sedang dilaksanakan. Tambahan, mengambil peluang di Bulan Ramadhan ini, untuk mereka mengaburkan mata masyarakat dengan agenda kebajikan mereka, yang sememangnya, pembahagiannya adalah berdasarkan bulu dan warna. Ini berlaku di Terengganu la.. Mungkin di luar Terengganu tidak berlaku akan hal ini. Tapi boleh percaya ker???

Sesungguhnya, seseorang yang melakukan kesalahan dalam keadaan dia bersama dengan perjuangan PAS adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang melakukan kebaikan sedangkan dia bersama dengan perjuangan UMNO.

Jadi, apa yang boleh kita simpulkan di sini, adalah walaupun Allah taala telah menetapkan bahawa ganjaran bagi hamba-Nya yang berpuasa adalah ditentukan sendiri oleh-Nya, tetapi perlu diingat bahawa Nabi Muhammad saw telah mendatangkan amaran dengan ternyatakan hadis di atas. Janganlah dek kerana keduniaan, kebendaan, kemewahan, pangkat dan darjat, kita rela mensia-siakan ibadat puasa kita selama ini.

Selamat Berpuasa...

Ustaz Mohd Azizul Hisham Bin Zulkifli
Timbalan Ketua MTD Pemuda PAS Paka.

| edit post

TGHA : Tiada Kerjasama PAS & UMNO

Posted by AdminGraphic 10 August 2010 0 comments

Paka, Terengganu, 9 Ogos- Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini sekali menegaskan tiada kerjasama PAS & UMNO dalam ceramah Isu Persidangan DUN Terengganu di Paka pada hari ini. Coretan sejarah antara PAS & UMNO sejak dulu sehingga hari ini telah menunjukkan pengkhianatan UMNO terhadap PAS. Jika isu perpaduan Melayu yang dilaungkan, mengapa ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 dinafikan hak royalti minyak? Adakah pemerintahan PAS ketika itu bukan dari orang Melayu? Dan hari ini pula orang Melayu di Kelantan dinafikan hak yang sama.

Tahalul Siasi antara PAS dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin mantap dimana dalam Konvensyen PR yang lalu, semua anggota PR bersetuju untuk menerima Islam sebagai agama persekutuan dan Hak Keistimewaan Melayu. Langkahan perjuangan PAS semakin ke depan apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam telah ditubuhkan. jesteru itu, ahli dan penyokong PAS digesa supaya melipat ganda usaha dakwah dan penerangan kepada pengundi terutamanya kepada kaum Melayu di pedalaman yang masih kurang mendapat pendedahan semasa.

Ceramah ini juga turut disertai oleh YB Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu & ADUN Wakaf Mempelam). Beliau menyata banyak perkara berkaitan dengan isu DUN Terengganu. Antaranya tayangan sidang secara online telah dihentikan oleh kerajaan UMNO bagi menyekat maklumat dapat di akses oleh rakyat. Selain itu, banyak soalan DUN yang dikemukan ditolak untuk dijawab. Berkenaan perbelanjaaan Terengganu sebanyak RM1.78Billion menjadikan perbelanjaan terbesar bagi negeri Di Malaysia apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain namun rakyat Terengganu tetap miskin.

Dalam ceramahnya juga, beliau mendedahkan servival politik UMNO hanya pada 3 perkara iaitu FELDA, undi POS, Sabah & Sarawak. Selain itu, mereka cuba melemahkan PR dengan 4 perkara iaitu Melaga-lagakan Parti dalam PR, menyerang negeri-negeri PR, menyerang peribadi pemimpin PR dan melaungkan Perpaduan MelayuUMNO PAS. Oleh itu, setiap ahli dan penyokong digesa supaya tidak terpengaruh dengan dakyah mereka terutama melalui media massa.

Sebelum pada ceramah tersebut, Tuan Guru Presiden merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paka di Kg Pinang Merah. Dengan kewujudan pusat tersebut, kerja-kerja kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik. InsyaAllah.

| edit post


Perutusan Khas Ramadhan 1431 H Buat Pemuda

1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.

3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .

5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .

6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.

7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .

9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .

10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

Ustaz Nasruddin bin Hassan
Ketua

Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post

TERENGGANU: NEGERI KAYA YG DISALAH URUS

Posted by Pemuda PAS Paka 06 August 2010 0 comments


Terengganu: Negeri Kaya Yang Disalah Urus

KUALA NERUS - Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan pendapatan hasil daripada royalti minyak, namun tidak banyak pembangunan yang dilaksanakan kerana ia di 'salah urus'.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Terengganu telah melakukan pelbagai rasuah dan penyelewengan menyebabkan kurang pembangunan untuk rakyat.

"Kerajaan yang ada pada hari ini banyak sungguh benda buruk yang dia buat, bukan saya kata dia tak buat satu benda pun untuk rakyat, tapi (kalau) kerajaan lain daripada Umno/BN ni, banyak benda yang kita boleh lakukan, hari ini duit yang begitu banyak, dia buat habis belanja kepada benda lain,"jelasnya.

Menurutnya,negeri Terengganu ini sepatutnya negeri yang kaya kerana hasil royalti sebanyak 5% yang telah dirampas pada zaman pemerintahan PAS, kini diberi balik, walaupun masih tidak mengikut lunas undang-undang dan peraturan.

Namun begitu, katanya, walaupun duit yang dikembalikan begitu banyak, tidak nampak pembangunan yang dibuat oleh kerajaan hari ini untuk kepentingan rakyat.

Beliau menegaskan negeri Terengganu yang masih mempunyai bilangan orang miskin yang masih ramai, termasuk negeri yang nombor tiga miskin,

"Negeri Terengganu termasuk negeri yang nombor tiga miskin, negeri kita ni negeri yang kaya sebenarnya, duit yang banyak, tetapi salah urus,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan yang diadakan di Tanjung Bunut dekat sini, hari ini 5 Ogos

Menurutnya, kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar kini, Dato' Ahmad Said mesti di tolak kerana masing-masing berbalah dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

"Waktu kita kalah pada tahun 2004, Idris Jusoh jadi Menteri Besar, lepas 2008, Ahmad Said jadi Menteri Besar, orang Umno kata, dua-dua ni tak boleh 'pakai' belaka,

"orang-orang Ahmad Said kata, orang Idris Jusoh perintah secara jahat, buat habis kewangan, bila sampai kepada pemerintahan Ahmad said, orang Idris Jusoh pula berkata, Ahmad Said 'bodoh', tidak tahu mengurus negeri,

"kalau sama-sama dia sendiri dan kata yang ni jahat, yang ni bodoh, kita jangan pilih dua-dua, memang kena tolak belaka,"katanya.

| edit post

ORANG DAH MATI DISENARAI DAPAT ZAKAT

Posted by Pemuda PAS Paka 05 August 2010 0 comments


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.

"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.

Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.

Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Pengagihan bantuan bermula Isnin hingga 10 Ogos.

-- BERNAMA

| edit post

BAJET TERENGGANU MENINGKAT KEPADA RM2.2 BILION

Posted by Pemuda PAS Paka 04 August 2010 0 comments


Bajet 2010 Terengganu Meningkat Kepada RM2.2 Bilion

-Menjadi Negeri Mempunyai Bajet Terbesar di Semenanjung

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh Umno akan Mesyuarat Yang Kedua Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Sidang DUN) yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos ini akan mencadangkan usul membuat ketetapan bersetuju meluluskan tambahan peruntukan.

Usul tersebut yang akan akan dikemukakan oleh wakil Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan peruntukan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM157, 096,700.00.

Selain usul tersebut, Menteri Besar Dato' Ahmad Said berdasarkan Tertib Pekerjaan Sidang DUN akan membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan Pelbagai Perkhidmatan yang menokok bajet mengurus negeri sebanyak RM63, 220,000.00.

Kedua-dua tambahan kewangan yang akan dikemukakan adalah bagi menambahan bajet negeri pada tahun ini, berjumlah RM220, 316, 700.00

Pada sidang DUN hujung tahun lalu, sebanyak RM1.88 bilion telah diluluskan bagi bajet negeri Terengganu bagi tahun 2010

Dengan peruntukan tambahan yang akan dicadangkan dalam sidang DUN 8 dan 9 Ogos ini, negeri Terengganu menjadi sebuah negeri di Semanjung yang meluluskan bajet terbesar bagi 2010 iaitu sebanyak RM2.2 bilion.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Pra-Sidang DUN di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam, Selasa 3 Ogos.

Beliau yang juga wakil Wakaf Mempelam berkata ia suatu bajet negeri yang amat besar jumlahnya sedangkan hasil negeri tidak meningkat.

"Bajet 2010 yang dibentangkan pada Disember lalu jelas menunjukkan kerajaan negeri bergantung dengan Dana Khas dimana 92% bersamaan RM1.731 bilion adalah datang dari sumber itu, dan hanya 8% bersamaan RM163 juta sahaja dari sumber kerajaan negeri," ujarnya.

Menurut Haji Wahid, tidak dinyatakan sumber dari mana peruntukan tambahan yang akan dikemukakan pada sidag DUN 8 dan 9 Ogos ini.

Namun, katanya, kerajaan Umno Terengganu akan meneruskan 'tradisi meminta-minta' dari kerajaan persekutuan menerusi Dana Khas, sedang isu wang royalti petroleum belum diselesaikan.

Mengulas perkara yang sama, wakil Sura, Ustaz Wan Hassan Ramly berkata, ia adalah satu langkah tindakan Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

"Sebahagian besar peruntukan tambahan adalah untuk pembangunan, iaitu membina rumah melebihi dari apa yang telah dirancang iaitu sebanyak 10,000 sebelum ini,

"dengan itu, kontrak-kontrak pembinaan rumah itu akan diagih-agihkan kepada 'kontraktor kroni', yang akan menjadi penyumbang semula kepada dana pilihanraya Umno/BN," jelas Wan Hassan.

Menyentuh perincian peruntukan tambahan berkenaan, wakil Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kerajaan Umno/BN Terengganu terus melaksanakan pembangunan rakyat dalam keadaan 'teraba-raba' dan tidak menurut kajian.

Menurutnya, sebagaimana dinyatakan, tambahan peruntukan yang diperlukan adalah untuk membiayai keperluan perlaksanaan pengagihan komputer 'E-Book' kepada murid tahun 4, sedangkan belum ada kajian dibuat terhadap keberkesanan penggunaannya dalam pembelajaran.

"Exco (pelajaran negeri) mengakui pada sidang DUN lepas, tidak ada kajian dibuat tentang program 'E-book', tapi kerajaan terus melaksanakannya,

"ini menunjukkan kerajaan masih 'meraba-meraba' dalam melaksanakan pembangunan,"katanya.

| edit post