KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

AHLI PAS WAJIB TURUN 3 JULAI

Posted by Pemuda PAS Paka 26 June 2010 0 comments


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain.

Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas.

Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi.

Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis.

PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini.

Organisasi PAS di semua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno di semua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

"TOK GURU KAMI BUKAN PENGGANAS"

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan tuduhan mengatakan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengganas adalah satu tuduhan yang jahat, biadap dan bodoh.

DPPNT turut menafikan sekeras-kerasnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu mengamalkan fahaman Wahabi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar internet.

(Gambar - Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor bersama Timbalannya Ustaz Wan Sukairi (Kanan) dan Setiausaha Wan Faizul, dalam sidang media khas 'Tok Guru kami Bukan Pengganas')

”Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah melihat satu kenyataan yang sangat biadap dan bodoh tentang satu tuduhan jahat khususnya kepada Presiden PAS yang juga penasihat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, yang Ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam satu sidang media disini hari ini 23 Jun.

Beliau mendakwa Umno/BN sengaja membawa isu tersebut bagi menutup segala isu penyelewengan, rasuah dan kegiatan haram yang dilakukan oleh parti itu.

“Umno membawa isu ini bagi menutup segala penyelewengan dan kejahatan mereka,

”mereka menghalalkan dan meluluskan lesen judi, mereka terlibat begitu ‘parah’ dengan rasuah, mereka banyak mebantu Yahudi khususnya memberikan RM77 juta kepada syarikat APCO worldwide,”jelasnya.

Menurutnya, Umno mengambil tindakan demikian kerana berputus asa ekoran orang melayu Islam di negera ini tidak yakin kepada kepimpinan Perdana Menteri yang melantik APCO sebagai penasihat.

Oleh sebab itu, katanya, Umno menggunakan seluruh jentera untuk memburukkan imej Presiden PAS dan ahli-ahli agama.

”Umno mahu memesongkan pandangan rakyat terhadap isu sebenar (iaitu) kejahatan dan penyelewengan kerajaan,”katanya.

Justeru, DPPNT menuntut pihak yang membuat kenyataan dan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu dalam tempoh 7 hari bermula hari ini, sebagai pembersihan nama baik Tuan Guru Presiden yang tercemar dengan berita tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan akhbar tersebut.

Katanya, fitnah itu sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada Presiden PAS dan PAS sendiri.

Menurutnya, tuduhan seumpma itu bukanlah baru terhadap Presiden PAS, kerana katanya, Mossad telah membuat fitnah yang sama pada tahun lalu.

”Presiden PAS dituduh sebagai pengganas oleh Mossad selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi, pada tahun 2007,”jelanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, ia jelas satu fitnah apabila Presiden PAS menang samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror.

”Akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan
al-Qaeda,”ujar Ustaz Idris.

Secara Langsung atau tidak, kata beliau, sebenarnya Umno/ BN telah memberi saham dalam melaksanakan tipudaya Yahudi Zionis dalam memecahbelahkan umat Islam.

Katanya, tindakan kerajaan Umno/BN memainkan dan memperbesarkan isu kecil perbezaan pendapat dalam Islam dan memberi gambaran bahawa pendokong perjuangan Islam yang sebenar merupakan pengganas adalah amat dipersetujui oleh Barat yang dipimpin oleh proksi Yahudi, terutamanya kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau turut yakin, fitnah yang dilemparkan itu mempunyai matlamat ‘serampang dua mata’.

Disamping memburukkan imej PAS, katanya, fitnah itu bertujuan untuk menakutkan
orang bukan Islam yang semakin jinak dengan PAS apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS berjaya dilancarkan.

Justeru, katanya, PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat.

| edit post

ORANG MUDA DIGESA BERPOLITIK ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 19 June 2010 0 comments


Orang Muda di Pelawa Berpolitik Dengan ‘Politik Dosa dan Pahala’

KUALA NERUS - Pemimpin Umno menanamkan pemikiran khurafat, bidaah dan karut ke dalam ‘kepala’ umat Melayu Islam, dengan menganggap politik tidak ada kaitan dengan agama.

Mereka beranggapan demikian kerana mereka meyakini bahawa politik tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika merasmikan dan melancarkan Himpunan Perdana ‘Orang Muda Geng Kita’ Peringkat Parlimen Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, semalam.

“Saya secara langsung fokus untuk mengajak, anak muda melihat senario politik yang ada pada hari ini, kerana politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam,

“sebagaimana ruh tidak boleh dipisahkan daripada jasad, kalau ruh dipisahkan daripada jasad, maka matilah jasad,” katanya ketika memulakan ucapannya.

Menurutnya, dalam Islam, POLITIK adalah kuasa bagi menjaga, melaksana dan memenuhi segala tuntutan Allah dan Rasulnya SAW.

Oleh kerana politik itu penting dalam Islam, beliau mengajak para pemuda untuk berpolitik dengan politik Islam.

“Anak muda mesti melihat bahawa politik ini penting, di atas kepentingan inilah perjuangan PAS dasarnya Islam, mengajak seluruh manusia, bila berpolitik, berpolitik dengan politik Islam,

“berakhlak dengan Islam, beribadat dengan Islam, berniaga dengan Islam (oleh itu) berpolitik dengan (politik) Islam,” tegasanya.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyeru agar orang-orang muda mesti bangkit memperbetulkan pemimpin Umno.

Katanya, Umno Terengganu mesti ditumbangkan kerana mereka telah menipu orang-orang muda,

Menurutnya bermula pada tahun 2004, kerajaan Umno yang mengambil alih kerajaan negeri Terengganu telah menjanjikan peluang sebanyak 25,000 pekerjaan kepada orang muda.

Namun katanya, janji tersebut adalah suatu pembohongan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional Negeri Terengganu.

| edit post

KABINET BARU MALAYSIA : KETUA PEMUDA UMNO DISISIHKAN

Posted by Pemuda PAS Paka 15 June 2010 0 comments


KABINET BARU MALAYSIA-KE MANA ARAH KHAIRY JAMALUDDIN?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato’ Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya. Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri. Jadi jelaslah ada sesuatu yang tidak kena apabila KJ tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan menang dalam pemilihan PEMUDA UMNO yang lepas.

Persoalannya, mengapa KJ diketepikan oleh PM sementara Dato’ Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedangkan beliau kalah dalam pemilihan yang lepas. Mungkinkah KJ dilihat sebagai ‘liability’ kepada UMNO itu sendiri? Apakah KJ tidak layak dimata PM? Cukupkah sekadar meletakkan KJ di parlimen tanpa ada ‘portfolio’ yang lain sehinggakan beliau mempunyai banyak masa untuk menyertai latihan Askar Wataniah selama sebulan?

DPPP mengharapkan agar PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat ‘relevan’ dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di’tukun’kan oleh PM?

Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

| edit post


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi di negara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi di negara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.

PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina di negara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.

Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.

Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.

Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.

Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat. Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat di negara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

BENARKAH HANYA AL ARQAM SAHAJA YANG PATUT DIPANTAU?

Posted by Pemuda PAS Paka 02 June 2010 0 comments


BENARKAH HANYA AL ARQAM SAHAJA YANG PATUT DIPANTAU?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al Arqam (Al Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada UMNO juga. Ini kerana UMNO sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al Arqam.

Kenyataan ini berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke -3 di Putrajaya tempohari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

UMNO yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja.

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia yang mana UMNO merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada BERJAYA Group yang bukan sahaja untuk Pertandingan Piala Dunia 2010 tetapi berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan ke atas 4 liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn.Bhd. juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn.Bhd. Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku Ahli UMNO? Mempertikaikan hukum Allah swt jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.. Kalau dikatakan konsert khas anjuran Al Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempohari? Bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung? Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah

DPPP menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik UMNO/BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

| edit post


DI MANA PERKASA DAN PEMUDA UMNO?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menggesa agar Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan PEMUDA UMNO agar menyatakan pendirian mereka apabila Kerajaan Malaysia baru-baru ini meng’halal’kan judi dengan mengeluarkan lesen untuk berjudi sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan pada bulan depan.

Ini kerana jika dilihat kepada tindak tanduk mereka sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke depan yang mana kononnya mereka pejuang agama yang sejati. Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA UMNO begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak, judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Dato’ Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Dato’ Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City. Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR. Pemuda UMNO juga tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat. Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram di sisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?

Oleh itu DPPP mencabar PERKASA dan Pemuda UMNO agar menyatakan pendirian mereka berkaitan lesen judi ini. Jika tidak, inilah wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan poliotik sempit mereka. Dan bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !