KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KERAJAAN NAJIB TIDAK BERDUIT

Posted by Pemuda PAS Paka 28 May 2010 1 comments


Parti Islam Se-Malaysia (PAS)melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak.

Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama'-ulama' dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

ROSLI DHOBI : PEMUDA YANG SYAHID

Posted by Pemuda PAS Paka 26 May 2010 0 comments


MARANG – ‘Sentuhan perasaan’ melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan adalah perlu selain menyampaikan ilmu melalui kuliah dan ceramah dalam membuat suatu perubahan di kalangan umat Islam.

Oleh itu, peranan Jabatan Amal dan Unit Amal sebelumnya adalah amat penting dalam perjuangan untuk menegakkan cita-cita Islam khususnya dikalangan pemuda-pemuda Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat Islam hari ini berada dalam kebanjiran pelbagai fahaman, yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Malah katanya, ramai anggota masyarakat yang menjadi mangsa keruntuhan akhlak.

Oleh itu, satu pemerintahan yang melindungi masyarakat dengan syariat Allah SWT adalah menjadi satu keperluan.

”Malangnya kesedaran untuk membuat perubahan dalam pemeritahan dikalangan orang-orang Melayu Islam adalah sangat lemah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam Jabatan Amal Terengganu.

Beliau menegaskan, menjadi satu tanggungjawab penting kepada umat Islam untuk menyedarkan orang-orang Islam sendiri supaya berubah menurut Islam.

Dalam konteks negara ini, perubahan atau ‘Islah’ tidak akan dapat dilakukan sekiranya umat Islam yang menjadi ‘teras’ tidak dapat dikuasai.

”Orang Islam menjadi teras pemerintahan negara (Malaysia), selagi kita tidak menguasai (mereka), maka kita tidak boleh membuat perubahan Islah, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS telah berjaya menubuhkan sebuah cawangan sewaktu kempen pilihanraya kecil parlimen Sibu baru-baru ini.

Yang lebih menarik katanya, antara mereka yang menyertai cawangan tersebut adalah keluarga as-Syahid Allahyarham Rosli Dhobi.

Dato’ Seri Abdul Hadi berkata, as-Syahid Rosli adalah seorang pemuda Islam yang terlalu muda, seorang guru yang berusia 17 tahun, telah dihukum gantung sampai mati kerana berjaya membunuh Gabenur British di Sarawak pada tahun 1940.

(Gambar di atas - Allahyarham Rosli ketika ditangkap tentera British, gambar kecil , potrait as-Syahid)

Menurutnya, kerajaan British sengaja mengubah kad pengenalannya, supaya beliau tetap dihukum sedangkan dalam usia semuda itu, hukuman bunuh tidak boleh dijatuhkan.

”Dia seorang guru yang terlalu muda di zaman itu, masa itu tidak ada parti politik, tetapi dia benci kepada penjajah,

”dan dia telah syahid san namanya telah terpahat di dalam sejarah perjuangan Islam di tanah air kita,” katanya.

Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui perjuangan tersebut kerana telah dikelirukan oleh Umno yang mengatakan hanya mereka yang berjuang untuk orang Islam.

| edit post

POLIS MENJAYAKAN JUDI BOLA PIALA DUNIA

Posted by Pemuda PAS Paka 21 May 2010 0 comments


Tahniah Polis Bekerja Untuk Umno Dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

KUALA LUMPUR - Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berikrar memastikan setiap rakyat Malaysia yang mahu berjudi dengan pertaruhan perjudian sempena pertandingan bolasepak Piala Dunia hanya dibenarkan melakukannya dengan Syarikat Ascot Sport milik Berjaya Corporation Berhad yang diberikan lesen oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut menyatakan sebarang bentuk kegiatan perjudian bolasepak Piala Dunia tanpa lesen akan dibenteras, di mana, Datuk Seri Bakri berkata, beliau telah menubuh satu pasukkan khas untuk tujuan membenteras judi tanpa lesen.

Mengulas perkara tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkara yang pelik apabila, polis boleh bersetuju pemberian lesen judi bola sepak yang akan meninggalkan kesan buruk kepada masalah sosial dalam negara.

"Dengan bertambah kegiatan judi melalui sukan bolasepak akan menyebabkan rakyat jadi malas hanya bergantung pada nasib dan akan lahir ramai panganggur yang hanya berharap dapat wang dari berjudi.

"Keruntuhan institusi keluarga akan meningkat. Apakah pula langkah dan tindakkan Polis selepas ini?. Kerajaan dalam mengeluarkan lesen memberi alasan kalau tidak di berikan lesen perjudian bolasepak akan pasti berlaku secara sindiket haram,"tegas Mahfuz

Menurutnya, walaupun kerajaan telah memberikan lesen, hari ini Datuk Seri Mohd Bakri menyatakan mereka sudah pun mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bolasepak tanpa lesen.

"Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus wujud walaupun judi bolasepak berlesen dikeluarkan. Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset.

"Apa yang sebenarnya dapat disimpulkan ialah kerajaan dan parti Umno / BN tidak mendapat apa-apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen,"jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menyelar tindakan kerajaan Umno/BN dan berkata. dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat milik Tan Sri Vincent Tan sudah pasti rundingan telah dibuat untuk pastikan bukan saja pulangan cukai yang diperolehi oleh kerajaan tetapi sudah pasti ada bahagian yang akan diperolehi untuk dana politik Umno / BN.

"Jadi Polis dikerah untuk membenteras sindiket tanpa lesen yang tidak menguntungkan Umno / BN sebaliknya Polis digerakkan untuk menjayakan dana politik Umno / BN melalui perjudian bolasepak Piala Dunia yang dikendalikan oleh tauke judi negara Tan Sri Vincent Tan,"katanya

Justeru beliau berkata, ia membawa makna, polis bekerja untuk politik Umno dan Tan Sri Vincent Tan.

"Selepas ini bolehlah jadikan balai dan pondok polis seluruh negara bersama Sport Toto sebagai pusat perjudian bolasepak Piala Dunia. Tahniah Polis!,"tambahnya

| edit post

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan masalah penyalahgunaan dadah paling tinggi di negara ini mengalahkan negeri-negeri maju di Malaysia Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan anggaran seorang daripada 100 penduduk ialah penagih dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid (gambar kiri) berkata negeri paling rendah pula adalah Sarawak.

Menurutnya, laporan yang didedahkan ketika mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di ibu negara pada awal bulan ini adalah hasil tangkapan pasukan tersebut tahun lepas.

“Pada 2009, kita berjaya menangkap 10,000 orang yang terbabit dalam masalah dadah dan jumlahnya besar berbanding 1.2 juta penduduk Terengganu,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Roslan berkata, ada dua faktor yang meletakkan Terengganu pada kedudukan tertinggi iaitu sama ada penyalahgunaan dadah di sini memang serius atau penguatkuasaan yang dilakukan berkesan.

“Bagaimanapun, kita akan tetap meneruskan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah ini dan Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu boleh dikatakan kawasan segi tiga emas untuk masalah dadah,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemantauan berterusan pihaknya berjaya menahan dua pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Tengah Kampung Jambu Bongkok, Marang kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Katanya, kedua-dua penganggur berusia 31 dan 44 tahun yang mempunyai rekod dadah serta jenayah lampau itu ditahan selepas polis menemui enam botol heroin bernilai kira-kira RM8,500 di rumah berkenaan.

“Suspek berasal dari Marang dan Pulau Serai, Dungun itu menjadikan rumah sewa terbabit sebagai lokasi untuk mereka membungkus dadah untuk dipasarkan ke Dungun.

“Kedua-dua lelaki ini kini ditahan reman selama semingg sehingga 22 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Sebelum itu kata Roslan, pihaknya turut menumpaskan satu kegiatan me-ngedar daun ketum di negeri ini dengan tertangkapnya sepasang kekasih di Jertih, Besut kira-kira jam 9 malam pada Isnin lalu.

Menurutnya, pasangan kekasih berusia 31 dan 30 tahun berasal dari Perak itu dipercayai menyeludup masuk daun ketum segar ke negeri ini untuk kegunaan penagih lantaran permintaan yang begitu tinggi.

“Kita turut merampas 105 kilogram daun ketum dan pasangan ini ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM30,000,” katanya.

| edit post

MUFTI PERAK BIDAS NAJIB

Posted by Pemuda PAS Paka 19 May 2010 0 comments


Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

| edit post

HASRAT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Judi: Cadangan Untuk Negeri-negeri Pakatan Rakyat
– Hapuskan Semua Jenis Judi


Pemuda PAS Gombak melihat komitmen PKR dan DAP dalam menangani isu judi bola sepak Piala Dunia sebagai sesuatu yang positif. Ia membuktikan bahawa nilai-nilai syariat dan akhlak di dalam Islam turut diterima oleh masyarakat bukan Islam.

Kesepakatan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat termasuk yang bukan Islam perlu dilihat positif dari aspek dakwah Islam. Ia membuktikan, selama beberapa tahun PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, digunakan sebaiknya untuk berdakwah. Ia sesuatu yang sama sekali tidak berlaku oleh Umno selama mana mereka memimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Gombak ingin menyeru kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat agar menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat jelata bahawasanya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional, yang sememangnya telah menjadi aspirasi Pakatan Rakyat selama ini.

Memandangkan sudah disepakati oleh para pimpinan Pakatan Rakyat bahawasanya judi, sekalipun ia dilesenkan, lebih banyak mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan, maka negeri-negeri Pakatan Rakyat harus membuktikannya dengan mengambil pendirian serupa terhadap syarikat-syarikat judi yang masih beroperasi di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, Kelantan boleh dijadikan satu model pemerintahan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain memandangkan Kelantan sudah lebih 20 di bawah pemerintahan PAS.

Kita sedari bahawa syarikat-syarikat judi yang wujud ini adalah warisan peninggalan kerajaan Barisan Nasional yang lama sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat, dan ia telah lama berakar umbi di dalam masyarakat.

Maka untuk itu, kita sedia maklum bahawasanya tindakan yang boleh diambil adalah secara berperingkat-peringkat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan ketika mula-mula mengambil alih Kelantan dahulu daripada tangan Umno / BN.

Kami yakin dan percaya, dengan tindakan berani ini akan menempelak kerajaan Barisan Nasional yang selama ini mengaut keuntungan daripada kebejatan moral melalui kegiatan judi ini.

Kita tahu bahawa selama ini selama ini kegiatan judi berlesen lebih banyak menguntungkan segelintir sahaja tauke-tauke judi yang menjadi sumber kekayaan kroni-kroni dan tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada rakyat terbanyak.

Justeru, tindakan pengharaman judi secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat judi yang wujud di Malaysia tidak sekali-kali akan menjejaskan sumber ekonomi negara yang sebenarnya selama ini diuruskan secara korup oleh Barisan Nasional.

Kami yakin, tindakan berani ini sekali gus akan membuka mata rakyat Malaysia dan dalam masa sama dapat meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah parti alternatif Barisan Nasional untuk membawa negara yang lebih aman dan makmur.

Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Gombak.

| edit post

HI-TEA PEMUDA BERSAMA NAIB PRESIDEN PAS

Posted by Pemuda PAS Paka 11 May 2010 0 comments

Hi-Tea Pemuda Bersama Naib Presiden PAS Se-Malaysia

KG. NYIOR, PAKA: Petang Jumaat, 07 Mei 2010, Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah berjaya menganjurkan satu program untuk mencari dana PRU-13, dengan hasrat untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM20 ribu dalam masa 2 tahun.

Hi-Tea Pemuda Bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PAS Se-Malaysia. Dengan kehadiran majoriti di kalangan pemuda yang mencecah hampir 200 orang. Turut hadir dalam program tersebut adalah Ybhg. Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ust Wan Hassan Wan Ramli, YDP PAS Kawasan Dungun, Saudara Zakaria Tahir, Timbalan Ketua DPPKD.

Program dimulakan dengan ucapan Ust Saiful Bahri Mamat dan disusuli dengan ucapan taujihat kepada pemuda oleh Naib Presiden PAS, Dato' Ust Tuan Ibrahim Tuan Man. Diakhiri dengan jamuan makan petang.
















| edit post

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN DUNGUN 51

Posted by Pemuda PAS Paka 08 May 2010 0 comments

| edit post

PEMUDA PAS DUN PAKA BANTAH PROMOSI ARAK

Posted by Pemuda PAS Paka 07 May 2010 0 comments


Pemuda PAS DUN Paka Bantah Promosi Arak

Paka, DUNGUN – Seramai kira-kira 40 orang pemuda PAS Dun Paka telah berkumpul dihadapan sebuah kedai yang baru dibuka dibandar ini awal pagi semalam.

Mereka berhimpun dihadapan premis tersebut bagi membantah secara aman tindakan pemilik perniagaan ‘Poly CafĂ©’ mempromosikan jualan arak secara terbuka.

Ketua Penerangan DUN Rantau Abang, Shafie Agil, memberitahu Buletin, kedai tersebut terletak berhampiran Restoran Nasi kukus 3, baru dibuka dalam beberapa hari ini.

Menurutnya, tindakan menaikkan kain rentang promosi arak tersebut menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu Islam sekitar Bandar Paka.

Katanya, selain Ketua Pemuda DUN Paka, Ramzi Abdullah turut bersama bantahan itu adalah Setiausaha Dewan Ulama' PAS Dungun, Ustaz Azizul.

Menurut catatan dalam laman sosial ‘facebook’ Ustaz Azizul, bantahan itu diadakan kira-kira jam 12.45 pagi.

"Ketua Pemuda bersama dengan 40 orang pemuda PAS, berjaya menurunkan Kain Rentang Yang Berbunyi "TIGER BEER, BUY 4 BUCKETS, FREE 1 BUCKET". Catat Ustaz Azizul.

Menurut Ustaz Azizul, beliau telah berbincang dengan pemilik perniagaan itu dan beliau bersetuju supaya penjuualan arak tersebut hanyalah kepada orang-orang bukan Islam sahaja.

Sehubungan itu, Shafie turut kesal kerana pemilik peniagaan itu tidak 'sensitif' langsung keadaan persekitaran yang rata-rata adaah penduduk Islam dan orang Melayu.

"Kalau promosi macam itu dibuat di Kuala Dungun atau di kawasan majoriti bukan Islam tak ada masalah, tapi bandar Paka berbeza," katanya ketika ditemui.

Lihat http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1819:pemuda-pas-dun-paka-bantah-promosi-arak&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

| edit post

JUALAN ARAK TERBUKA DI PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 05 May 2010 0 comments

TIGER BEER, BUY 4 BUCKETS, FREE 1 BUCKET





| edit post

USAH TUNGGU PILIHANRAYA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Usah Tunggu Pilihanraya

MARANG – Para pemuda PAS diseru supaya menggiatkan usaha penerangan serta gerak kerja saraf bermula dari sekarang dan bukannya di waktu hampir kepada pilihan raya sahaja.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Terengganu dilihat antara negeri yang banyak isu-isu politiknya.

Katanya, isu-isu tersebut mesti dimanfaat dan diketengahkan bagi mewujudkan persepsi tertentu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Terengganu banyak isu-isu politik bermula dengan ‘percakaran’ sesama Umno, tekanan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merimaskan rakyat hinggalah bangunan yang kerap kali runtuh. Dan rata-rata rakyat Malaysia menjenamakan Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’,” jelasnya kepada para perwakilan Muktamar Pemuda PAS Terengganu, yang berlangsung di Rusila, dekat sini, Sabtu lalu.

Katanya, pemerkasaan parti di peringkat negeri perlu dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh untuk dibawa ke peringkat kawasan dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beliau juga melihat, jentera penerangan adalah sebuah jentera besar yang akan mewarnai kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Justeru, menurutnya, ‘melontar’ isu-isu yang banyak pada saat-saat akhir apabila tiba musim pilihan raya kelak tidak akan menyentuh ‘jiwa’ masyarakat.

Ucapannya yang menjadi tema dengan tajuk “Menyemarak Jihad Untuk Kemenangan” menggariskan 13 langkah pelbagai strategi, sebagai panduan kepada Pemuda, bagi menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Muktamar Pemuda PAS Terengganu tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad serta dihadiri oleh wakil Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Salleh dan wakil Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !