KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

DEMONTRASI NYAH APCO, NYAH YAHUDI, NYAH UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 30 April 2010 0 comments


Khaibar-khaibar, Khaibar Ya Yahud,
Jaishu Muhammad Saufa Ya'uud

PAKA: Masjid Kampung Nyior, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat, yang dikhutbahkan khas oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ust Wan Syukairi tentang Zalimnya Rejim Yahudi Zionis laknatullah dan proksi-proksinya.

Demontrasi aman ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, yang diadakan serentak 4 buah kawasan yang lain. Bagi kawasan Dungun, diadakan di Paka. Kehadiran yang mengjangkau 100 orang, dalam keadaan suasana yang panas terik, tidak menghalang untuk mencari keredhaan Allah taala, untuk menjawab di hadapan Allah taala kelak, apa sumbangan kamu untuk selamatkan orang Islam di dunia ini dari cengkaman Yahudi laknatullah, khusus rakyat Palestin?

Demontrasi aman ini berakhir dengan bacaan doa selamat dan pemusnahan bendera rejim Israel, Yahudi laknatullah oleh Ust Wan Syukairi.

















| edit post

DERMA PEMBANGUNAN MARKAZ EHSAN DUN PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 28 April 2010 0 comments


Derma Pembangunan Markaz Ehsan DUN Paka

| edit post

PAS CABAR NAJIB SAMAN MEDIA ANTARABANGSA

Posted by Pemuda PAS Paka 23 April 2010 0 comments


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters berhubung pendedahan mereka tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu.

Media AFP turut melaporkan bahawa Najib dalam pertemuannya dengan Barack Obama didalam Nuklear Security Summit, Washington baru-baru ini memberikan amaran kepada Iran bahawa negara itu perlu mendapatkan kepercayaan antarabangsa dan satu-satu cara untuk mendapatkan perkara itu adalah dengan bersikap telus dan membenarkan IAEA membuat siasatan keatas program nuklear dinegara itu.

Walaupun Najib menafikan bahawa Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran kerana menyokong kempen Amerika, namun itu tidak dapat menafikan kerjasama Malaysia untuk menekan Iran bersama Amerika.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Malaysia membayar syarikat perunding yang dikuasai pelobi Israel, APCO dengan bayaran RM 77 juta setahun. Dan APCO yang menjadi sandaran untuk program 1 Malaysia juga merupakan syarikat perunding utama yang banyak mempengaruhi keputusan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq pada 2003.

Sebelum itu, syarikat berkenaan memainkan peranan memburuk-burukkan negara Islam selepas tragedi 911, dalam usaha mereka melindungi kepentingan kuasa zionis di Timur Tengah.
Tekanan ke atas Iran juga dipercayai adalah pengaruh dari APCO yang melihat negara itu sebagai ancaman. APCO juga telah membawa Najib berjumpa Obama, untuk mengukuhkan pengaruh mereka dinegara ini selepas rakyat mengetahui pembabitan mereka dalam Kerajaan selama ini.

Keengganan Najib menyingkirkan APCO dari Putrajaya membuktikan Kerajaannya dikongkong dan tidak bebas dari pengaruh antarabangsa.

Malaysia yang selama ini bersuara lantang dalam isu Palestin dan Nuklear menjadi lemah selepas Najib mengambil alih. Najib perlu membuktikan identiti Malaysia dalam dirinya dan meneruskan hubungan baik negara ini dengan Iran dan seluruh negara Islam.

Malaysia juga harus mainkan peranan untuk membantu Iraq memerdekakan dirinya dari penjajahan serta menghalang usaha Amerika dan sekutunya yang tekad untuk menyekat ekonomi Iran.

Rakyat menunggu Najib menyaman media-media barat dan menghalau APCO dari negara ini dengan segera sebagai membuktikan komitmennya dalam membina hubungan baik dengan Iran dan negara Islam lainnya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

PAS BUKTIKAN UMNO MEMANG ZALIM

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.

Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang.

Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.

PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat?

BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.

Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakkan kezaliman mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

| edit post

BOWLING PEMUDA DUN PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 22 April 2010 0 comments


MESRA MALL; Rabu; Program Tautan Ukhuwah, Bowling Pemuda PAS Dun Paka, telah diadakan di sana. Penantian demi penantian untuk menunggu giliran, masing-masing menunjukkan 'skill' mencari strike atau spare. InsyaAllah, Program Tautan Ukhuwah ini akan diteruskan dengan pelbagai siri dan agenda.

| edit post

KERAJAAN MALAYSIA AGEN ISRAEL

Posted by Pemuda PAS Paka 18 April 2010 0 comments



Kerajaan Malaysia Agen Israel

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO [ Association of Public-Safety Communications Official ] Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah:-

- Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
- Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
- Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

| edit post

HIMPUNAN AMAN BANTAH APCO

Posted by Pemuda PAS Paka 16 April 2010 0 comments


Jom Sertai ...

| edit post

SEKITAR MESYUARAT AGUNG DPPKD KE-33

Posted by Pemuda PAS Paka 10 April 2010 0 comments


Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun Kali ke-33

SURA; Sabtu; Bertempat di Surau Kubur Kampung Molek, Sura, sekali lagi, peristiwa sejarah berjaya dirakamkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD), dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung DPPKD kali ke-33.

Mesyuarat agung yang saban tahun diadakan untuk memantapkan lagi gerak kerja pemuda khusus bagi DPPKD. Dengan pelbagai cadangan, persoalan dan kritikan yang membina, berjaya diutarakan oleh para perwakilan, walaupun tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu.

Mesyuarat agung DPPKD kali ini dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, yang juga dipanggil dengan panggilan 'Ayahanda' dalam sesi perasmian juga kalam taujihat oleh mantan Ketua Pemuda PAS Pusat ini. Turut dipanaskan dengan kalam taujihat oleh Wakil Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ust Hishamuddin bin Abdul Karim. Sebelum itu, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ust Jamaluddin Jusoh.

Sebelum sesi penganugerahan kepada PASTI terbaik, Gimik Majlis Pelancaran 'Orang Mude Geng Kite' telah dilancarkan oleh Dato' ABC. Untuk DUN Paka, PASTI yang telah mendapat anugerah tersebut adalah PASTI An-Nasihah, Taman Murni Perdana dan PASTI Ibnu al-Baita, Felda Kertih Satu. Jua DUN Paka mendapat anugerah bilangan ahli UKJ tertinggi bagi Kawasan Dungun. Mesyuarat agung berakhir jam 7 petang.








| edit post

EDARAN RISALAH ANTI-ZINA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Pantai Telok Gadong; PAKA: Jumaat Petang; Edaran Risalah Anti Zina telah dilaksanakan dengan penerimaan yang baik di kalangan pelajar-pelajar yang belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM), Cawangan Dungun, yang berada di kawasan DUN Paka oleh Pemuda PAS Dun Paka.

Mau tidak mau, perkara ini mesti diambil berat oleh Pemuda PAS Dungun, khusus Pemuda PAS Dun Paka. Dan inilah antara peranan PAS, bukan setakat terlibat dalam Politik dan Tarbiyyah, jua mesti libatkan ke medan Dakwah. Turut serta dalam edaran tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ust Jamaluddin Jusoh.

Budaya couple di kalangan pelajar UITM, sudah menjadi kebiasaan. Walaupun foto budaya mereka tidak dapat nak diambil, kerana pemuda-pemuda PAS sibuk menyebarkan risalah tersebut. Tetapi kegerimasan pihak kami amat terasa, dengan pelbagai gelagat yang dipersembahkan oleh mereka sejurus menerima kedatangan risalah tersebut.

Apa-apa pun, insyaAllah, edaran ini akan diadakan secara berkala, untuk memastikan bahawa gejala 'buang anak' kesan zina yang dilakukan tanpa rasa malu, dan terlalu ikutkan hawa nafsu dapat dielakkan di atas muka bumi Allah ini. Jua masalah sosial yang menyebabkan runtuhnya akhlak di kalangan remaja dapat dikurangkan.


| edit post

MESYUARAT AGUNG DPPKD KE-33

Posted by Pemuda PAS Paka 09 April 2010 0 comments

SEMUA PERWAKILAN DAN PEMERHATI DIJEMPUT HADIR

| edit post

USUL "MAT REMPIT"

Posted by Pemuda PAS Paka 08 April 2010 0 comments


Cadangan Di bawah Fasal 30 Peraturan -Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai

Dato’ Yang Dipertua,

Saya memohon izin dan mencadangkan untuk mengemukakan satu usul di bawah fasal 30 supaya persidangan Dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.

Perkara : Usul agar dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya Kerajaan Negeri Terengganu menyegerakan langkah-langkah pro aktif dan pelan bertindak bersepadu untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit” yang berlaku dalam negeri ini.

Kesyukuran kepada Allah dengan taufiq dan hidayatnya, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri membahas dan mendesak Kerajaan Negeri Terengganu agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit”.

Dato’ Yang Dipertua,

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.

Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mengikut kajian dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail baru-baru ini didapati pembabitan remaja Melayu mencapai 95 peratus daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.

Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas yang kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Masalah “Mat Rempit” juga membimbangkan di Negeri Terengganu. Permasalahan boleh diperhatikan di jalan-jalan, khususnya pada waktu malam-malam minggu. Tangkapan yang dibuatkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia terhadap kesalahan “Mat Rempit” yang terpapar di akhbar-akhbar menambahkan kebimbangan ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu perlu melakukan tindakan segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Terima Kasih.

MOHD NOR BIN HAMZAH
ADUN BUKIT PAYONG

06 April 2010 bersamaan 21 Rabiulakhir 1431

| edit post

EXPLORE RACE PEMUDA PAS DUN TEPOH

Posted by Pemuda PAS Paka 06 April 2010 0 comments


Tepoh, KUALA NERUSPemuda PAS DUN Tepoh, InsyaAllah, dengan namanya itu akan berani menempuh pelbagai cabaran dalam usaha menegakkan Islam di bumi Terengganu Darul Iman.

”Kita yakin dan percaya dengan pemuda-pemuda kita, sesuai dengan nama pemuda Tepoh, ia akan menempuhi pelbagai cabaran, membujur lalu melintang patah, ”InsyaAllah, pemuda Tepoh melangkah maju kehadapan penuh perkasa mempunyai daya juang yang tinggi,

“menyahut cabaran mengalahkan musuh kita dalam perjuangan menegakkan Islam dibumi Trengganu, khususnya di DUN Tepoh,” kata Ustaz Abu Bakar Abdullah, Yang DiPertua PAS Kuala Nerus semasa majlis pelancaran dan peleoasan para peserta Explorace Pemuda DUN Tepoh, 2 April, Jumaat.

Beliau juga yakin, mereka yang menyertai program tersebut merupakan pemuda pilihan, yang akan menimba latihan bagi meningkatkan disiplin diri masing-masing.

Dengan itu, katanya, dengan aktiviti lasak itu, pemuda-pemuda tersebut akan mampu menangani apa jua permasalahan menghadapi liku-liku perjuangan.

Seramai lebih 100 pemuda DUN Tepoh bergerak secara konvoi dengan kenderaan secara bermotosikal, kereta dan bas dari Kampung Gemuroh disini menuju ke Lata Belatan, Besut.

Menurut seorang peserta Explorace pemuda DUN Tepoh, sepanjang perjalanan, para peserta yang berkereta dan bermotosikal diberi beberapa petunjuk bagi menjawab soalan kuiz.

”Kita diberi petunjuk untuk menyelesaikan misi dengan menjawab soalan kuiz, berhenti dan mengenal setiap markaz PAS yang ditentukan,

”ia memberikan ilmu dan pengalaman yang begitu bermakna bagi pemuda-pemuda,” kata Ahmad Faizol, yang juga Ketua Pemuda Cawangan Kampung Bukit Berangan.

Beliau berkata, selain meningkatkan kekuatan spiritual dengan kuliah dan ibadah, para pemuda dilatih dengan latihan fizikal menerusi acara sukan dan ‘jungle tracking’.

”Di tapak perkhemahan (Lata Belatan) setiap peserta diwajibkan bersembahyang secara berjamaah dan kuliah maghrib disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar,

”walaupun terasa amat letih, dengan program yang begitu padat, namun ia telah memantapkan lagi kerjasama dan perpaduan dikalangan pemuda” jelasnya.

| edit post

RUNTUHAN TERKINI

Posted by Pemuda PAS Paka 01 April 2010 0 comments

Runtuhan Sebelum Ini


Runtuhan TERKINI !

* Selagi mana kerajaan BN Terengganu tidak membina semula Masjid Bujal dirobohkan oleh Rejim BN / UMNO seketika dulu, dengan kos pembinaan ketika itu, mencecah tidak sampai RM 1 juta, selama itulah, keruntuhan demi keruntuhan akan terus berlaku...

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !