KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

MUKHAYYAM PEMUDA PAS DUN PAKA '10

Posted by Pemuda PAS Paka 30 March 2010 0 comments


Permulaan Pagi

Menjadi Tarikan

Konvoi Sama-sama

Pemandangan Sungai

Memudahkan Halangan

4WD Setiausaha DUN

4WD Ketua Pemuda JPC Ketengah Jaya

4WD Ketua Penerangan Dun


Sama-sama Naikkan Tiang Khemah

Test Air Ulu

CBT 1866

Tangkapan Tengahari

Ikan Sebarau Masak Singgang Asam Pedas


Lunch

Santapan Rohani

Santapan Pada Malam Jumaat

Sama-sama Siapkan Bahan Untuk Jadikan Jeput Ikan Haruan

Ikan Haruan Direbus Dulu

Chef Jeput Sarapan Pagi

Bujang Periang

Rezeki Di Pagi Hari

Bersama-sama Di Pagi Jumaat

Sarapan Pagi : Jeput Ikan Haruan

Tuan Punya 2 Jari

Kenangan Bersama "Tarbiyyah Tunjang Perjuangan ISLAM"

| edit post

SEJARAH "ORANG MUDE GENG KITE"

Posted by Pemuda PAS Paka 24 March 2010 0 comments


Blog DPPNT kali ini menyiarkan temuramah krew IT DPPKD dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun merangkap Syeikh Tarbiyyah(Pengerusi Lajnah Tarbiyyah) Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al Fadhil Ustaz Jamaluddin Jusoh al Hafiz.
......................................................
Oleh: SamarQondy

"Pada 7hb Mac lalu, pihak IT Dewan pemuda Pas Kaw Dungun (ITDPPKD) telah mengambil peluang untuk mewawancara ketua Pemuda PAS Kaw Dungun, al-Fadhil Ustaz Jamaluddin bin Jusoh di Masjid Pinang Merah berhubung dengan slogan Orang Mude Geng Kite. Al-Fadhil Ustaz yang juga merupakan ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merupakan salah seorang yang terlibat dalam menghasilkan dan melahirkan slogan tersebut.

ITDPPKD :

Assalamualaikum ustaz. Terima kasih kerana ustaz sanggup meluangkan masa untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pihak itdppkd. Slogan “Orang Mude Geng Kite” merupakan slogan yang dilahirkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Dungun (DPPKD). Boleh tak ustaz terang serba sedikit menganai slogan tersebut.?

Ustaz Jamaluddin:

Waalaikummussalam. Slogan “Orang Mude Geng Kite” ini, yang ejaan ringkasnya OMGK, satu slogan yang dipilih oleh Pemuda PAS kawasan Dungun sebenarnya pada awal sesi 2009, setelah selesai muktamar dewan pemuda ketika itu. Dan kita menghasilkan slogan “Orang Mude Geng Kite” tujuannya untuk menjadi suatu momentum kewujudan aktiviti-aktiviti kepermudaan yang lain serta pelbagai. Bahkan bahasa dan penggunaan loghat Terengganu “Orang Mude Geng Kite” itu, tujuannya supaya ianya akan lebih serasi, sehati dan sejiwa dengan orang mude. Alhamdulillah kita lihat bagaimana, akhir-akhir ini ia telah menjadi slogan yang sinonim dengan pemuda itu sendiri.

ITDPPKD :

Melihat daripada erti OMGK tersebut, jelas ianya merupakan sesuatu yang begitu baik dan ia akan memberi suatu implikasi yang positif sekiranya ia diaplikasi sebaiknya. Bagaimana DPPKD dapat memikirkan hal ni? Boleh ustaz ceritakan sejarah terciptanya slogan “Orang Mude Geng Kite”?

Ustaz Jamaluddin:

“Orang Mude Geng Kite" ini mula tercipta boleh dikatakan spontan dalam mesyuarat dewan harian kali yang pertama untuk perbentukan jawatankuasa secara detail pada ketika itu. Dan seingat ana pd waktu itu dihadiri oleh ana sendiri, setiausaha, penerangan, bendahari, dan masih ada lagi ketika itu SUK serta naib. Dan ana bersama lima enam orang inilah berbincang secara spontan dan lahir satu idea untuk kita mewujudkan satu slogan supaya kita boleh mendekati pemuda. Dan secara tidak langsung, setelah berfikir maka lahirlah slogan ini. Dan kita tidak menyangka bahawa slogan ini sampai ke peringkat nasional. Mungkin Dengan Izin Allah SWT, ada hubungan ahli jawatankuasa kita dengan peringkat yang lebih atas, diperingkat negeri bahkan diperingkat pusat maka mereka boleh menerima hujah-hujah ini. Dan Alhamdulillah apa yang paling syukurkan ialah apabila slogan ini diterima, bererti slogan ini digunakan seluruh Negara termasuk Perak dan sebagainya. Yang bimbangnya, kita (Pemuda PAS Kaw Dungun) yang akan tertinggal. Itu yang kita bimbang.

ITDPPKD :

Ana mengucapkan tahniah kepada DPKKD kerana dapat mencetuskan idea OMGK ini sehinggakan peringkat PAS pusat sedia menggunakan cetusan idea daripada DPPKD. Namun ustaz ana melihat masyarakat kita sekarang hanya melihat slogan OMGK ini hanyalah sekadar slogan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Boleh ustaz memberi penjelasan tentang matlamat dan objektif sebenar slogan OMGK?

Ustaz Jamaluddin:

Pada asalnya kita tahu dan kita sedar bahawa orang muda ini yang terutama berada dipinggiran, orang mude orang yang ada atas pagar bahkan orang muda anak-anak orang UMNO yang tidak kuat sangat, dia sebenarnya ada kecenderungan serta ada minat untuk mendatangi kita. Cuma kita tidak mempunyai aktiviti yang boleh touching serta boleh menyentuh untuk diaorang. Sebab itu bila kita menciptakan “Orang Mude Geng Kite”, kita harap akan ada aktiviti-aktiviti dimana kita dapat datangi mereka, kita yang akan pergi cari meraka. Selama ini, kita adakan program. [ust ja 2] Kita syok, kita harap mereka untuk datang. Dengan ada konsep dan pendekatan “Orang Mude Geng Kite”, kita turun berdepan dengan mereka, bertemu dengan mereka. Sebab itu bila slogan ini telahditerima oleh peringkat nasional, kita lihat peringkat pusat telah ada program turun ke pusat-pusat, tempat pemuda-pemuda. Dalam blog Ustaz Nasaruddin Tantawi contohnya, ada program turun ke tempat pemuda, bawa dengan alat-alat musiknya, ada program santai bersama pemuda-pemuda ini. Yang kita jumpa pemuda lelaki, remaja yang tidak tutup aurat, mereka rasa mesra dengan kita. Itulah hasrat kita ni. Kita harap dengan aktiviti-aktiviti yang kita wujudkan dalam “Orang Mude Geng Kite” ini, kita akan boleh mendekati golongan ini. Sebab kita tahu kita bukan satu gerakan politik, tapi kita gerakan dakwah. Kita kena cari mereka, kita jangan menanti, mengharapkan mereka dating cari kita. Atau dalam Istilah “jangan mengharapkan rezeki dating bergolek”.

ITDPPKD :

Melihat daripada matlamat OMGK, jelas kita lihat ianya merupakan suatu yang besar dan memerlukan komitmen daripada ahlijawatan kuasa kita. Apakah harapan ustaz didalam mengempenkan slogan “Orang Mude Geng Kite” terutama kepada masyarakat pemuda amnya dan kepada pimpinan pemuda khasnya?

Ustaz Jamaluddin:

Ana sebagai ketua pemuda,meletakkan harapan yang paling tinggi kepada pemuda-pemuda. Ana bahagi kepada 2, satu pemuda yang belum ada dalam jawatankuasa kepermudaan. Kita mengharapkan mereka tidak takut, tidak risau, tidak bimbang, tidak malu untuk datang bertemu untuk jadi rakan-rakan dewan pemuda PAS kawasan, negeri mahupun pusat. Bagi pemuda yang telah duduk didalam jawatankuasa, kita mengharapkan supaya berfikir daripada sekarang “apa yang boleh mereka sumbang untuk parti dan untuk jemaah?”. Setiap orang fikir, satu program. Klu ada idea yang baik, mungkin kita boleh bincang bersama. Yang mungkin tidak pernah terfikir idea itu dari dewan pemuda dan daripada pimpinan sendiri. Kita buat contoh bagaimana semasa singapura dilanda todak dahulu, pimpinan kerajaan singapura pada masa itu telah mencari jalan bagaimana nak menghadapi serangan ikan todak. Mereka tidak jumpa idea. Datang seorang hamba Allah yang masih muda yang masih remaja yang saudara saudari tahu namanya, dialah yang mencadangkan supaya ditanam batang-batang pisang di tepi-tepi laut. Sehingga ikan itu akan serang pada batang-batang pisang, mereka akan lekat dan boleh dibunuh ikan-ikan itu. Ini hasil daripada idea yang dating pada orang muda. Idea tu ada kadang-kadang, tapi mungkin kita tidak pernah berjumpa, ataupun rakan-rakan pemuda tidak menggunakan satu ruang masa yang formal untuk berfikir apa yang boleh disumbangkan kepada Islam.

Harapan ana pada pimpinan, pertamanya pimpinan harus menyedari mereka bukannya duduk pada tahap orang biasa. Setiap daripada gerak langkah mereka diperhatikan, dinilai dan dilihat. Bukan sahaja oleh manusia, oleh rakan-rakan jawatankuasa pemuda dibawah, juga oleh Allah SWT. Kita kena ada sifat muraqabah. Yang kedua pemuda yang menjadi pimpinan harus yang kalau tidak sepenuh masa, separuh masa mereka digunakan untuk berfikir untuk Islam dan perkembangannya. Yang ketiga pimpinan harus perkasakan dari sudut kerohanian, dari sudut spiritual mereka. Sebab mereka tempat pergantungan orang bawah. Sekiranya jiwa mereka, roh mereka kontang, mereka tidak mampu menangung beban dan harapan daripada orang-orang bawah. Maka kita jadilah seorang yang ‘abid se’abid-‘abidnya diwaktu malam dan siang kita akan menjadi seorang panglima seumpama singa. Dan kita kombinasikan kedua ini, maka boleh lah kita lahirakan pimpinan yang semasa berada dalam dewan pemuda ini akan mampu memberikan dan mempersembahkan satu sumbangan semaksima mungkin.

ITDPPKD :

Ana melihat suasana masyarakat di Terengganu ni sangat berbeza dangan tempat-tempat. Contohnya masyarakat di Bangan Pingan, dikatakan mereka lebih terbuka tidak kira dikalangan pihak kita atau di pihak UMNO. Berbanding dengan suasana kita di Terengganu yang seolah-olah tidak ada ruang untuk berbincang. Apakah komen ustaz tentang hal ini?

Ustaz Jamaluddin:

Ana suka guna istilah pemuda atau jawatankuasa perjauangan Islam mesti ada budaya absorb. Maksudnya budaya menyerap masuk dalam masyarakat. Dan kita kena memperkasakan diri, supaya semasa kita dalam menyerap dalam masyarakat itu kita tidak akan dipengaruhi oleh orang. Tapi tujuan kita menyerap itu supaya mad’u akan boleh hamper dengan kita. Dan kita tidak akan mempertebalkan lagi gaps atau pun kita [ust ja 3] sebagai ahli perjuangan Islam dengan mereka. Kita gerakan dakwah, kita bukan gerakan ketenteraan. Kita memerlukan orang dan kita merupakan warisan Rasulullah SAW. Rasulullah mengajar kepada kita dia boleh masuk dengan siapa pun. Dengan orang yahudi boleh masuk, dengan orang kristian boleh masuk, dengan orang yang kasar boleh masuk, dengan orang lembut boleh masuk. Dan ini sebenarnya perlu dibahaskan. Kita tengok bagaimana, tokoh-tokoh gerakan dakwah tidak mempersetujui sekiranya kita menyediakan gaps dalam kerja-kerja islam. Dan pimpinan kita pun sudah menggunakan pendekatan engagement, memasuki masyarakat. Mungkin Terengganu ini mungkin sejarah lama. Sejarah ketika ada pimpinan ketika itu yang agak tegas. Padan dan sesuai pada ketika itu. Bukan salah, tp sesuai. Waktu itu mungkin dengan orang kerap menggunakan pendekatan kufur mengkufur, ataupun politik suku ugama suku. Pimpinan waktu itu menggunakan pendekatan ini untuk nak “zadduz zaraii’”. Tapi malangnya, bila suasana sudah berubah. Orang UMNO sudah lagi tidak bercakap pasal kufur mengufur ataupun jugak politik suku ugama suku, ia tinggal bekas. Di Terengganu ini sendiri khususnya. Dimana ia rasa agak kurang mesra dengan kita. Dan mungkin juga ada campur tangan oleh musuh-musuh Islam. Orang UMNO Berjaya membina tembok ini. Dan kita tidak boleh menyerah pada tembok yang ada. Kita nak leburkan supaya kita akan terus menuju kepada masyarakat tanpa mengenal pada peringkat mana sekalipun.

ITDPPKD :

Maksud Ustaz “Orang Mude Geng Kite” merupakan salah satu langkah untuk mengubah suasana ini?

Ustaz Jamaluddin:

Iya. Salah satu daripadanya. Kita harap, kita jumpa diaorang dan kita cairkan tembok ni. Mungkin peringkat awal sesetengah orang akan berkata “PAS ni dah gila nak kuasa sampai habis “ mereka tidak memahami konsep dakwah. Mereka tidak tahu dimanakah di istilahkan immunity. Adakah maksud immunity masjid ini jangan bagi orang kafir masuk masjid? Sehinggakan orang kafir itu nak tahu ilmu agama tiada tempat lagi. Hendak ke masjid tidak boleh. Tapi bagaimana di Kelantan, bagaimana di negeri tertentu sudah ada program-program agama sudah ada orang bukan Islam dating dan . Di Perak contohnya, usrah yang selama ini dianggotai oleh anggota PAS, tiba-tiba orang kafir boleh mari untuk mendengar. Itu tidak apa, kita iklankan dakwah kita, kita boleh buat sempadan sedikit boleh. Bila berkaitan dengan organisasi. Tapi dakwah kita iklankan, kita bukakan.

Dipetik daripada Portal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

| edit post

PERTUKARAN TARIKH HIMPUNAN AMAN

Posted by Pemuda PAS Paka 18 March 2010 0 comments


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa himpunan aman membantah akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW yang dijadualkan akan diadakan pada hari Jumaat ini, 19hb Mac 2010 bertempat di depan Kedutaan Sweden, Kuala Lumpur DITUKAR ke hari Jumaat, 26hb Mac 2010. Masa dan tempat dikekalkan mengikut jadual.

Pertukaran tarikh ini adalah disebabkan masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan. DPP Pusat mengharapkan semua pihak sama ada muslim atau non muslim supaya hadir ke himpunan pada 26 Mac 2010. Umat Islam digalakkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu akan berarak bersama-sama bagi menunjukkan soladriti dan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam oleh negara Sweden.

Sesungguhnya kebejatan yang dilakukan oleh akhbar di negara Sweden tidak boleh diterima sama sekali. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW beerti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya. Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark. Kini Sweden mengulangi kesilapan yang sama, dan seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang.

Justeru bagi umat Islam yang merasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, serta merasa tercabar dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW diseru untuk bersama-sama turun ke himpunan aman pada tarikh yang ditetapkan. Himpunan aman ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Ahli jawatankuasa Kerja DPPP yang lain. Selain itu pimpinan PAS Pusat serta pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain turut menyatakan komitmen mereka untuk hadir ke himpunan ini. Dijangkakan tidak kurang 50 ribu umat Islam akan hadir ke himpunan aman pada 26 Mac 2010.

Disediakan Oleh,

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

| edit post

IMPAK 2010

Posted by Pemuda PAS Paka 13 March 2010 1 comments



PAKA, JUMAAT; Ijtima' Pemuda PAS Paka (IMPAK) 2010, telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program yang bermatlamatkan mengeratkan lagi ukhuwah kerana Allah taala, bukan kerana Kebendaan atau Kedunian. Di samping, menyemarakkan lagi roh juang di dalam diri pemuda-pemuda.

Kehadiran adalah di kalangan pendokong-pendokong PAS di cawangan masing-masing. Yang apabila mereka kembali ke cawangan masing-masing, perkara yang sama hendaklah dilakukan, untuk melihat PAS memperolehi kemenangan dalam PRU akan datang, semangat juang perlulah senantiasa disuntik, suntikan daripada semangat juang yang telah ditunjukkan oleh Para Anbiya' alaihimussolatu wassalam, Para Sahabat radhiallu anhum, Para Syuhada yang terdahulu dan mereka yang soleh yang ada hari ini.

Merekalah panduan kita. Antara lain matlamat ijtima' ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi organisasi di JPC dan tidak lupa di peringkat pemuda dun. Perhebatkan lagi. Budaya muhasabah, budaya kritis, yang akan meng'Gah'kan PAS ini.

Ijtima' yang dimulakan dengan Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS Paka, disusuli dengan ucapan taujihat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hanafi bin Abd Aziz, dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin bin Jusoh. Yang masing-masing menekankan, perlunya menunaikan amanah yang diamanahkan dengan Ikhlas, dan bersungguh-sungguh.





| edit post

SIDANG DUN TERENGGANU APRIL 2010

Posted by Pemuda PAS Paka 12 March 2010 0 comments


-Apa kandungan SMS mendesak MB Letak Jawatan


KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) akan diadakan selama empat hari pada 5hb, 6hb, 7hb dan 8hb April depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sidang tersebut akan dirasmikan pada 5hb April oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Beliau berkata demikian kepada Buletinonline, selepas mengadakan Mesyuarat Pra-Persidangan DUN pada Rabu, 7 Mac lalu.

Menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS akan mengemukakan sekurang-kurangnya 20 soalan bertulis dan 50 soalan lisan pada sidang DUN kali ini.

Selain itu, katanya, PAS juga dijangka akan mengemukakan beberapa usul penting berkaitan kepntingan rakyat yang pelu dibincangkan segera oleh sidang DUN akan datang

”Sekurang-kurangnya, setiap wakil rakyat kita (PAS) akan bawa 6 soalan lisan dan 3 tiga soalan bertulis, merangkumi semua daerah dan kawasan DUN, tidak terbatas kepada DUN-DUN yang diwakili sahaja,

”dan mungkin kita (PAS) akan kemukakan beberapa usul penting, untuk dibahaskan dalam sidang DUN kali ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Noor Hamzah menjangkakan sidang DUN kali ini juga akan hangat kerana masih kedengaran suara-suara yang mahu Menteri Besar digugurkan.

Beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, isu penghantaran SMS mendesak supaya Dato’ Ahmad Said berundur mungkin dilanjutkan ke dalam Sidang DUN kali ini.

”Ada pihak yang masih tidak puas hati dengan Menteri Besar, mereka pernah meluahkan rasa hati mereka pada Sidang DUN lalu,

”tidak mustahil pada kali ini pihak yang sama akan mengambil tindakan yang serupa,” katanya.

Apabila ditanya, apakah tindakan tersebut sehingga membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar, beliau berkata, tidak tahu dan kena tanya pihak yang berkenaan.

Pihak media baru-baru mendedahkan, ada pihak yang menyebarkan SMS mendesak supaya Ahmad Said meletakkan jawatan

Buletinonline turut mendapat hantaran SMS tersebut sebagaimana dipaparkan di bawah;

”AHMAD SAID MB TERENGGANU DINASIHAT LETAK JAWATAN:

*kabarnya beliau terbang ke JERMAN (Sabtu 13Feb,10) & terus ke MEKAH (Sabtu 20Feb,10)

*Rakyat Trenganu tertanya2..Apa TUJUAN&Apakah RASIONAL yg sewenang MB meninggalkan pentadbiran negeri selama

*15Hari 13-26 FEB,2010 (bukan LAWATAN misi pelaburan) walhal baru 3 bulan lepas buat Haji di Mekah?

*KEGAGALAN beliau dlm MENTADBIR URUS DGN BAIK&EFISYEN para

*Pegawai Kanan kerajaan(YB SUK diberhentikan sbelum tempoh bersara wajib)

*KETEPIKAN PARA YB.ADUN UMNO/BN dan AHLI EXCO(YANG DILAYAN saperti BONEKA tiada apa2 KUASA..) serta

*PARA PEMIMPIN UMNO/BN diBahgian2(terdapat 8 Bahgian UMNO@Trenganu,hanya SEGELINTIR mereka yg menjadi kroninya saje yg dilayan):TIADA APA2 PROGRAM PEMBANGUNAN TRENGANU 2008-2010:

*DALAM BEBERAPE KES BELIAU TELAH MENCANGGAH KETETAPAN POLISI KERAJAAN PUSAT PIMPINAN UMNO/BN,

*MERUJUK BEBERAPE ISU YG BERLAKU KEBELAKANGAN INI TELAH MENIMBULKAN KERESAHAN RAKYAT&PENGUNDI UMNO/BN YG SEMAKIN HILANG KEYAKINAN PADA UMNO/BN&MELUAT MELIHAT”

| edit post

MUFTI PERAK 'BERSUARA' UMNO

Posted by Pemuda PAS Paka 08 March 2010 0 comments


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dinasihatkan agar bersuara selayaknya sebagai seorang yang berilmu bukan bersuara dengan nada menyokong parti politik tertentu secara terbuka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Salleh berkata demikian supaya beliau terus di hormati oleh rakyat. Menurut Salman, Tan Sri Harussani baru-baru ini sebagaimana dilaporkan media telah menggunakan ‘platform’nya sebagai pegawai agama kerajaan menyatakan sokongan politiknya.

”Tan Sri Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai Pegawai Agama Kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita.

”Dengan sikapnya berpihak ini akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti,” kata Salman dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media.

Sehubungan itu kata Salman, dalam persoalan kerajaan perpaduan yang ditimbulkan oleh Tan Sri Harussani, beliau jelas cuba memburukkan PAS.

Oleh itu, beliau meminta Tan Sri Harussani menyatakan kebenaran bersandarkan dalil bagi membuktikan Umno tidak zalim.

”Beliau (Tan Sri) perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran (berdasarkan nas dan dalil), bagaimana umat Islam boleh bersama UMNO yang begitu zalim,” ujarnya.

Sesungguhnya, kata Salman, Tan Sri Harussani perlu terlebih dahulu menasihati UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini.

Katanya, PAS tidak akan selamanya bersekongkol dengan UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat.

”Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan UMNO terlebih dahulu yang telah bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” jelasnya

Salman yang mewakili Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) juga kesal Tan Sri Harussani telah mempergunakan kedudukkannya sebagai Mufti, turut mengheret Sri Paduka Sultan Perak dalam permasalahan politik yang sedang melanda negeri Perak dewasa ini.

Justeru, beliau mempersilakan Tan Sri Harussani terjun ke kancah politik kepartian sekiranya beliau sudah bersedia dan benar-benar yakin terhadap UMNO.

| edit post

HARI PERTAMA IJTIMA' PONDOK SETERENGGANU

Posted by Pemuda PAS Paka 05 March 2010 1 comments


PINANG MERAH; KHAMIS: Hari pertama Ijtima Pondok-pondok dan Institusi-institusi Pendidikan Islam Se Terengganu Kali-1, membuka tirai sejarah, yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Terengganu.

Satu perhimpunan yang bermatlamatkan, berobjektifkan untuk menyatukan fikrah, berbincang, menukar pandangan, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama institusi ini. Perhimpunan yang mengharapkan agar pendidikan Islam masa kini melebar luas jaringannya, sahutannya, dan pegangannya, khusus kepada remaja-remaja yang kian membesar dengan persekitaran yang hari ini jauh dengan persekitaran Islam. Hanya pembelajaran Islam, pengajian Islam, persekitaran Islam yang sebenar, dan pengamalan Islam lah yang dapat menyelamatkan suasana masyarakat hari ini.

Ini adalah sebilangan foto pada hari pertama Ijtima' ini...








| edit post

IJTIMA' PONDOK SE TERENGGANU

Posted by Pemuda PAS Paka 02 March 2010 0 comments



SELAMAT DATANG KE IJTIMA' PONDOK

SEMUA DIJEMPUT HADIR KE IJTIMA' PONDOK-PONDOK & PUSAT PENGAJIAN ISLAM SE-TERENGGANU YANG DIADAKAN DI MADRASAH DARUL BAYAN

PROGRAM-PROGRAM BERSAMA ULAMA DAN TOKOH ISLAM TANAHAIR SELAMA 3HARI 3MALAM.

4-6HB MAC 2010. (KHAMIS-SABTU)
BERMULA JAM 2.30 PTG HARI KHAMIS


Semua pelajar pondok dan penuntut serta para ustaz & penggiat termasuk Mudir-mudir bersama pihak penggurus pusat-pusat pengajian Islam seluruh Terengganu amat dialu-alukan kehadiran. Bagi sahabat dan peserta ijtima' luar kawasan, pihak kami menyediakan penempatan, Insyaallah. 3 ekor lembu disediakan bagi juadah tengahhari. Jom. Kita bertemu di Pondok Pinang Merah, Madrasah Darul Bayan. Paka, Dungun, Terengganu.

Untuk pertanyaan sila hubungi pihak Urusetia.

Ust Syed Azwan - 0148040975. Ust Mat - 0199830818

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-ke-ijtima-pondok.html

| edit post


PULAU PINANG, 2 Mac: Sampai ke saat ini, surat untuk jemputan mengadakan 'Debat Perdana' yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat pada 22 Februari lepas kepada Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Norman Zailan tidak dijawab.

DPMPP dan GPMS terus sembunyi kuku selepas sahaja surat dikemukakan berbanding sebelum ini melalak riuh rendah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersikap zalim, kuku besi kepada peniaga Melayu manakala surat yang dihantar kepada Pemuda Umno pula dibalas dengan dikoyak di depan media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kebaculan ketiga-tiga individu terbabit kerana tidak berani ke depan untuk menceritakan apa yang terbuku di hati mereka.

"Sebenarnya kita masih menunggu surat sehinggalah 7 Mac ini. Jika seandainya mereka tidak membalasnya bermakna apa yang disuarakan hanyalah mainan Umno yang tidak senang dengan kelebihan yang ada pada Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding parti yang menjadi naungan mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambah beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), masih ada lima hari untuk mereka menjawabnya.

Pemuda Pakatan Rakyat tetap menunggu surat itu kerana berharap dapat berhadapan dengan individu yang tidak suka dengan ketrampilan kerajaan sekarang yang mengamalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T).

Ujar Amir, program yang dijangka diadakan pada 7 Mac nanti bermula pukul 9.00 malam di Tapak Ekspo Seberang Jaya tetap berjalan seperti biasa jika ketiga-tiga individu tersebut tidak menunjukkan kelibat masing-masing.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25265:surat-jemputan-debat-masih-tidak-dibalas&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !