KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

DUN Perak Bubar Sebelum 9 Februari?

Posted by Pemuda PAS Paka 29 January 2010 0 comments


http://idhamlim.blogspot.com

Saya jangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Feb iaitu sebelum mahkamah mengumumkan keputusan penghakimannya. Kalau nak sebut tarikh pula,saya jangkakan pada mana-mana hari antara 1 hingg 7 Feb.

Ini ramalan peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya terima dan juga mengambil kira perkembangan terkini politik di Perak.

Sementara itu saya juga jangkakan pada 9 Feb, panel hakim akan mengumumkan NIzar sebagai pemenang nya, namun dalam keadaaan yang saya katakan diatas iaitu, DUN Perak telah dibubarkan.

Berdasarkan pengamatan saya sepanjang penghujahan kedua belah pihak Nizar dan Zambry pada 5 Nov tahun lepas, sesunggunhya sangat mustahil dan agak kurang masuk akal kalau hakim masih menyebelahi Zambry, artinya Nizar tetap akan diumumkan sebagai pemenang.

Oleh itu saya kira waktu sekarang tidak ada yang lebih utama melainkan menggerakkan seluruh organ parti unuk menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN tersebut. Jentera pilihan raya Pakatan Rakyat telah dan mesti digerakkan semaksima mungkin.

Kalaupun ianya meleset dan tidak berlaku dalam masa terdekat, namun saya ingatkan bahawa PRU ke 13 sudahpun tidak berapa lama lagi. Malah ada yang menjangkakan sekitar setahun dari sekarang.

Doakan sesuatu yang terbaik berlaku di Perak demi keadilan dan kemamuran yang telah terhakis akibat dari pelanggaran demokrasi dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, benarkah ramalan saya diatas ?

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

| edit post

ISU YURAN SEKOLAH

Posted by Pemuda PAS Paka 26 January 2010 0 comments


Isu Yuran Sekolah

| edit post

JADI AHLI UMNO BARU DAPAT KERJA

Posted by Pemuda PAS Paka 23 January 2010 2 comments


Jadi Ahli Umno Baru Dapat Kerja?

Sofi Wahab

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.

Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini.

Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana.

Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu.

Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim!


Petikan dari:

| edit post

KE MANA ENJIN JET F-5E

Posted by Pemuda PAS Paka 20 January 2010 0 comments

Ke Mana Enjin Jet F-5E ?


| edit post

PENGAJIAN FARDHU AIN

Posted by Pemuda PAS Paka 13 January 2010 0 comments


Aktiviti JPC Tebing Tembah


Semua Pemuda Islam Paka Dijemput Hadir Sama Untuk Mantapkan Lagi Ilmu Ini.

| edit post

SUASANA KARNIVAL ORANG MUDE PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 11 January 2010 2 comments















| edit post

KARNIVAL ORANG MUDE

Posted by Pemuda PAS Paka 06 January 2010 0 comments



Untuk Melihat Dengan Lebih Jelas, KLIK Atas Poster Tersebut..


Karnival Orang Mude,

8-9 Januari 2009 (Jumaat - Sabtu),

Bandar Paka,

Semua Pemuda Islam Paka Dialu-alukan Menyertai Program Ini.

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !