KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KOMITED '09 - AQIDAH

Posted by Pemuda PAS Paka 28 December 2009 0 comments


Kepentingan Aqidah Dalam Perjuangan Islam;

KUALA TERENGGANU – Program tarbiyyah dan perkaderan pemuda akan diperkasakan dalam merealisasikan sayap kanan parti itu menjadi tonggak kekuatan PAS bertunjangkan akidah.

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata menjadi tanggungjawab besar kepada parti mengkaderkan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

Ini kerana, katanya PAS menjadi minat semua pihak untuk disertai dari pelbagai latar belakang masa kini.

Menurutnya, pemikiran serta fikrah golongan yang menyertai PAS perlu diperbetulkan selari dengan aqidah dan perjuangan Islam.

“Oleh kerana, benci kepada Umno dan pilihan hanya PAS, dia pun masuk PAS. Kita pula giat berkempen agar mereka menyertai PAS.

“Tanggungjawab besar kita (PAS) ialah mengkaderkan mereka, bentuk pemikiran mereka, fikrah mereka supaya syumul, perbetulkan aqidah mereka dengan Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu (Komited 2009) di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 Disember lalu.

Ustaz Nasruddin turut melahirkan rasa kebimbangan jika parti gagal menguruskan kemasukkan ahli yang ramai dengan kefahaman Islam yang sebenar.

“Saya bimbang kita (PAS) telah buat pelbagai program. Kita sebut ‘Jom Sertai PAS’, ‘Orang Mude Geng Kite’, ‘PAS For All’. Maknanya, kita mahu semua orang masuk PAS.

“Maka, orang pun berduyung-duyung masuk PAS. Persoalannya, apabila begitu ramai menyertai PAS. Tiba-tiba kita (parti) tidak ada program untuk mengkaderkan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang menyertai PAS pula dari pelbagai latar belakang serta kefahaman yang berbeza tentang Islam.

“Ada yang faham Islam, ada yang tidak faham Islam, ada yang salah faham tentang Islam dan ada yang keliru dengan kefahaman Islam,” ujarnya.

Justeru itu, katanya kemenangan juga merupakan suatu fitnah jika parti gagal menguruskan kemenangan tersebut dengan baik.

Menurutnya, Pemuda PAS mahukan kemenangan yang dicapai itu tulin, benar serta hakiki.

| edit post


PAS Optimis Tawan Semula Terengganu;

Kuala Ibai – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri ( KOMITED '09 ) di Markaz Tarbiah disini.

"Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat rasa bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,” saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,” ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai'ah’ janji setia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam. Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.

Konvesyen pemuda ini turut dimotivasikan oleh YB Tuan Guru Dato' Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ybhg Ust Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan dirasmi penutup oleh Ybhg Ust Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.





| edit post

GUANE RUNTUH SOKMO

Posted by Pemuda PAS Paka 24 December 2009 0 comments

Terengganu Darul Runtuh !!!

| edit post

PASTI FELDA KERTIH 1 DIKHIANATI ....

Posted by Pemuda PAS Paka 22 December 2009 1 comments



PASTI Felda Kertih 1 DiKHIANATI

PAKA: Petang Khamis, satu kejadian yang amat tidak disangka-sangka, kejadian yang menandakan ada usaha untuk menjatuhkan sistem pendidikan Islam, kejadian yang memberitahu bahawa kejadian ini adalah antara satu agenda yang diperintiskan oleh Yahudi laknatullah yang direalisasikan oleh proksinya (Yahudi), kejadian yang sama sekali akan membangkitkan lagi semangat Ahli PAS untuk menentang rejim proksi Yahudi ini.

Kejadian ini berlaku di PASTI Ibnu al-Baita, Felda Kertih 1. Dinyatakan oleh salah seorang saksi, bahawa kejadian itu didalangi oleh 3 orang remaja, yang dikatakan remaja tersebut adalah orang luar (bukan orang felda). Apa motif kejadian ini?

Sebelum kejadian ini berlaku, petang Rabu, Pemuda PAS Dun Paka telah mengadakan XPDC Edaran Risalah Kempen Pendaftaran PASTI 2010.

Berkata Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi Abdullah: "Kejadian ini bukan setakat berlaku di Felda Kertih 1 sahaja, bahkan keesokannya, Jumaat, dengan bilangan remaja yang sama, telah cuba untuk menceroboh masuk PASTI Kuala Paka, tetapi tidak berjaya. Yang hanya mereka mampu lakukan dengan memecahkan cermin tingkap PASTI dan menghancurkan apa-apa yang berlaku di luar PASTI".

Kami, Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka, ingin memberi amaran yang sekeras-kerasnya kepada si pelaku demikian dan kepada yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami tidak akan sekali-kali berdiam diri. Kami akan cari 3 remaja ini. Untuk pengetahuan si pelaku dan yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami turut mengadakan solat hajat mudah-mudahan Allah taala memudahkan urusan untuk mengesan remaja tersebut dan seterusnya memberi ganjaran yang setimpal di atas perlakuan anda semua.






| edit post

XPDC EDARAN RISALAH DAKWAH DISABOTAJ

Posted by Pemuda PAS Paka 17 December 2009 0 comments



XPDC Edaran Risalah Pemuda Paka DISABOTAJ UMNO


Hari ini, Rabu, saya merasakan amat terkilan. Dengan keesokannya, Khamis, hari terakhir dalam tahun 1430 Hijrah. Yang meyakinkan lagi bahawa UMNO tidak sukakan Islam, bahkan menyekat daripada tersebar luasnya kefahaman tentang Islam.

Bagi saya, jika bahan risalah tersebut berkait dengan pembongkaran kejahatan, penyelewengan dan kezaliman UMNO ni, saya boleh terima risalah tersebut tidak dicetak dan dikeluarkan. Tetapi, bahan risalah tersebut terkandung isinya doa-doa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah untuk diedarkan kepada penduduk Paka pada Pasar Malam Paka. Saat-saat akhir tidak dicetak dengan pelbagai alasan yang diberikan. Cukup menyedihkan. Di mana iman orang umno ni yang selama ini menyangka dia beriman kepada Allah?

Saya nak menasihati kepada orang UMNO samada pendokong atau penyokong, dan saya juga turut menasihati kepada semua muslimin dan muslimat, tak lupa kepada diri saya sendiri secara khususnya, tentang beberapa ancaman Allah taala kepada orang yang zalim, orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam, dan orang yang memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman, atau kemungkaran.

Dalam Surah Hud, ayat yang ke 18, Allah taala ada menyebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Ingatlah bahawa laknat Allah adalah atas orang-orang yang zalim". Dan pada Surah A'raf, dalam ayat yang ke 44, Allah taala menambah lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Maka berserulah orang yang menyerukan bahawasanya laknat Allah taala adalah atas orang-orang yang zalim".

Kedua-dua ayat ini dan sebenarnya masih ada lagi ayat al-Quran dengan celaan dan laknatkan Allah taala kepada orang yang melakukan, menyokong, serta membantu kemungkaran, kezaliman, dan menyekat penyebaran syariat Allah taala.

Laknatkan dan celaan ini turut dikuatkan dengan satu hadis soheh, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan:

من أحدث فيها حدثا أوى محدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu kemungkaran atau memberi tempat perlindungan kepada orang yang melakukan kemungkaran, maka atasnya adalah laknat Allah, seluruh malaikat dan semua manusia".

Hadis di atas menunjukkan orang yang menyekat penyebaran dakwah Islam turut sama mendapat laknat Allah taala, para malaikat dan orang yang beriman. Saya amat meyakini bahawa orang yang betul-betul memiliki fikiran yang waras boleh menerima hujah Naqli ini. Walaupun dia merupakan lepasan Phd atau MA, apatah lagi mereka yang memiliki Sarjana Muda. Bahkan orang yang beriman dengan sungguh-sungguh boleh menerima nas-nas ini.

Bagi pendokong dan penyokong, terutama pemikir UMNO yang memperagendakan segala perancangan Yahudi laknatullah yang mesti dilaksanakan, merasakan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis Nabi Muhammad SAW hanyalah dongeng rekaan semata-mata. Mereka tidak meyakini dan mempercayainya. Menolak mentah-mentah akan nas-nas yang bercanggah dengan hawa nafsu syaitan dalam diri mereka.

Saya berharap dengan semangat Hijrah yang akan lalui esok malam, yang telah diperintiskan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, menjadi tuntutan dan tauladan serta panduan dalam usaha memberkati dan merahmati kehidupan kita seharian, sehinggalah berakhir hayat di badan.

Ihsan Daripada:

Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Timbalan Ketua Pemuda PAS Dun Paka.

| edit post

APA ERTINYA TERCAPAI PERUBAHAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 14 December 2009 0 comments


Apakah Ertinya Tercapai Perubahan Islam


Apabila kita menyeru ke arah perubahan Islam kita mestilah mengetahui apakah yang diertikan dengannya dan apa pula implikasi darinya?

Perubahan Islam bukanlah perkara biasa. Juga bukannya kerja yang mudah. Ia bukanlah seperti revolusi-revolusi lain, tidak juga seperti lain-lain pemberontakan.

Perubahan Islam ialah yang berdasarkan aqidah Islam dan tidak dapat berdiri atas asas aqidah lain. Ia melalui manhaj dan sistem yang tidak ada tandingannya di alam ini. Ia merupakan kuasa ketiga yang tidak dapat ditandingi oleh kuasa lain.

- Oleh itu ia akan menggerakkan semua kuasa-kuasa dunia untuk berusaha menghentikan perjalanannya.

- Kerana itu kuasa Yahudi antarabangsa serta Misionary antarabangsa, juga Komunis antarabangsa akan menentang gerakan perubahan Islam.

- Kerana itu juga banyak institusi dan pertubuhan Arab dan 'Islam' akan menentang Perubahan Islam ini.

- Kerana itu setiap parti di kalangan umat kita akan menentang Perubahan Islam ini.

Sesungguhnya jalan ke arah perubahan Islam adalah jalan yang sukar dan berlumpur tetapi ia merupakan satu-satunya jalan yang hak (dan yang hak itu lebih berhak untuk diikuti).

Firman Allah swt yang bermaksud:

¨Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya." (Surah al-An'aam:153)

"Maka (Zat yang demikian) Itulah Allah Tuhan kamu yang Sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan." (Surah Yunus:32)

al-Marhum Syeikh Fathi Yakan

| edit post

PEMUDA-PEMUDI DI AWAL DAKWAH ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 09 December 2009 0 comments


Pemuda-Pemudi Di Awal Dakwah Islam


Nabi Muhammad SAW ketika diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Pengikut baginda yang merupakan generasi pertama, kebanyakkan merupakan golongan pemuda-pemudi malahan ada yang masih kanak-kanak. Mereka dibina oleh Rasulullah SAW setiap hari di Darul Arqam.

Di antaranya adalah Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda, kedua-duanya berumur 8 tahun, Talhah bin Ubaidillah (11 tahun), al-Arqam bin Abi Arqam (12 tahun), Abdullah bin Mas'ud (14 tahun), yang akhirnya menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqas (17 tahun), yang kemudiannya menjadi panglima perang al-Qhadhisiah melawan kuasa besar Persia, Jaafar bin Abi Talib (18 tahun), Zaid bin Harithah (20 tahun), Mus'ab bin Umair (24 tahun), Umar al-Khattab (26 tahun), Abu Bakar as-Siddiq (37 tahun), Hamzah bin Abdul Mutallib (42 tahun), Ubaidah bin al-Harith yang paling tua di antara para sahabat yang berusia 50 tahun.

Dan masih terdapat puluhan ribu pemuda pemudi lain yang terlibat aktif dalam dakwah menegakkan panji-panji Islam di masa hidup Rasulullah SAW. Umumnya mereka adalah pemuda-pemudi, bahkan remaja yang baru meningkat dewasa. Dan tidak sedikit di antara mereka telah berperanan penting di usia mudanya.

Usamah bin Zaid ketika berusia 18 tahun, diangkat Nabi SAW sebagai komanden pasukan Islam ketika menyerbu Syam. Padahal di antara pasukan Islam masih terdapat sahabat-sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab yang lebih tua darinya.

Begitu juga Abdullah bin Umar, jiwa perjuangan Islam telah menguasai sejak berumur 13 tahun. Suatu ketika Rasulullah SAW menyiapkan pasukan untuk perang Badar, datang kepada Rasulullah SAW 2 remaja Islam, Abdullah ibnu Umar dan al-Baraq meminta agar diterima sebagai anggota pasukan Islam tetapi Rasulullah SAW menolak kerana mereka masih kanak-kanak. Tahun berikutnya menjelang perang Uhud, mereka datang sekali lagi kepada Rasulullah SAW untuk tujuan yang sama. Hanya al-Baraq yang diterima. Pada perang al-Ahzab barulah Ibnu Umar diterima sebagai anggota tentera pasukan Islam (Sohih al-Bukhari).

Banyak juga di kalangan pemudi yang menjadi teras dalam perjuangan di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah binti al-Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar-Isteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah, Sumayyah binti Khayyat, dan ramai lagi.

Pemuda-pemudi gagah berani, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan dan kemulian Islam dan pemuda-pemudi seperti itulah yang sanggup memikul beban dakwah dan bersedia bekorban menghadapi pelbagai ujian dan seksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapat kebaikan, keampunan dari Allah taala dan Syurga yang tak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang Muflih (beruntung).

"Tetapi Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang yang memperolehi bermacam-macam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". (at-Taubah:88).

| edit post

XPDC EDARAN RISALAH DAKWAH

Posted by Pemuda PAS Paka 02 December 2009 0 comments


XPDC Edaran Risalah Dakwah "JOM SOLAT"

PUSAT NIAGA PAKA; Rabu, jam 06.25 petang, Alhamdulillah, dengan izin Allah taala, XPDC Edaran Risalah Dakwah 'Jom Solat' dan 'Kempen Pendaftaran PASTI' berjaya diadakan di Pasar Malam Paka. Walaupun dalam keadaan hujan turun yang tidak menentu, dapat juga risalah tersebut diedarkan.

Allah taala Maha Besar, inilah ucapan yang mampu kami katakan. Saat untuk diedarkan risalah tersebut, hujan yang turun tadi berhenti. Seterusnya memudahkan lagi urusan kami untuk menyebarkan risalah dakwah tersebut. Kerana kebiasaanya, apabila risalah diedarkan dalam keadaan hujan turun, akan menyebabkan risalah tersebut rosak dimamah air hujan dan seumpama dengannya.

Maka, ucapan Allahu Akbar didahulukan dalam diri masing-masing. InsyaAllah XPDC Edaran Risalah Dakwah yang selanjutnya akan diadakan pada bulan hadapan.

"Orang Mude Geng Kite"

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !