KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KONVOI HIMPIT 10K

Posted by Pemuda PAS Paka 29 October 2009 0 comments


Konvoi HIMPIT Pemuda Paka Ke Geliga, Kemaman


Berkumpul Di Markaz PAS Cawangan Cacar Baru

Pada 30 Oktober 2009

Jam 07 Pagi

Memakai Baju T-Shirt HIMPIT 10 K

Bawa Bersama Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Memastikan Kenderaan Dalam Keadaan Selamat


Jom Kite Berkonvoi

| edit post

YAYASAN AMAL TERENGGANU KE PADANG

Posted by Pemuda PAS Paka 28 October 2009 0 comments


Yayasan Amal Cawangan Terengganu ke Padang


20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi kemanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.

Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat – sangat diperlukan oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung di persekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami di sana. Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan di negeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.

Di antara kampung yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung Si Gaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.

“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.


Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada ke semua penyumbang-penyumbang yang telah menderma melaluinya sebelum beliau berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan-keperluan lain”, ujarnya.

Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal di sana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak-kanak. Dalam majlis itu juga, penduduk di situ telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja-kerja kaunseling kepada pelajar di sekolah-sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.

“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata-rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia – Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.


Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.

Peserta misi kedua Yayasan Amal Malaysia Terengganu :-

Mohd Saifuddin Awang
Mohd Zuber Salim
Wan Mohd Adib Wan Zain
Mohd Zaradi Bin Su
Mohammad Bin Jusoh
Mohd Sabri Abu Bakar

| edit post

PIDATO PERDANA HIMPIT 10K

Posted by Pemuda PAS Paka 24 October 2009 0 comments

Pidato Perdana HIMPIT 10K

| edit post

PEMAHAMAN TENTANG PERUBAHAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 22 October 2009 0 comments


Pemahaman Tentang Perubahan Islam


Berbagai-bagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman Perubahan Islam sehingga ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar, yang tidak menjadikannya suatu konsep yang salah.

- Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.

- Ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan hanya sebahagian apa yang diharamkan Allah, atau melaksanakan sebahagian dari syariat Allah.

- Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang beragama Islam.

- Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi politik mahupun akhlak.

- Perubahan Islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa menelurkan hak.

- Perubahan Islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengan kemajuan teknik.

- Sesungguhnya perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip-prinsip. Dan menggantikannya dengan pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di tempat itu.

- Perubahan Islam bererti melaksanakan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam semua urusan kehidupan individu dan awam.

- Perubahan Islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah hanya bagi Allah Rabb al-Alamin.

- Perubahan Islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut segala bentuk 'kayan' jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki beberapa sudut sahaja dengan celupan Islam.


Syeikh Fathi Yakan

| edit post

BANNER HIMPIT 10K

Posted by Pemuda PAS Paka 20 October 2009 0 comments

Banner HIMPIT 10K

| edit post

HIMPIT 10K

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


HIMPIT 10K


Untuk Melihat Lebih Jelas, Sila Klik Di Sini

| edit post

AQIQAH SEMPENA HIMPIT 10K

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Aqiqah Sempena HIMPIT 10K


Kepada Pemuda Yang Berminat Untuk Menyertai Skim Aqiqah Ini, Sila Rujuk Iklan Di Atas. Untuk Melihat Lebih Jelas, Sila Klik Di Sini.

| edit post

JUBLI PERAK PASTI NEGERI TERENGGANU

Posted by Pemuda PAS Paka 16 October 2009 0 comments

Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu


Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Di Sini

| edit post

Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009

Semua Penyokong PAS, Pendokong PAS, Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

| edit post

SHARAF '09

Posted by Pemuda PAS Paka 13 October 2009 0 comments

SHARAF '09

PAKA; Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Dun Paka 2009 (SHARAF '09) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Syawal 1430 H bersamaan 10 Oktober 2009. Program ini diadakan bertempat bersebelahan Paka Publication, berhampiran dengan BSN Paka.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat. Turut hadir dalam program tersebut adalah pimpinan PAS Kawasan Dungun yang terdiri daripada Setiausaha PAS Kawasan, Ketua Pemuda PAS Kawasan dan Ketua Muslimat PAS Kawasan serta lain-lain. Program ini bermula jam 12 tengahari dan berakhir sekitar jam 03 petang.
















| edit post

RISALAH DAKWAH GEGAR

Posted by Pemuda PAS Paka 08 October 2009 0 comments


Risalah Dakwah Gegar


DUNGUN: Edaran Risalah Dakwah Gegar sempena Membantah Konsert Gegaria Metro akan diadakan pada hari ini (Khamis) jam 05.30 petang di Pasar Malam Dungun. Edaran ini melibatkan semua kepimpinan Pemuda PAS Kawasan di semua peringkat.

Sesungguhnya dengan berlangsungnya Konsert ini, akan menambahkan lagi kemarahan Allah taala terhadap hamba-hambaNya disebabkan wujudnya gejala sosial yang melampaui batas. Sama-samalah kita hadir untuk memberikan 'Saham' Jihad Fi Sabilillah...



Sila Klik Di Sini dan Di Sini Untuk Melihat Risalah Tersebut

| edit post




Surat Bantahan Konsert Gegaria Metro



19 Syawal 1430
08hb Oktober 2009

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu.

Tuan,

BANTAHAN KONSERT SEMPENA KARNIVAL GEGARIA METRO 09’

Salam hormat. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa pada 9 & 10 Oktober 2009 pihak Harian Metro dengan kerjasama pihak tuan akan mengadakan program tersebut di Dataran Dewan Merdeka Daerah Dungun. Pihak kami dimaklumkan terdapat beberapa acara seperti Band Metro, Gadis Metro, Metro Idol dan banyak lagi aktiviti yang melangkaui tatasusila akhlak dan adab Islam serta melanggari tatasusila masyarakat Melayu yang akan diadakan pada tarikh tersebut.

Dengan ini, Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bersama beberapa badan NGO’s mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju dengan program yang akan diadakan tersebut berdasarkan beberapa sebab berikut ;

1. Acara yang akan dilangsungkan dengan jelas melibatkan gadis-gadis dan remaja yang tidak menutup aurat malah ditayangkan kepada masyarakat tempatan, percampuran antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu akan mengundang kepada berlakunya gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan sebagainya. Ini merupakan satu contoh akhlak yang buruk dan bertentangan dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan masyarakat ‘Ulul Albab’ dan Islam Hadhari yang dilaungkan.

2. Lokasi yang berhampiran dengan Masjid, surau – surau di sekelilingnya, Pejabat Agama Daerah Dungun, kawasan Perumahan Kg. Molek , Tanah Lot dan lain – lain yang bakal mengundang rasa tidak selesa, biadap, ‘parking’, gangguan bunyi, privasi penduduk setempat dan lebih-lebih lagi sekarang pelajar tingkatan tiga sedang menduduki peperiksaan PMR.

3. Di samping penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat yang semakin membarah pada masa yang sama seolah-olah tiada rasa keperihatinan terhadap bencana yang sedang menimpa di negara jiran baru-baru ini. Keizinan pihak tuan juga menggambarkan persetujuan berlakunya gejala keruntuhan akhlak anak tempatan di masa akan datang. Semoga kita dijauhkan daripada azab Allah diatas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja.

Sehubungan itu harapan pihak kami memohon agar pihak Tuan tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk kesejahteraan umum.

Sekian, terimakasih.


" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" MEMPERSADA PERJUANGAN "



Yang menjalankan amanah,


UST JAMALUDDIN BIN JUSOH
KETUA,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN




Lampiran



Badan – badan dan NGO’s yang turut sama membantah konsert sempena Karnival Gegaria Metro 2009

1. PAS kawasan Dungun
2. Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
3. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
4. Ikatan Siswazah Islam Malaysia cawangan Terengganu (ISMA)
5. Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Terengganu
6. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
7. AJK Surau Tanah Lot
8. AJK Surau Padang Jambu
9. AJK Surau Ust Omar Shukri
10. AJK Surau Sungai Buaya
11. AJK Masjid Intan Zaharah
12. Persatuan Bekas Alumni Sek.Rendah Laki – Laki Lama
13. Persatuan Nelayan
14. AJK Surau Kubur Kampung Molek

| edit post

BANNER BANTAH KONSERT GEGAR

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Banner Bantah Konsert Gegaria Metro




Sila Klik Di Sini Untuk Melihat Dengan Lebih Jelas Banner Di Atas

JAUHILAH MAKSIAT KONSERT INI

Sebarkan ...

| edit post

PERUBAHAN DALAM IDEALOGI YANG LAIN

Posted by Pemuda PAS Paka 05 October 2009 0 comments





Perubahan Dalam Kefahaman Aliran-aliran Lain


Kalau demikian kefahaman perubahan cara Islam, bagaimana pula 'mafhum' perubahan aliran-aliran lain?

A) Dalam Fahaman Komunis

Dalam fahaman Komunis, perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan pekerja buruh dan prolitariat (golongan kelas bawah). Ia merupakan hembusan semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat. Inilah apa yang diucapkan oleh Marx kepada golongan pekerja buruh, "Akan datang kepada kamu lima belas atau dua puluh atau lima puluh peperangan saudara di antara bangsa-bangsa untuk kamu menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik."

Telah berkata Babun: "Sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta jutawan." Berkata pula Bordon: "Dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain bagi melawan golongan aristokrat (atasan) selain daripada menghapuskan mereka."

Puak Komunis, dalam kefahaman mereka tentang Perubahan akan menggunakan 8 segala cara dan jalan (wasilah) yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya sebuah masyarakat Komunis.

Lenin pernah berkata, "Semestinya bagi para pejuang Komunis boleh menggunakan semua cara penipuan, tipu-helah dan penyesatan. Perjuangan demi untuk Komunisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan dapat menyebabkan tercapainya Komunisme. Mesti difahami bahwa Komunisme adalah suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala dituntut menggunakan jalan-jalan yang tidak suci. Oleh itu Kominisme memberkati semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu tercapainya matlamat kita iaitu Komunisme."

B)Dalam Fahaman Revolusi Perancis

Revolusi Perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan politik diktator juga telah mengikuti jalan dan wasilah yang tidak mulia serta menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya.

Kata Mare,"Apakah kezaliman ini? Siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku memotong kepala-kepala demi melepaskan manusia ramai?" Luther pula, yang menggesa untuk memadamkan revolusi berkata, "Siapa yang mampu hendaklah membunuh, mencekik, dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terangterangan. Oleh itu, bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani yang memberontak."

C)Dalam Protokol Zionis Yahudi

Kefahaman Perubahan dalam Zionisme pula ialah mengharuskan segala perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan Kerajaan Yahuza.

Dalam Protokol (Zionis) Pertama: "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya."

Dalam Protokol Ketiga: "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita."
D)Dalam Dunia Arab

Negara-negara Arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usaha-usaha dan gerakan-gerakan perubahan, paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah, tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan.

Usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada Patriotisme, Nasionalisme, Kepuakan, Sosialisme, Komunisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan pembunuhan atau mencabul kehormatan, dengan mencincang mayat dan segala bentuk balas dendam.

Aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng. Ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang menggerunkan, sedangkan umat dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan dan kestabilan, manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan, kegelisahan dan ketakutan. Ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan Islam.

Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan

| edit post

BATON PERJUANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 02 October 2009 0 comments


Baton Perjuangan


Salam Eidulfitri sahabat semua...Mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat, Berkat dan Keampunan Allah taala, berkat berada di dalam bulan Syawal ini. Banyak perkara dan hal yang nak dicoretkan, lama kan tak berkongsi pengalaman dan idea. Banyak halangan yang menyekat daripada saya berbuat demikian.

Sedia maklum, di Bagan Pinang, akan berlangsungnya Pilihanraya Kecil kali ke-9 selepas Pilihanraya Umum 12. Jadi sememangnya tugas kita selaku pendakwah agar mencuba sedaya mungkin, berusaha sungguh-sungguh, bekerja sungguhti, berjuang sesunguh-sunguhnya, berdoalah, bermunajatlah demi untuk memastikan PAS Menang dalam PRK kali ini. Walaupun sebelum ini, BN Menang dengan Undi Pos, tetapi tak mustahil kemenangan berpihak pada PAS, kuasa Allah taala siapa tahu. Yang penting adalah kerja yang bersungguh-sungguh.

Kemudian, menyentuh soal pelajar-pelajar agama yang baru menjejakkan langkah mereka di bumi Anbiya', Mesir. Apalah silap salah mereka, sehingga mereka diheret ke hulu hilir ikut kepala Bekas Adun Sura dan Bekas Imam Negeri Terengganu. Kalu ikutkan dua-dua ni bekas Imam Negeri Terengganu. Sampai hati, mereka biarkan pelajar baru ni kebuluran dalam keletihan, dikurung, dipaksa, ditekan oleh puak UMNO ni. Harap sahabat-sahabat boleh menilai apa yang saya katakan ini dengan sebaiknya.

Saya ingat masa mula-mula sampai ke Mesir pada tahun 2000, saya dan kawan-kawan yang lain dibiarkan rehat selama seminggu untuk sesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di Mesir. Diberi tunjuk ajar dengan sebaik-baiknya oleh PMRAM dan KPT. Puak UMNO pada masa tu tak berani nak tunjuk kurang ajar pada kami. Berbeza masa kini. Kadang-kadang nak bertanya jugak pada 2 Pendekar Pelan Masin ni kenapa diaorang boleh menjadi Pak Turut kepada UMNO. Di mana letakknya ilmu agama yang mereka pelajari. Malu jugak saya dibuat mereka. Berasa ilmu berada di lutut. Habis.. Taknak ulas panjang-panjang. Banyak lagi nak sentuh ni.

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai nama taufan didengari, dengan ributnya, petirnya, ribut debu, yang terkini gempa bumi di Padang, Sumatera. Ya Allah... Aku yakin dan tahu bahawa ini adalah bala yang Engkau timpakan kepada hamba-hambaMu yang TIDAK BERIMAN kepada-Mu. Dan ujian kepada hamba-hambaMu yang BERIMAN. Petang tadi, sewaktu Usrah DUPNT, dipertegaskan oleh Dato' Pengerusi bahawa segala musibah yang berlaku tika ini merupakan pengajaran dan pengiktibaran kepada mereka yang mempunyai akal fikiran yang waras. Janganlah kita menjadikan diri kita antara bahan api yang menyemarakkan lagi api yang sedang marak menyala.

Kepada penyokong dan pendokong UMNO, saya ingatkan di sini, dengar baik-baik. Sekiranya musibah yang berbentuk bala menimpa rakyat di Malaysia ini, confirm semua ini berlaku sebab kamu semua. Saya pelik dan hairan, baru-baru ni kita semua berpuasa Ramadhan. Tetapi kenapa masih tak berubah lagi fahaman dan idealogi dalam kepada masing-masing. Tau tak? Sokong UMNO ni Haram, berdosa besar. Memangkahnya, Bekerja untuk UMNO, semuanya mendapat dosa besar. Sampai ke hari ini, pemimpin UMNO masih tidak sanggup untuk berdebat dengan pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa perjuangan UMNO ni betul...Cukup setakat ni dulu...

Akhir sekali, tidak ada apa yang diperkatakan. Cuma ketahuilah, kita semua akan merasai kematian. Jadi sebagai muhasabah. Sejauh mana amalan kebajikan kita? Sejauh mana kita mengorbankan harta, jiwa raga, masa untuk perjuangan Islam, khusus dalam PAS? Kenanglah sebaik-baiknya terhadap segala ilmu-ilmu yang dipelajari di Mesir, adakah kita manfaatkan ilmu tersebut dengan semaksimanya?

Sesungguhnya diri saya ini bukanlah sekuat mana pun. Tapi sekadar nak mengajak sahabat-sahabat sekalian sama-sama mengecapi kemanisan dalam perjuangan Islam ini...Saya berharap sangat-sangat agar sahabat-sahabat dapat bersama-sama memegang BATON perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS ini. Allah taala tidak mensyaratkan untuk dapatkan keredhaanNya dengan Baton tersebut hendaklah sampai ke garisan penamat, tetapi dengan memegangnya sahaja dan membawa lari menuju ke garisan penamat insyaAllah akan dapat keredhaanNya...Fikir-fikirkanlah...


Coretan Perjuangan
Timbalan Ketua Pemuda Dun Paka

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !