KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PAKATAN RAKYAT CALONKAN PJ PAS N9

Posted by Pemuda PAS Paka 30 September 2009 0 comments


Pakatan Rakyat Calonkan PJ PAS N9


TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

| edit post

GOLONGAN YANG TIDAK MENDAPAT RAHMAT

Posted by Pemuda PAS Paka 24 September 2009 0 comments


Golongan Yang Tidak Mendapat Rahmat


Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini untuk kita semua menghayatinya dan mengambil pengajaran. Firman Allah yang bermaksud;

"……Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir" ( Ali Imran : 13 )

Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap 'sombong' seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu sujud kepada Adam lalu berkata yang bermaksud:
"Allah berfirman, Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orang lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehingga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''

Sebagai contoh, negara akan kacau-bilau jika pemimpinnya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika pemimpin berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu kepada saranan dan kritikan, maka sikap inilah yang membinasakan. Pemimpin yang sombong dan zalim, di mulutnya undang-undang dan di telunjuknya hukuman. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada pemimpin yang zalim. Sehinggalah pemimpin yang tidak melaksanakan perintah Allah ini dihancurkan lantaran perbuatan diri mereka sendiri.

Di dalam surah Al Nahl Allah berfirman yang bermaksud:
“Sebenarnya, Bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; Sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
( An Nahl : 23 )

Sifat perosak kedua ialah 'Tamak haloba' . Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah SWT telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di Syurga kecuali janganlah mereka memakan buah khuldi. Larangan ini dilanggarnya dan mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi sifat tamak yang mengheret Adam dan Hawa dari syurga.

Sifat ketiga 'hasad'. Di dalam al Quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik dari yang dimilikinya.

Ketiga-tiga sifat ini amatlah perlu dijauhi oleh mereka yang beriman. Sifat-sifat ini akan menghancurkan kebahagian hidup manusia. Mereka yang berusaha menjauhkan sifat ini dan menjaga dirinya dari terjebak dengan penyakit ini akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan selamat di akhirat.

| edit post

PERINGATAN UNTUK PEMUDA ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 18 September 2009 0 comments


Peringatan Untuk Pemuda Islam


Wahai pemuda Islam, sahutlah seruan Allah SWT supaya kembalikan Islam di tempat yang paling tinggi. Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah tugas utama yang mesti dipikul di bahu pemuda-pemudi Islam sebagai generasi penggerak gerakan Islam. Pemuda tidak boleh leka dalam suasana musuh sedang merancang untuk meruntuhkan umat Islam kini. Binalah semangat baru yang berteraskan kepada semangat kerjasama mendaulatkan Islam dan perjuangan yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Berpeganglah kepada perintah Allah SWT yang maksudnya:

"... dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." ( Al Maidah : 2 )

FirmanNya lagi yang bermaksud;
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda (ak-Kahf) yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." ( Al Kahfi : 13 )

Pemuda Islam yang sebenar adalah mereka yang sentiasa berada di atas perjuangan melaksanakan amalan dan khidmat kepada masyarakat secara benar. Mereka juga bertanggungjawab menghalang dari berlakunya sebarang amalan dan tindakan yang bertentangan dengan syariat Islam. Mereka adalah golongan yang mempertahankan kebenaran Islam.

Oleh itu marilah pemuda-pemudi Islam bersatu tenaga dan bekerjasama menegakkan ajaran Islam. Pemuda juga bertanggungjawab meninggalkan segala amalan dosa dan permusuhan khususnya amalan maksiat yang akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral.

Zaman sekarang kita dikelilingi oleh budaya hiburan, kemaksiatan, jenayah dan kemungkaran yang kian meruncing, mungkin di hari esok seluruh kehidupan tidak aman lagi, maka ayuh kita segera hindarkannya dari terus merebak. Bersatu mencegahnya dan berwaspada dalam tindakan seharian. Sekiranya pemuda tidak sanggup mempertahankan jiwa bangsa dan tanah air dari amalan buruk ini, maka nantilah suatu masa nanti ia akan menghancurkan seluruh jiwa muslim termasuk pemuda itu sendiri.

Apa gunanya kita berpuasa dan apa gunanya kita mengingatkan mereka tentang puasa, berbuka, sahur dan beribadat di malam hari, sedangkan kita sendiri tidak mampu mengubah diri dan membentuk persekitaran baru menjelang ramadan yang banyak memberikan keberkatan. Sedarlah bahawa masa untuk memperjuangkan Islam sudah suntuk dan suasana kehidupan telah banyak hilang dari pertimbangan nilai mulia. Sekiranya kita masih memandang remeh terhadap perkara ini sudah pasti pemuda tidak akan mendapat peluang untuk hidup tenteram bahkan gejala sosial akan terus menimpa kehidupan dan sumber rezeki akan beransur-ansur ditutup oleh Allah SWT.

Justeru itu ayuh bangkit menegakkan kebenaran yang dibawa oleh Islam. Masa masih belum terlambat selagi ulama masih bebas bersuara dan menyampaikan ilmu serta pengajaran agama untuk seluruh masyarakat. Jangan tunggu ulama mati, sama ada terbunuh atau dibunuh maka baru mahu memulakan semangat juang sedangkan pada ketika itu sudah tidak ada lagi golongan ulama yang berani tampil untuk melaungkan suara mengajak berjuang menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

| edit post

EDARAN RISALAH DAKWAH

Posted by Pemuda PAS Paka 17 September 2009 0 comments


Pemuda Bersamamu ...


PAKA - 26 Ramadhan / 16 September; Program Pemuda Bersamamu iaitu Edaran Risalah Dakwah telah diadakan pada jam 06.15 petang di Bazar Ramadhan, Pusat Niaga Paka. Program ini melibatkan semua ajk Pemuda Dun dan turut disertai oleh Nisa' Dun Paka.

Antara Risalah yang diedarkan adalah "JOM TUTUP AURAT", Risalah H1N1 dan Risalah Persiapan Untuk Menyambut EidulFitri. Alhamdulillah, sambutan amatlah menggalakkan. InsyaAllah, Program ini akan diadakan paling kurang sebulan sekali.


| edit post

PEMUDA BERSAMAMU

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments



Pemuda Bersamamu


PAKA - 11 September, Program Pemuda Bersamamu telah berjaya dilaksanakan di semua UPU di Dun Paka secara serentak pada hari tersebut. Memandangkan program ini diadakan pada petang hari Jumaat, ditambah bilangan UPU yang banyak, jadi AJK Pemuda Dun Paka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Alhamdulillah, sumbangan ini dapat diserahkan kepada pemuda-pemuda yang amat memerlukan bantuan ini.

Mudah-mudahan di masa akan datang, program ini dapat diadakan secara berkala secara bulanan, atau 2 bulan sekali atau seumpamanya. Itupun bergantung kepada sumbangan kebajikan daripada mereka yang ingin menghulurkan bantuan. Demikian kata Ketua Pemuda Dun Paka, Saudara Ramzi Abdullah.








| edit post

PENGAJARAN DARI PEPERANGAN BADAR

Posted by Pemuda PAS Paka 16 September 2009 0 comments




Pengajaran Dari Peperangan Badar


Peperangan Badar telah memperlihatkan secara praktikal keteguhan iman para sahabat RA, satu tanzim yang sangat baik dan jihad yang penuh pengorbanan. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari perang tersebut. Antaranya ialah:

1. Kepimpinan Bijaksana

Rasulullah SAW menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin untuk diikuti oleh pemimpin negara sekarang. Dalam Perang Badar baginda sendiri berada di tengah-tengah medan memberi arahan dan menyuntikkan semangat kepada tentera-tentera Islam. Sedangkan kebanyakan Panglima Tentera zaman sekarang memberi arahan di dalam bilik berhawa dingin di luar medan.

2. Tanggungjawab Bersama

Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat berpenat lelah di medan perang. Baginda bergilir-gilir menunggang kenderaan dengan Ali dan Mirsad walaupun diberi peluang untuk mendapat lebih selesa di atas kenderaan. Pemimpin yang tidak membesarkan diri akan disenangi oleh pengikut-pengikutnya.

3. Pengorbanan Yang Tinggi

Para sahabat berjuang dengan penuh keimanan dan pengorbanan yang tinggi. Semua tugas dilaksanakan dengan ikhlas dan berlumba-lumba mengerjakan amal soleh tanpa terasa dipaksa. Perjuangan yang disertai keikhlasan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

4. Sifat Tegas

Dalam keadaan perang yang memerlukan ketegasan, tetapi Rasulullah SAW tetap tegas dan berlemah lembut dengan pengikutnya. Keadaan ini menyebabkan wujud rasa sayang yang jitu dikalangan sahabat dan tidak melarikan diri bila diperintah. Pemimpin harus berlemah-lembut dengan orang-orang di bawah pimpinannya.

5. Perancangan Berstrategi

Peperangan adalah kepintaran menundukkan musuh. Tektik dan perancangan yang berstrategi hendaklah digunakan dalam menghadapi musuh. Organisasi yang kemas dan perancangan strategi yang teratur membantu kemenangan umat Islam, terutamanya di medan perang.

Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan memberi kekuatan kepada umat Islam meskipun mereka berpuasa. Ibadat puasa menjana iman dan semangat mereka untuk berjuang dan berkorban ke tahap yang maksima. Perjuangan yang bertolak dari keikhlasan, kepatuhan kepada pemimpin dan perancangan strategi yang berkesan telah membuka pintu pertolongan Allah SWT dan seterusnya meraih kemenangan di medan perang.

| edit post

KHUTBAH KHAS AIDILFITRI 1430H

Posted by Pemuda PAS Paka 15 September 2009 0 comments


Khutbah Khas AidulFitri
Tuan Guru Presiden PAS 1430H


Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk mendapatkan khutbah Hari Raya Puasa 1430H ini, anda bolehlah teruslah membuka di url ini ; http://www.dupnt.blogspot.com

Syukran Jazilan

Wassalam.

| edit post

STRATEGI JIHAD BADAR AL-KUBRA

Posted by Pemuda PAS Paka 11 September 2009 0 comments


Strategi Jihad Badar al-Kubra


Tiada peperangan tanpa strategi kerana peperangan tanpa strategi adalah satu kebodohan. Dalam Perang Badar Rasulullah SAW mendengar pandangan sahabat selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Ketika tentera Islam sampai di Lembah Badar Khabab bin Munzir bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun, ataukah hanya tempat yang engkau pilih menurut pendapatmu sendiri dan taktikmu?" Jawab Nabi: "Tempat ini kupilih menurut fikiranku." Jawab Khabab: "Tempat ini tidak strategi untuk berperang." Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategi. Anjuran Khabab itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh Khabab bin Munzir.

Tempat yang ditunjukkan oleh Khabab itu adalah tempat yang lebih dekat dari sumber air yang dapat memberi banyak manafaat kepada tentera muslimin. Rasulullah SAW bersama pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air itu di tengah malam. Kemudian kaum muslimin membuat kolam-kolam air dan Rasulullah SAW mengizinkan kaum musyrikin mengambil air minuman di situ.

Pengurusan dan perancangan strategi sangat penting dalam menghadapi musuh. Banyak perkara yang berlaku dalam proses perancangan strategik memerlukan keputusan dibuat berdasarkan keutamaan agar keputusan itu menepati sasaran. Panduan yang digunakan banyak berbentuk ilmu, pengalaman, perbincangan dan pertukaran pendapat dalam kalangan ahli.

Dalam Islam faktor keutamaan dirujukkan kepada hukum agama agar keputusan tidak bercanggah dengannya. Membuat keputusan strategik dan memberikan keutamaan memerlukan panduan agama. Jika keputusan tersebut mendatangkan kebaikan kepada perjuangan umat Islam dan tidak bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, maka ianya perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Sebaliknya jika bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam maka ia mestilah ditolak.

Pada malam hari Allah SWT menurunkan hujan di sekitar daerah Badar itu. Hujan itu menyulitkan kaum musyrikin bergerak kerana tempat mereka berkumpul menjadi banjir, sedangkan bagi kaum muslimin merupakan rahmat. Hujan itu memadatkan pasir dan memudahkan mereka berpijak serta bergerak maju. Bagi kaum muslimin hujan itu adalah satu bentuk pertolongan Allah SWT kepada mereka. Sehubungan dengan itu Allah SWT menurunkan ayat yang maksudnya :

"Dan Dia (Allah SWT) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan Syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguhkan tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya." ( Al Anfal:11 )

Allah SWT juga menurunkan sejumlah pasukan Malaikat ikut berperang membantu kaum muslimin. Walaupun jumlah tentera Islam kecil dan kelengkapan perang mereka tidak mencukupi berbanding dengan pihak musuh tetapi dengan pertolongan Allah SWT , mereka mencapai kemenangan. Umat Islam diajar supaya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan bertaqwa kepadaNya sepanjang masa. Dalam Al Quran Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“ Dan Dia (Allah SWT) telah menolong kamu dalam (perang) Badar sedangkan jumlah kamu sedikit. Kerana itu takutlah kamu kepada Allah, agar kamu bersyukur." ( Ali Imran: 123 )

| edit post

PROGRAM TARBIYYAH RAMADHAN

Posted by Pemuda PAS Paka 10 September 2009 0 comments


Iftor Jamai'e Pemuda PAS Dun Paka


LIMBONG - Alhamdulillah, akhirnya Iftor Jamai'e Pemuda PAS Dun Paka berjaya diadakan setelah ditunda sejak awal Ramadhan lagi. Ini kerana berlaku bertembungan dengan program-program lain yang tidak dapat dielakkan.

Iftor ini diadakan di Cawangan Kuala Paka, bertempat di PASTI Kuala Paka. Kehadiran Alhamdulillah. Program dimulakan dengan bacaan Matsurat jam 06.30 petang yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Azizul Hisham. Kemudian, iftor dengan kuih-muih, dan selepas Solat Maghrib berjemaah barulah makan malam. Solat Hajat juga diadakan sejurus selepas Solat Maghrib, memohon Allah taala menemukan semula jenazah anak Zaradi bin Su yang masih hilang akibat lemas semalam. Program bersurai selepas makan malam tersebut.





| edit post

SUNTIKAN JIHAD DALAM PEPERANGAN BADAR

Posted by Pemuda PAS Paka 09 September 2009 0 comments


Suntikan Jihad Dalam Peperangan Badar


Pada bulan Ramadan berlaku peristiwa penting iaitu Perang Badar yang menentukan kewujudan umat Islam dan kelangsungan dakwah Islamiah.

Perang Badar yang berlaku pada pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijriah itu adalah peristiwa jihad yang besar dalam sejarah umat Islam kerana peperangan tersebut merupakan pertembungan antara iman dan kufur. Dinamakan juga peperangan itu dengan Perang "Al Furqan" iaitu pemisah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:

" Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan." (Al Anfal: 41)

Umat Islam yang terdiri dari golongan Ansar dan Muhajirin telah bersatu mempertahankan Islam dalam satu kekuatan dan semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam hanya 313 orang sahaja sedangkan tentera Musyrikin berjumlah 1000 orang. Tambahan pula jumlah kelengkapan perang sedikit berbanding dengan kelengkapan yang dimiliki tentera Musyrikin.

Tentera Islam yang berkenderaan kuda 2 orang, berkenderaan unta 70 orang manakala selebihnya tidak berkenderan. Ada kalanya satu kenderaan dinaiki secara bergilir sampai 3 orang. Rasulullah SAW bergilir dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar yang lain.

Semua umat Islam terlibat dalam Perang Badar, iaitu dari golongan remaja hinggalah golongan dewasa. Rasulullah SAW memberikan bendera Islam kepada Mus'ab dan Umair manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Talib dan bendera kaum Ansar diberikan kepada Saad bin Muaz. Golongan remaja diwakili oleh Umair bin Abi Waqas, berusia hanya enam belas tahun tetapi memiliki semangat jihad yang sangat tinggi. Dia keluar dalam keadaan bersembunyi bimbang dihalang menyertai jihad kerana usia yang muda itu.

Ketika Rasulullah SAW mengetahui kejadian itu baginda hampir-hampir menahan Umair menyertai jihad, tetapi baginda megizinkannya menyertai Perang Badar itu kerana Umair menangis mahu juga ikut serta dan dia bercita-cita untuk mati pada jalan Allah. Cita-citanya tercapai apabila dia gugur syahid di medan Badar.

Berpuasa pada siang hari tidak melemahkan umat Islam menghadapi musuh yang serba lengkap itu. Ibadat puasa itu sendiri menyuntikkan semangat jihad dan jatidiri umat Islam. Mereka tidak lemah berhadapan dengan musuh kerana mereka tidak takutkan mati, malah mereka meletakkan syahid sebagai cita-cita yang tertinggi.

Sedangkan golongan musyrikin takutkan mati dan tidak bersedia untuk mengurbankan jiwa raga mereka di medan perang. Ucapan Rasulullah SAW dan kata-kata para sahabat menjadi motivasi menyuntikkan semangat jihad umat Islam. Nabi SAW bersabda:

لَرِبَاطُ يَوْمٍ فِيْ سَبِيْلِ الله اَفْضَلُ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ وَمَنْ مَاتَ وَهُوَ مُرَابِطٌ اَجِيْرُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وِنَمَالُهُ كُلَّ عَمَلٍ كَاَحْسَنِ مَا كَانَ يَعْمَلُ اِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya : "Ribaath menjaga barisan depan fisabilillah sehari lebih afdal daripada puasa dan sembahyang malam sebulan, dan siapa yang mati ketika sedang menjaga maka dilindungi dari ujian kubur, dan dihidupkan terus amal yang biasa dikerjakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya hingga hari kiamat."

Kata-kata seperti itu meransang semangat untuk berjihad mempertahankan Islam. Sebab itulah mereka yang terlibat dalam Perang Badar mengorbankan apa sahaja yang dikasihi dan mereka membayar jihad dengan harga yang mahal. Perang tersebut memperlihatkan keimanan para sahabat RA yang tidak boleh dijual beli. Mereka meletakkan kecintaan kepada Allah SAW lebih tinggi dari saudara sendiri. Abu Ubaidah membunuh bapanya, Abu Bakar bersedia membunuh anaknya, Mus'ab bin Umair membunuh saudaranya Ubaid bin Umair. Umar, Hamzah, Ali dan lain-lain lagi membunuh sanak saudara mereka masing-masing.

Semua sahabat Rasulullah SAW sayangkan keluarga masing-masing kerana Islam mengajar menghubungkan silaturrahim dengan kaum keluarga walaupun mereka masih menganut agama musyrik. Bagaimanapun bila berlaku pertembungan antara iman dan kufur, mereka memilih iman dan menolak kekufuran.

| edit post

TAKZIAH

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


TAKZIAH Kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu


DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga.

Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.

Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan.
Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.”

Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.

Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.

| edit post

HADIAH NAJIB 1 MALAYSIA

Posted by Pemuda PAS Paka 02 September 2009 0 comments

Hadiah Najib Sempena Kemerdekaan Ke-52

| edit post

SOLAT HAJAT & MOTIVASI WAJA

Posted by Pemuda PAS Paka 01 September 2009 0 comments

Program Solat Hajat & Motivasi Waja Paka


| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !