KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

PERUTUSAN KHAS MERDEKA

Posted by Pemuda PAS Paka 31 August 2009 0 comments


PERUTUSAN KHAS
PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52


Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berhijrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e: "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walaupun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam

| edit post

SEBAT KE ATAS PEMINUM ARAK

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Sebat Ke Atas Peminum Arak

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40-80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


Presiden PAS Semalaysia
26 Ogos 2009

| edit post

IBADAT PUASA MEMBENTUK INSAN TAQWA

Posted by Pemuda PAS Paka 27 August 2009 0 comments



Ibadat Puasa Membentuk Insa Bertaqwa


Terdapat pelbagai hikmah yang boleh diperoleh melalui ibadat puasa. Di antaranya ialah, ia dapat melahirkan sifat bertakwa dalam hati orang yang berpuasa. Ia merupakan satu sifat yang lahir dalam hati naluri dan dengannya manusia akan menjadi takut dan menurut segala perintah yang diamanahkan serta menjauhi apa yang di larang oleh-Nya.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Ia juga merupakan satu ukuran Allah S.W.T untuk menilai perilaku manusia tanpa membezakan warna kulit, pangkat, darjat dan taraf makhluk tersebut di atas muka bumi ini. Terdapat juga perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T ketika berpuasa. Ia adalah bertujuan melahirkan dan menjana generasi yang unggul dalam pembentukan saksyiah diri yang terpelihara daripada pelbagai godaan nafsu zahir dan batin.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Firman Allah taala yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Perkara yang paling penting di dalam bulan puasa ini ialah sejarah penurunan al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman.

Firman Allah taala yang bermaksud: “ Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.”(Surah al-Baqarah, ayat 1-2).

Jangan hanya kita tahu berpuasa secara menahan lapar dan dahaga sahaja tanpa ada rasa pentarbiyahan daripada Allah S.W.T yang kita rasa dan menjadikan al-Quran hanya hiasan semata-mata tanpa mengambil apa yang terkandung dan yang tersirat melalui penurunannya.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Wahai manusia sesungguhnya kami telah mencipta kamu daripda lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain.Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa kepada Allah.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya.”(Surah al-Hujurat, ayat 13).

Firman Allah taala yang bermaksud: “Allah berjanji kapada orang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu, bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka itu orang-orang yang memerintah bumi, sebagaimana Allah telah mengurniakan kepada umat yang terdahulu. Allah akan menjadikan agama yang Dia redha berkuasa memerintah, Allah menukarkan daripada ketakutan daripada keamanan. Mereka mengabdi kepada Ku (Allah) dan mereka tidak menyekutukan Ku (Allah) dengan sesuatu. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasik.”(Surah al-Nur, ayat 55)


Ihsan Dari Blog www.dupnt.blogspot.com

| edit post

TUJUH - KOSONG

Posted by Pemuda PAS Paka 26 August 2009 0 comments


7-0


Alhamdulillah, PAS berjaya kekalkan kemenangan dalam PRK Permatang Pasir. Dengan kemenangan ini, Pakatan Rakyat telah mengalahkan UMNO dengan kiraan 7 berbalas 0 (7-0). Memang amat memalukan bagi pihak UMNO.

Acctually, ini sebenarnya anugerah Allah taala kepada kemenangan PAS ini. Sedia maklum bahawa DASAR perjuangan PAS adalah ISLAM, dengan menjadikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai Sumber Rujukan dan MATLAMAT perjuangan PAS adalah Menegakkan Agama Islam di Malaysia ini seterusnya mendapat Keredhaan Allah taala. Dan sememang layaknya Allah taala memberi kemenangan kepada PartiNya.

Berbeza dengan UMNO, dasar perjuangan adalah tertakluk kepada segala bentuk fahaman Yahudi dan Kristian, baik samada Sekular, Sosial, Kapitalis, Liberal dan Nasional. Sedangkan semua fahaman ini adalah bercanggah dengan Islam. Manakala Undang-undang Lord Reid dijadikan sumber rujukan mereka, dan matlamat mereka adalah menerapkan fahaman-fahaman tadi ke dalam diri orang Islam dan seterusnya menjayakan segala agenda Yahudi dan Kristian di Malaysia ini. Dan memang selayaknya Allah taala mengalahkan parti ini.

Ramadhan kali ini telah menyingkap kembali kemenangan Islam dalam Peperangan Badar yang terdahulu. Cuma di masa dahulu, mereka berperang dengan menghunuskan pedang, tombak dan seumpamanya. Tetapi di masa sekarang peperangan membabitkan moral, pemahaman, dan keyakinan orang Islam terhadap Islam tu sendiri, yang memerlukan kepada 'Sebatang Pensel' sahaja untuk MEMANGKAH di atas kertas undi.

Kesudahannya, Parti Islam Semalaysia (PAS) Menang dalam PRK kali ini, yang dalam sejarah berlaku dalam bulan Ramadhan. Menandakan Allah taala memang akan memberikan kemenangan kepada partiNya yang memperjuangkan ISLAM.

Syabas saya ucapkan kepada semua tentera-tentera Islam dalam PRK di Permatang Pasir. Semoga Allah taala menthabatkan perjuangan kita semua dan mendapat ganjaran yang sebesarnya daripada Allah taala dalam Ramadhan ini, iaitu "Mengharapkan Keredhaan Allah akan Syurga dan Menjauhkan Diri daripada Azab Api Neraka". Dan akhirnya mudah-mudahan Allah taala melupuskan parti UMNO/ BN dari bumi Malaysia ini. TAKBIR !!!

Sisipan Dari Blog Timbalan Ketua Pemuda DUN Paka.

| edit post

RAMADHAN BULAN PERJUANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 25 August 2009 0 comments


Ramadhan Bulan Perjuangan


Ibadat puasa melatih diri kita untuk membentuk diri. Pada bulan yang mulia ini kita boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kemenangan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang Islam terdahulu di bulan Ramadhan seperti dalam peperangan Badar, ketika pembukaan Makkah, kemenangan di ‘Ain Jalut mengalahkan bangsa Tartar yang ganas dan lain-lain.

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan hari Jumaat tahun kedua hijrah. Ketika umat Islam baru menerima kewajipan berpuasa. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar bersama sahabatnya di dalam pasukan yang kecil berjumlah seramai 313 orang dengan sedikit kelengkapan dan persediaan, tiba-tiba mereka terserempak dengan bala tentera musyrikin Makkah yang berjumlah seramai 1000 orang.

Kaum musyrikin yang lengkap bersenjata keluar dengan semangat yang berkobar-kobar adalah berasala daripada satu bangsa, satu negeri, daripada dua tanah suci orang Islam tetapi mempunyai matlamat yang berbeza. Satu bangsa tetapi berbeza akidah, perjuangan dan matlamat hidup. Satu puak orang –orang Islam dan satu puak lagi orang-orang kafir.

Sebelum peperangan Badar bermula, Rasulullah s.a.w. telah bermunajat dan mengadu kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk:

اللَّهُمَّ! إنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ

Ertinya :
“ Wahai Tuhanku! jika sekiranya pasukan kecil ini kalah nescaya engkau tidak lagi disembah.” (Muslim).

Rasulullah tidak menyebut: kalau kami kalah maka anak isteri kami akan menjadi tawanan, kami akan dibunuh, harta kami akan dirampas dan tanah air kami akan dijajah.

Berbeza pula dengan Abu Jahal yang memimpin tentera musyrikin dari Makkah yang berdoa:

اللهم أينا كان أقطع للرحم، وأتانا بما لا نعرف فاحنه الغداة

Ertinya:
“Wahai Tuhanku! Inilah dia orang yang memutuskan silaturahim (memecah belah anak beranak) dan membawa ajaran sesat, maka binasakanlah dia di pagi ini.” (al-Hakim)


Abu Jahal mempertahankan kesesatan dengan berlindung di sebalik silaturahim dan menuduh Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman itu sesat. Dia lupa kepada permasalahan utama dalam kehidupan manusia iaitu mentauhidkan Allah, mengabdikan diri kepada Allah, di samping menolak syirik kepada-Nnya, dan cara hidup yang lain daripada yang diajar oleh Allah SWT .

Lihatlah keyakinan tentera Islam bersama Nabi. Apabila Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada balik ke Makkah atau menghadapi musuh yang lebih besar ini, tiba-tiba seorang daripada mereka bernamaal-Miqdad ibn al-Aswad menjawab dengan penuh kesedaran:

يا رسول الله لا نقول كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ههنا قاعدون ولكنا نقول اذهب أنت وربك فقاتلا انا معكما من المقاتلين

“Wahai Rasulullah! Kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana kaum Bani Israel yang berkata kepada Nabi Musa: Pergilah kamu bersama Tuhan kamu berperang, kami mahu duduk di sini sahaja. Tetapi kami berkata kepadamu : Wahai Rasulullah! Pergilah berjuang wahai Rasulullah bersama Tuhanmu! Kami juga bersama dengan Allah dan Rasul pergi berperang”.

Itulah ucapan umat Muhammad yang berbeza dengan umat yang lain. Kaum bani Israel pernah dikurniakan nabi-nabi yang mempunyai mukjizat luar biasa seperti tongkat menjadi ular dan terbelah laut merah menjadi lorong-lorong yang dilalui oleh Bani Israel dan Firaun ditinggalkan di hadapan mata mereka. Tetapi apabila Allah menguji mereka supaya berjihad mengikut Nabi Musa masuk ke Palestin bagi membebaskan Palestin daripada kaum jabarin, tiba-tiba Bani Israel menolak dan Allah menyesatkan mereka di padang pasir Sinai selama 40 tahun.

Mereka hanya patuh kepada Nabi Musa apabila melihat mukjizat di depan mata kasar mereka. Janji kemenangan secara mulut oleh Nabi Musa tidak mereka yakini.

Adapun umat Muhammad seperti tentera Islam di dalam peperangan Badar, mereka hanya membaca mukjizat Al-Quran al-Karim yang diturunkan di bulan Ramadhan. Firman Allah yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Mereka beriman dengan kitab yang dibaca daripada Allah dan yakin kepada Nabi Muhammad yang menjadi pemandu dan petunjuk jalan. Akhirnya mereka dikurniakan kemenangan yang diabadikan di dalam Al-quran al- karim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Surah Ali Imran, ayat 123).

Adapun peristiwa pembukaan Makkah yang berlaku juga di dalam bulan Ramadhan , Rasulullah mengarahkan bala tentera menawan Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufyan yang juga mertua Baginda dan dari kalangan kaum kerabat Rasulullah sendiri.

Abu Sufyan telah membatalkan perjanjian Hudaibiah. Peristiwa ini membuka ruang bagi orang-orang yang beriman untuk menawan Makkah. Maka berlaku penawanan Makakh tanpa pertempuran, apabila penduduk Makakh menyerah diri kepada Allah dan Rasul-Nya dan menjadi orang-orang yang beriman secara beramai-ramai. Firman-Nya yang bermaksud:

“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah al-Nasr, ayat 1 – 3).

Ingatlah makna “fatah” Mekah yang berlaku di bulan Ramadhan . Adapun peristiwa Ain Jalut apabila tentera Tartar yang keluar dari Asia Tengah mara dengan bala tentera yang gagah berani dan ganas sehingga mereka menawan Baghdad yang menjadi pusat kerajaan Abbasiyah dan pusat pemerintahan Islam. Dikatakan mereka membunuh 4 juta manusia. Baghdad menjadi kolam darah. Kitab-kitab yang dikarang oleh ulama dibakar hangus dan dijadikan jambatan untuk menyeberangi Sungai Furat dan Dijlah, tetapi Allah memelihara ilmu Islam.

Golongan Tartar telah memaksa umat Islam dengan merangka perlembagaan yang bernama Yasak yang diambil daripada fahaman Islam, Yahudi dan Kristian serta akal fikiran sendiri. Islam diambil untuk menipu umat Islam pada masa itu. Umat Islam dipaksa menerima ajaran Yasak itu. Kalau ingkar akan dibunuh. Tentera Tatar mara ke hadapan untuk menakluk Shams dan Mesir. Apabila mereka sampai ke Palestin di tempat yang dikenali dengan Ain Jalut, bala tentera Islam telah mendapat satu keramat. Dengan slogan ‘wa islamah’ (wahai Islam tersayang. Ayuh selamatkan Islam). Dengan slogan ini mereka bangkit menentang kaum Tatar yang dikatakan pada masa itu mustahil dapat dikalahkan. Dengan semangat Islam, Allah mengurniakan pertolongan kepada umat Islam di Ain Jalut pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Marilah kita mengambil semangat Ramadhan ini dengan menyedari bahawa umat Islam pada hari ini sedang dijajah dan ada tanah air mereka yang belum dibebaskan sehingga kini. Umat Islam hari ini dizalimi dan dibunuh di mana-mana sahaja seperti di Iraq, Thailand, Filipina, Palestin, Chechenya, dan sebagainya. Di dalam masa yang sama, pemikiran umat Islam turut dijajah oleh undang-undang perlembagaan yang sama seperti Yasak.

Sesungguhnya kita tidak mendapat kemuliaan sekiranya kita tidak menjulang tinggi Islam, sebagaimana yang diucapkan oleh Saidina Umar r.a :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام، ومهما ابتغينا العز بغير الإسلام، أذلنا الله

Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada kemuliaan Islam, pasti Allah SWT akan menghina kita.

Hari umat ini umat Islam mencari kemuliaan dengan wang, kemewahan, harta benda dan pangkat. Tetapi mereka tidak menggunakan nikmat itu untuk meninggikan agama Allah. Mereka menjadikan kebendaan itu sebagai matlamat hidup mereka. Oleh sebab itu mereka menjadi hina dan mendapat kehinaan daripada Allah SWT.

| edit post

INGAT 21 OGOS

Posted by Pemuda PAS Paka 21 August 2009 1 comments


Ingat, 21 Ogos: Hari Quds Sedunia


Kesibukan mencari kehidupan, termasuk menunggu kedatangan Ramadhan, hampir terlupa 21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.

Kali ini kedatangannya beriringan dengan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan. Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis.

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Yahudi kemudian membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras. Dengan itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Justru, ketibaan 21 Ogos ini terus mengingatkan umat Islam tentang kejahatan Yahudi dan konspirasi berterusan mereka terhadap umat Islam. Hari ini Jumaat terakhir sebelum Ramadhan esok. Khutbahkanlah wahai khatib yang sensitif dengan isu ini untuk sentiasa mengangkat kesedaran umat tentang bumi yang sentiasa panas ini dan memanaskan jiwa jihad di kalangan umat Islam.

| edit post

FALSAFAH PERUBAHAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 17 August 2009 0 comments


Falsafah Perubahan Islam


Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit sebagaimana yang difahami oleh setengah orang. Ia merupakan falsafah perubahan dalam Islam. Secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin 'Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam:

"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan."


Ciri-ciri Perubahan Islam

Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliran-aliran perubahan lain di dunia. Tidak pernah mereka yang telah menghirup dan mengecapi Islam, kemudian enggan dan menolaknya, kerana Islam mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran, 'manhaj' haraki dan 'uslub' perubahan. Antara ciri-cirinya:

A) Perubahan Menyeluruh

Perubahan Islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan manusia, baik di segi sosial, ekonomi, politik atau aqidah, tetapi dari segi tabiatnya. Islam itu adalah merupakan manhaj yang menyeluruh (kulli dan syamil). Ini menjadikan 'perubahan Islam' itu unik dari segi manhaj dan uslub (method dan cara).

Oleh kerana itu perubahan Islam tidak mungkin tercapai dengan cara rekaan semata-mata, apalagi secara 'irtijali' yakni tanpa program, dan tidak juga dengan cara ketenteraan untuk mendapatkan kuasa secepat kilat. Sebaliknya, perubahan Islam itu mestilah dengan mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu.


B) Perubahan Aqidah (ideological)

Aqidah Islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan. Maka garis yang membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat kepada dua tonggak asasi:-

1) Betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya; betul dalam method atau manhaj perubahannya. Inilah yang menjadikannya menolak nilai/kriteria perubahan secara parti, politik dan ketenteraan.

2) Betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi syara' serta bersesuaian dengan ruh Islam, sebagaimana terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar kaedah-kaedah syara'.

Islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan tetapi juga dari segi wasilah (jalan) bagi menegakkan perintah Allah dan melaksanakan hukumanNya. Apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan, ianya boleh membawa akibat buruk kepada Islam itu sendiri.


C) Perubahan Berperikemanusiaan

Ertinya, ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan, dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Atau ia tidak membina bangunan di atas tengkorak dan darah.

Walaupun Tacashoft, seorang pemimpin agung Komunis telah memberikan amaran untuk menghapuskan semua orang-orang Rusia yang melewati usia dua puluh lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran Marx, namun Islam menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan kejadian.

Pada hari pembukaan Mekah, Abu Bakar As-Siddiq ra. telah menemui bapanya yang mana pada masa itu masih lagi seorang musyrik dan dibawanya kepada Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw melihat, beliau lalu berkata kepada Abu Bakar: "Kenapa tidak orang tua ini sahaja yang di rumahnya dan aku sendiri datang menemuinya." Berkata Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, dia lebih patut menemui engkau dari engkau menemuinya." Maka Rasulullah pun duduk di hadapannya dan menyapu ke atas dadanya lalu berkata, Islamlah anda, maka beliau pun memeluk agama Islam.

Di sini jelas bahawa perubahan Islam itu ada mempunyai ciri-ciri berperikemanusiaan; tabiatnya berakhlak dan akidah Islamiah ialah wasilah serta matlamatnya.

| edit post

FOTO PERIDU '09

Posted by Pemuda PAS Paka 13 August 2009 1 comments


Foto Sekitar PERIDU '09


PAKA; Taman Reakrasi Darul Bayan; 07-08 Ogos 2009: Satu perhimpunan yang melibatkan semua pemuda Islam di seluruh Dungun telah berjaya diadakan. Penyertaan ini melibatkan Pemuda Dun Paka, Sura, Rantau Abang dan Bukit Besi yang kesemuanya berjumlah hampir 250 orang.

Perhimpunan Pemuda ISLAM Dungun (PERIDU). Inilah nama program ini. Pelbagai acara telah diadakan yang saya rasakan semua pemuda tak dapat melupakan segala kenangan yang diperolehi samada kenangan manis atau pahit. Lihat foto di bawah.


































| edit post

PERIDU '09

Posted by Pemuda PAS Paka 05 August 2009 0 comments

Perhimpunan Pemuda Islam Dungun
( PERIDU ) 2009


Semua Pemuda ISLAM Yang Berada Di Kawasan Dungun Dijemput Hadir Untuk Memeriahkan Lagi Perhimpunan Tahunan Pemuda Ini. Tak Kira Samada Pemuda PAS, PKR, UMNO Dan Bebas.

| edit post

MALAM KEMBARA IMAN

Posted by Pemuda PAS Paka 04 August 2009 0 comments


Malam Kembara Iman


RUMBIA RESORT; 03 Ogos; Isnin: Satu lagi program julung-julung kalinya yang diadakan oleh Pemuda PAS Dun Paka, iaitulah Malam Kembara Iman telah berjaya diadakan. Satu persembahan nasyid, hiburan alternatif di masa sekarang. Dengan hadirnya Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan dan Kumpulan Nasyid al-Fikrah, telah menjayakan Malam Kembara Iman ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ust Jamaluddin Jusoh dan diakhiri dengan alunan Solawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Azhan Atan. Turut hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Paka, Saudara Ramzi bin Abdullah. InsyaAllah di masa akan datang, kita bersua lagi...

























| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !