KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

FOTO JOM MENGAIL UDANG

Posted by Pemuda PAS Paka 31 July 2009 1 comments


Foto Jom Mengail Udang


PAKA; Jumaat; 31 Julai: Dengan penyertaan seramai 40 orang peserta, 59 batang joran, akhirnya Program anjuran Pemuda PAS Dun Paka, "Jom Mengail Udang Bersama Tuan Guru Presiden PAS" dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelbagai saiz udang dapat dilihat hasil tangkapan para pengail udang. Yang akhirnya, hanya 9 ekor udang yang dapat ditangkap dalam tempoh 2 jam. Yang menariknya, untuk pemenang pertama dalam pertandingan ini, hadiah yang dibawa pulang ialah barangan elektrik bernilai hampir RM2000. Semua pemenang dalam pertandingan ini disampaikan oleh Ust Jamaluddin Jusoh, Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun. Alhamdulillah, kebanyakkan hadiah utama disumbang oleh penyumbang yang budiman.

Walaupun program ini adalah pertama kali diadakan, insyaAllah Pemuda PAS Paka akan menjadikan program ini sebagai program tahunan di masa akan datang. Syukran jazilan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.



















| edit post

JOM MENGAIL UDANG

Posted by Pemuda PAS Paka 29 July 2009 0 comments

Jom Mengail Udang


Kepada semua pemuda-pemuda PAS Paka, jom kita sama-sama mengail udang bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Ini peluangnya untuk kita sama-sama bersama dengan tuan guru. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda PAS Dun Paka ; Saudara Ramzi ( 019-9549766 ) dan Saudara Fauzan ( 014-8244650 ).

| edit post

ISLAM MANHAJ "PERUBAHAN"

Posted by Pemuda PAS Paka 28 July 2009 0 comments


Islam Manhaj Perubahan


Satu daripada ciri-ciri Islam ialah ianya bersifat "merubah." la menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku, atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah.

Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.( al-Baqarah :193 )


Manhaj Rasul adalah Perubahan


Manhaj Rasulullah saw. dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat 'taghyir' (merubah). Tatkala orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain, Al-Quran secara tegas menurunkan ayat yang bermaksud:

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."( al-Kaafiruun : 1-6 )

Firman Allah taala lagi yang bermaksud:

Maka Karena itu Serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan Katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan Aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)". (az-Zukhruf :15)


Kedudukan Umat Islam Mewajibkan Perubahan


Perubahan wajib sebagai suatu kemestian yang "dharuri" dilakukan oleh para pemuda Islam bagi menghadapi cabaran zaman, bagi menghadapi gelombang materialisme dan atheisme yang mengancam kewujudan Islam.

Pandangan yang mendalam tentang kedudukan Umat Islam di setiap tempat mengukuhkan lagi keperluan mempersiapkan pemuda Islam dengan persiapan yang mencukupi syarat untuk menunaikan tugas perubahan Islam yang dicita-citakan, malah ia menjadi suatu tanggungjawab agama yang tidak seharusnya diabaikan atau dipermudah-mudahkan.

| edit post

MALAM KEMBARA IMAN

Posted by Pemuda PAS Paka 24 July 2009 0 comments

| edit post

KURSUS INTENSIF RAWATAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Kursus Intensif Rawatan Islam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Cikgu Che Wan Mustaffa di talian 019-9127183

| edit post

OPS EDARAN RISALAH

Posted by Pemuda PAS Paka 23 July 2009 0 comments


Ops Edaran Risalah Pemuda PAS Dun Paka


PUSAT NIAGA PAKA; Rabu; 22 Julai: Alhamdulillah Ops Edaran Risalah telah diadakan bagi peringkat Pemuda PAS Dun Paka. Pelaksana program tersebut adalah AJK Pemuda PAS Dun Paka. Risalah yang diedar adalah seperti yang di bawah iaitu Handbill Jom Serta Himpuanan Mansuh ISA dan Risalah Jom Tutup Aurat. Alhamdulillah program mendapat sambutan yang memberansangkan.


Jom Sertai Himpunan Mansuh ISA




Jom Tutup Aurat


Yang Betul dan Benar ...( gambar di atas )








| edit post

ORANG MUDE GENG KITE

Posted by Pemuda PAS Paka 21 July 2009 0 comments


Pemuda Bersama Masyarakat



"Ops Dakwah Pemuda PAS Dun Paka"


Pada 29 Rejab 1430 H Bersamaan 22 Julai 2009 ( Rabu )


Jam 06 Petang


Di Pasar Malam, Pusat Niaga Paka


Semua AJK Pemuda PAS Dun Paka Adalah Terlibat

| edit post

CERAMAH MANSUH ISA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

| edit post


Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?


Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda Islam ini?

Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu sudah mencukupi?

Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?

Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?

Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?

Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing semata-mata?

Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang digariskan itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan.

Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.

Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam.
Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

| edit post

PAS MENANG DI MANEK URAI

Posted by Pemuda PAS Paka 15 July 2009 0 comments


PAS Menang di Manek Urai


Keputusan Rasmi: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.

| edit post

FOTO HARI KELUARGA PEMUDA PAS PAKA

Posted by Pemuda PAS Paka 11 July 2009 0 comments


Foto Hari Keluarga Pemuda PAS Dun Paka


Antara laman blog yang turut memaparkan foto Hari Keluarga Pemuda PAS Dun Paka ini adalah www.shamatun.blogspot.com dan www.pemudapaka.blogspot.com ...






























| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !