KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

BOIKOT DARI PANDANGAN ISLAM II

Posted by Pemuda PAS Paka 30 June 2009 0 comments


Boikot Dari Pandangan Islam


Fatwa Dr Nasr Fareed Mohamed Wasel

Pada 15 Oktober 2000, beliau secara terbuka menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya memboikot barangan Israil dan Amerika serta negara-negara lain yang menyokong negara haram berkenaan. Seruan berkenaan dibuat di Masjid An-Nur ,Kaherah dalam satu ceramah anjuran Kementerian Waqaf Mesir.

Fatwa Dr Yusof al-Qardhawi

" Jihad untuk membebaskan tanahairIslam dari serangan dan penjajahan musuh Islam adalah suatu kemestian dan kewajipan suci agama. Ini berdasarkan dalil yang kukuh dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma` Ulama`. Kewajipan ini secara utamanya terbahu ke atas penduduk-penduduk yang menghuni tanah berkenaan, kemudian wajib di atas bahu umat Islam sekitarnya. Sekiranya mereka tidak mampu, maka kewajipan tersebut menjadi kewajipan umat Islam seluruh dunia.

Antara bentuk pertolongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin tersebut ialah memboikot secara total barang buatan Israil dan Amerika, kerana setiap ringgit atau dirham, dolar atau pound yang anda gunakan membeli barangan tersebut akan berubah menjadi peluru yang ditembakkan ke arah saudara-saudara dan anak-anak di Palestin ".

Fatwa Imam Syed Ali Khamenei (Islamic Republic of Iran)

Imam Syed Ali Khamenei berkata :" Setiap pembelian barangan yang boleh membantu mengukuhkan kekuatan zionis adalah haram ".

Fatwa Ayatullah Sayyid Muhammad Husayn Fadhlullah (Lebanon)

" Antara usaha yang paling kecil yang kita boleh lakukan ialah dengan memboikot semua barangan yang membantu kekuatan musuh... kita mesti memboikot barangan Amerika dan Israil serta syarikat yang menyumbang kewangan Israil ".

Fatwa Ayatullah as-Sayyid Ali as-Sejestani (Iraq)

" Adalah haram bagi umat Islam untuk membeli barangan daripada negara yang memusuhi Islam dan umat Islam, sebagai contoh Israil ".

Jelas kewajipan untuk memboikot barangan musuh-musuh Islam adalah menjadi prioriti setiap umat Islam. Umat Islam wajib bangun menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan setiap masa. Musuh-musuh Islam semakin berani menghina Islam dan umat Islam kerana mereka menganggap umat Islam masa kini seolah-olah mayat yang tidak bernyawa.

| edit post

BOIKOT DARI PANDANGAN ISLAM I

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Boikot Dari Pandangan Islam

Kebiadaban Israil di bumi Palestin telah mendapat pelbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam.

Tokoh-tokoh Islam seperti Syeikh Dr.Muhammad Sayyid Tontowi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terlalu lembut dalam setiap kenyataannya, kini dengan tegas dalam membicarakan kemestian memerangi musuh-musuh Islam: " Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israil, Amerika Syarikat dan Denmark) dengan senjata, maka sekurang-kurangnya lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."

Fatwa mengenai pembokotan barangan Israil, Amerika dan Denmark adalah satu perkara yang sepatutnya diikuti oleh semua orang Islam lebih-lebih lagi di zaman fitnah ini. Hari ini Islam seolah-olah sudah mati, tidak kedengaran lagi suara-suara yang bangkit menentang kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam. Amerika hari ini umpama Israil kedua, kerana tanpa sokongan kuat darpada Amerika, tidak mungkin Israil mampu bertahan. Koloni Yahudi juga tidak mampu tumbuh tanpa bantuan Amerika.

Antara dalil kewajipan memboikot barangan mereka ialah :

Pertama : Firman Allah Taala yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangi kamu kerana agama sebagai kawanmu dan (mereka) mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim ".(surah Al-Mumtahanah :9)

Kedua : Persetujuan Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam pada Thumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy : " Demi Allah Taala, tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sehingga Rasulullah Sollalahu `Alaihi Wasallam mengizinkannya ".

Apabila Thumamah bin Athal al-Hanafi telah memeluk Islam, beliau pergi menunaikan Umrah. Ketika beliau sampai di Mekah, orang-orang Mekah berkata: "Adakah anda telah memeluk agama yang sesat?

Thumamah menjawab: "Tidak, saya hanya mengikut agama yang terbaik iaitu agama Muhammad. Dan demi Allah kalian tidak akan dapat selepas ini apa-apa barangan daripada Yamamah sehinggalah Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam mengizinkannya".

Kemudian beliau kembali ke Yamamah. Di Yamamah beliau melarang barang dagangan dihantar ke Mekah (beliau melaksanakan sekatan ekonomi). Akhirnya penduduk Mekah menulis surat kepada Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam.

Antara lain mereka menyatakan kepada Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam :"Anda menyuruh kami menyambung silaturrahim akan tetapi anda sendiri memutuskan silaturrahim tersebut. Anda bunuh orang tua kami dengan pedang, anak-anak kami dengan kelaparan".

Akibat daripada itu, Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam mengutus surat kepada Thumamah meminta beliau agar menghentikan sekatan ekonomi tersebut.

Ketiga : Ijmak para Ulama` yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang Kafir Harbi(yang memrangi umat Islam).

| edit post

KENAPA PEMUDA ISLAM ?

Posted by Pemuda PAS Paka 27 June 2009 0 comments


Kenapa Pemuda Islam?

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi :

1- pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

2- Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;

3- Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;

4- Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;

5- Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Bersambung ...

| edit post

CALON MANEK URAI

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Haji Fauzi Calon PAS Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

| edit post

KENAPA PERLU PEMUDA ?

Posted by Pemuda PAS Paka 26 June 2009 0 comments


Kenapa Pemuda Menjadi Objek Di Sini?

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya yang bermaksud:

'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). Firman Allah swt dalam Surah al-Imran ayat 140 yang bermaksud:

"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia."

Dan benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’

Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.

Bersambung ...

| edit post

GENERASI PEMUDA DAN PERUBAHAN

Posted by Pemuda PAS Paka 22 June 2009 0 comments



Generasi Pemuda dan Perubahan

Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan Revolusi."

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.

Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?

Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?

Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.

2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.

3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas.

Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua. Allah swt. berfirman dalam surah an-Nahlu ayat 70, yang bermaksud:

...dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.

Kenapa pemuda menjadi objek di sini? Bersambung ...

| edit post

TAUTAN UKHUWAH

Posted by Pemuda PAS Paka 20 June 2009 0 comments


Tautan Ukhuwah DPPNT Bersama DPPKD

18 Jun, Khamis, bertempat di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, berlangsungnya satu program yang dinamakan dengan Tautan Ukhuwah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bersama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Program tersebut dihadiri oleh semua kepimpinan DPPNT dengan bermulanya sukan bola sepak pantai, diikuti dengan kuliah Maghrib dan akhirnya Dialog dengan Pemuda PAS Dungun.

Alhamdulillah, program tersebut berjaya dilaksanakan dengan pelbagai persoalan dan penjelasan tentang isu yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, apa yang menarik sekali di akhir pergulungan oleh Ketua Dewan PAS Negeri Terengganu :"Nasi sebelum masak, akan menggelegak dahulu, sehinggakan tudung periuk terangkat sedikit dengan beberapa kali, bila dah masak, gelegak akan hilang, air akan kering"...













| edit post

KERAJAAN PERPADUAN

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Kerajaan Perpaduan: Perspektif Ketua Dewan Ulama PAS Pusat


KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

"Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya hanya akan menerangkan, bukan memberi pandangan. Ianya adalah (konsep kerajaan perpaduan) yang dikemukakan Presiden PAS,” jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik itu berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya, Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

"Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

"Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran," tambah beliau.

Menurutnya, lontaran ini hanya jika semua orang (pihak) bersetuju. "DAP setuju, PKR setuju, UMNO setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,” tegasnya.

Namun, beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah 'kerajaan gabungan (campuran)'.

"PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan," jelasnya.

Beliau bagaimanapun menafikan sebarang gagasan dan keinginan ahli PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Menurutnya lagi, konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya lagi perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.

| edit post

KEPIMPINAN BARU PAS TERENGGANU

Posted by Pemuda PAS Paka 17 June 2009 0 comments


Kepimpinan Baru PAS Terengganu


Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini( 16 Jun 2009 ) telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya.

Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu. Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan.

| edit post

TIADA DANA RUMAH

Posted by Pemuda PAS Paka 16 June 2009 0 comments




Tiada Dana Rumah Untuk Generasi Ke-2 Felda



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menyediakan dana khusus untuk membantu generasi kedua Felda membina rumah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, individu yang layak boleh membuat permohonan pinjaman menerusi bank-bank tempatan bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Warga Felda (PWF) yang didirikan oleh kerajaan di kawasan rancangan.

"Kerajaan tidak menyediakan dana untuk generasi baru memiliki rumah kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi infrastruktur yang tinggi dalam pembinaan rumah ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Baharum bertanya sama ada kerajaan akan menyediakan dana untuk membantu generasi kedua Felda bagi membina rumah setelah mereka mendapat lot tapak rumah di dalam kawasan Felda.

Najib berkata, PWF adalah projek berkonsepkan mampu milik, didirikan di kawasan kosong rancangan yang sesuai dan berdasarkan permintaan rumah di kalangan generasi Felda.

Najib berkata, kos pembinaan seunit rumah adalah antara RM50,000 hingga RM60,000, tetapi ia dijual pada hanya RM35,000 seunit bagi rumah tiga bilik berukuran 22" x 60" (6.6 meter x 18 meter)."

Kos subsidi infrastruktur seperti perparitan, kemudahan asas, pembetungan, jalan, tiang elektrik dan lain-lain dianggarkan di antara RM15,000 hingga RM20,000, bergantung kepada kedudukan kawasan dan topografi," katanya.

Najib berkata, pembeli yang tidak mendapat pembiayaan bank, Felda turut menyediakan peluang kepada generasi Felda menerusi skim sewa beli."

Melalui skim ini, generasi Felda membayar sewa bulanan yang minimum tanpa dikenakan faedah. Apabila cukup tempoh masa, pembeli akan memiliki rumah tersebut," katanya. - Bernama


Ulasan Admin :

Duit kerajaan berjuta-juta, masih lagi tak mampu nak adakan rumah untuk generasi ke-2 Felda ni. Saya lihat amat menyedihkan, sehingga keluar air mata ni. Melihat kepada satu rumah yang didiami sehingga 3 keluarga. Terdiri daripada mak ayah (satu keluarga) + anak dan menantu serta anak-anak (satu keluarga) + anak dan menantu serta anak-anak (satu keluarga). Dalam satu rumah yang kecil.

Celaka sungguh kerajaan BN/ UMNO ni. Masa pilihanraya, macam-macam perkara dijanjikan. Ingat Pemuda-pemuda Felda sekalian! Akan datang, kita tolak kerajaan PENIPU ni. Boleh tak pemuda Felda ?

| edit post

MIMPI NGERI MENJADI REALITI

Posted by Pemuda PAS Paka 14 June 2009 0 comments


120 Kakitangan Kerajaan Di Berhentikan


KUALA TERENGGANU - Mimpi ngeri yang sering bermain dalam fikiran 120 orang kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran akhirnya menjadi realiti apabila mereka benar-benar diberhentikan dan akan menjadi penganggur mulai 1 Julai ini.

Mereka yang berkhidmat sebagai buruh dalam pelbagai jabatan di Terengganu telah menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan dengan berkumpul di Dewan Belia dan Sukan Jalan Pasir Panjang dekat sini hari ini.

Salah seorang daripada mereka, Alias Awang, 47, dari Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, berkata beliau bekerja lebih 12 tahun sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh."Jadi, kalau saya diberhentikan kerja ke mana pula saya hendak cari kerja, sedangkan umur saya telah lanjut dan anak-anak masih ada yang bersekolah," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Zainal Shahruddin, 50, buruh di Sekolah Kompleks Gong Badak pula mengharapkan pihak berkenaan mengambil semula beliau dan rakan-rakan yang senasib dengannya untuk bekerja memandangkan ada di antara mereka yang sudah bekerja lebih 20 tahun.

Beliau berkata yang lebih menyedihkan lagi ramai di kalangan kakitangan kontrak JPM ini mempunyai banyak tanggungan seperti anak masih bersekolah dan pinjaman bank.

Ramlah Kassim, 45, yang bekerja sebagai buruh di Sekolah Rendah Wakaf Mempelam sejak 13 tahun lepas, berharap kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran ini akan diambil bekerja oleh kerajaan negeri sesuai dengan kelayakan kelulusan kakitangan berkenaan.

| edit post

KENYATAAN PRESIDEN PKR

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung "Kerajaan Perpaduan"


8hb Jun 2009, Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

| edit post

KENYATAAN MEDIA DS ANWAR IBRAHIM

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan


10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

| edit post

AMANAT DATO' NAIB PRESIDEN PAS

Posted by Pemuda PAS Paka 11 June 2009 1 comments


Amanat Dato' Naib Presiden PAS


Oleh Al Fadhil Tuan Guru
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS.

Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan amanah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalonan yang besar dari perwakilan.

Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”

Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu.

Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun dibuat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan, bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.

Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini.

Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara.

UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha ke arah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kita tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.

Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambil alih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat, bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Semua dasar parti dikawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah ke arah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah.

Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.

Salam perjuangan.

Akhukum FiLLah
Tuan Ibrahim Tuan Man

| edit post



Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS Yang Baru


Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan. Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah

Senarai pesuruhjaya PAS Negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Penang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

| edit post

KEM WAJA SEMUT '09

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Kem Waja SEMUT Dun Paka '09


Kepada Semua JPC Mencari Seramai Mungkin Peserta Untuk Program JPR Ini.

| edit post

PEMUDA PAS RELA JADI 'BURUH KASAR' PARTI

Posted by Pemuda PAS Paka 10 June 2009 0 comments


Pemuda PAS Rela Jadi 'Buruh Kasar' Parti


Demi mencapai matlamat PAS yang memperjuangkan agama Allah dan mendukung gagasan 'Islam Memimpin Perubahan', Pemuda PAS sedia menjadi 'buruh kasar' dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Demikian antara kata-kata penuh semangat Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi dalam tulisan di dalam blog peribadinya hari ini.

"Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

"Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka," katanya.

Bahkan katanya dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Allah SWT.

"Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja (buruh kasar) bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut .

"Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah Islam di atas dan yang lainnya di bawah," kata Nasrudin.

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai (Rijal at Taghyir) dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut, katanya.

Dalam pada itu katanya para Pemuda PAS berikrar tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah s.a.w. dan tidak akan mencemarkan wajah Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .

"Kami sekali-kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini.

"Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat," katanya.

| edit post

KEM WAJA SEMUT '09

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

KEM WAJA SEMUT '09



| edit post

PEMUDA SEDIA GEMBLENG TENAGA

Posted by Pemuda PAS Paka 07 June 2009 0 comments


Pemuda Sedia Gembleng Tenaga


SHAH ALAM, 7 Jun - Ucapan dasar Presiden PAS yang bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan' jelas menunjukkan keperluan tenaga petugas yang ramai dalam membawa perjuangan Islam.

Wakil Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dalam ucapan penggulungannya menyatakan kesediaan Dewan Pemuda menggembleng tenaga dalam melaksanakan 103 perkara dalam ucapan dasar Presiden PAS.

"Kami isytiharkan bahawa pemuda PAS bersedia untuk menjadi pejuang dan petugas dalam membawa Islam ke arah memimpin perubahan".

"Seperti yang diamanahkan oleh Presiden pada perkara 79 dalam ucapan dasar, insyAallah Pemuda PAS akan memelihara ketulinan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didokong oleh PAS yang mana berorientasikan dakwah, tarbiah dan siasah", ujar Ustaz Nasrudin.

Selain itu, harus diberi penekanan bahawa jangan sesekali memberi ruang kepada UMNO untuk memecah belahkan perjuangan PAS dan juga diingatkan bahawa jangan jadikan kemarahan dan kebencian PAS kepada UMNO menyebabkan dakwah kita terhalang kepada mereka.

| edit post


Jangan Merasa Cukup Dan Jangan Jadikan Alasan Tiada Duit - Salahudin


GOMBAK, 5 Jun - Mantan ketua pemuda, Salahuddin Ayub berpesan kepada barisan kepimpinan baru Pemuda PAS dan seluruh perwakilan supaya tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan menjadikan alasan tiada duit untuk terus berada di dalam perjuangan.

Semalam, beliau berucap buat kali yang terakhir sebagai Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

Beliau mengimbas kembali sebelum terlibat secara langsung bersama pemuda, beliau hanyalah orang kampung yang bekerja sebagai penjual ikan dan penjual kuih. Selepas itu beliau ditaklifkan menjadi Ketua Penerangan Pemuda PAS dengan gaji hanya RM 500.00 sebulan dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda menggantikan Tuan hj Mahfuz pada tahun 2003.

Isteri beliau pula terpaksa belajar menjahit bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah beliau dapat menjadi ahli parlimen Kubang Kerian, barulah hidup beliau bersama Isteri dan anak-anak agak selesa sedikit.

Walaupun telah mendapat kehidupan yang selesa beliau dan keluarga telah berjanji, tidak akan mengubah gaya hidup.

Mengulas mengenai kritikan orang-orang luar kepada Ketua Pemuda yang baru, beliau berkata: "Walaupun dengan imej jubah dan serban, ataupun dengan memakai kot dan tali leher sebesar sejadah, orang tidak menilai semua itu. Tetapi insyaAllah orang dan masyarakat di luar akan menilai pemikiran dan gagasan kita sebagai pemimpin."

Beliau menasihatkan kepada Ustaz Nasrudin dan barisan kepimpinan yang baru supaya tidak merasa gundah gulana dalam berjuang kerana dengan Islam yang diperjuangkan, mereka berada di tempat yang sangat tinggi.

"Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada" kata beliau.

Mengimbau kembali ketika mula-mula diangkat menggantikan Tuan Hj Mahfuz sebagai ketua pemuda dahulu, ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan beliau dan akhbar-akhbar memberikan kritikan yang sangat pedas kepada beliau.

Walaubagaimanapun beliau telah berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk berbuat yang terbaik.

Beliau turut berpesan supaya tidak menjadikan akhbar-akhbar ini sebagai musuh tetapi jadikan ia sebagai kawan yang mengkritik kita dan membina diri kita sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS dan budi dewan pemuda pemuda tidak mampu untuk beliau balas.

Beliau berjanji, di mana pun beliau berada tetap akan mempertaruhkan nyawa untuk perjuangan suci ini.

Akhir sekali, beliau turut berterima kasih kepada individu-individu yang membantu beliau sejak beliau memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PAS.

| edit post

Sekitar Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat Kali ke-50










| edit post

JK DEWAN PEMUDA PUSAT 2009/11

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


SENARAI KEPUTUSAN
PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP

Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)


KETUA

Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN KETUA

Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)


NAIB KETUA

Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Riduan Mad Nor (197 undi)

2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)

3. Mohd Firdaus Jaafar (176)

4. Mohd Nazri Chik Zain (176)

5. Suhaizan Kaiat (165)

6. Nasir Zakaria (152)

7. Kamal Ashaari (145)

8. Kamaruzaman Mohamad (139)

9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)

10. Mohd Adram Musa (135)

11. Abdullah Abdul Karim (127)

12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring

2. Muzammil Hafiz

| edit post


Pemuda PAS Mesti Pimpin Pemuda Malaysia

THURSDAY, 04 JUNE 2009


GOMBAK, 4 Jun - Perwakilan Pahang, Ust Shahril Azman Abd Halim menegaskan supaya pemuda PAS mesti berusaha bagi memimpin Pemuda Malaysia. Beliau mengingatkan pemuda PAS supaya tidak membiarkan Khairy Jamaludin membawa anak-anak muda Malaysia ke lembah kebinasaan.

Menurut beliau, Pemuda PAS mesti memastikan generasi akan datang adalah generasi yang berakhlak. Oleh yang demikian Pemuda PAS mesti memandu anak-anak muda Malaysia ke arah jalan yang benar.

Shahril membayangkan anak-anak muda negara akan menuju kepada kehancuran sekiranya Khairy yang telah terbukti melakukan rasuah dalam pemilihan pemuda UMNO yang lepas memimpin pemuda Malaysia.

Beliau turut mengajak seluruh perwakilan dan kepimpinan pemuda agar memperkasakan UKJ bagi merealisasikan tema mempersada perjuangan. Menurut beliau jika tidak ia hanya akan menjadi mempersadai perjuangan seperti runtuhnya Stadium di Terengganu.

| edit post

DESAK BUBAR DUN

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Pemuda Perak Berpakaian Hitam, Desak Bubar DUN


THURSDAY, 04 JUNE, GOMBAK, 4 Jun - Pemuda PAS Perak melancarkan kempen berbaju hitam setiap hari sabtu bagi mendesak UMNO/BN Perak untuk membubarkan DUN Perak dengan segera. Desakan ini kerana tindakan jahat BN merampas pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak awal Februari lalu.

Jurucakapnya, Salman Saleh berkata hanya pilihanraya Negeri mampu menyelesaikan krisis politik di Perak hari ini.Perwakilan pemuda Perak hari ini berpakaian berwarna hitam dengan lilitan bubar Dun sebagai tanda bantahan kepada tindakan zalim kerajaan haram Barisan Nasional tersebut.

Salman Saleh yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Perak berkata Pemuda PAS Perak telah mengutuskan satu surat kepada Pemuda UMNO supaya pertemuan dapat diadakan segera bagi menyelesaikan krisis ini.Beliau menegaskan, Pemuda UMNO mesti menunjukkan keikhlasan mereka bagi mengutamakan kebajikan rakyat dalam isu ini.

| edit post

STADIUM RUNTUH !

Posted by Pemuda PAS Paka 02 June 2009 0 comments


Stadium Sultan Mizan RUNTUH !

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !