KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

JAULAH KE JPC FELDA KERTIH 1 & KETENGAH JAYA

Posted by Pemuda PAS Paka 31 May 2009 1 comments


Ziarah Rasmi Ke JPC Felda Kertih 1 & Ketengah Jaya


Apabila seseorang itu ingin memenangi sesuatu pertandingan, maka ia akan melakukan apa sahaja untuk memenanginya. Dengan syarat selagi mana perkara itu tidak bertentangan dengan hukum syara'.

Begitulah yang berlaku kepada pemuda Cawangan Ketengah Jaya dan Felda Kertih 1. Kehadiran dan kesanggup tungguan hampir sejam menandakan bahawa mereka benar-benar inginkan kemenangan pada PRU 13 akan datang.

Jadual yang sepatutnya Kepimpinan Pemuda Dun sampai ke Surau Blok 9 adalah jam 09.30 malam. Tetapi kerana masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, maka setengah jam selepas itu baru sampai. Alhamdulillah...

Seperti biasa, kehadiran bagi pihak Pemuda Dun adalah diketuai oleh Ketua Pemuda Dun sendiri bersama 3 orang timbalannya. Manakala bagi pihak Pemuda Cawangan Felda Kertih 1 diketuai oleh saudara Jaafar bersama 3 orang ahli jawatankuasanya. Dan bagi Pemuda Cawangan Ketengah Jaya diketuai oleh saudara Hainafiah bersama 7 orang ahli jawatankuasanya.

Setelah hasrat dan perbincangan dikemukakan, perjumpaan ini berakhir jam 11.15 malam dengan diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan Surah al-Asr.

| edit post

KENAPA UMNO TAKUT NAK PR

Posted by Pemuda PAS Paka 30 May 2009 0 comments

Kenapa UMNO Takut Nak PR


| edit post

LARANGAN TANAMAN SEMULA

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Larangan Tanaman Semula


Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.-Najib Sparrow-

Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka Felda Kertih 3. Surat tersebut telah ditandatangani sendiri oleh pengurus Felda kerteh 3. Menurut surat tersebut kerja-kerja tebang cincang akan dilakukan oleh Felda yang telah sendirinya membuat keputusan untuk tanam semula 100%.

Jadi di mana janji manismu bagi membenarkan peneroka untuk menanam secara persendirian?Sedangkan Peneroka terbabit tidak menandatangani sebarang dokumen penyerahan ladang untuk menyertai tanaman semula. Celaka sungguh kerajaan UMNO ni. Tak habis-habis susahkan rakyat.




-salinan surat ini juga telah diserahkan kepada saudara Mazlan Aliman-

| edit post

PRK MANEK URAI

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


PRK Manek Urai


SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan. Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini. Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi untuk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.

Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.

| edit post

KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Posted by Pemuda PAS Paka 28 May 2009 0 comments


Nasruddin Tantawi Dipilih Ketua Pemuda PAS


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

| edit post

BAYAR GAJI IKUT BULAN ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Kelantan Negeri Pertama Laksana Gaji Ikut Bulan Islam


KOTA BHARU, 27 Mei :- Kelantan akan menjadi negeri pertama di Malaysia bila perlaksanaan skim pembayaran gaji mengikut kalendar Islam oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tidak berapa lagi.

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan Skim Bantuan Imam Ghazali oleh Perbadanan tersebut di sini hari ini.Beliau mengumumkan dasar tersebut akan dimulai pada bulan Rejab akan datang dan terdapat berpuluh syarikat berminat untuk mengikuti langkah tersebut.

| edit post

JAULAH KE JPC SURA UJUNG

Posted by Pemuda PAS Paka 26 May 2009 0 comments


Ziarah Rasmi ke JPC Sura Ujung


Alhamdulillah, satu lagi sesi jaulah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran yang amat memuaskan. Jam 10 malam tadi, berlangsungnya program tersebut. Seperti yang telah disebutkan tadi, kehadiran di kalangan ajk JPC ini amat memuaskan. Kemungkinan JPC ini mendapat Anugerah JPC Mithali tahun ini. Tapi dengan JPC ini kenalah kekalkan dan tingkatkan mutu dan daya juang JPC ini.

Seperti biasa, pelbagai agenda dibincangkan untuk memperkasakan pemuda cawangan seterusnya menarik seramai mungkin pemuda-pemuda untuk bersama dengan PAS. Program diakhiri dengan jamuan ringan. Diharapkan kepada semua JPC melipat gandakan usaha untuk menjadi yang terbaik. Sahutlah Cabaran ini yer...

| edit post

SUKAN PASTI DUNGUN 2009

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Suasana Sekitar Sukan PASTI Dungun 2009
23 Mei 2009 bersamaan 28 Jamadil Awal 1430 H
Di Tapak Masjid Sura Lama











| edit post

ADUN MANIK MURAI MENINGGAL DUNIA

Posted by Pemuda PAS Paka 22 May 2009 1 comments


ADUN Manik Murai Meninggal Dunia

ADUN Manik Urai, Kelantan diberitakan telah meniggal dunia pagi tadi.

YB Ismail Yaacob,60 (PAS) telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan. Nampak gaya Pemuda Paka kene ke Manik Murai pulak lepas ni...

Al Fatihah.....

| edit post

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

Posted by Pemuda PAS Paka 21 May 2009 0 comments


Antara Taktik Musuh Islam

Pemuda-pemuda yang budiman,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

"Abul A’la Al-Maududi"

| edit post

TENTATIF MUKTAMAR DPPP '50

Posted by Pemuda PAS Paka 20 May 2009 0 comments


MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KALI KE-50


MAJLIS PERASMIAN

09 Jamadil Akhir 1430 / 3hb Jun 2009 (Rabu)

12.00 - 05.00 petang - Pendaftaran dan Taklimat Program
05.30 - 07.00 petang - Majlis Jamuan Keraian Muktamar
08.00 - 08.10 malam - Para Perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
08.10 - 08.15 malam - Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-Negeri
08.15 - 08.25 malam - Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
08.25 - 08.50 malam - Ucapan Aluan Pengerusi
08.50 - 09.00 malam - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
09.00 - 09.10 malam - Bacaan ayat suci Al-Quran
09.10 - 09.20 malam - Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Pengerusi Panitia Muktamar
09.20 - 10.00 malam - Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
10.00 - 10.10 malam - Persembahan Multimedia dan Persembahan Seni
10.10 - 11.00 malam - Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 50
11.00 - 11.10 malam - Penyampian anugerah-anugerah
11.10 - 11.30 malam - Jamuan Ringan / Sidang Media


MUKTAMAR PENUH

10 Jamadil Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

08.15 - 08.30 pagi - Aluan Pengerusi Tetap
08.30 - 08.40 pagi - Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49
08.40 - 09.35 pagi - Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan 2 Pemeriksa Kira-Kira
09.35 - 10.00 pagi - Minum pagi
10.00 - 11.30 pagi - Membentang dan membahas Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
11.00 - 12.00 t/hari - Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
12.00 - 01.30 t/hari - Membahas Ucapan Tema
01.30 - 02.30 petang - Makan tengahari dan solat Zohor
02.30 - 05.30 petang - Sambungan Perbahasan Ucapan Tema Ketua Pemuda
05.30 - 06.00 petang - Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 - 07.15 malam - Sambungan Perbahasan dan menerima Ucapan Tema Ketua Pemuda
07.15 - 08.20 malam - Solat Magrib / Makan malam
08.00 - 08.20 malam - Memilih 15 orang ke Muktamar Tahunan PAS ke 55
08.20 - 10.00 malam - Perbahasan dan menerima Usul-usul

| edit post

KULIAH MAGHRIB PERDANA

Posted by Pemuda PAS Paka 1 comments


LAJNAH PENERANGAN & DAKWAH PAS
DUN PAKA



Majlis Solat Hajat & Tahlil Arwah Perdana serta Kuliah Maghrib

bersama

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Bertempat : Di Masjid Lama Sura, Dungun
Tarikh : 22 Mei 2009 bersamaan 27 Jamadil Awal 1430H
Masa : Solat Maghrib Berjemaah

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

| edit post

SENARAI CALON DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Posted by Pemuda PAS Paka 19 May 2009 0 comments


Calon Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat


Pengerusi Tetap (2)
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)
Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa

Ketua Pemuda (2)
Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)
Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)
Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)
Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
Ahmad Baihaki Atiqullah
Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)
Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
Zaki Ibrahim

| edit post

PENGUSIR JIN DARI KEDIAMAN

Posted by Pemuda PAS Paka 18 May 2009 0 comments

| edit post

SENARAI PENUH CALON YANG LAYAK

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Senarai Penuh Calon Yang Layak Bertanding di Muktamar PAS

Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN

1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN

1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

| edit post

PEMUDA PAKA DI MUKTAMAR DUPNT

Posted by Pemuda PAS Paka 16 May 2009 0 comments


Pemuda Paka
Di Muktamar Dewan Ulama Negeri Terengganu
Kali ke-44












Nak lihat foto yang lain? Lawati www.shamatun.blogspot.com

| edit post

ZIARAH JPC TEBING TEMBAH

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


Ziarah ke JPC Tebing Tembah

Jam 09.45 malam, 14 Mei 2009 bersamaan 19 Jamadil Awal, terlaksanalah satu lagi agenda yang wajib bagi Majlis Tindakan Pemuda Dun Paka. Iaitulah mengadakan Lawatan Rasmi ke JPC Tebing Tembah. Lawatan ini merupakan lawatan yang ke-5 setelah 4 JPC telah dilawati sebelum ini.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi bin Abdullah. Turut dihadiri oleh anggota Dewan Harian Pemuda Dun. Manakala bagi pihak tuan rumah pula diketuai oleh Saudara Zailani (Timbalan Ketua JPC).

Alhamdulillah, selepas perbincangan demi perbincangan dibuat untuk memastikan PAS menang dalam PRU 13 di UPU Tebing Tembah, akhirnya lawatan ini berakhir jam 11 malam dengan diakhiri dengan jamuan ringan.

| edit post

ISU RAKYAT: MINYAK NAIK LAGI !

Posted by Pemuda PAS Paka 14 May 2009 0 comments


Minyak Naik ! Kerajaan UMNO/ BN Tidak Berhati Perut

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan 'One Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.

Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.

Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari semalam - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.

Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.

Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan 'One Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.

Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.

Bangang Sungguh Kerajaan UMNO/BN ini !

| edit post

BERITA PAS: 13 MEI

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments


13 Mei 2009: Kelantan Cetus Deklarasi Perpaduan Nasional

Mengingatkan peristiwa itu buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari semalam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.

"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.

"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.

Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.

Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.

"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan.

"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah SWT sebagai premis kebahagiaan yang pertama.

Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.

| edit post

REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !


Saudara-saudara yang mulia

Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam untuk mengunjungi negara yang aman makmur ini.

Mereka datang kerana menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.

Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.

Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang mulia ini.

Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.


KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA


Saudara-saudara yang mulia

Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.

Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.

Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan di sana sini di segenap pelusuk alam tidak akan ditanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.


Abul A’la Al-Maududi

| edit post

ZIARAH JPC BUKIT MERAH SANTONG

Posted by Pemuda PAS Paka 13 May 2009 0 comments


Lawatan Ke JPC Bukit Merah Santong


Jam 09.45 malam, 12 Mei 2009 bersamaan 18 Jamadil Awal, terlaksanalah satu agenda yang wajib bagi Majlis Tindakan Pemuda Dun Paka. Iaitulah mengadakan Lawatan Rasmi ke JPC Bukit Merah Santong. Lawatan ini merupakan lawatan yang ke-4 setelah 3 JPC telah dilawati sebelum ini.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi bin Abdullah. Turut dihadiri oleh anggota Dewan Harian Pemuda Dun. Manakala bagi pihak tuan rumah pula diketuai oleh Saudara Ramlee (Normie).

Alhamdulillah, selepas perbincangan demi perbincangan dibuat untuk memastikan PAS menang dalam PRU 13 di UPU Bukit Merah Santong, akhirnya lawatan ini berakhir jam 11 malam dengan diakhiri dengan jamuan ringan.

| edit post

BRAINSTORMING PEMUDA DUN

Posted by Pemuda PAS Paka 0 comments

Brainstorming
Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Paka
Sesi 2009/ 2011




| edit post

SALAM PERJUANGAN

Posted by Pemuda PAS Paka 12 May 2009 0 comments


Salam Perjuangan


Alhamdulillah... Pada hari ini, 12 Mei 2009 bersamaan 17 Jamadil Awal 1430H, telah tercatat satu sejarah. Iaitulah terbentuknya satu lagi medan untuk menyebarkan maklumat dalam dunia IT, blog Pemuda PAS Dun Paka.

Nama blog ini adalah syababpaka.blogspot.com. Tercetusnya kerana banyak permintaan di kalangan pendokong dan penyokong Pemuda PAS Dun Paka supaya dapat mewujudkan satu laman web atau blog. Pemuda Dun Sura dah ada, Pemuda Dun Rantau Abang dah ada. Jadi Pemuda Dun Paka takda blog ker?

Alasan di atas hanyalah di antara sahaja. Acctually, blog ini diwujudkan tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menyebarkan maklumat yang terkini berkenaan perjalanan atau keaktifan pemuda dun paka.

Mudah-mudahan kerja ini mendapat keredhaan Allah taala. Segala bentuk respon amatlah dialukan. Nak post artikel pun boleh. Semoga sahabat-sahabat dapat memberi komitmen yang sebaiknya dalam usaha memajukan Islam melalui blog ini dalam dunia IT ini.

Syukran Jaziilan...

| edit post

BUKU JINGGA : KLIK !